Bab 13

Romance Completed 43509

Setelah sehari berlalu kesihatan Adlan hanif bertambah baik setelah menjalani pembedahan pintasan selama 6 jam menyediakan laluan baru ke jantungnya

Puan Safura terpaksa mengambil cuti beberapa hari untuk menjaga suaminya malah sejak semalam dia cuba menghubungi Intan Nabila namun panggilannya tidak pernah di jawab. Nasib baik dia boleh menghubungi Arif Safuan bertanyakan kabar keadaan anak gadisnya

Bahkan semalam apabila mendengar keadaan Intan Nabila dia terus tidak sedarkan diri mujur ada Saiful Saad menemaninya ketika itu. Semalaman dia menangis di sisi katil suaminya memikirkan nasib anaknya itu

HOTEL RUBY

Arif Safuan berdiri di hadapan jendela pejabatnya dengan tatapan kosong. Fikirannya berceleru bila memikirkan sikap Intan Nabila semalam. Setiap kali dia bercakap dan setiap kali dia memberi nasihat ada saja jawapan gadis itu mempetikaikan niat baiknya

Ikutkan hati, dia malas mengambil perduli tentang gadis itu lagi namun hatinya bebelah bahagi bila memikirkan hubungannya dengan ayah Intan Nabila

"Hmmm..," Arif Safuan mengeluh berat sambil mengeleng "Kalau kau ada boyfriend kenapa tak suruh je boyfriend kau tu jaga," Getus hatinya sedikit terkilan

Pintu pejabat dibuka dari luar tanpa meminta kebenaran dari Arif Safuan

"Papa," Arianna berlari anak ke arah ayahnya

"Ari," Arif Safuan tersenyum lebar. Tubuh anak gadisnya terus di dukung "Umm wanginya anak papa nie,"

"Auntie yang letak bedak pada Ari,"

Seorang gadis berambut panjang berbaju kurung masuk ke dalam pejabat. Wajahnya putih berseri-seri dengan senyuman manis memandang Arif Safuan

"Sorry lah Zilla, kalau abang menyusahkan kau,"

"Hisy menyusahkan apanya, Ariannakan anak buah Zilla,"

"Zilla dah fikir dengan tawaran abang?,"

"Buat masa sekarang Zilla nak berehat dulu lah Bang. Empat tahun perah otak nie huhh letih. Nanti kalau Zilla dah rehat puas-puas Zilla beritahu abang," Jawab adik bongsu kepada suhaila ibu kepada Arianna

Arif Safuan mengangguk "Tapi kalau Zilla letih jaga Ari bagitahu abang tahu,"

"Tak... tak letih pun. Dah lama Zilla tak jumpa Arianna. Hah salah satu sebab Zilla tak nak kerja lagi sebab Ariannalah," Zilla tersenyum memandang bekas abang iparnya "Bagaimana keadaan girlfriend abang okay tak,"

"Girlfriend apanya. Itu girlfriend orang. Abang jaga sebab abang baik dengan orang tua dia,"

Zilla mengeleng "Abang-abang tak berubah sikap abang tu. Baik sangat dengan orang,"

"Bukan dengan semua orang Zilla, ada yang tertentu je,"

"Malam tadi kak su ada call Zilla,"

Raut wajah Arif Safuan tenang tidak lansung terkejut "Dia kat mana sekarang?,"

"Katanya kat France,"

"Eloklah tu. memang dari dulu dia nak bebas macam burung layang-layang kat luar tu. Hah sekarang nie dia dah bebas biar je dia buat sesuka hati dia,"

"Dia ada tanya pasal abang,"

Arif Safuan tersengih "Buat apa dia tanya, abang dengan dia bukan ada hubungan lagi,"

"Dengarlah dulu," Zilla ketawa kecil

"Kenapa?,"

"Waktu Kak su tanya pasal abang, Zilla bagitahu kakak kalau abang tengah jaga buah hati abang kat hospital,"

Arif Safuan sedikit terkejut "Laaa kenapa Zilla cakap macam tu?,"

"Dengarlah,"

"Kau nie Zilla," Arif Safuan mengeleng

"Kak su mengamuk bang. Dia kata memang selama nie dia tahu abang menduakan dia sebab tu dia minta cerai,"

Arif Safuan tergamam sejenak "Mengarut betul lah kakak kau tu Zilla, entah bila abang menduakan dia. Selama abang berkahwin dengan dia. Dia tak pernah cintakan abang. Dia sendiri cakap dalam makamah,"

Zilla mengankat kedua bahunya "Entahlah bang. Zilla pun malas nak layan sangat perangai kak su tu, dah macam lalang,"

"Papa?,"

"Ya sayang,"

"Mama tak tanya pun pasal Ari," kata Arianna dengan wajah merajuk

"Sayang... jangan sedih kalau Mama tak tanya pasal Ari. Papa kan ada, Auntie Zilla pun ada,"

"Papa lupa dengan sorang lagi,"

"Siapa?,"

"Kak Intan,"

"Hiss Ari nie," Arif Safuan mencium-cium pipi anak gadisnya

ARIF safuan melihat jam di tangan menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dia melangkah menuju ke bilik meeting namun langkahnya terhenti bila teringatkan kawan baiknya Xuan Lee

Tangannya segera menyeluk poket seluar menarik telefon pintarnya lalu mendail nombor telefon kawan baiknya itu

"Hello Arif,"

"Hello Xuan. Where are you?,"

"Sabah,"

"What? Sabah. what are you doing there?,"

Xuan Lee ketawa kecil di hujung talian
"I'm looking location,"

"Location? for what?,"

"you know Arif tourists from China really like to come here. that's why I want to find an area to build a five-star hotel here,"

"Wait? are you serious?,"

"Of course I'm serious,"

"Mengapa tak ajak i?,"

"You busy but not me. Sekarang i bercuti,"

Arif Safuan menarik nafas panjang "Okay fine. Kalau you dah jumpa good area nanti you bagitahu i,"

"Okay.. no problem bro,"

Arif Safuan tersenyum lebar setelah menamatkan panggilan. Langkahnya kembali di susun menuju ke arah bilik meeting

"Tring. Tring. Tring," telefon pintarnya berdering. langkahnya kembali terhenti apabila melihat nama intan Nabila tertera pada skrin

"Hello,"

"Hello wak?,"

"Ya intan ada apa?,"

"Saya sakit wak... Takde orang teman saya kat sini. Saya nak makan susah, saya nak pergi bilik air pun susah. Nurse kat sini macam tak nak tolong saya,"

Arif Safuan sedikit terkejut namun mendiamkan diri. Hatinya serba salah bukannya tidak mahu membantu tapi dia ada meeting sebentar lagi

"Awak?,"

Arif Safuan tetap mendiamkan diri. Kedengaran suara tangisan intan Nabila di hujung talian. Panggilan itu terus di tamatkan. Kakinya melangkah pelan. Fikirannya berserabut, hatinya pula di selubungi perasaan bersalah

Dan ketika itu kelihatan kelibat Saiful Saad berjalan dengan seorang staff wanita ke arah bilik meeting

"Pakcik,"

Saiful Saad menoleh "Ya Arif,"

Arif Safuan melangkah cepat menghampiri pakciknya "Boleh tak pakcik ganti saya?,"

"Arif nak pergi mana?,"

"Hospital,"

"Yang mana satu?,"

"KL, Intan call tadi. Katanya dia sakit,"

Saiful Saad mengeluh pelan "Tak menyusahkan Arif ke?,"

"Jangan cakap macam tu pakcik. Tak akan pakcik dah lupa siapa yang jaga saya kat hospital waktu saya kena pukul Fairuz dengan kawan-kawan dia. Abang Adlan tak pernah mengeluh waktu jaga saya,"

"Pakcik tak pernah lupa Arif. pergilah. Nanti apa-apa hal pakcik call kamu,"

Arif Safuan mengangguk. Fail di tangannya di serahkan kepada pakciknya sebelum berlalu pergi

KALI ini Arif Safuan tidak membawa keretanya. Dia mengunakan perkhimatan Grab kerana terlalu sukar mencari tempat parking di area Hospital Kuala Lumpur

Tidak sampai setengah jam Grab di naiki Arif Safuan berhenti di hadapan pintu masuk hospital kuala lumpur. Dengan susuk tubuh tegap yang tersarung cantik blazer berwarna biru yang dipadankan dengan kemeja putih di dalamnya. Arif Safuan berjalan masuk ke dalam hospital

Pengawal keselamatan yang setia menunggu di hadapan pintu masuk wad 5B sedikit terkejut bila Arif Safuan berdiri di hadapannya

"Nak lawat isteri ke?,"

Arif Safuan mengangguk

Pintu wad di buka setelah Access card di sentuh pada tepi pintu. Arif Safuan melangkah masuk. Kelibatnya di situ mencuri perhatian pesakit-pesakit wanita di dalam wad Bahkan doktor sehingga ke jururawat turut terpegun melihat dirinya

Intan Nabila saat itu sedang mengesat-ngesat air mata. Sukar sungguh mahu mengerakan tubuh. Tangannya di hulur mahu mengambil botol mineral di atas rak di tepi katil namun tangannya tidak sampai

Setiap kali dia mahu mengengsot tubuhnya ke dapan. Lutut kanannya akan merasa sakit. Akhirnya dia mengalah. Retinanya memerhati jika ada sesiapa yang boleh membantunya

Air matanya kembali mengalir apabila melihat seorang lelaki segak, berwajah kacak tersenyum berjalan ke arahnya. lelaki yang dia sangka tidak akan datang lagi membantunya

"Intan haus ke?,"

Intan Nabila mengangguk, Arif Safuan mengambil botol air mineral di atas rak lalu membantu Intan Nabila duduk

"Intan dah makan?,"

Intan Nabila mengeleng "Susah betul nak makan. Nak minta tolong jururawat naikan katil belakang nie pun susah,"

"Habis tu macam mana Intan pergi tandas?,"

Intan Nabila menunjuk tongkat berkaki empat di sisi kiri katilnya

"Tak sakit ke?,"

"Sakit. Tapi nak buat macam mana,"

"Kenapa tak suruh doktor pasang tiup je,"

Intan Nabila mengeleng-geleng kepalanya "Hiss tak nak,"

Selesai sahaja intan Nabila membasahi tekak. Tubuhnya di rebahkan semula di atas katil. Retinanya tergerak-gerak memandang Arif safuan sedang melabuhkan punggung di atas kerusi

"Intan ada telefon mak intan tak?,"

Intan Nabila mengeleng lemah

"Kenapa?,"

"Intan takut,"

"Jangan macam tu Intan, Mak intan tu risau sangat pada Intan,"

"Abah macam mana?,"

"Alhamdullilah. Tadi saya call mak intan. Dia kata Abah intan dah sedar. insya-Allah lepas nie saya akan pergi ke sana lawat Abah intan,"

"Awak,"

Arif Safuan mengankat keningnya

"Saya minta maaf pasal semalam,"

"Tak mengapa intan, Niat saya nak membantu. Saya tiada niat lain. Emm macam mana, boyfriend intan ada call tak?,"

Intan Nabila mengeleng "Dia tak jawab call saya, mesej saya pun dia tak baca yang call saya kawan-kawan saya je,"

Arif Safuan mengeluh pelan. Anak matanya saling berpandangan dengan anak mata intan Nabila

"Waktu pertama kali saya jumpa intan, kulit muka intan tidak secerah sekarang,"

Intan Nabila tersenyum "Ini kulit asal saya. Punca kulit saya gelap sebab lama sangat saya bawa Grab, saya cantik tak?,"

Arif Safuan tersenyum "Cantik tapi milik orang,"

Intan Nabila ketawa kecil "Awak apa kurangnya. Kacak, segak, kaya. Dari tadi saya perasan jururawat dengan doktor perempuan asyik menoleh ke sini,"

Arif Safuan menoleh ingin melihat kebenaran kata-kata Intan Nabila, gadis itu berkata benar ketika Arif Safuan menoleh dua orang doktor wanita tersenyum memandangnya

"Kan saya dah cakap,"

Arif Safuan menoleh semula memandang intan Nabila

"Intan?,"

"Ya,"

"Apa kata saya pindahkan intan ke hospital swasta. Hospital tu dekat dengan hotel saya. Saya boleh jalan kaki kalau saya nak lawat intan. Kat sini susah nak cari parking,"

"Berapa bayarannya?,"

"Semua tu saya tanggung. Intan jangan risau,"

"Awak dah tolong abah saya, tak akan saya nak menyusahkan awak lagi,"

"Tak intan, awak tak menyusahkan saya pun. Kat sana nanti lagi mudah. sapa-sapa boleh lawat intan. Mana tahu esok lusa boyfriend Intan call intan, bila-bila masa je dia boleh lawat intan,"

"Saya sayang sangat dengan boyfriend saya tu wak. saya cintakan dia sangat. Tapi..?," Intan Nabila berniat memberitahu pekara sebenar tentang hubungannya dengan Ikram namun kata-katanya pantas di potong Arif Safuan

"Mungkin dia busy. Intan sabar je Insya-allah.. nanti bila dia dah lapang dia mesti call Intan,"

Intan Nabila hanya diam. Hatinya merasa tenang setiap kali menatap wajah Arif Safuan "Saya ikut je keputusan awak. Tapi saya minta maaf kalau saya menyusahkan awak,"

IJN KUALA LUMPUR

Adlan Hanif masih terbaring di atas katil terdapat banyak wayar bersambungan pada tubuh lelaki itu bagi memantau bacaan detak jantungnya setelah menjalani pembedahan pintasan jantung

Puan Safura duduk di sisi kanan katil mengurut-gurut tangan suaminya. Hatinya bersyukur sangat suami yang di cintai selama berpuluh tahun lamanya masih di beri perluang yang maha berkuasa untuk terus hidup bersama dengannya lagi

"Mana intan wak?," Tanya Adlan Hanif pelan

Puan Safura menatap wajah suaminya. pertanyaan itu tidak terus di jawab bimbang jika ia memberi kesan kepada bacaan detak jantung suaminya.

Setelah agak lama mendiamkan diri, Puan Safura terpaksa mengambil keputusan tidak menceritakan hal sebenar apa yang telah menimpa anak gadis mereka

"Intan ada kat melaka, sibuk bawak Grab kalau datang sini pun hanya sorang je di benarkan masuk,"

Adlan Hanif mengangguk faham "Saiful dengan Arif ada lawat abang tak?,"

"Tentulah ada. Semalam Saiful dengan Arif teman saya kat sini,"

"Kos rawatan?,"

"Oh ya bang pasal kos rawatan tu, sebenarnya takdelah semahal yang doktor hong beritahu kita. 90 puluh ribu ringgit je,"

"Siapa bayar?,"

Puan Safura menepuk pelan dadanya "Saya bang. Dari awal saya dah buat pinjaman sengaja saya tak beritahu abang,"

"Berapa awak pinjam?,"

"100 ribu. Itulah, lega hati saya bang bila kos rawatan cuma 90 ribu ringgit je," Jawab Puan Safura nak tak nak dia terpaksa menipu suaminya

"Awak jangan risau ya. Bila saya dah sihat nanti. Saya akan tolong awak cari duit bayarkan pinjaman tu,"

Puan Safura mengangguk lemah dengan hati yang berat

"Ramlan tak lawat saya ke?,"

Puan Safura terus melepaskan keluhan panjang bila mendengar nama anak lelakinya "Tak payahlah abang fikir pasal dia. Sejak abang masuk hospital dulu sampai abang kena bedah sekarang, dia langsung tak call saya padahal saya dah hantar mesej,"

"Dia sibuk sangatlah tu. Takpelah tak usah ganggu dia. lagi pun tanggungjawab kita dengan dia pun dah takde,"

DUA minggu telah berlalu. Hubungan Intan Nabila dan Arif Safuan semakin akrab setelah Arif Safuan memindahkan Intan Nabila di sebuah hospital swasta berdekatan dengan Hotel Ruby

Setiap pagi, tengahari, petang dan malam Arif Safuan selalu menemani Intan Nabila.

"Awak nie Intan sampai bila saya nak dukung awak setiap kali awak nak duduk kat kerusi roda?,"

"Saya bukan berat pun,"

"Bukan itu masalahnya, Kita nie bukan suami isteri. Tak elok sebenarnya saya sentuh awak,"

Alis intan Nabila bertaut memandang wajah Arif Safuan hanya menunggu lelaki itu mengankat tubuhnya

"Intan!,"

"Ha. Ha. Ha. Ha," Intan Nabila ketawa kecil dengan sengaja kedua tangannya merangkul leher Arif Safuan

Arif Safuan ingin meletakkan Intan Nabila di atas kerusi roda akan tetapi Intan Nabila seperti sengaja tidak mahu melepaskan rangkulan pada leher Arif Safuan

"Seronoknya kena dukung,"

Arif Safuan mengeleng "Intan tak dengar ke apa saya cakap tadi?,"

"Ala sekejap je wak,"

"Intan tak takut ke kalau tiba-tiba boyfriend intan buka pintu tu,"

Intan Nabila sedikit tersentak. Raut wajahnya mencuka "Yalah! turunkan saya sekarang," Intan Nabila meronta-ronta

"Ya sabar. Nanti sakit lutut awak tu,"

"Biarlah,"

Intan Nabila segaja meronta-ronta sambil giginya di getap geram

"Kenapa dengan awak nie Intan, aduh sakit belakang saya," Arif Safuan mengurut-gurut belakangnya

"Lain kali berterus terang je kalau awak tak nak bantu saya,"

"Intan-intan. Kenapalah awak nie mudah sangat salah faham. Kita nie bukan suami isteri kalau setakat saya temankan awak takde masalah. Awak tu kan dah ada boyfriend,"

"Apa masalahnya kalau saya ada boyfriend?,"

"Belajarlah jadi seorang yang setia. Mana boleh pegang lelaki lain. Kalau kena batang hidung saya. saya jealous tahu," Arif Safuan tersengih sengaja mengenakan Intan Nabila

"Awak nak ke jadi boyfriend saya. Saya nie kan dah cacat. Jalan pun dah tak macam dulu. Sanggup ke awak berjalan dengan wanita yang dah tempang?,"

"Mengapa pula saya tak sanggup. Kalau wanita tu mencintai saya, setia dengan saya mengapa saya nak malu,"

Intan Nabila menyenget pipi kirinya "Sekarang boleh lah awak cakap macam tu. Bila dah dapat nanti mulalah rasa menyesal,"

"Awak nak cuba ke?,"

Intan Nabila terdiam agak lama

"Kenapa diam? Awak tak pecayakan saya? kenalah cuba dulu baru awak boleh tahu, saya menyesal ke tak,"

"Memang saya tak akan pecaya,"

"Tentulah awak tak akan pecaya sebab hati awak tu dah berpunya,"

Sekali lagi intan Nabila terdiam. Entah mengapa hatinya terguris bila mendengar kata-kata Arif Safuan

Pintu bilik di buka dari luar. Arianna yang memakai pelitup muka berlarian masuk ke dalam terus meluru ke arah Intan Nabila

"Kak intan,"

"Ari comel," Intan Nabila terus memeluk tubuh Arianna. pipi Kanak-kanak itu di cium berkali-kali

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam," jawab Arif Safuan dan Intan Nabila serentak

Zilla berbaju kurung traditional masuk ke dalam bilik. Bibirnya tersenyum manis memandang Intan Nabila

Intan Nabila tersenyum nipis, setiap kali dia melihat Zilla, hatinya bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Sedih, cemburu, sakit hati, geram. Entah mengapa perasaan itu tiba-tiba wujud di dalam hatinya lebih-lebih lagi bila gadis itu berbicara dengan Arif Safuan

"Abang apa kabar?,"

"Abang okay je,"

"Eh minah nie patutnya kau tanya aku bukan kau tanya lelaki tu, yang sakitnya aku," Getus hati Intan Nabila diam-diam menjeling pada Zilla

"Ari dah makan?,"

Arianna mengangguk "Dah,"

"Kenyang tak?,"

"Kenyang,"

"Makan a..?," Intan Nabila terdiam. Retinanya menjeling bila mendengar gelak tawa Arif Safuan dan Zilla. Sakit sungguh hatinya

Arianna menyentuh pipi Intan Nabila mengejutkan gadis itu "Kenapa kak intan diam?,"

Intan Nabila tersenyum "Lutut Kak intan sakit,"

"Sakit?,"

Intan Nabila mengangguk

"Papa! kak intan sakit,"

Tengah asyik berbual dengan Zilla, Arif Safuan segera menghampiri anak gadisnya "Sakit ke wak?,"

Intan Nabila berpura-pura mengerut dahinya "Bila duduk lama-lama lutut saya sakit Wak, Tolong angkat saya. Saya nak baring,"

"Kejap ya Ari, Papa nak angkat Kak intan,"

Arianna mengangguk kemudian melangkah ke arah Auntie nya Zilla

Perlahan-lahan tangan kanan Arif Safuan masuk di bawah kedua lutut Intan Nabila, tangan kirinya pula memeluk di bahagian belakang.

Bibir Intan Nabila tersenyum nipis. Dengan sengaja kedua tangannya merangkul erat leher Arif Safuan

Kepala Arif Safuan mengeleng pelan seakan tahu niat sebenar intan Nabila "Awak memang sengaja kan?,"

"Biarlah,"

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA. KISAH INI AKAN DI SAMBUNG SELEPAS PUAS BERHARI RAYA. CERITA SUZANNA DALAM RENOVATION KUKUKU UNTUK MENGUBAH ALUR CERITA SUPAYA LEBIIH MANTAP

Share this novel

sapurah Izan
2024-04-09 05:46:08 

selanat hari raya juga untuk author and semua pembaca.ok lah kita jumpa kepas raya. best cerita walaupun santai2


NovelPlus Premium

The best ads free experience