Bab 21

Romance Completed 43498

Arif Safuan memijak padel minyak menambah kelajuan keretanya sambil menjenguk-jenguk melalui jendela depan mencari kelibat motorsikal intan Nabila namun pandangannya terhalang kerana ada beberapa kereta di depan keretanya

"Laju betul Intan bawa motor,"

Beberapa meter di hadapan. Arif Safuan dapat melihat lampu isyarat sudah pun bertukar merah. Dia berangggapan Intan Nabila sudah pun berlalu pergi.

"Takpela, nanti sampai hotel aku cuba call,"

Tapi tidak di sangka ketika Arif Safuan sedang kusyuk melihat di hadapan. Retinanya terpandang kelibat motorsikal intan Nabila berada di lorong kanan. Tanpa merasa ragu Arif Safuan segera memberi lampu isyarat ke sebelah kanan mungkin tindakannya itu akan menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang ada di situ. Namun dia tekad

Tidak berapa lama kemudian lampu isyarat bertukar hijau. Jendela kanan kereta di buka. Arif Safuan melihat terlebih dahulu cermin di sisi kanan memastikan tiada motorsikal yang mencelah. Kemudian dia menghulurkan tangan meminta kereta di sisi kanan memberinya ruang untuk masuk

Setelah dia membelok ke kanan. Padel minyak di pijak menambahkan kelajuan, oleh kerana intan Nabila membonceng motorsikal agak sukar untuknya mengejar. Namun dia tertanya-tanya ke mana sebenarnya arah intan Nabila ingin pergi memandangkan laluan itu menghala ke arah tol Ayer keroh

Arif Safuan lebih banyak menoleh ke kiri tercari-cari kelibat Intan Nabila walaupun fikirannya saat itu semakin buntu kerana keretanya semakin menghampiri tol Ayer keroh.

"Aduh.. Intan nie menghala ke mana pulak. Tak akan ke KL,"

Arif Safuan berbelah bahagi ingin masuk ke tol menghala ke KL atau masuk ke laluan tol menghala ke johor.

"Masuk jela tol KL. kalau aku tak jumpa intan aku balik je terus KL,"

Akhirnya Arif Safuan memilih memasuki tol menghala ke KL. Setelah keretanya melewati palang touch n go. Dia memecut keretanya sebaik sahaja memasuki lebuh raya.

Dia mengunakan laluan kiri kerana laluan kecemasan sering di gunakan pembonceng motorsikal walaupun ketika itu hatinya seolah-olah berbisik mengatakan Intan Nabila tidak melalui lebuh raya itu. Namun tidak lama selepas itu. Arif Safuan terkejut bila dia melihat kelibat motorsikal di bonceng intan Nabila berada di hadapan keretanya

Pantas Hon di bunyikan beberapa kali sambil menyalakan dan menutup semula lampu kereta sebagai isyarat untuk intan Nabila

Terangkat kepala Intan Nabila begitu terkejut apabila mendengar bunyi hon kereta di belakangnya, dia segera melihat cermin di sisi kanan

"Arif!," Intan Nabila memalingkan kepalanya melihat ke belakang. Dan memang benar kereta di belakangnya adalah kereta Arif Safuan

Intan Nabila segera memberi lampu isyarat ke kiri. Dia memberhentikan motorsikal di bahu laluan kecemasan manakala Arif Safuan pula memberhentikan keretanya di belakang motorsikal itu

Arif Safuan cepat-cepat keluar dari kereta. Wajahnya cemas mendapatkan intan Nabila

"Intan nak pergi mana?,"

Intan Nabila menanggalkan helmetnya terlebih dahulu "Saya nak pergi jumpa awak,"

"Jumpa saya. Kenapa? sekejap. bahaya kalau kita berdiri kat sini,"

Ari safuan membawa intan Nabila berdiri di balik besi penghadang lebuh raya bimbang jika sesuatu tidak di ingini belaku

"Kenapa intan tak call saya?,"

"Awak yang tak call saya. mesej saya pun awak tak balas,"

"Pasal tu je intan nak pergi ke KL jumpa saya,"

Intan Nabila mengeleng kepalanya "Tak wak? sebenarnya tadi saya nak pergi jumpa ikram. Tapi tiba-tiba saya teringatkan awak. Saya rasa bersalah sangat,"

Tersentak Arif Safuan mendengar pengakuan Intan Nabila namun sedaya upaya cuba menenangkan hatinya

"Mengapa intan nak rasa bersalah. Kita bukan ada apa-apa ikatan lagi," Arif Safuan memerhati intan Nabila dari atas sehingga ke bawah "Intan pun berdandan cantik-cantik macam nie, Mengapa tak pergi je jumpa dengan ikram,"

"Sebab rasa bersalah pada awak," Jawab Intan Nabila. Nampak bergitu tertekan sekali wajahnya

"Saya rasa takde sebab intan nak rasa bersalah pada saya. Sebab saya sendiri pun faham bukan mudah untuk intan melupakan ikram,"

"Tak! saya cintakan awak. Saya betul-betul nak jadi isteri awak,"

"Mungkin itu saja cara intan nak lupakan ikram'kan. Berkawin dengan saya atau pun intan sengaja nak buat ikram cemburu," Arif Safuan menekan suaranya

Berderau darah intan Nabila mendengar kata-kata itu. Wajah Arif Safuan di tatap lama tanpa berkata

Arif Safuan mengeluh pelan. Sejujurnya dia merasa marah dan geram, mungkin lebih kepada cemburu tapi dia sedar jika gadis di hadapannya itu pernah berkata kepadanya. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang sudah menjalinkan hubungan selama 10 tahun

"Kalau intan nak jumpa dengan ikram. Saya tak akan larang. Saya boleh batalkan perkahwinan kita. Dalam islam lelaki di benarkan kawin lebih dari satu,"

Intan Nabila tergamam. Bibirnya terketar-ketar. Luluh sungguh hatinya mendengar kata-kata itu

"A.. A.. Arif Sa. Sa. Safuan. Saya mengaku jika perbuatan saya nie salah. Tapi saya tak pergi pun jumpa dengan dia. Saya lebih rela bonceng motorsikal saya pergi jumpa dengan awak. Tak akan itu pun tak cukup untuk saya buktikan cinta saya pada awak," pelan-pelan Intan Nabila memalingkan badan berniat untuk pergi meninggalkan tempat itu. Tiada sebab lagi dia harus menunggu "Mungkin perempuan seperti saya sebenarnya tak layak untuk awak,"

"Tak layak? saya tak pernah cakap intan tak layak untuk saya. Saya ada perasaan intan. Saya rasa geram, saya marah, saya cemburu sebab saya cintakan intan. Saya datang sini kerana saya rindukan intan. Tapi intan keluar dari rumah berdandan macam nie bukan untuk saya. Tapi untuk ikram,"

Langkah Intan Nabila terhenti. kemudian memalingkan badannya semula memandang Arif safuan

"Ya!! saya tahu saya salah. Tapi saya tak pergi jumpa dia!!," Intan Nabila menangis teresak-esak "Susah sangat ke untuk awak pecayakan saya. Saya dah berterus terang pada awak. tak akan itu pun tak cukup!!," makin lebat air mata membasahi wajahnya

"Sejak saya kenali intan, saya menyimpan hajat seperti gunung yang tinggi ingin mengahwini intan. Ya saya mengaku saya pecayakan intan. tapi rasa cemburu nie sakit intan. Saya pun ada ego saya sendiri. Bagaimana kalau saya berjumpa dengan perempuan lain. Apa perasaan intan?,"

"Ya saya akan mengamuk. Sebab saya cemburu!!,"

"Habis tu intan. Saya tak layak ke rasa cemburu pada intan,"

Intan Nabila meraung sekuat hati. Tubuh Arif Safuan di peluk erat "Saya cintakan awak. Tolongla pecayakan saya. Saya janji pada awak saya tak akan ulanginya lagi,"

SUASANA sepi di dalam kereta. Baik intan Nabila mahupun Arif Safuan masing-masing tidak bercakap.

Intan Nabila terpaksa meninggalkan motorsikalnya di tepi lebuh raya setelah Arif Safuan menghubungi Mizi meminta bantuan lelaki itu supaya menghubungi towing untuk mengambil motorsikalnya

Pandangan Arif Safuan tertumpu di lebuh raya. Dia harus melalui tol simpang empat untuk membuat U-turn semula untuk ke tol ayer keroh

"Awak balik hari nie jugak ke?,"

Arif Safuan sekadar mengangguk tanpa memandang Intan Nabila

"Apa kata awak balik esok je. Kita bermalam kat hotel,"

Hampir-hampir saja Arif Safuan mem'break mengejut bila mendengar permintaan Intan Nabila

"Bermalam kat hotel. Dengan intan?,"

Intan Nabila mengankat keningnya "Apa salahnya. Ahad niekan kita nak menikah,"

"Intan. Intan sedar tak apa yang intan cakap sekarang?,"

"Tentula saya sedar. Mungkin lebih baik kita buat sekarang. Supaya awak tak tinggalkan saya,"

Arif Safuan beristighfar beberapa kali dalam hatinya "Mengapa pulak saya nak tinggalkan Intan,"

"Saya yakin lepas nie susah untuk awak pecayakan saya lagi. Mungkin bila awak dah balik nanti. Awak akan fikirkan semula niat awak mahu berkahwin dengan saya,"

"Tapi intan yakin ke kalau kita dah buat semua tu. Saya tak akan tinggalkan intan,"

"Awak?,"

"Intan. Saya cintakan intan bukan kerana nafsu. Saya cintakan intan kerana saya ingin jadikan intan isteri saya. Jadi peneman saya ketika saya kesunyiaan, ketika saya kelelahan. Bukan setakat isteri saya di dunia tapi di ahkirat nanti,"

Intan Nabila mengesat air mata yang membasahi kelopak mata lalu melontarkan pandangannya di luar jendela

"Saya cintakan awak Arif. Pecayalah,"

PAVILION kuala lumpur. Arianna kelihatan begitu gembira berjalan di sebelah makciknya Zilla. Dia memerhati sekeliling seakan mencari sesuatu

"Mana aiskerimnya Auntie?,"

"Hiss Arianna nie.. depan tu,"

Bulat mata Arianna memandang di hadapan. Setelah melewati beberapa kedai. Dia lelihatan teruja saat berdiri di depan kedai aiskerim Baskin-Robbins

"Jomla masuk,"

Arianna melonjak-lonjak gembira

"Arianna duduk sini kejap. Auntie pergi beli aiskerim,"

"Beli banyak-banyak ya Auntie,"

"Ya sayang," Zilla tersenyum manis sambil mengelus pipi mungil Arianna sebelum pergi ke kaunter untuk membeli Aiskerim kegemaran anak buahnya itu

Beberapa minit kemudian. Dia kembali semula membawa sekotak aiskerim perlbagai perisa di letak di atas meja. Arianna yang melihat aiskerim di depan matanya menepuk-nepuk tangan

"Auntie tak beli untuk Auntie ke?,"

Zilla mengeleng sambil tersenyum "Auntie diet. Auntie tak boleh makan aiskerim. Arianna makan jela. Lagi pun Auntie nak tunggu pakcik Ramlan,"

Arianna mengangguk lalu menyenduk aiskerim di dalam kotak itu di suap ke dalam mulutnya

"Dah lama you tunggu," Secara tiba-tiba Kedengaran suara lelaki menegur dari belakang mengejutkan Zilla saat itu sedang memerhati anak buahnya sedang menikmati aiskerim

"Baru je," Jawab zilla seperti tiada semangat lalu bangun dari kerusi kemudian beralih tempat duduk di sebelah Arianna

Lelaki berbaju kemeja, segak berwajah tampan. mengelap peluh di dahi mengunakan sapu tangan sebelum duduk bertentangan di depan Zilla

"Hai Arianna,"

"Hai Uncle,"

Ramlan kekasih hati zilla mengukir senyuman manis walaupun tampak jelas dada di balik kemejanya turun naik kerana kelelahan

"You dah habis kerja?,"

"Eh belum lagi. Saya ambil rehat setengah jam je,"

"Habis tu buat apa datang jumpa i, kalau rehat pun cuma setengah jam je,"

"Salah ke i datang jumpa you?,"

Zilla mengeleng geram sambil memeluk tubuh
"Dari bulan lepas sampai ke bulan nie. Cuma dua kali je kita keluar itu pun waktu you kerja. Jumpa pun tak sampai satu jam semata-mata nak teman you makan. I nak tanya you Ramlan. You masih ada hati lagi ke dengan I?,"

"Kenapa cakap macam tu Zilla. You kan tahu i kerja,"

"Sabtu, Ahad you tak kerja kan,"

Ramlan diam tidak menjawab. Wajahnya tampak tertekan memandang kekasihnya

"Kenapa you marah-marah nie. I ada buat salah ke?,"

Berkerut kening Zilla memandang kekasihnya "You tak dengar ke i cakap tadi?,"

"Tak akan pasal tu pun you nak marah. Hari sabtu i kerja overtime. Kadang-kadang i balik sampai lewat malam. Hari ahad je i boleh rehat,"

Zill menghela nafas tenang. Wajah Ramlan di tatap seketika "It's okay. i pun dah bosan dengan hubungan macam nie. Macam tiada masa depan,"

"You dah jatuh cinta dengan bekas abang ipar you ke?,"

"Hey Ramlan. jaga mulut you. jangan nak main tuduh-tuduh je,"

"I bukannya menuduh. Tapi sejak kebelakangan nie, i perasan kalau you mesra betul dengan bekas abang ipar you,"

Zilla tergeleng-geleng sambil membuat riak wajah annoying saat memandang Ramlan

"Untuk pengetahuan you Ramlan. Hujung bulan nie. Bekas abang ipar i tu akan berkahwin dengan orang melaka bukan dengan i. So please jangan sedap mulut you je tuduh i yang bukan-bukan,"

Ramlan sedikit terkejut "Kahwin dengan orang melaka. Siapa?,"

"Tak perlu you nak ambil tahu. I tahula you orang melaka. Tak akan semua orang melaka tu you kenal,"

"I tanya je kan. Tak akan itu pun salah,"

"Papa kawin dengan kakak Intan Nabila," Arianna mencelah dengan bibir comot tersenyum-senyum memandang Ramlan

"Hah!," Ramlan kelihatan terkejut teruk "In.. in. intan Nabila?,"

"Kenapa you beria sangat terkejut nie. Bekas kekasih you ke tu?,"

Ramlan mengeleng-geleng kepalanya "I rasa itu adik i,"

"Adik you?,"

Ramlan terangguk-angguk

"Seriously," Zilla seakan tidak pecaya tapi dia amati wajah Ramlan dan barulah dia perasan jika wajah kekasihnya itu ada iras-iras seperti wajah intan Nabila

Zilla secara mendadak bangun dari kerusi. Kemudian mendukung anak buahnya

"Auntie. Ari belum habis makan lagi,"

"It's okay sayang. Nanti Auntie beli yang lain ya,"

Arianna mengangguk membiarkan saja makciknya mengesat bibirnya

"Kenapa nie Zilla?,"

"I nak tanya you Ramlan. Selama ayah you berada di hospital you pernah tak lawat dia?,"

Mata Ramlan membulat pelan-pelan punggungnya di angkat "Ke ke kenapa you tanya?,"

Zilla mengeleng dengan gigi di getap geram "I kenal adik you ramlan. I pernah jaga dia kat hospital and you tak lewat dia pun inikan pula ayah you yang sakit jantung. you tak pernah lawat sekali pun ayah you. Lelaki macam nie ke i nak buat suami," Habis saja mengucapkan kata-katanya, Kakinya di ayun sambil mendukung Arianna meninggalkan tempat itu

Ramlan terpaku. Berdiri bagaikan patung sedikit pun tidak begerak. Bahkan hatinya saat itu masih tidak mampu mempecayai jika adiknya bakal menjadi isteri kepada lelaki paling berjaya di Malaysia

"MANA pulak si intan nie. Sial betulla. Accident ke. kalau betul eloklah mampus lagi bagus," Kata ikram dengan nada geram sambil berjalan Mundar-mandir di hadapan pintu hotel

Wajah resah gelisah hampir 3 jam dia menunggu Intan Nabila di situ namun kelibat Intan Nabila tak kunjung tiba. Hatinya mulai panas membahang bercampur geram dan sakit hati bahkan pada mulanya hatinya begitu senang saat Intan Nabila setuju ingin menemuinya

Sebotol air minerel sudah di campur ubat peransang. satu kotak perlindung kehamilan, awal-awal sudah sediakan dengan niat untuk memerangkap gadis itu namun kini dia bagaikan ingin mengamuk kerana kehendaknya itu tidak tercapai

Nombor telefon Intan Nabila berkali-kali di dail namun satu pun panggilannya tidak di jawab. Bermacam-macam mesej terkandung ayat-ayat merayu, ayat cinta, penyesalan di taip dan kirim tidak satu pun di baca

Ikram semakin tidak keruan. Wajahnya berkerut teruk seolah-olah mahu memekik

"Takpe.. takpe intan. Hari nie kau mainkan aku. Takpe. kau tunggu je. Walaupun aku mati aku tak akan lepaskan kau, kau tunggu je intan,"

SETIBA saja di rumah. Arif Safuan terus memijak padel minyak belalu pergi tanpa mengucapkan sepatah kata apabila Intan Nabila turun dari keretanya.

Di rumah, suasana lengang. Intan Nabila terus masuk ke dalam bilik, dia menangis lagi. Rasanya mahu di hemburkan segala isi hati dan perasaannya. Dia betul-betul rasa menyesal dan bersalah melukan hati Ari safuan

Intan Nabila meraung sendirian. Di dalam biliknya dia meluahkan duka yang terpendam. Dia membayangkan wajah kesal Arif Safuan saat menatapnya ketika dia turun dari kereta. Dia sedar jika lelaki itu terluka dengan perbuatannya.

Pipinya di tampar berkali-kali sehingga meninggalkan bekas merah di pipi. Rasa sakit yang memeritkan namun tidak mampu menghilangkan rasa sakit di dalam hatinya. Intan Nabila menjerit sekuat hati

"Tuk. Tuk. Tuk.!,"

Pintu bilik di ketuk beberapa kali. Serentak di kuak dari luar.

"Intan. Kenapa nie?,"

Tidak di sangka yang membuka pintu bilik itu adalah Arif Safuan. Di tangannya memegang handbag milik intan Nabila tertinggal di dalam keretanya membuatkan dia berpatah semula untuk memulangkan handbag tersebut

Melihat sahaja Arif Safuan tercegat berdiri di luar pintu. intan Nabila segera bangun lalu berlutut di hadapan Arif Safuan memohon keampunan dari lelaki itu dengan tangis esak

Share this novel

Zainabzety
2024-05-27 14:33:04 

setan punya jantan nasib x dan smpai tidk padan muka ko intan


NovelPlus Premium

The best ads free experience