BERSUJUD MERAIH CINTA Bab 3

Romance Completed 43498

"Ari!!" Intan Nabila duduk melutut, tubuh Arianna di peluk dengan erat.. di kucup-kucup wajah bekas anak tirinya itu dek kerana teralu rindu

"Ari rindu Mama..!!,"

Arif Safuan hanya memerhati dengan raut wajah tenang seolah-olah tiada sedikit pun perasaan wujud dalam dirinya dengan situasi itu sementara Zilla pula hanya mengeleng melihat sikap bekas abang iparnya itu

"Ari... Mama bawa Airil.. Mama nak tunjukkan pada Ari," Ujar intan Nabila kemudian berdiri

"Awak ambil barang-barang Airil bawa masuk dalam kereta saya,"

"Tapi..,"

"Tak usah tapi-tapi.. biar saya hantar awak dengan Airil balik,"

"Saya boleh bawa kereta,"

"Okay awak balik sendiri.. Airil nie biar saya jaga dulu.. nanti saya akan hantar pada awak,"

"Tak.. tak jangan ambil Airil dari saya," Intan Nabila menangis esak

"Kalau awak tak nak saya ambil Airil dengarlah cakap saya!,"

"Papa.. janganlah marah Mama,"

"Jangan panggil dia Mama Ari.. dia bukan Mama Ari lagi,"

Arianna menangis namun tubuhnya segera di peluk Intan Nabila

"Apa nie bang Arif..," ucap Zilla sedikit terkilan dengan sikap bekas abang iparnya itu

Arif Safuan mengeluh berat.. "Cepatlah.. ambil barang-barang Airil. nanti saya call towing hantar kereta awak kat melaka,"

"Intan.. ikut jelah cakap Arif tu," Pinta Zilla cuba memujuk Intan Nabila

"Papa.. boleh Ari ikut?,"

"Boleh sayang,"

Melihat intan Nabila seakan masih teragak-agak mahu menuruti kemahuan Arif Safuan.. Zilla segera mengambil barang-barang Airil di dalam kereta serentak itu juga intan Nabila turut membantu

"Intan sabar ya.. nanti kalau dalam kereta kalau abang arif cakap apa-apa intan diam je,"

Intan Nabila mengangguk lemah memahami maksud Zilla. Matanya menjeling memandang Arif Safuan sudah pun membawa Airil pergi.. tiada siapa yang tahu kala itu di dalam lubuk hatinya terdetik perasaan gembira bila dapat menaiki kereta bersama bekas suaminya itu lagi

"Jom Mama," Arianna memegang tangan Intan Nabila lalu menarik tangan bekas ibu tirinya itu pergi ke kereta ayahnya

Di dalam perjalanan ke melaka.. Intan Nabila duduk di belakang bersama Arianna dan Airil..

Arianna kelihatan sungguh gembira bermain dengan adik tirinya sering tersenyum setiap kali Arianna mencuit-cuit pipinya

Intan Nabila sekadar memerhati namun ada kalanya dia mencuri pandang Arif Safuan.. tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara memandangkan raut wajah bekas suaminya itu tampak begitu serius

"Mama?,"

"Ya Ari..,"

"Ari?," Arif Safuan mencelah terlebih dahulu

"Ya Papa,"

"Jangan panggil lagi Auntie intan, Mama. Panggil Auntie intan,"

Arianna memandang Intan Nabila tampak sedih raut wajahnya namun pipinya di elus lembut bekas ibu tirinya itu

"Auntie jangan lupakan Ari ya, kalau Auntie dah kawin nanti?,"

"Kawin?," Intan Nabila sedikit terkejut

"Ari..," Arif Safuan mencelah lagi.. "Mengapa cakap macam tu..?,"

"kenapa tak boleh Papa.. Ari cuma bimbang kalau Auntie kawin nanti.. Auntie lupakan Ari,"

"Okay biar papa tanya Ari.. kalau Ari dapat Mama baru nanti.. Ari sayang lagi ke pada Auntie intan?,"

Arianna terdiam.. wajah intan Nabila di tatap lama.. Intan Nabila pula hanya redha mendengar bicara bekas suaminya dengan bekas anak tirinya itu.. Dia tidak mampu mencelah memandangkan Arif Safuan sudah tahu tentang hubungannya dengan Idham

"Bila Auntie kawin nanti.. dia ada keluarga nak kena jaga.. Ari bukan ahli keluarga dia lagi.. So mulai dari sekarang papa nak Ari kena terima kenyataan Auntie intan bukan lagi Mama Ari,"

Wajah Arianna berkerut menahan tangis..

"Jangan menangis Ari..," Intan Nabila mengusap-ngusap kepala Arianna miskipun hatinya terkilan dengan kata-kata bekas suaminya itu "insya-Allah Auntie tak akan lupakan Ari.. Auntie dah anggap Ari macam anak Auntie sendiri,"

"Saya nak nasihat sikit pada awak intan," Arif Safuan mencelah lagi "Awak tahu tak usia Airil baru empat bulan.. awak berani bawa dia datang sini tanpa ada orang jaga, kalau jadi apa-apa pada dia macam mana?,"

Intan Nabila diam tidak menjawab

"Andai kata waktu awak sibuk berdating, sibuk bercinta kalau awak rasa satu hari nanti Airil membebankan awak.. sila serahkan Airil pada saya,"

"Apa yang awak merepek nie.. Airil tak pernah bebankan saya,"

"Intan.. sebenarnya saya tak perduli langsung pasal hubungan awak dengan lelaki tu.. yang saya perdulikan hanya Airil.. Sanggup ke awak bawa Airil ke hulur ke hilir waktu berdating dengan lelaki tu.. cuma saya nak tahu agak-agak berapa lama awak nak bercinta,"

"Berapa lama saya nak bercinta, itu rahsia saya.. kenapa awak nak tahu?,"

"Okay.. lagi pun awak muda lagi.. insya-Allah mungkin lepas awak kawin nanti, saya bimbang Airil akan menganggu kehidupan seharian awak dengan Lelaki tu.. paling saya takut bila awak ada anak dengan lelaki tu. waktu tu baru awak sedar, Airil sebenarnya beban bagi awak,"

Intan Nabila mengetap gigi kerana terlalu geram namun di tahan emosinya dari meletus di kala Arianna ketika itu sedang mendengar perbualannya dengan bekas suaminya

"Awak jangan fikir saya nie jahat sangat.. Airil nie anak kandung saya.. Saya tak akan biarkan apa-apa belaku pada dia.. saya sanggup mati untuk dia,"

Arif Safuan ketawa kecil seolah-olah jawapan intan Nabila itu sangat melucukan

"Sekarang nie memanglah awak berani cakap macam tu.. tapi saya nak bagi awak amaran.. andai kata belaku apa-apa kepada Airil atas kecuaian awak.. saya tak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah untuk rampas Airil daripada awak.. sila simpan amaran tu dalam kepala awak,"

Wajah Intan Nabila berkerut teruk sedaya upaya cuba menahan diri daripada meraung... mujur Arianna pantas merangkul lehernya sedikit sebanyak mampu mengurangkan sakit di dalam dadanya

Seboleh-bolehnya ketika itu, dia ingin memberitahu kepada Arif Safuan supaya memberinya perluang menjadi ibu kepada Arianna dan menjadi isteri kepada bekas suaminya itu lagi namun kala itu dia sedar Arif Safuan langsung tiada perasaan padanya

Arif Safuan mengerling cermin atas.. lalu menghembuskan keluhan kesal bukan kerana intan Nabila.. sejujurnya dia tiada niat untuk mengucapkan amaran itu namun tindakan Intan Nabila membawa Airil yang baru berusia tiga bulan tanpa ada penjaga benar-benar membuatkannya geram malah saat itu dia berdoa semoga satu hari nanti intan Nabila menyerahkan hak jagaan Airil kepadanya dengan sukarela

Jam 4.45 petang.. Arif Safuan selamat tiba di rumah bekas mertuanya..

Arif Safuan keluar dari kereta menyalam dan mengambil sedikit masa untuk menegur sapa Adlan hanif dengan Puan Safura

Setibanya di rumah intan Nabila terus membawa masuk Airil ke dalam rumah sambil di ekori Arianna. Kalau boleh dia tidak mahu melihat wajah bekas suaminya itu.. hatinya masih terkilan dan sakit

"Saya balik dulu ya abang, kak safura.. insya-Allah kalau zilla datang sini nanti saya suruh dia bawa Ari sekali,"

Adlan hanif mengangguk mengerti begitu juga Puan Safura namun raut wajah kedua orang tua intan Nabila itu tampak tidak selesa dengan kehadiran Arif Safuan

Mereka berdua saling pandang memandang seolah-olah ada sesuatu yang ingin di ucapkan namun tidak mampu untuk di luahkan

"Mama.. boleh Ari datang sini jumpa Mama dengan adik?,"

"Tentulaa boleh.. Ari kan anak Mama..,"

Air mata Arianna mengalir memandang wajah bekas ibu tirinya itu.. terlihat sungul miskipun dia baru berusia 11 tahun namun dia mengerti intan Nabila masih terasa dengan kata-kata ayahnya tadi

"Mama jangan sedih ya.. Ari sayang Mama..,"

Intan Nabila tersenyum mendengar ungkapan itu.. pipi Arianna di elus lembut "Mama sayang Ari juga..,"

"Ari minta maaf ya Mama.. Ari tak pernah benci pada Mama.. Ari cuma marah sebab Mama tinggalkan Ari..,"

"Mama takde niat tinggalkan Ari.. Mama pergi sebab Mama perlu jaga Auntie Yusniza..,"

"Tapi kenapa Mama rahsiakan Airil dari Papa?,"

"Mama takut Ari.. Mama takut Papa Ari akan rampas Airil daripada Mama,"

Arianna diam seketika sambil menatap wajah intan Nabila "Mama..,"

"Ya Ari,"

"Mama masih sayangkan Papa?,"

"Macam mana mama nak sayangkan Papa Ari kalau Papa Ari tak pernah sayangkan Mama,"

Arianna diam tidak lagi berbicara.. jawapan Intan Nabila itu sudah cukup membuatkannya faham situasi yang di hadapai bekas ibu tirinya itu. Mungkin dia harus menerima kenyataan bahawa perluang untuk melihat Ayahnya bersama semula dengan bekas ibu tirinya itu mungkin tidak akan belaku

"Ari!..,"

Arianna yang sedang duduk di sebelah Intan Nabila di ruang tamu pantas memalingkan kepala apabila mendengar suara ayahnya memanggil

Satu keluhan di hembus pelan.. Arianna tahu panggilan Ayahnya itu mahu mengajaknya pulang

"Mama.. Ari balik dulu ya," Ucap Arianna sebelum bangkit dari duduknya

Intan Nabila mengangguk "Ari jaga diri ya.. Nanti bila cuti sekolah datanglah sini jumpa Mama,"

"Baiklah Mama.. nanti Ari minta izin dari Papa," Arianna memeluk intan Nabila kemudian mencium pipi adik tirinya penuh kasih.. "Jumpa lagi Airil,"

Intan Nabila mengesat air matanya sedih sungguh mahu melepaskan Arianna pergi kalau boleh dia mahu Arianna tinggal bersamanya

Di saat Arianna mahu melepaskan pelukan.. intan Nabila memegang tangannya "Jangan lupa ya Ari bagitahu Papa, Ari nak datang sini cuti sekolah nanti,"

Arianna mengangguk.. Dengan langkah yang berat, tubuhnya di pusing. Sebaik sahaja kakinya melangkah menghampiri pintu.. dia memaling memandang intan Nabila

"Ari balik dulu ya Mama,"

Intan Nabila mengangguk sambil menyaka air mata yang jatuh berguguran

"YA Allah intan.. kenapa bawa Airil sampai ke KL dia baru tiga bulan Intan," Kata Puan Safura setelah Arif Safuan dan Arianna pulang Ke KL

"Intan rindu kat Ari Mak..,"

"Kalau ya pun Intan rindu pada Arianna janganlah sampai bahayakan keselamatan Airil.. tengok sekarang dah kantoi dengan Arif nasib baik dia tak ambik Airil dari intan,"

"Kenapa pulak dia nak ambil safura.. semua tu kan sa.."

"Abang..," Tiba-tiba sahaja Puan Safura bangun sebelum suaminya menghabiskan bicara "Tadi Abang cakap abang laparkan?,"

Tertelan air liur Adlan hanif memandang mata isterinya begitu tajam menatapnya dengan bibir di ketap mujurlah saat itu Intan Nabila tidak menyedari tingkah kedua orang tuanya itu kerana sibuk mendodoi Airil

"Aduii sakitlah," Adu Adlan hanif saat isterinya mencubit pinggangnya

"Abang nie.. hati-hatila nak cakap tu.. nasib baik tak terlepas,"

Adlan hanif menarik lengan isterinya saat memasuki ke dalam dapur.. "Abang tak fahamlah dengan Arif tu.. kenapa dia tak nak berterus terang je dengan intan,"

"Abang dah lupa ke.. kan dia pergi Australia hari tu memang niat dia nak berjumpa dengan intan tapi dia nampak intan dengan idham,"

"Bukannya intan dengan idham tu ada ikatan sah pun,"

"Bukannya masalah ada ikatan atau tak bang.. Arif nampak waktu tu intan bahagia sangat dengan idham sebab tu dia tak nak ganggu.. kan dia cakap kat kita dia lebih rela biarkan intan dengan idham bersama,"

Adlan hanif mengeleng sambil mengeluh "Saya pun tak tahu wak sampai bila saya boleh simpan rahsia nie..,"

"Saya pun sama bang.. kalau boleh saya nak sangat intan tu bersama dengan Arif semula.. tapi itulah Arif tu ego sangat,"

"Dia bukan ego tapi malu.. tapi nak buat macam mana lagi.. inikan saiful pun tak boleh nak pujuk si Arif tu, inikan kita,"

Puan Safura mengeleng kesal "Sabar jelah bang.. Idham tu pun nampak baik,"

"Mana awak tahu? kita pun tak pernah jumpa dia.. dengar cerita je,"

"Kalau intan sendiri dah suka.. kira baiklah tu,"

HARI demi hari berlalu begitu pantas.. Setelah dua minggu Intan Nabila berada di melaka.. Yusniza telah membuka sebuah studio di bandar melaka untuk memudahkan dia melukis dan menjadikan studio itu tempat menyimpan lukisan-lukisannya

Yang bagusnya Yusniza turut menyediakan sebuah bilik khas untuk Aril memudahkan Intan Nabila berkerja sambil menjaga bayi kecil itu

Dalam tempoh seminggu Datin Hamidah meluangkan masa mengajar intan Nabila selok belok bagaimana menguruskan lukisan-lukisan yang mahu di jual memandangkan sebelum ini dialah yang menguruskan penjualan lukisan-lukisan Yusniza

Buat masa ini Intan Nabila di beri tanggungjawab menguruskan penjualan lukisan yang di tempatkan di galeri melaka dan kuala lumpur.. Datin Hamidah pula akan menguruskan penjualan lukisan di galeri dalam Malaysia dan juga luar negara

"Apa yang black list nie Datin?," tanya intan Nabila sambil melihat maklumat penjualan lukisan yang sudah terjual

"Intan.. stop call me Datin.. panggil makcik je,"

Intan Nabila tersengih-sengih

"Mana?,"

"Nie," Intan Nabila menghulurkan fail hitam kepada Datin Hamidah

"Oh lukisan nie.. dulu kena lelong kat Galeri France.. ada seorang collector dari England beli dengan harga 2 juta Dollar,"

"2 juta.. lukisan kak yus ke?,"

Datin Hamidah mengangguk "Tapi masalahnya pembeli tu anggap lukisan Yusniza tu mengambarkan seorang Nun sedang bersujud,"

"Nun?,"

"Birawati.., sebab gambar wanita tengah bersujup tu di gambarkan tak jelas sangat tapi nampaklah wanita tu bertudung tajuk pun prostrate for love," Datin Hamidah ketawa

"Apa tu makcik?,"

"Sujud kerana cinta?,"

"Ooo...," Intan Nabila terangguk-angguk "Habis tu kenapa black list,"

"Collector tu fikir si Yusniza tu seorang birawati.. sebab tu makcik kasi black list dalam list lukisan-lukisan yang pernah Yusniza lukis,"

Datin Hamidah ketawa begitu juga Intan Nabila

"Tapi kalau tengok dekat dalam list nie paling banyak lukisan kak yus laku kat Galeri KL,"

"Aah betul tu.. adik pemilik galeri tu memang hebat kalau bab-bab menghasut pembeli," Datin Hamidah ketawa lagi

"Siapa?,"

"Farid husin," (Bab 1 dalam lelaki paling biadap)

YUSNIZA begitu leka menyiapkan sebuah lukisan.. Suasana di dalam ruangan studio begitu hening.. Bilik yang menempatkan Airil juga kelihatan sunyi..

Beberapa detik kemudian.. Intan Nabila masuk ke dalam studio mengankat sebuah lukisan sambil di bantu Arianna

"Letak sini Ari..,"

Lukisan yang masih berbungkus itu di taruh di atas meja

"Kenapa tak suruh orang currier tu je bawa masuk?," Tanya Yusniza

"Alaa saja je intan nak Ari tolong.. Berat tak Ari?,"

"Tak.. ringan je," Arianna tersengih.. setiap kali cuti sabtu dan ahad dia akan datang ke melaka untuk menghabiskan masa dengan intan Nabila

Arianna berlari anak ke arah bilik yang menempatkan Airil namun apabila sampai ke pintu langkahnya berubah, terjengket-jengket memasuki ke dalam bilik untuk melihat adik tirinya

Yusniza tersenyum melihat gelagat Arianna. Beberapa detik kemudian gadis kecil itu keluar semula dari bilik itu

"Ari..,"

Arianna menoleh sebaik sahaja melangkah keluar dari muka pintu. Dia melihat Yusniza melambai lalu segera menghampiri wanita itu

"Ya Auntie,"

"Ari tak nak belajar melukis dengan Auntie?,"

"Tentulaa nak... Tapi Ari nak habiskan masa dengan Mama lepas tu Ari nak jaga adik,"

Yusniza tersenyum mendengar jawapan itu miskipun Arianna sudah berusia 11 tahun, wajah Arianna sudah terlihat seri kecantikan yang mampu membuatkan sesiapa sahaja akan merasa ingin selalu menatap wajah itu

"Nanti kalau Ari cuti panjang.. belajar melukis dengan Auntie ya,"

Arianna mengangguk dengan senyuman manis

Sementara itu intan Nabila melihat jam yang tergantung pada dinding menunjukkan waktu 1.45 tengahari selepas itu dia mengalihkan pandangannya pada Arianna dan Yusniza

"Kak yus nak bungkus macam biasa ke atau nak ubah selera?,"

"Macam biasa je intan.. tapi kalau intan ada nampak ada gerai jual goreng pisang tolong beli ya,"

"Okay.. intan keluar kejap dengan Ari.. kak yus tolong tengokkan Airil ya,"

"Okay,"

Intan Nabila mengeluarkan beg duitnya di dalam handbag namun Pada masa yang sama Kedengaran loceng pintu berbunyi

"Siapa pulak tu?," Bisik Intan Nabila kemudian bergegas menghampiri pintu studio

"Idham!," Mencerlang mata Intan Nabila apabila melihat buah hatinya tercegat berdiri di luar pintu sambil membawa sejambak bunga.. tanpa membuang masa pintu studio segera di buka

"Hai intan..,"

"Idham!," Reaksi intan Nabila tampak sungguh gembira sehingga terlihat seolah-olah mahu memeluk buah hati yang sudah tiga minggu tidak bertemu

"Bila awak sampai?,"

Bibir Idham tersenyum mekar seakan ada berita gembira ingin di sampaikan pada intan Nabila

"Sebenarnya saya dah seminggu kat sini,"

"Hah! betul ke?,"

"Saya sekarang nie dah bertugas kat hospital medical mahkota,"

"Kenapa awak tak bagitahu saya..," Kaki intan Nabila terjengket-jengket mendengar kabar gembira itu namun Arianna yang sedang memerhati tampak kehairanan melihat gelagat bekas ibu tirinya itu

"Itulah Doktor idham.. buah hati Mama Ari," Ujar Yusniza apabila perasan dengan raut wajah Arianna

Arianna hanya diam memerhati.. miskipun kala itu hatinya sedikit kurang senang melihat intan Nabila begitu mesra dengan lelaki itu

"Masuk idham, saya nak kenalkan awak dengan Ari.. Buah hati saya kat sini,"

Idham melangkah masuk ke dalam studio sambil memerhati lukisan-lukisan yang tergantung pada dinding

"Ari... kenalkan ini doktor Idham,"

Arianna mendongak memandang wajah lelaki di sebelah intan Nabila tanpa ada senyuman di bibirnya

"Oh ini lah Ari.. cantiknya..," Puji idham sebaik sahaja memandang wajah Arianna "Hai Ari,"

"Hai..,"

Intan Nabila tersenyum-senyum.. tampak hatinya sungguh senang selepas mempekenalkan Idham pada Arianna

"Oh ya bunga nie bukan untuk intan tau," Ujar Idham sambil menghulurkan sejambak bunga itu pada Yusniza

"Bukan untuk saya,"

"Ini saya nak bagi Yusniza sebagai ucapan tahniah sebab buka studio nie,"

"Habis tu untuk saya?,"

Idham menunjuk dirinya sendiri "Nie saya.. tak cukup ke,"

Intan Nabila tergelak begitu juga Yusniza tetapi tidak Arianna.. wajahnya gadis itu tampak mencuka

"Oh ya.. intan, Yus dengan Ari dah lunch ke?,"

"Baru je tadi saya nak pergi bungkus..,"

"Tak makan kat luar?,"

"Tak.. Airil kan ada,"

"Oh ya ke.. mana Airil?,"

"Tu.. ada dalam bilik,"

Raut wajah idham terlihat senang. cepat sahaja kakinya melangkah ke arah pintu bilik yang sudah terkuak sambil di ekori Intan Nabila

Arianna yang masih memerhati langsung tidak berganjak dari tempatnya berdiri..

"Ari marah ke?," Tanya Yusniza bahu Arianna di peluk mesra

"Tak Auntie.. Mama nampak gembira. mesti Mama suka sangat dengan lelaki tu,"

"Mama Ari dengan idham tu dah lama berkenalan waktu kat Australia.. dia banyak bantu Mama Ari,"

Arianna melepaskan keluhan pelan kemudian memusing tubuhnya mengadap Yusniza "Lepas nie Ari tak bolehlah datang sini lagi..,"

"Kenapa?,"

"Mama mesti takde masa nak layan Ari lagi.. mungkin lebih baik Ari duduk KL je,"

"Kenapa Ari cakap macam tu?," Intan Nabila pantas mencelah sebaik mendengar kata-kata Arianna

"Ari tak nak jadi penganggu..," Jawab Arianna tanpa menoleh memandang Intan Nabila

"Tolong jangan pikir macam tu Ari.. Ke mana saja Mama pergi.. Mama akan bawa Ari sekali walaupun Mama nak keluar dengan idham.. Mama tak akan tinggalkan Ari,"

Saat itu Idham sudah pun keluar dari bilik sambil menggendong Airil yang sudah terjaga turut mendengar kata-kata Intan Nabila tadi

"Uncle pun tak kisah kalau Ari ikut sekali,"

Namun pada masa yang sama terlihat kelibat seseorang melangkah masuk ke dalam studio memandangkan pintu studio yang masih terkuak

"Assalamualaikum..,"

Intan Nabila, Idham dan Yusniza pantas memandang

"Papa..?,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience