BERSUJUD MERAIH CINTA

Romance Completed 43509

Bab pengenalan

Yusniza berlari-lari anak.. riang sungguh hatinya bila melihat para tetamu yang hadir meraikan hari jadi adiknya

Langkahnya terhenti.. dari jauh retinanya melihat adiknya Mira Yusnizah berpakaian sungguh cantik berbanding pakaiannya

Retinanya mengalih pula ke arah ibunya sedang berjalan keluar dari rumah. Kakinya melangkah laju menghampiri ibunya

"Ma..Ma..Mama..," Yusniza tergagap-gagap sambil tangannya menarik tangan ibunya.

Terbeliak mata Datin Aisyah bila melihat Yusniza sedang berdiri disebelahnya

"Bibib!!," Panggil Datin Aisyah

Seorang wanita berbaju kurung agak berusia melangkah tergesa-gesa menghampiri majikannya

"Ya Datin,"

"Bawa Yusniza ke bilik dia.. jangan lupa kunci pintu bilik tu. hiss memalukan jelah," Arah Datin Aisyah sambil menarik tangannya dengan kasar

Pembantu rumah itu mengangguk faham, lalu menarik tangan Yusniza di bawa masuk ke dalam rumah

Yusniza terpinga-pinga memandang ibunya.. Usianya kala itu terlalu muda untuk mengerti mengapa ibunya mempelakukan dirinya sedemikian rupa

Di dalam bilik yang kecil.. Yusniza berdiri di atas meja menjenguk-jenguk di luar jendela.. Majlis hari jadi adiknya begitu meriah sekali..

Dia dapat melihat para tetamu yang hadir membawa kotak hadiah, ada yang besar ada juga yang kecil.. Bibirnya tersenyum riang bila melihat adiknya gembira bila di berikan hadiah

Yusniza menoleh. Matanya memerhati ruang bilik tiada satu pun mainan di dalam biliknya berbanding bilik adiknya yang di penuhi perlbagai jenis anak patung bahkan ibunya pernah menampar pipinya hanya kerana dia menyentuh anak patung milik adiknya

Yusniza selalu tertanya-tanya mengapa setiap kali makan malam dia selalu makan bersama bibib di dapur menakala adiknya pula sering di bawa keluar makan malam di restoran mewah

"Bi..Bi..Bibib?,"

"Ya Yus,"

Yu..Yus bu.. bu.. bukan an.. anak ma..ma mama?," itulah pertanyaan yang sering dia ajukan kepada Bibib'nya

Di balik tiang tangga.. Yusniza bersembunyi. Diam-diam melihat adiknya berpakaian sekolah

Wajah Yusniza sangat mirip dengan adiknya seolah-olah mereka berdua kembar seiras. Namun tidak

Mereka berdua hanya kembar dari segi usia. Usia adiknya sama dengan usianya hanya berbeza bulan. Dia lahir pada bulan dua manakala adiknya lahir pada bulan 12..

Pada usianya 10 tahun, Yusniza tanpa sengaja telah menjatuhkan pinggan di dapur ketika keluarganya sedang malam malam dengan pakcik dan makciknya yang datang berkunjung dari segamat johor

Ibunya memukulnya tanpa balas kasihan.. Berkali-kali pipinya di tampar sehingga meleleh darah keluar dari hidungnya

Hatinya menjerit-jerit memohon pertolongan.. Yusniza tidak mampu menahan sakit..

Datin Hamidah adik perempuan kepada Datin Aisyah pantas menghalang kakaknya terus menerus memukul Yusniza. mereka berdua bergaduh besar saling tengking menengking sehingga hampir mengunakan fizikal masing-masing sebelum di halang suami mereka

Kerana dek terlalu geram dengan perbuatan kakaknya. Datin Hamidah memaksa kakaknya menyerahkan hak penjagaan Yusniza kepadanya. Pada mulanya Datin Aisyah enggan namun setelah Datin Hamidah mengugut mahu membuat laporan polis akhirnya Datin Aisyah terpaksa bersetuju

Pada malam itu juga peguam kedua belah pihak datang menyediakan surat penjanjian di mana Datin Aisyah tidak di benarkan berjumpa atau membawa Yusniza pergi tanpa kebenaran Datin Hamidah buat selama-lamannya

Genap usianya 10 tahun.. Yusniza akhirnya di bawa Datin Hamidah ke segamat johor untuk tinggal bersama

18 tahun berlalu

SIAPA sangka dalam kelemahan Yusniza bertutur dia mampu menjadi seorang pelukis yang terkenal sehinggakan lukisannya begitu laku setiap kali di pamerkan di galeri

Dalam usianya 28 tahun dia kerap menghabiskan masa di rumah.. sebuah studio di bina oleh makciknya sebagai hadiah hari jadi

Yusniza begitu bersyukur kerana makcik dan pakciknya membesarkannya penuh kasih sayang miskipun dia mempunyai kekurangan

Namun siapa sangka dalam diam ibunya telah merancang satu penikahan atas penjanjian lama yang di buat oleh Arwah datuk dan neneknya

Datin Hamidah sedaya upaya membantah penikahan itu. Begitu juga dengan yusniza, Pada mulanya dia turut tidak bersetuju.. Dia enggan hidup bersama dengan lelaki yang tidak dikenalinya namun ENGGANNYA itu berubah CINTA setelah bertemu dengan lelaki yang akan menjadi suaminya

Setelah kedua ahli keluarga bersetuju.. Dengan sekali lafaz, Yusniza Bt.Hamdi menjadi milik Haziq

Di awal perkahwinan Yusniza. Suaminya menunjukkan sisi yang begitu romatis. Sebuah rumah mewah di melaka menjadi sebuah hadiah perkahwinan untuknya manakala suaminya berkerja di kuala lumpur

Namun siapa sangka setelah mengharungi kebahagian selama sebulan suaminya mula berubah sikap. Setiap kali suaminya pulang tubuh Yusniza di buat menjadi karung guni yang selalu di gunakan dalam latihan meninju

Seluruh tubuhnya di penuhi kesan lebam akibat di tumbuk Haziq miskipun dia menjerit memohon simpati namun Haziq tidak pernah mempedulikan rayuannya

Selama dua minggu Yusniza hidup dalam kesakitan.. tubuhnya yang dulu terlihat berisi kini berubah menjadi kurus.. Dia sering tertidur di atas lantai kerana tidak berdaya

Sehingga satu hari. Haziq pulang ke melaka dan ketika itu Yusniza terbaring di atas lantai kerana kelelahan mengemas rumah.. Haziq diam-diam menadah air panas di dalam baldi

Tanpa ada perasaan bersalah.. Air panas yang di tadah tadi terus di simbah di belakang Yusniza

Yusniza meraung kesakitan yang teramat. Haziq sekadar ketawa terbahak-bahak melihat keadaannya

"Kau jangan salahkan aku jalang.. semua nie salah keluarga kau.. keluarga kau tipu aku!! aku Sepatutnya kawin dengan Mira bukannya kau,"

"KAK YUS.. AMBOI JAUHNYA TERMENUNG,"

Kening Yusniza terangkat seakan baru tersedar dari lamunan yang panjang

"Kakak tiba-tiba je teringatkan Haziq,"

"Bekas suami kakak?," Tanya intan Nabila sambil mengendung anaknya yang baru berusia dua bulan

Yusniza mengangguk. Setelah dua bulan dia berada di Australia. Dia terpaksa pulang ke Malaysia untuk hadir ke mahkamah bagi kes penceraiannya dan kini statusnya sama seperti Intan Nabila

"Airil tidur ke?,"

"Aah, Lepas menyusu terus tidur..,"

"Kakak hairanlah intan..?,"

"Hairan kenapa kak Yus?,"

"Kakak jarang dengar Airil menangis,"

Intan Nabila tersengih-sengih "Tengoklah siapa mak'nya.. intan Nabila kak yus,"

Yusniza tergelak geli hati "Doktor Idham ada lawat intan tak hari nie?,"

"Tentula ada.. Tiga kali sehari. Dah macam suami melawat isteri baru lepas bersalin,"

"Hah.. apa lagi.. intan buatlah Doktor Idham tu betul-betul jadi suami intan.. boleh intan tinggal terus kat sini,"

"Hiss tak naklah intan..," jawab Intan Nabila sambil mengeleng

"Laa kenapa taknak.. Doktor Idham tu pun boleh tahan juga kacaknya.. baik, cakap pun lemah lembut.. lagi pun dia dah banyak bantu kita kat sini,"

"Intan tak naklah kak yus.. intan dah serik, Intan dah tak sanggup terluka lagi.. intan takut,"

Yusniza terangguk-angguk mengerti

"Bulan depan kakak dah boleh keluar hospital.. intan nak terus tinggal di sini ke atau nak balik ke Malaysia,"

"Intan nak balik Malaysia. Intan rindu sangat mak dengan abah,"

"Intan tak takut ke kalau Arif dapat tahu pasal Airil?,"

Intan Nabila mengeleng "Tak..., Airil hak intan.. tiada siapa yang boleh rampas Airil dari Intan,"

Bab pengenalan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience