Bab 30 Tamat

Romance Completed 43498

YA Allah... apa yang aku dah buat.. kenapa aku bodoh sangat!.. Bodoh!! Arghhhh!!!

Arif Safuan menjerit kesal sekuat hati sambil Menghempuk-hempuk mejanya dengan kuat. Habis barang-barang termasuk Monitor komputer di atas meja di tolak sehingga jatuh. Jeritannya itu dapat di dengari para staff yang berada di luar

"Kenapa dengan Encik Arif?,"

"Entah? aku pun tak tahu,"

"Dah panggil Encik Mizi?,"

"Dah. Dah.. kejap lagi dia datang,"

Suasana ruangan pejabat menjadi tegang. Kebanyakan staff sudah pun berdiri berhampiran dengan pintu pejabat Arif Safuan hanya mampu mendengar suara jerit pekik majikan mereka

Beberapa Detik kemudian kelihatan kelibat Mizi berjalan tergesa-gesa memasuki ruang pejabat

"Kenapa semua berkumpul kat sini?," Tanya Mizi dengan raut wajah hairan

"Hiss Encik Mizi nie. Cubalah Encik Mizi dengar. Encik Arif tengah tenjerit-jerit dalam bilik tu,"

Mizi melangkah pelan cuba memasang telinga pada daun pintu

"Bodoh!! Bodoh!! bodoh....!!,"

Mizi terkejut teruk bila mendengar pekikan Arif Safuan "Ya Allah kenapa pulak dengan encik Arif nie?,"

"Encik Mizi cubalah ketuk,"

"Hiss.. mana aku berani," Jawab Mizi

"Habis tu nak biarkan macam tu je ke?,"

Mizi tidak menjawab pertanyaan itu. Dia pun hairan kenapa Arif Safuan tiba-tiba bertingkah begitu

"Tak akanlah sebab Intan?," Bisik Mizi pelan

"Encik Mizi?,"

"Ya," Jawab mizi

"Tak akan nak biar Encik Arif macam tu. Encik mizi cubala ketuk takut nanti jadi apa-apa,"

"Biarlah.. Mungkin dia tengah stress sangat tu. Kalau kita ganggu nanti, lagi dia mengamuk. Dah pergila buat kerja,"

Para staff berbicara sesama mereka sebelum kembali ke tempat duduk masing-masing. Mizi mengeleng resah. Tangannya menyaluk poket seluar lalu menarik telefon pintarnya keluar

"Lebih baik aku bagitahu Encik Saiful,"

BERTAUT kening intan Nabila memerhati Arianna begitu manja dengan Yusniza. Ke mana saja Yusniza pergi Arianna pasti mengikut terdetik juga perasaan cembura di dalam hati bila melihat kemesraan mereka berdua

Bijak betul Arianna mengambil hati yusniza miskipun wanita itu tergagap ketika bercakap namun Arianna memahami setiap butir percakapan Yusniza

"Ke.kenapa Ar. ari asyik te.tengok Aun.auntie?," Tanya Yusniza hairan kerana perasan sejak Arianna datang ke rumahnya. budak perempuan itu selalu merenung wajahnya

"Ari nak Mama baru ke?," Tanya Intan Nabila pula yang sedang duduk di meja makan

"Eh takdela Mama," Arianna mengeleng bersungguh-sungguh menyankal kata-kata Intan Nabila "Ari nak Mama sorang je,"

"Habis tu kenapa Ari asyik ikut Auntie yus. tinggalkan Mama sorang-sorang kat sini,"

Arianna yang sedang berdiri di sebelah Yusniza cepat-cepat melangkah pergi ke arah intan Nabila

"Sebab malam tadi Ari dengan Papa makan malam dengan Auntie," Kata Arianna

"Auntie yang mana?,"

"Tu..," Arianna menunjuk ke arah Yusniza membuatkan wanita itu sedikit terkejut

Yusnia melangkah menghampiri meja makan dengan raut wajah bingung "Ma Makan de dengan Auntie. Ta tapi Aun auntie tak tak kenal Pa papa Ari,"

Intan Nabila turut merasa hairan "Betul ke Ari?,"

Arianna mengangguk "Betul Mama. Papa macam suka dengan Auntie Mira,"

"Mira?," Yusniza semakin terkejut

Intan Nabila terdiam seribu bahasa. Raut wajahnya mencuka.Terdetik perasaan cemburu dan sakit pada hatinya. Dibalik bibirnya yang tertutup, giginya di getap menahan geram

"Mu. muka Aun Auntie tu ma macam mu muka Auntie ke Ari?,"

"Aah,"

Yuniza menarik kerusi. Satu keluhan pelan terhembus dari nafasnya seolah-olah mengenali wanita itu

"Kak yus kenal perempuan tu?," Tanya Intan Nabila seperti dapat membaca raut wajah Yusniza kala itu

"Na Nama kak kakak cu cuma Yusniza sa saja. Na Nama a adik kak kakak, Mi Mira Yusnizah. Kan Kakak a ada ba bagitatahu Intan, rupa ka kakak mi mirip dengan a adik kakak,"

"Papa Ari suka sangat ke dengan perempuan tu?,"

Arianna mengangguk pelan "Papa selalu tanya Ari kalau Ari sukakan Auntie Mira, Tapi Ari cakap tak. Ari taknak Mama baru. Ari dah ada Mama,"

Intan Nabila mengankat Arianna supaya bekas anak tirinya itu duduk di atas ribanya

"Bagaimana kalau satu hari nanti Papa Ari dah tak nak Mama jadi Mama Ari?,"

"Tak... Papa tak akan buat macam tu. Papa sayangkan Mama,"

"Tapi Papa Ari kan makan dengan perempuan lain. Mesti Papa Ari suka dengan perempuan tu,"

Arianna diam tidak menjawab

"Ari kenala terima tahu kalau satu hari nanti Mama bukan lagi Mama Ari tapi perempuan tu. Mama harap Ari sayang..?," ucapan Intan Nabila terhenti

Kedengaran tangis esak Arianna "Ari tak nak.. Ari cuma nak Mama. Ari tak suka dengan Auntie tu," Arianna terus menangis teresak-esak

"Ya. Ya Mama minta maaf. Ari janganlah menangis. Mama sayang sangat Ari," Intan Nabila memeluk Arianna dari belakang, di cium-cium manja pipi bekas anak tirinya itu

Yusniza hanya memerhati. Hatinya mula berbelah bahagi bila melihat kemesraan intan Nabila dengan Arianna. Entah bagaimana keadaan Arianna nanti jika Intan Nabila mengikutnya ke Australia

Sebaik sahaja selesai makan tengahari. Arianna duduk di ruang tamu menonton channel YouTube di tv sementara Intan Nabila dengan Yusniza pula masih berada di dapur

Yusniza menyusun pinggang di atas rak selepas mengelap dengan kain. Intan Nabila membersihkan meja makan

"In.Intan.,"

"Ya kak," Jawab intan Nabila sambil merapatkan kerusi pada meja

Yusniza memusingkan badannya. "Mu mungkin le.lebih baik in.intan fikirkan se.semula nak nak ikut ka.kakak,"

"Nak fikirkan apa lagi kak. Apa yang akan berubah,"

"Ta tapi Ari sayang In intan,"

"Intan pun sayang Ari kak. Tapi intan bukan Mama nya lagi. Mungkin satu hari nanti Ari akan lupakan intan bila dia dah dapat Mama baru," Jawab Intan Nabila di perlahankan nada suaranya

"Ka kakak bim bimbang in.intan, ka kalau be belaku ap apa-apa pa pada Ari nan nanti. in intan tak tak bimbang ke?,"

"Habis tu intan nak buat macam mana lagi kak.. intan bukan mama dia lagi. Apa bezanya kalau intan duduk kat sini kalau Arif enggan bagi intan jumpa dengan dia,"

"Ke kenapa in intan tak tak ba bagitahu saja pa pada Ari? kan i itu lagi ba bagus,"

"Intan takut kak yus. intan tak berani. Intan sayang sangat pada Ari. intan dah anggap Ari darah daging intan sendiri," Air mata intan Nabila berlinangan membasahi kelopak matanya. Hatinya mula di belenggu perasaan bimbang memikirkan reaksi Arianna jika dia memberitahu pekara sebenar

Namun siapa sangka diam-diam di balik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur. Setiap perbualan antara intan Nabila dengan Yusniza di dengari Arianna

"ARIF kat mana Mizi?," Tanya Saiful saad dalam keadaan cemas setelah memandu hampir tiga jam dari KL ke melaka

"Ada dalam pejabat,"

"Apa yang belaku sebenarnya?,"

"Saya pun tak pasti Encik Saiful. Tapi apa yang saya dengar Encik Arif tiba-tiba menjerit lepas dua orang pegawai polis berjumpa dengan dia,"

"Pegawai polis? kenapa?,"

Mizi mengeleng "Itu saya tak tahu Encik Saiful,"

"Arianna mana?,"

"Dengan Intan. Encik Arif benarkan Arianna tinggal dengan intan,"

Saiful saad mengeluh berat. Tidak lama kemudian pintu lif terbuka. Tanpa membuang masa kakinya bergegas melangkah keluar terus menuju ke bilik pejabat Arif Safuan

Tanpa mengetuk pintu Saiful saad terus sahaja masuk ke dalam pejabat anak buahnya

"Ya Allah!.. kau nie dah kenapa Arif?," Saiful saad begitu terkejut apabila melihat keadaan pejabat

Pintu pejabat di tutup. Arif Safuan sedang duduk di lantai bersandarkan pada dinding

"Kenapa nie Arif? apa yang dah belaku sampai bilik nie jadi macam nie?,"

"Arif bodoh pakcik!! Arif bodoh!!!,"

"Bodoh sebab apa? cuba bagitahu pakcik,"

"Gambar tu palsu pakcik.. Arif ingat gambar tu betul.. Ya Allah apa Arif dah buat.. Arif menyesal pakcik,"

"Gambar apa Arif.. Hiss pakcik tak fahamlah,"

"Ada orang kirim gambar Intan bersama ikram waktu Arif kat sabah. Arif ingat gambar tu betul,"

Saiful saad agak terkejut "Itulah punca Arif ceraikan Infan,"

Arif Safuan mengangguk

"Kenapa Arif tak bagitahu pakcik...,"

"Arif marah sangat waktu tu.. Arif cemburu...,"

"Kalau ya pun Arif marah sangat.. mengapa tak tanya dulu pada intan. tunjuk gambar tu pada dia. Betul ke dia buat semua tu. Jangan terus menuduh," Ujar Saiful saad agak marah

"Macam mana nie pakcik.. Arif malu pakcik.. Arif menyesal sangat,"

Saiful saad mengeleng kesal dengan tindakan Arif Safuan

"Ikut pakcik,"

"Pergi mana?,"

"Jumpa intan,"

"Tak. tak," Arif Safuan mengeleng-geleng kepalanya "Arif tak berani pakcik.. Arif malu,"

"Dah habis tu.. Arif nak biarkan je. Arif dah lupa ke ahad nie intan akan pergi ke Australia,"

"Arif ingat... tapi Arif malu pakcik,"

"Sebab tu pakcik nasihat pada Arif fikir masal-masak sebelum buat keputusan. Hah tengok sekarang nie menyesal pun dah takde guna. Yang jadi mangsa intan. Dua kali dia masuk hospital Arif,"

Arif Safuan menjadi semakin tidak keruan. Di tarik-tarik rambutnya lalu menampar pipinya beberapa kali sebelum di halang Saiful saad

"Cukup!.. takde gunanya Arif cederakan diri sendiri. Lebih baik Arif pergi jumpa intan berterus terang je pada dia,"

"Tak.. taknak.. Arif tak layak untuk dia pakcik.. Arif nie lelaki jahat..lelaki tak guna!.. lebih baik Arif jauhkan diri Arif dari dia..,"

"Tak akan Arif nak biarkan je intan pergi. Arif tak kesihankan ke pada Arianna?,"

"Biarkan saja dia pergi pakcik.. Lebih baik dia menjauh dari Arif.. jauh dari lelaki yang tak guna macam Arif,"

"Hiss kau nie Arif sekarang nie pun masih nak keras kepala,"

DI BALIK VISOR yang tertutup intan Nabila mengerut wajah. Tangan Arianna begitu kuat memeluk pinggangnya.

Intan Nabila mengosok-gosok tangan Arianna saat motorsikalnya memasuki taman perumahan

"Eh siapa pulak intan bawa tu?," Soal Puan Safura sedang berdiri bersama suaminya dalam garaj rumah

"Macam Arianna,"

"Betul ke bang?,"

Adlan Hanif mengangguk. Tidak lama selepas itu motorsikal di bonceng intan Nabila memasuki ke dalam garaj

"Ari..," Panggil Puan Safura gembira sungguh bila melihat Arianna duduk di belakang Intan nabila

"Nenek!..,"

"Ari.. lamanya nenek tak jumpa Ari," Mengalir air mata puan Safura saat menurunkan Arianna dari atas motorsikal

"Mana Intan jumpa Ari?,"

"Abah?,"

Adlan Hanif tersentak kerana pertanyaannya tadi seolah-olah Arianna tidak lagi duduk bersama intan Nabila

"Atok..," Arianna memeluk Adlan Hanif sebelum puan Safura membawanya masuk ke dalam rumah

Perasaan Intan Nabila semakin berat seperti di timpa bongkah batu yang besar.. kemanjaan dan sikap Arianna terhadap orang tua'nya selalu membuatkan hatinya tersentuh

"Ya Allah macam nie.. Sunggup ke aku tinggalkan Arianna,"

ARIANNA begitu berselera menjamu hidangan makan malam bersama intan Nabila, Puan Safura dan Adlan Hanif

Sebaik sahaja selesai makan malam. Dia membantu membersihkan meja

"Mak.. kejap lagi intan nak keluar lepak dengan Seha, Lan, Tahar dengan kak yus,"

"Intan bawa Ari tak?,"

Intan Nabila menoleh memandang Arianna sedang asyik mengelap meja

"Ari nak ikut Mama?,"

Arianna mengeleng "Mama pergi jelah Ari nak duduk sini dengan nenek,"

"Betul Ari tak nak ikut?,"

"Betul...," Lembut jawapan Arianna

Lama Intan Nabila merenung Arianna. Dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena sejak dia memandikan dan membantu memakaikan pakaian pada Arianna. Bekas anak tirinya itu selalu memeluknya seolah-olah tahu dia akan pergi

"Mama bawa keta baik-baik ya,"

"Mama lama tahu,"

"Ya Ari tahu.. Mama jangan risau kalau Ari mengantuk Ari tidur dulu,"

Berkerut kening Intan Nabila memandang ibunya. Puan Safura sampai memalingkan badan saat sedang mencuci pinggan mangkuk di singki turut merasa hairan dengan sikap Arianna

"Selalunya Ari nak ikut Mama?,"

Arianna tidak terus menjawab dia membawa kain yang mengelap meja tadi ingin di berikan kepada Puan Safura "Ari nak teman nenek,"

"Amboi baiknya cucunya nenek..,"

Arianna tersenyum manja. Dia sebenarnya tahu mungkin ini kali terakhir dia akan bersama dengan puan Safura setelah mengetahui intan Nabila bukan lagi Mama'nya

INTAN NABILA duduk di sebelah kiri Yusniza. Seha duduk di sebelah kanannya. Mereka bertiga duduk berhadapan Azlan dan Tahar

Pelbagai topik mereka bualkan. Kadang-kadang melucukan sehingga gelak tawa mereka di dengari para pelanggan

Sejak tiba di restoran mamak bersama yusniza. Raut wajah intan Nabila sering kali terlihat gelisah memikirkan Arianna di rumah

Yusniza seperti tahu perasaan intan Nabila ketika itu

"Korang mesti tak pecaya apa aku nampak petang tadi," Ujar Azlan

"Apa bendanya kau nampak?," Tanya Seha

Azlan memandang Intan Nabila "Aku nampak ikram kat balai polis,"

"Kenapa weii?,"

Azlan menjongketkan bahunya "Entah aku pun tahu.. tapi yang aku nampak dia macam kena bawa dengan polis bukan datang sendiri. kesalahan apa aku tak tahu,"

"Patutla lama aku tak nampak dia.. Kalau tak asyik terserempak je, padahal aku memang dah tahu dia memang sengaja nak jumpa aku,"

"Kau rindu kat dia ke intan," Tanya tahar tersengih-sengih

"Kepala hotak kau.. Tak hingin aku,"

Azlan dan Tahar tergelak serentak. Intan Nabila menyenget bibir sakit hati pula melihat gelagat sahabat-sahabatnya itu

"Esok pukul berapa flight?," Tanya seha pula

"Tengahari pukul 1, kau hantar ya seha. bawalah kereta aku," jawab intan Nabila

"Ayah dengan mak kau tak ikut ke?,"

"Tak.. Abah aku bukannya sihat sangat. Ramlan dengan zilla gerak dari KL,"

Seha terangguk-angguk mengerti "Arianna macam mana intan?,"

Intan Nabila terdiam dengan pertanyaan seha. Hatinya semakin gelisah "Itulah yang buat aku tengah runsing sekarang nie,"

"Kan ka kakak dah dah ba bagitahu in intan.. ka kalau in intan tak taknak ikut ka kakak. ka kakak tak ki kisah,"

"Kalau intan duduk sini pun tak guna kak yus.. lepas Arif ambil Ari nanti dah tentu intan tak akan jumpa dia lagi,"

"Intan?," Panggil Seha. Intan Nabila menoleh

"Kenapa Seha?," Tanya intan Nabila hairan bila melihat raut wajah seha murung tiba-tiba

"Lepas kau bawa Ari. Aku dengar Encik Arif mengamuk dalam pejabat dia,"

Intan Nabila agak terkejut "Tapi Mizi cakap kat aku Arif yang suruh aku bawa Intan. kenapa pulak dia nak mengamuk,"

"Yala aku pun dengar.. tapi staff kat atas cerita.. encik Arif terjerit-jerit dalam bilik lepas tu bunyi berdentum detam entah apa yang dia baling,"

"Benci sangat ke dia kat aku?,"

"Alaa intan.. kau tak usahla fikir pasal tu.. lepas nie setahun kau tak jumpa dengan dia.. aku doakan kau jumpa jodoh lebih baik dari dia kat sana nanti," Azlan mencelah

"Betul tu intan.. tak payahla kau serabutkan kepala kau tu. Semua tu dah lepas," kata Tahar pula. mereka berdua cuba menenangkan intan Nabila

"Tapi intan.. andaila kata kalau encik Arif nak kan kau semula.. kau terima tak?,"

Intan Nabila mengeluh berat pertanyaan seha itu langsung tidak di jawab sejujurnya dia masih mencintai Arif Safuan namun semua itu mustahil kerana dia tahu jika bekas suaminya itu sangat membenci dirinya

SAIFUL SAAD sejak tadi asyik mengelengkan kepalanya manakan tidak bila melihat anak buahnya seperti orang gila.. meracau tak tentu arah. kejap berjalan kejap lagi berbaring atas lantai. Menangis seperti anak kecil yang baru lahir

"Arghhhh... enggg... Kenapala Arif bodoh sangat pakcik!!... kenapala aku nie bodoh sangat!!,"

"Apa kata Arif pergi je jumpa intan.. Pakcik yakin intan mesti faham,"

"Pakcik!!! Waktu dia masuk hospital Arif langsung tak pergi lawat dia.. waktu dia pingsan kat mahkamah Arif tak bantu pun dia. Dia hampir gila pun sebab Arif...,"

"Kalau Arif dah tak nak jumpa dengan Intan tak payahla sampai merengek-rengek macam nie.. terima jela kenyataan,"

"Pakcik tak faham perasaan Arif,"

"Pakcik faham Arif! pakcik faham sangat..Arif menyesalkan? dari awal pakcik dah bagitahu pada Arif jangan sampai menyesal kemudian hari. Hah tengok sekarang. betul tak cakap pakcik," Geram sungguh Saiful saad melihat kelakuan Arif Safuan

"Kenapa Arif nie bodoh sangat pakcik?,"

KEESOKAN harinya Intan Nabila membawa Arianna berjalan-jalan di bandar Muar memang sengaja dia tidak membawa Arianna berjalan di bandar melaka kerana bimbang jika terserempak dengan Arif Safuan

Arianna terlihat sungguh gembira dapat berjalan bersama Intan Nabila. Kebanyakan pakaian yang di beli Intan Nabila semuanya dari Mall yang ada di bandar itu

Selepas sahaja selesai membeli belah. Intan Nabila membawa Arianna pergi ke gunung ledang untuk mandi manda dan melihat keindahan air terjun di situ

"Cantiknya Mama!," Arianna terpegun melihat kawasan itu sebaik keluar dari kereta. Deruan air terjun kedengaran begitu jelas

"Jom Ari kita naik atas dulu tengok permandangan, lepas tu baru kita mandi ya,"

"Okay Mama,"

"Tapi kalau Ari letih bagitahu Mama tahu,"

"Kaki Mama?,"

Intan Nabila tersenyum "Kalau Mama letih nanti kita turun,"

Arianna mengangguk

Mereka berdua berpegangan tangan naik ke atas namun tidak lama kerana ketika itu begitu ramai pengunjung sedang turun

Ketika ada kesempatan apabila melihat tempat-tempat yang cantik. Intan Nabila akan ber'selfie dengan Arianna. Bermacam-macam gaya saat mereka berdua ber'selfie

Adakalanya intan Nabila diam-diam merakam video ketika Arianna menaiki anak tangga.. merakam gelak tawa, percakapan, wajah bekas anak tirinya itu supaya dia dapat menontonnya semula ketika berada di Australia nanti

Langkah Intan Nabila terhenti mendadak. Lututnya terasa sedikit pedih.

"Kaki Mama sakit ke?," Tanya Arianna dengan raut wajah bimbang

"Tak.. lutut Mama nie rasa pedih,"

"Mama rehat dulu.. nanti kita turun.. Ari pun dah letih,"

"Yala.. Mama rehat sekejap ya,"

Intan Nabila terpaksa membawa Arianna turun semula ke bawah. niat sebenarnya ingin membawa Arianna melihat permandangan air terjun di perhujung tangga permandangan di situ lebih cantik dan indah tapi apakan daya lututnya hanya mampu bertahan di pertengahan jalan

Risau sungguh Intan Nabila bila melihat Arianna suka sangat menyelam di dalam air miskipun air terjun tempat mereka mandi tidaklah dalam tapi membuatkan kedua mata Arianna kemerahan

Arianna naik di atas batu kemudian terjun. Setiap kali dia naik, intan Nabila akan memeriksa tapak kakinya bimbang jika ada terluka

"Mama mandila..," Pinta Arianna semakin bosan bila melihat intan Nabila lebih banyak menjaganya berbanding mandi bersamanya

"Yalaa... Ari janganla menyelam mata tu dah merah,"

"Menyelamla baru best.. hiss Mama nie," Arianna sengaja merenjis air sungai pada Intan Nabila

Dan akhirnya mereka berdua menghabiskan masa bermandi manda bersama.. Bergitu indah sekali ikatan yang terjalin antara Intan Nabila dan Arianna jika di lihat ribuan kali sekali pun orang akan beranggapan mereka berdua adalah ibu dan anak kandung. Wajah Arianna saling tak tumpah seperti intan Nabila

Namun apakan daya jika hubungan itu sebenarnya sudah terlerai hanya menunggu masa untuk mengucap salam perpisahan

DALAM perjalanan pulang. Arianna langsung tidak melelapkan mata.. Sedaya upaya dia menahan matanya supaya tidak terlelap kerana ingin menemani intan Nabila sedang memandu kereta

Dia tidak mahu membazirkan masa walaupun sesaat. Waktu bersama Intan Nabila terlalu singkat. Mungkin esok dia tidak akan bersama lagi dengan bekas ibu tirinya itu

"Ari.. kenapa tak tidur?,"

"Ari nak teman Mama,"

"Ari tak letih ke?,"

"Tak Mama. Ari tak letih. Mama yang letih,"

"Mama dah terbiasa,"

Arianna menoleh memandang intan Nabila "Ari minta maaf ya Mama,"

"Kenapa Ari minta maaf.. Ari bukan ada buat salah dengan Mama,"

Arianna terus diam. tidak lagi berbicara membuatkan Intan Nabila semakin bingungdengan sikap Arianna

Jam 5 petang mereka berdua sampai ke rumah. Arianna bergitu lincah membantu mengankat barang-barang di dalam kereta di bawa masuk ke dalam rumah miskipun di halang Intan Nabila

Puan Safura hanya memerhati

"Tadi Saiful whatAspp Mak. Dia minta Intan jaga Ari semalam lagi," Kata Puan Safura pelan

"Betul ke mak," Intan Nabila sedikit terkejut. Puan Safura mengangguk

"Arif bagilah pulak,"

"Nanti intan cari perluang bagitahu Ari perkara sebenar. kesihan dia nanti kalau intan pergi macam tu je,"

"Insya-Allah mak.. tengokla malam nie,"

Arianna masih bertelekung selepas sahaja solat isyak bersama intan nabila.. Gayanya begitu comel saat membantu melipat sejadah.

Entah mengapa air mata intan Nabila tiba-tiba mengalir bila melihat Arianna

"Mama,"

Intan Nabila yang sedang duduk di atas lantai cepat-cepat mengesat air matanya

"Ya Ari..,"

Arianna tersenyum manja. Dia duduk berlutut di depan bekas ibu tirinya lalu menghulurkan tangan mahu mencium tangan intan Nabila

Intan Nabila membalas dengan mencium kepala Arianna yang masih tertutup dengan kain telekung kemudian mencium kedua belah pipi mungil bekas anak tirinya itu

"Jaga diri Mama baik-baik ya,"

"Umm?," Kening intan Nabila bertaut. hairan sungguh bila mendengar ucapan begitu "Kenapa Ari cakap macam tu?,"

"Ari minta maaf Mama," Air mata Arianna berlinangan membasahi kelopak matanya "Ari tak dapat tolong Mama. Ari tak tahu kenapa Papa tinggalkan Mama,"

"Ari..,"

"Kenapa Papa kejam. Apa salah Mama? Mama sayangkan Ari. Mama jaga Ari," Arianna menangis teresak-esak

"Siapa bagitahu Ari?," air mata Intan Nabila akhir berjatuhan mengalir membasahi pipinya

"Ari dengar Mama bercakap dengan Auntie Yus,"

"Ari... kenapa Ari tak bagitahu Mama?," Semakin kuat tangis esak intan Nabila dengan perasaan bersalah kerana Arianna sudah mengetahui lebih awal bahkan sanggup menahannya sejak semalam

"Mama minta maaf Ari.. Mama sebenarnya tak nak tinggalkan Ari Mama tak sanggup,"

Arianna memeluk intan Nabila "Ari sayangkan Mama.. kalau boleh Ari nak ikut Mama tapi Ari tak sanggup tinggalkan papa. Ari minta maaf Mama,"

"Mama faham Ari. Mama harap Ari jaga diri baik-baik jangan nakal tahu.. Jaga Papa Ari jangan salahkan dia kerana Mama,"

Arianna meraung sekuat hati "Ari sayangkan Mama!! Ari sayang Mama!,"

"Mama Juga sayangkan Ari...!,"

Air mata Puan Safura berlinangan membasahi pipi hanya mampu mendengar tangis esak intan Nabila dan Arianna sungguh memilukan hatinya

SINAR MATAHARI bergitu terik miskipun waktu masih lagi muda. Sinarnya yang indah memancar menerangi segenap arah

Jam di dinding ruang tamu menunjukkan waktu hampir 10 pagi. Intan Nabila kerap keluar masuk dari biliknya begitu sibuk mengemas barang-barang yang mahu di bawanya ke Australia

Arianna di dalam bilik pula lincah membantu memasukan barang keperluan Intan Nabila di dalam beg sambil di bantu puan Safura

"Passport dengan tiket mana intan?," tanya Puan Safura sebaik sahaja intan Nabila masuk kedalam bilik

"Ada dalam beg tangan Intan,"

"Cuba periksa sekali lagi.. takut nanti ada yang tertinggal,"

Sayu wajah Arianna memerhati Intan Nabila membuka penutup handbag bagi memastikan semua dokumen berada di dalam beg itu

"Ambil nie.. jangan hilangkan. nanti tak boleh buka pulak beg nie," kata puan Safura sambil menghulurkan kunci manga yang mengunci zip beg pakaian anaknya "Pukul berapa Seha sampai?,"

"Kejap lagi.. Dia pergi ambil Kak yus tadi,"

"Siapa teman dia nanti?,"

"Lan dengan Tahar. Eton tak boleh nak ikut.. takde siapa nak jaga baby dia,"

"Intan dah jumpa dia?,"

"Dah," Intan Nabila mengangguk. Matanya memandang Arianna hanya diam mendengar

"Sini Ari peluk mama kejap,"

Arianna menurut. Tubuh Intan Nabila di rangkul erat. Air mata intan Nabila mengalir lagi tiba-tiba kotak fikirannya memutarkan kenangan di saat menjaga Arianna

Miskipun hanya sebulan lebih namun waktu-waktu yang di habiskan bersama Arianna bagaikan bertahun-tahun lamanya.. Arianna anak yang penurut, ringan tangan sentiasa bercakap lembut. terlalu manja tidak pernah mencetuskan masalah

Intan Nabila terlalu menyanyangi Arianna. ikutkan hatinya dia mahu membawa Arianna mengikutnya ke Australia dia tidak sanggup membiarkan Arianna di jaga insan lain selain darinya tetapi apakan daya dirinya tidak pernah di cintai dan di hargai Arif Safuan

Dalam masa yang sama kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah membuatkan pelukan Arianna semakin erat

"Ari... Mama pergi dulunya,"

Arianna tidak menjawab. Kedengaran tangis esak yang perlahan

"Ari..,"

Pelahan-lahan Arianna meleraikan pelukannya lalu mendongak memandang wajah intan Nabila

"Mama jaga diri ya... jangan lupakan Ari,"

"Mama tak akan lupakan Ari.. Mama janji.. lepas Mama balik nanti Mama akan jumpa Ari,"

"Mama janji ya,"

Intan Nabila mengangguk bersungguh-sungguh air matanya di saka "Mari.. tolong angkat beg Mama,"

Seha, Yusniza Azlan dan tahar sudah menunggu di garaj. Adlan Hanif berdiri di hadapan pagar bersama dua orang tetamu

Intan Nabila menolak beg pakaiannya bersama Arianna di ekori puan Safura. Sebaik sahaja mereka bertiga berdiri di muka pintu. Azlan dan tahar pantas membantu membawa beg pakaian intan Nabila ke kereta

"Intan?," Seha memanggil. Intan Nabila mengankat keningnya "Cuba tengok kat luar sana siapa yang datang,"

"Siapa?,"

"Pergi jela tengok,"

Intan Nabila bersama Arianna terpaksa berjalan ke pagar rumah kerana kereta ibunya menghalang pandangannya

"Abang..?," alangkah terkejutnya intan Nabila apabila melihat Arif Safuan bersama Saiful saad sedang bebual dengan ayahnya

"Intan..,"

"Ya Pakcik..," Jawab Intan Nabila namun matanya masih memandang Arif Safuan

"Dah nak gerak ke?,"

"Aah..,"

"Intan jaga diri baik-baik kat sana ya.. kalau ada apa-apa masalah jangan segan call pakcik,"

Intan Nabila mengangguk namun hatinya terkilan kerana Arif Safuan langsung tidak memandangnya

"Ari mari sini," Panggil Arif Safuan dengan suara serak namun Arianna tidak mengendahkan panggilannya

Air mata intan Nabila mengalir lagi. Arianna masih merangkul lengannya

"Ari.. makcik pergi dulu ya," intan Nabila terpaksa membahasakannya makcik kerana segan dengan Arif Safuan

Arianna terus menangis esak apabila intan Nabila membahasakan makcik bukannya Mama

"Mama.. Ari sayang Mama,"

"Makcik pun sayang Ari.. sayang sangat. Ari jaga diri ya.. Jangan nakal tahu. nanti jaga papa Ari baik-baik," Intan Nabila mengerling sekilas namun Arif Safuan tetap tidak memandang padanya bercakap pun tidak. Terkilan sungguh hatinya

Saiful saad hanya mampu mengeleng melihat sikap Arif Safuan.

Arianna terus menangis teresak-esak. lengan Intan Nabila masih di rangkulnya erat

"Jomla.. Dah nak pukul 11 dah nie," Kata Seha

Semakin kuat Arianna menangis.. Intan Nabila serba salah mahu melepaskan tangan Arianna

"Mari sini Ari,"

Akhirnya Arif Safuan terpaksa jua melangkah menghampiri intan Nabila. Dada Intan Nabila berdetak laju saat tangan bekas suaminya itu mengenai tangan kirinya

"Lepaskan tangan intan Ari..," Pinta Arif Safuan lembut pada anaknya

Pada mulanya Arianna enggan melepaskan tangan intan Nabila

"Semuanya salah Papa!.. apa salah Mama!.. Mama sayang Ari.. Ari sayang Mama! Ari benci Papa!!,"

"Ari.. jangan cakap macam tu pada Papa..,"

"Tapi semua nie salah Papa Mama.. ," Arianna menangis esak

Mengalir air mata Puan Safura, Yusniza dan Seha. Adlan Hanif terpaksa memalingkan wajah tidak sanggup melihat adegan memilukan hatinya

Arif Safuan seakan tidak menghiraukan tangisan anak gadisnya itu.. dengan sedikit paksaan tubuh Arianna di dukung sebaik sahaja Arianna melepaskan tangan intan Nabila

"Pergila cepat," Pinta Arif Safuan bersahaja tanpa menunjukan sedikit pun perasaan sedih pada raut wajahnya

Intan Nabila tidak mampu lagi menahan rasa terkilannya pada Arif Safuan. Dia menangis teresak-esak, sejujurnya waktu itu dia sangat mengharapkan Arif Safuan memujuknya supaya tidak pergi

"Mak.. intan pergi dulu ya. jaga diri mak baik-baik nanti bila intan sampai sana intan call mak ya,"

"Yalah intan.. Intan pun jaga diri ya,"

Intan Nabila mencium tangan puan Safura sebelum memeluk erat tubuh ibunya kemudian pergi mendapatkan ayahnya pula

"Abah... intan pergi dulu, Abah jaga kesihatan abah ya.. Abah jangan selalu sangat makan makanan berlemak.. bahaya untuk jantung abah,"

Adlan Hanif tersenyum pilu mendengar nasihat anak gadisnya itu

"Insya-Allah.. intan jaga diri baik-baik kat sana. Jangan sesekali tinggal solat.. ingat intan.. bila kat sana nanti jangan mudah sangat terikut gaya hidup orang kat sana,"

Intan Nabila mengangguk faham... air matanya terus berlinangan saat bibir ayahnya mengucup dahinya

"Intan pergi dulu ya abah,"

"Pergilah sayang,"

Intan Nabila bersalaman pula dengan Saiful saad sehinggalah dia berdiri di depan Arif Safuan memandang Arianna

"Mama pergi dulu ya Ari.. jaga diri Ari baik-baik.. belajar rajin-rajin tahu..," Intan Nabila tersenyum jelas terpaksa..

"Mama!!... Jangan tinggalkan Ari!!. tolong Mama.. jangan tinggalkan Ari," Arianna meronta-ronta dalam dukungan Arif Safuan

Intan Nabila mengerut wajah sedaya upaya menahan diri dari meraung bila mendengar rayuan Arianna. Retinanya memandang Arif Safuan ingin mengatakan sesuatu namun bekas suaminya itu sejak tadi langsung tidak mahu memandang wajahnya

Dengan perasaan yang sungguh berat dan terkilan. akhirnya Intan Nabila mengorak langkahnya ke arah kereta tanpa berpaling lagi

Sebaik sahaja yusniza masuk ke dalam kereta. Azlan menutup pintu itu sebelum lelaki muda itu masuk ke tempat duduk penumpang dibelah hadapan

Kereta di pandu Seha akhirnya bergerak.. Arianna menjerit-jerit sambil meronta-ronta supaya ayahnya melepaskannya

Akibat rontaan Arianna terlalu kuat. Arif Safuan terpaksa jua menurunkan Arianna

"Mama!!.. Mama!!," Arianna berlari sambil melambai-lambai. Arif Safuan mengekori dari belakang

Intan Nabila meraung sekuat hati di dalam kereta apabila melihat Arianna sedang mengejar. Sehinggalah matanya tidak lagi melihat Arianna

KERANA EGO DAN CEMBURU YANG MELAMPAU MEMBUATKAN SEBUAH RUMAH TANGGA YANG DI BINA KERANA CINTA RUNTUH SEKELIP MATA SEHINGGA MENINGGALKAN LUKA YANG CUKUP DALAM BAIK INTAN NABILA DAN JUGA ARIANNA

INTAN NABILA PERGI TANPA BERPALING LAGI.. TANPA MENGETAHUI PUNCA SEBENAR DIA DI CERAIKAN

TAMAT

Tamat

Share this novel

revathirev
2024-07-24 22:12:42 

semua budak nak special chapter yg bagi intan bahagia dgn ariana


NovelPlus Premium

The best ads free experience