Bab 19

Romance Completed 43498

Bukan mudah Arif safuan memujuk Intan Nabila supaya berhenti dari menangis banyak juga dia terpaksa mengiyakan kemahuan bakal isterinya itu setelah menjadi suami isteri nanti dan salah satunya membenarkan intan Nabila tinggal di melaka

"Awak jangan risau saya akan jaga Arianna seperti anak saya sendiri,"

Arif Safuan tidak menjawab sekadar diam memerhati jalan di hadapan

"KL dengan melaka bukan jauh pun. Bila-bila masa awak boleh balik'kan. Tapi kalau awak tak boleh balik, biar jelah saya dengan Arianna pergi sana," Jelas intan Nabila lagi

Arif Safuan mengangguk, terpaksa jua mengalah walaupun berat hatinya untuk mensetujui kemahuan intan Nabila itu

Tidak beberapa lama kemudian kereta yang di pandu arif Safuan berhenti di hadapan pagar rumah keluarga Intan Nabila dan kebetulan ketika itu Adlan hanif kelihatan sedang berada di dalam garaj rumah

Melihat sahaja kereta Arif Safuan berhenti di luar pagar rumahnya. Bibirnya terus mengukir senyuman lebar. Intan Nabila terlebih dahulu keluar dari kereta

"Assalamualaikum Abah,"

"Waalaikummusalam. Intan balik dengan Arif ke?," jawab Adlan Hanif lalu bertanya. terjenguk-jenguk orang tua itu melihat di dalam kereta sambil membuka pintu pagar rumahnya

Intan Nabila mengangguk "Ah.ah balik dengan bakal menantu abah,"

"Bakal Menantu?,"

Intan nabila ketawa kecil memandang ayahnya

"Assalamualaikum abang Adlan?,"

"Waalaikummusalam Arif," Semakin melebar senyuman Adlan Hanif memadang Arif Safuan "Allah. lama tak jumpa Arif," ucapnya pula lalu berpelukan dengan Arif Safuan

"Abang apa kabar?,"

"Alhamdulilah. abang sihat Rif. nie," Adlan Hanif menepuk lembut bahu Arif Safuan "kenapa tak beritahu abang kalau arif nak datang. Abang boleh suruh kak safura kau masak,"

"Eh tak apa bang. Saya dengan intan pun baru balik dari majlis kawin,"

"Oh ya tak ya pulak. abang lupa hari nie majlis kawin ikram,"

"Abah?,"

"Hah ya intan,"

"Kita orang berdua nak kawin,"

"Subahanalallah," Adlan Hanif sedikit terkejut sehingga tangan kanannya menyentuh dada

"Eh Abang tak apa-apa ke?,"

"Abah,"

Pantas Arif Safuan memeluk bahu Adlan Hanif bila melihat ayah Intan Nabila menyentuh dada

"Betul ke Rif? pekara camtu jangan buat main-main,"

Arif safuan tersenyum "Apa kata kita masuk dalam dulu bang. Nanti saya cerita,"

"Yalah. Marilah masuk,"

Sebaik sahaja Adlan Hanif, arif Safuan bersama intan Nabila masuk ke dalam rumah. Puan Safura terburu-buru keluar dari dapur sambil mengelap tangannya

"Arif?,"

"Assalamualaikum kak,"

"Waalaikummusalam. Duduk Arif. Kak tengah masak. Nanti makan sini ya,"

Belum pun sempat Arif Safuan menjawab Intan Nabila cepat sahaja mencelah "Banyak ke lauk mak masak?,"

"Adalah dua tiga lauk. mari sini tolong mak kat dapur,"

Intan Nabila mengangguk

"Duduk Arif,"

Arif safuan melabuhkan punggungnya di Sofa manakala Adlan Hanif duduk di sebelahnya

"Nie," Adlan Hanif menepuk peha Arif Safuan "Betul ke Arif nak kawin dengan Intan?,"

"Betul bang. saya serius nak jadikan intan isteri saya,"

Adlan Hanif mengosok-gosok dadanya dengan bibir seakan tersenyum gembira

"Alhamdulilah x2,"

"Abang benarkan tak?,"

"Hiss.. tentulah abang benarkan. Dah itu impian abang dari dulu nak sangat intan kawin dengan Arif,"

"Kalau boleh bang saya nak kawin dengan intan dalam hujung bulan nie,"

"Amboi cepatnya,"

"Cepat-cepat lagi bagus. Nanti terlepas,"

Adlan Hanif terus ketawa terbahak-bahak bersama Arif safuan sehingga ketawa mereka berdua kedengaran di dalam dapur

"Amboi gelak sakan Abah kamu dengan Arif. Apa yang lucu sangat tu?," Kata Puan Safura sambil memasukan beberapa ketul ayam ke dalam periuk

"Intan dengan Arif nak kawin mak,"

"Hah?," Puan safura tersentak bila mendengar pengakuan anak gadisnya. pelan-pelan dia memalingkan badan memandang Intan Nabila ketika itu sedang duduk di meja memotong bawah putih

"Betul ke intan?,"

intan Nabila mengangguk tanpa memandang ibunya

Langkah di susun pelan. Kerana bergitu terkejut dengan berita itu. Tanpa sengaja sendok yang mengacau lauk di dalam periuk terlepas dari tangannya. Puan Safura menarik kerusi. Raut wajahnya masih dalam keadaan terkejut memandang anak bongsunya

"Siapa yang ajak kawin. Intan ke Arif?,"

"Hiss mak nie.. Tak akanlah intan yang ajak. tentulah Arif. Dia siap umum lagi kat majlis tadi semua orang dengar. malu betul Intan,"

"Hah! Arif umum kat majlis kawin Ikram?,"

"Ya mak,"

Pantas Puan Safura bangun dari duduknya. Wajahnya berkerut sehingga kecil kelopak matanya dengan bibir tersengih

"Hasimah dengar tak?,"

"Dengar. Kalau mak nak tahu. Waktu tu puan hasimah tengah nak halau intan. Tapi lepas dia dengar Arif nak kawin dengan intan. Tiba-tiba je layan intan baik-baik,"

Puan safura mengetap giginya geram "Memang kurang ujar si Hasimah tu. Sekarang baru dia tahu siapa bakal menantu aku. nak bandingkan anak dia setakat cikgu je,"

"Eh mak!. Lauk tu bau hangit,"

"Ya Allah," Puan Safura cepat-cepat melangkah ke arah dapur masaknya "Aduh-aduh panas,"

"Mak?,"

"Tak apa, Sendok nie hah panas,"

HOTEL Ruby

Di lobi Hotel, Datuk Rasyid ishak duduk bersendirian. Raut wajahnya murung dengan tatapan kosong memikirkan sikap Arif Safuan langsung tidak menegur atau bercakap dengannya. Sudah tentu dia sedar mengapa anaknya itu bersikap seperti itu memandangkan sejak dulu dia tidak pernah melayan anaknya itu dengan baik

Datuk Rasyid ishak mengeluh berat namun saat dia mahu bangun. Saiful saad kelihatan sedang berjalan menuju ke tempat duduknya

"Tak balik lagi bang?,"

"Hmm baru terfikir tadi nak balik tapi abang nampak kau,"

Saiful saad tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di Sofa

"Ramai juga orang datang hotel nie,"

"Hari sabtu dengan ahad memang selalu penuh. Itu belum lagi cuti sekolah,"

"Abang pun tak sangka. Arif boleh berjaya sampai tahap nie,"

"Tapi itu kan semua bantuan dari abang. Abang je yang keras kepala suruh saya rahsiakan semua tu dari Arif,"

"Eloklah dia tak tahu. Abang buat semua tu bukan abang minta balasan apa-apa pun. Janji dia boleh berdikari,"

"Sampai bila Bang. Abang ingat saya tak tahu abang terkilan dengan sikap Arif tadi. Abang nak rahsiakan semua tu sampai bila. Sampai abang mati?,"

Datuk Rasyid ishak diam tidak bersuara. Kepalanya menunduk

"Dah sampai masanya bang. Abang kena bagitahu Arif kalau duit berjuta tu semuanya duit abang. Abang sengaja rancang perkahwinan tu sebab nak cari alasan supaya abang boleh bagi duit pada Arif,"

"Itu memang dah hak dia Saiful,"

"Memang betul itu hak dia. Hak sepatutnya dia dapat bila abang dah meninggal nanti. Kalau abang tak berani bagitahu dia. Biar saya sendiri yang bagitahu dia,"

"Tak payah saiful. Rahsiakan je semua tu dulu,"

Saiful saad mengeluh panjang "Abang sebenarnya takutkan anak-anak abang tak boleh terima kalau hubungan abang dengan Arif kembali rapat,"

Datuk Rasyid ishak diam tidak menjawab namun jauh di lubuk hatinya mengiyakan kata-kata Saiful saad itu

"Buat apalah abang nak takut. Arif tu dah ada bisnes dia sendiri bang. Dia bukannya bodoh sampai nak berebut harta abang dari anak-anak abang. Sekarang nielah abang perlu berbaik dengan dia. Sekurang-kurangnya ada juga keluarga belah Arif yang bantu dia nanti waktu dia kawin,"

Datuk Rasyid ishak mendadak bangun dari duduknya "Abang rasa selesa kalau Arif tak tahu saiful walaupun sehingga saat abang memejamkan mata abang buat selamanya. Abang takde niat nak minta apa-apa balasan dari dia,"

"Habis tu abang fikir saya tak tahu niat abang datang ke majlis nie untuk apa. Sebab Xuan kan?,"

"Ya betul. Memang itu niat abang. Tapi niat abang sebetulnya nak jumpa dengan Arif. Anak abang,"

SELESAI saja makan. Arif Safuan, Adlan Hanif, Puan Safura dan Intan Nabila duduk di ruang tamu, menyambung semula perbualan berkenaan dengan majlis perkahwinan

"Dalam minggu nie jugak Intan kena pergi kursus kawin. Saya tak perlu sebab saya dah ada sijil,"

"Ah taknaklah kalau saya pergi sorang-sorang,"

"Intan," Berkerut kening puan Safura memandang anak gadisnya itu

"Intan takut. Awak teman jelah saya,"

"Boleh ke saya teman?,"

"Awak ambil jelah lagi. Lepas habis kursus nanti boleh kita pergi hospital sekali,"

Arif Safuan terdiam agak lama. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Setelah itu dia memandang Adlan Hanif

"Abang ada kenal tak orang yang buat kursus kawin kat area sini?,"

"Minta maaf Arif, Abang tak kenal,"

"Kak ada kenal, nanti kak bagi nombor telefon dia pada Arif,"

"Saya terfikir tadi kak. Saya rasa mungkin lebih elok kalau buat kursus kawin kat hotel saya,"

"Arif nak taja,"

Arif Safuan mengangguk "Untuk staff-staff hotel yang masih bujang,"

"Betul ke wak?," Intan Nabila mencelah

"Ya,"

"Boleh saya ajak Sha sekali,"

"Itulah niat saya sebenarnya supaya intan ada teman,"

"Oo.. maksudnya awak taknak teman sayalah," Intan Nabila memeluk tubuh memandang Arif Safuan

"Sha kan dah ada, lagi pun buat kat hotel. Nanti lepas habis kursus kita pergi hospital sama-sama,"

"Arif?," Adlan Hanif mencelah

"Ya bang,"

"Majlis nanti Arif nak buat kat mana?,"

"Kat hotel,"

Adlan Hanif terangguk-angguk namun raut wajahnya seperti tidak gembira dengan jawapan itu dan kala itu intan Nabila perasan dengan raut wajah ayahnya

"Kenapa Abah. Abah tak suka ke?,"

"Tak-tak bukan abah tak suka,"

"Habis tu kenapa abah buat muka macam tu?,"

Adlan Hanif tersenyum memandang anak gadisnya "Boleh abah tanya intan?,"

Intan Nabila mengangguk "Boleh,"

"Intan betul-betul ke nak kawin dengan Arif. Abah tanya nie bukan apa, cuma abah takut bila nak dekat majlis nanti intan tiba-tiba berubah fikiran. Sebab Intan baru je kenal dengan Arif,"

Pertanyaan dari Adlan Hanif itu membuatkan hati Arif Safuan terusik. Keduanya tangannya di ramas dengan hati yang resah. Wajah Intan Nabila di tatap dengan tatapan sayu

"Mak pun risau Intan. Mak risau kalau intan tiba-tiba berubah fikiran. Yalah mungkin sebab intan tak boleh nak lupakan ikram,"

"Mak!,"

"Baik intan jawab sekarang. Intan betul-betul ke nak kawin dengan Arif?,"

Intan Nabila terdiam. Dia memandang Arif Safuan sejak tadi menatap wajahnya

"Tak apa intan. Kalau intan belum bersedia saya boleh?,"

"Jangan! saya dah lupakan ikram. Dalam hati saya sekarang cuma ada awak je. Saya sudi kawin dengan awak sebab saya cintakan awak," Ucap Intan Nabila dengan air mata berjatuhan membasahi pipinya "Saya janji saya tak akan ubah keputusan saya walaupun apa yang belaku nanti. Saya tetap akan kawin dengan awak,"

Alangkah terkejutnya Arif Safuan mendengar jawapan Intan Nabila tadi membuatkan hatinya begitu sebak sedaya upaya dia cuba menahan air matanya dari mengalir namun tetap jua jatuh mengalir membasahi pipinya

BIBIR Adlan Hanif dengan isterinya tidak lekang dengan senyuman. Mereka berdua berdiri di balik pagar rumah memerhati anak gadisnya berbicara dengan Arif Safuan yang ingin kembali semula ke hotel untuk pulang ke KL

"Awak datang sini lagi bila?,"

"Hari sabtu,"

"Lamanya..,"

"Apa lamanya, lagi enam hari je kan,"

"Itu awak.. tapi bagi saya rasa macam enam tahun,"

Arif Safuan ketawa kecil namun hatinya begitu bahagia bila melihat wajah merajuk intan Nabila kerana tidak sanggup berjauhan dengannya

"Apa kata hari ahad kita nikah?,"

"Hah!,"

"Awak setuju tak?,"

"Intan!.. apa yang intan mengarut tu?,"

"Eh mak dengar ke?,"

"Tentulah mak dengar intan. Dari tadi mak dengan abah kamu berdiri kat sini je,"

Arif Safuan dengan Adlan Hanif ketawa kecil manakala raut wajah Intan Nabila kemerahan menahan malu

"Laa tak salahkan kalau nikah dulu.. bersanding tu kemudian pun takpe,"

Puan Safura mengeleng kepalanya beberapa kali "Terpulang. Kalau Arif setuju. mak dengan abah setuju,"

"Macam mana wak, Awak nak tak?,"

Arif Safuan menatap wajah intan Nabila penuh kasih. Wajah yang sangat ayu yang mampu menambat hatinya "Bukannya saya tak nak. Sejujurnya saya nak sangat. Tapi banyak pekara yang saya perlu buat sebelum menjadi suami intan,"

"Awak nak buat apa?,"

"Adalah. mana saya boleh cakap sekarang,"

Intan Nabila mengeluh panjang, Bibirnya menyenget memandang Arif Safuan "Kalau gitu tak payahlah kita kawin wak. Entah-entah awak yang berubah fikiran nanti bukannya saya,"

"Tak baik cakap macam tu intan. Bukannya boleh main nikah je kenalah daftar dulu. Mana ada pejabat agama buka hari sabtu. lepas daftar barulah boleh nikah" Sekali lagi Puan Safura mencelah

"Oh ya ke. Kalau gitu intan ambil kursus awal sikit,"

"Bukan ke Intan cakap tadi, intan tak nak pergi kursus sorang-sorang,"

Intan Nabila tersengih-sengih memandang ibunya "Itu tadi mak. tapi sekarang intan sanggup. Sorang-sorang pun takpelah janji boleh nikah ahad nie,"

Arif Safuan terus tergelak terkekeh-kekeh begitu juga Adlan Hanif bila mendengar kata-kata intan Nabila tadi

IKRAM berjalan mundar-mandir di dalam bilik hotel. Beberapa kali lelaki itu berdengus dengan raut wajah yang bengang setelah sekembalinya makan malam bersama keluarga mertuanya sementara Linda pula duduk di birai katil memerhati kelakuan suaminya itu

"Sial punya orang tua. dia ingat aku nie kayu ke apa," Kata Ikram sambil mengetap giginya

"Abang janganlah ambil hati dengan kata-kata Papa tu,"

"Hey Linda. you tak dengar ke tadi apa Papa you cakap. Ada ke patut dia cakap depan i sebenarnya Arif tu pilihan dia untuk di jadikan menantu. Baik dia cakap terus terang je dia tak sukakan i. Dia ingat i heran sangat kawin dengan you,"

Linda lantas bangun lalu memeluknya suaminya "Please ikram Janganlah cakap macam tu. I cintakan you ikram. i tak nak berpisah dengan you,"

"I pun cintakan you linda tapi apa guna perkahwinan nie kalau Papa you tak suka dengan i,"

"Ikram. I tak perduli kalau Papa i tak suka dengan you. I yang nak kan you bukan Arif. I cuma nak hidup bahagia dengan you itu saja,"

Ikram mengeluh keras. Sejujurnya dia marah bukan kerana kata-kata dari ayah mertuanya namun jauh di sudut hatinya masih memendam perasaan cemburu yang membuak-buak di kala Intan Nabila akan mengahwini Arif Safuan

Sehingga kini dia tidak mampu menerimanya. Bahkan dia berniat untuk merebut kembali hati Intan Nabila supaya kembali kepadanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience