Bab 3

Romance Completed 43509

Keributan belaku di antara geng rider food panda dan Grab setelah mendengar cerita dari Tahar apa yang telah belaku kepada intan Nabila. Selama enam tahun mereka mengenali Intan Nabila berjuang bersama-sama mencari rezeki sebagai food delivery. Apabila mendengar Intan Nabila di hina. darah mereka menjadi mendidih

Dengan hati yang panas membara beberapa riders mula berkumpul di hadapan sebuah rumah ingin mencari lelaki yang telah menghina intan Nabila

"Woi korang nie dah kenapa memekak kat depan rumah aku?. Baik korang pergi sekarang kalau tak aku call polis!,"

"Kita orang tak akan pergi makcik selagi kita orang tak jumpa dengan Ikram," Balas Azhar sambil duduk di atas motorsikalnya

"Anak makcik tu tak sedar diri berani dia hina intan. Dia dah lupa ke siapa yang banyak tolong dia," Tahar mencelah

Berkerut-kerut wajah Puan Hasimah ibu Ikram sambil mencekak pinggangnya memerhati beberapa pembonceng motorsikal membuat bising di hadapan rumahnya

"Anak makcik dengan intan bukannya suami isteri. Anak makcik ada hak kalau dia nak putus dengan intan. Korang nie siapa nak sibuk dengan hal diorang!,"

"Makcik! kitaorang tak kisah kalau anak makcik nak putus dengan intan. Tapi kitaorang tak boleh terima bila anak makcik hina perkerjaan intan,"

"Baru jadi cikgu dah belagak. Hah! kenapa anak makcik tu tak nak keluar. pengecut.. dengan perempuan berani.. cuba dengan kitaorang,"

Puan Hasimah berdengus. Cepat saja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah

"Ikram! ikram!," Pekik puan Hasimah memanggil anak bujangnya

Ikram dengan lagak bersahaja turun dari tingkat dua. Siap menguak apabila sudah berada di bawah seolah-olah tidak kisah apa yang sedang belaku di hadapan rumah orang tuanya

"Kenapa Mak?,"

"Ikram pergi keluar sekarang cakap dengan budak-budak tu supaya pergi,"

Berkerut dahi Ikram memandang ibunya "Mak nie biar betul. Mak nak tengok anak mak nie kena pukul ke?,"

"Ikram nak takut apa! negara kita kan ada undang-undang,"

"Kalau gitu call jelah polis," Balas Ikram sambil memalingkan wajahnya

Melihat Ikram memalingkan muka. Puan Hasimah tiba-tiba menjadi berang
"Ikram!,"

"Ya mak. Tak payahlah menjerit ikram boleh dengar,"

"Betul ke kamu hina si intan tu?,"

"Aduh mak niee. Ikram cakap dia penunggang Grab je mak.. tak sepadan dengan ikram. Mak jugak yang suruh ikram cari jodoh yang sepadankan,"

Puan Hasimah terpinga-pinga dengan jawapan anaknya memang benar dialah yang sering menasihatkan anak bujangnya itu supaya mencari jodoh yang mempunyai perkerjaan yang bagus

"Tapi perlu ke ikram hina perkerjaan intan tu?,"

Ikram kembali memandang ibunya "Mak.. Itu bukan menghina. itu kenyataan. Perkerjaan Intan tu food delivery. penghantar makanan,"

Puan hasimah mengeleng pelan "Kamu kena ingat Ikram. Mak intan tu cikgu. Setahu mak takde cikgu-cikgu kat area melaka nie tak kenal dengan dia. Mak bimbang je kalau dia bagitahu Cikgu-cikgu kat sekolah kamu apa yang kamu dah buat pada anak dia,"

"Biar jelah. ikram dengan intan bukannya suami isteri mak. Setakat bercinta je. Adatlah kalau terputus tengah jalan,"

Puan Hasimah mengeluh panjang dalam masa yang sama juga bunyi bising di hadapan rumahnya tiba-tiba beransur-ansur menghilang

Dengan rambut yang serabai kedepan, Intan Nabila menyelaknya ke belakang dan menampakkan wajahnya yang sembab akibat menangis Semalaman. Intan Nabila duduk di birai katil baru sahaja bercakap dengan Azlan di telefon menyuruh kawan baiknya itu supaya jangan mencampuri urusan hubungannya dengan Ikram

Bukan apa. Dia bimbang jika Azlan dengan kawan-kawannya yang lain akan di ambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Intan Nabila berdiri lalu melangkah ke arah meja soleknya. Di atas meja itu hanya terdapat bedak muka. Intan Nabila menatap wajahnya di cermin agak lama

"Hmmm...," Intan Nabila mengeluh panjang bila melihat keadaan wajahnya "Selama nie aku tak ambil kisah dengan rupa aku tapi sekarang baru aku tahu mengapa Ikram minta putus,"
Kata Intan Nabila cuba menyedapkan hatinya sendiri dengan menyalahkan wajahnya bukan kerana perkerjaannya

Intan Nabila mengikat rambutnya dan kala itu otaknya teringatkan zaman persekolahannya. Kawan-kawannya sering mengaitkan wajahnya hampir sama dengan penyanyi dan pelakon dari group girl generation Yuna tapi sekarang

Setelah tamat persekolahannya Intan Nabila tidak lagi mengambil peduli tentang penampilannya memandangkan dia berkerja sebagai food delivery mengirim pesanan tidak kira cuaca panas atau pun hujan. Lagi pun tiada customer yang mahu melihat wajahnya

Namun setelah melihat wajahnya sendiri di cermin barulah dia sedar betapa hodohnya wajahnya sekarang

"Lama jugak aku tak pergi salon,"

Bandar Melaka

Cuaca petang di kota melaka tidak terlalu terik. Kebanyakan kenderaan mula memenuhi jalan raya menuju ke lebuh raya untuk pulang ke negeri masing-masing setelah dua hari bercuti di kota bersejarah itu

Jam di dashboard menunjukkan waktu 5.45 petang. Arif Safuan memarkir keretanya di hadapan hotel miliknya setelah memandu hampir 3 jam dari Kuala Lumpur

"Ari... Bangun sayang kita dah sampai," Kejut Arif Safuan. lambut nadanya sambil menepuk tangan anaknya

Pelan-pelan Arianna membuka mata "Dah sampai Papa?,"

"Ya sayang,"

Arif Safuan tersenyum saat memerhati anak perempuannya mengosok-gosok mata
"Ari tunggu sekejap dalam kereta ya. Papa nak keluarkan beg-beg kita,"

"Papa.. jangan tinggalkan Ari. Ari takut," Ucap Arianna bila melihat ayahnya keluar dari Kereta

"Papa tak ke mana lah. Papa nak keluarkan beg je,"

"Tungguuu Ari nak ikut,"

Arif Safuan mengeleng pelan sambil memerhati anak perempuannya itu mengalihkan badan pada tempat duduk pemandu

"Dukung Ari papa," Arianna mendepakan tangan dan depaannya itu segara di sambut Arif Safuan lalu mengankat anaknya keluar dari kereta

"Ari?,"

Arianna memuncungkan bibir. leher ayahnya di rangkul erat seakan sengaja tidak mahu melepaskan leher ayahnya.

Ari Safuan terpaksa mengalah. Pintu kereta di tutup lalu mendukung anaknya ke arah bonet kereta

"Eh Encik Arif,"
Seorang lelaki berbaju T-shirt tiba-tiba memanggil setelah keluar dari pintu Lobi tergesa-gesa menghampiri Arif Safuan

"Mizi,"

"Encik Arif.. kenapa tak call saya nak datang petang nie saya boleh siapkan bilik," kata Lelaki itu masih lagi dalam keadaan terkejut

Arif Safuan melemparkan senyuman "Tak mengapa Mizi, bagi je saya mana-mana bilik janji bersih,"

Mizi tergaru-garu rambutnya. Sebagai pengurus Hotel Ruby. Dia merasa bersalah tidak dapat menyambut dengan betul kedatangan pemilik hotel

"So macam mana Mizi. Semuanya berjalan lancar ke?," Soal Arif Safuan sambil membuka bonet kereta

Mizi barbadan sasa tidak terus menjawab. langkahnya pantas mahu membantu mengeluarkan beg bos nya dalam bonet

"Pakcik!,"

"Hai Ari, ala-ala comelnya," Mizi mencubit-cubit pipi Arianna

"Mizi?,"

"Oh ya.. sorry-sorry. Alhamdullilah. semuanya berjalan lancar. Buat masa nie hampir 70% bahagian hotel dan di bersihkan. Cuma yang tinggal bahagian bilik. Kami pun dah terima 30 permohonan untuk perkerja part time bahagian housekeeping. insya-Allah Encik Arif dalam seminggu semuanya settle,"

Arif Safuan terangguk-angguk "that's good news. kalau boleh kita kena buka hotel nie dalam bulan nie juga. Datuk yusof tak habis-habis call saya tanyakan hotel nie, katanya banyak ulasan mengatakan hotel kita nie dah muflis,"

"Biasalah Encik Arif. Datuk confirms tertekan punya. Lagi pun dia yang rasmikan hotel nie. Siap ada syer lagi," Mizi tersengih-sengih

"Biasalah Mizi dah adat dalam bisnes. Itu jelah cara kita nak mengelak rasuah,"

"Papa?,"

"Ya Ari?,"

"Ari lapar,"

"Takpe-tekpa biar pakcik pergi bungkuskan makanan,"

"Tak payah Mizi, restoran Kak lela dah buka,"

"Dah lama buka,"

"Saya pergi sana jelah, jomlah ikut sekali,"

"Sorrylah Encik Arif. saya ada banyak kerja lagi kat dalam. Biar saya bawa masuk beg-beg Encik Arif, nanti saya carikan bilik,"

Arif Safuan mengangguk. Mizi membantu membuka Pintu bahagian pemandu.

"Masuk Ari. Kita pergi makan kat restoran makcik Lela ya," Arif Safuan memandang Mizi "Nanti lepas isyak tolong kumpulkan semua ketua department saya nak buat meeting,"

"Baik Encik Arif,"

Melaka river cruise

Restoran Asam pedas Lela Ori

Intan Nabila baru sahaja sampai di restoran itu bila mendapat pesanan dari Azlan dan Tahar. Dia dan kawan-kawannya duduk di luar restoran berdekatan dengan sungai melaka

Azlan dengan wajah bengang berjalan mundar-mandir di tepi meja
"10 tahun intan.. 10 tahun.. dari kita tingkatan empat lagi kau dah bercinta dengan ikram. waktu dia tengah syok kat U. kau ke hulur ke hilir bawak motor hantar makanan. panas ke hujan ke.. kau redah je. ada tak dia terpikir benda tu semua,"

"Kau jangan ingat selama nie kitaorang tak tahu kau support duit belanja dia. Hey intan motor yang dia pakai tu. Kitaorang dah lama tahu lah kau yang belikan,"

Intan Nabila sekadar termangu mendengar ngomelan dari Azlan dan Tahar. Semua yang di katakan kawan-kawannya itu semuanya terselit kebenaran. Selama dia berkerja sebagai food delivery hampir bebelas ribu dia berikan kepada Ikram

"Alaa.. aku rasa ikram tu tertekan. Tengoklah rupa aku sekarang nie tak macam dulu sebab tu aku fikir nak keluarkan duit sikit, rawat muka aku nie,"

Azlan dan Tahar saling berpandangan

"Kau nie dah tak betul ke Intan. Apa kena mengena dengan muka kau. Dia hina kerja kau bukan muka kau!," Kata Azlan agak tinggi nadanya

"Mana ada lah. Dulu korang jugak yang selalu cakap muka aku macam Yuna..," Intan Nabila tersengih-sengih "Aku yakin kalau muka aku cantik semula macam dulu mesti Ikram tak jadi nak putus dengan aku,"

Azlan menepuk dahi sementara Tahar pula tergeleng-geleng memandang intan Nabila

"Aku rasa kau nie dah gilalah Intan,"

"Biarlah aku gila,"

Dalam masa itu sebuah kereta jenis Toyota Suv memarkir di belakang restoran. Arif Safuan keluar dari kereta sambil mendukung Arianna

"Aku ada tanya dengan pak guard sekolah tu tentang Cikgu yang rapat dengan Ikram. Namanya Linda. cikgu kontrak lima bulan tapi masalahnya perempuan tu anak Datuk yusof bekas MB melaka tapi sekarang bapak dia dah jadi menteri bahagian pelancongan melaka,"

Intan Nabila memandang Tahar dengan pandangan hairan. dia tidak menyanka Tahar sampai menyiasat tentang guru wanita yang di ceritakannya semalam saat dia menangis

"Nasib baik cikgu kontrak je lepas habis kontrak mengangurlah nanti. sekurang-kurangnya aku berkerja," Kata Intan Nabila sedikit bangga

"Woi Intan!!, kau nie bodoh ke apa," Azlan memekit sehingga pelanggan di restoran terkejut di buatnya
"Kalau dia menganggur pun bapak dia kaya. Dia tak payah nak kerja. duit confirm masuk tiap bulan-bulan,"

Intan Nabila menatap wajah azlan tanpa berkelip sehingga kelopak matanya berair

"Siapa tu kak Lela?," Tanya Arif Safuan sambil memandang dua orang pemuda lelaki dan seorang gadis sedang duduk di luar restoran

"Budak-budak penghantar makanan. Alah biar jelah diorang," Jawab wanita separuh abad sedang asyik mendukung Arianna

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience