BERSUJUP MERAIH CINTA Bab 6

Romance Completed 43498

LAMA Intan Nabila duduk termangu sebaik sahaja Arianna mengikut Arif Safuan pulang. Niatnya tadi mahu keluar makan tengahari namun selepas dia mendengar Arif Safuan berniat mahu mengahwini Yusniza hatinya terus di belenggu perasaan cemburu yang membuak-buak

Pada mulanya dia beranggapan apa yang di katakan Arif Safuan itu hanya sekadar gurauan namun selepas dia membaca balasan WhatsApp dari Yusniza tadi.. Yusniza langsung tidak menyangkal dan mengatakan kebenaran dari kata-kata Arif Safuan itu

Intan Nabila menyaka air mata yang mengalir.. "Konon tak nak jatuh cinta dengan Arif.. last-last nak kawin.. Ah! lantak kaulah, buat apa aku perduli," Ucap Intan Nabila dengan nada geram

Dia bangun dari kerusi lalu mengankat Airil sedang berbaring di dalam stroller kemudian membawa bayinya itu ke dalam bilik

Selepae memberi Airil meminum susu badan, intan Nabila menggendong-gendong tubuh Airil supaya bayinya terlena

Kakinya melangkah mundar mandir di dalam bilik itu sambil mengucapkan selawat namun kelopak matanya berair kerana tidak mampu menerima hakikat bahawa bekas suaminya akan berkahwin dengan kakak angkatnya

Bunyi deringan telefon silih berganti. Lincah sungguh intan Nabila melakukan perkerjaannya.. selepas menjawab semua panggilan dia akan memeriksa semua lukisan sebelum menyusun.

Setiap lukisan di bungkus dengan berhati-hati supaya tidak belaku kerosakan. Sedang asyik dia melakukan perkerjaannya Kedengaran loceng pintu berbunyi

Intan Nabila bergegas melangkah ke arah pintu. Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat Azlan, tahar dan Seha berada di luar

"Assalamualaikum," Ucap Azlan sebaik sahaja intan Nabila membuka pintu

"Waalaikummusalam, masuklah,"

"Nie kitaorang bawa pizza untuk kita lantak sama-sama. Seha belanja," Ucap Tahar sambil membawa beberapa kotak pizza

"Alhamdullilah.. aku pun memang tengah kebuluran nie,"

"Kalau kau yang kebulur tak apa tapi jangan buah hati aku si kacak Airil..," Balas Seha

"Kurang ajar,"

Seha ketawa "Airil tidur ke?,"

"Aah.. baru kejap tadi,"

"Aku nak gie tengok jap,"

Habis sahaja bicara, Seha terus melangkah ke arah bilik tidur Airil sementara Intan Nabila, Azlan dan tahar sama-sama memasuki ke dalam pantry

"Boyfriend kau tak datang ke intan?," Tanya Azlan sambil menaruh dua botol minuman soda di atas meja

"Tak.. dia kerja,"

"Si gagap mana?," Tahar pula bertanya

"Bengonglah kau nie tahar.. Kak Yus kat KL..,"

"Alaa dia dah tahu sebab tu dia berani cakap macam tu.. cuba kalau Kak yus ada. Mana dia bran..,"

"Aku gurau jelaa,"

"Dia buat apa KL?," Azlan bertanya sambil melabuhkan punggungnya begitu juga Tahar

Intan Nabila tidak terus menjawab.. Tangannya lincah mengambil empat gelas kaca kemudian di taruh di atas meja

"Jumpa bakal suami dia,"

"Hah!," Azlan dan tahar saling terkejut

"Kak yus nak kawin ke?," Tahar bertanya dengan raut wajah seakan tidak pecaya

Intan Nabila mengangguk lemah

"Dengan siapa?,"

"Siapa lagi.. dengan bekas suami akulah.,"

"Hah!! dengan Arif?," Ucap Tahar semakin teruk dia terkejut

"Weeii kau biar betul intan..?,"

"Buat aku nak tipu. Kak yus sendiri cakap dengan aku.. dia nak kawin dengan Arif,"

Azlan dan Tahar saling berpandangan dengan raut wajah tidak pecaya

"Habis tu kau okay tak?,"

"Aku okay je..lagi pun buat apa aku nak kisah, aku kan dah ada idham,"

Azlan dan Tahar saling mengangguk

"Eloklah kau kawin cepat intan. Idham tu pun boleh tahan jugak walaupun tak se'handsome dan tak sekaya Arif tapi dia doktor..," Ujar Tahar

"Aah intan.. aku yakin idham tu tak macam Ikram..,"

Kening intan nabila terangkat memandang Azlan "Lama aku tak dengar nama tu.. Ikram masih mengajar kat sekolah tu lagi ke?,"

Raut wajah Azlan lantas berubah "Aah.aah..,"

"Dia dapat anak lelaki ke anak perempuan,"

"Perempuan," Jawab Tahar sambil memandang Azlan

"Siapa?," Seha datang mencelah

"Ikram..,"

"Oh ikram.. dia kat jo..?,"

"Seha!," Tahar pantas mencelah sehingga membuatkan bahu seha terjongket terkejut keningnya bertaut memandang Tahar

"Dia kat johor?,"

"Hah..?," Seha terpinga-pinga

"Dia ada seminar kat sana," Azlan pantas menjawab..

Intan Nabila tersengih "Amboi Lan.. kau dah jadi best friend Ikram ke,"

Azlan tersengih-sengih paksa diam-diam menatap tajam pada Seha

"Kau nak tahu Seha.. Kak Yus nak kawin dengan Arif safuan,"

"Hah!..," Sekali lagi Seha terkejut lalu memandang intan Nabila "Betul ke intan?,"

Intan Nabila mengangguk dengan wajah bersahaja sambil menyuap potongan pizza di dalam mulutnya

"Kak Yus tu buang terbiat ke apa.. padahal dia tahukan Arif tu bekas suami kau..,"

"Bekas suami aku bukan suami aku pun.. Alah aku tak kisah Seha.. aku dengan idham insya-Allah dalam masa terdekat nie keluarga dia nak datang meminang aku,"

"serius ke intan?,"

Intan Nabila mengangguk "Esok malam aku ajak dia jumpa orang tua aku.. dia pun memang serius nak ajak aku kahwin. So aku tak perduli pasal Kak yus dengan Arif.. itu hal diorang, tiada kena mengena dengan aku,"

"Tapi kalau diorang betul-betul kawin, kau sanggup lagi ke kerja kat sini?," tanya Seha

Intan Nabila mengeleng "Mungkin tak kot.. aku nak jadi suri rumah sepenuh masa.. lagi pun aku dah ada rumah dah ada duit, buat apa aku nak kerja,"

"Habis tu yang kau kerja sekarang nie buat apa?,"

"Niat aku sebenarnya nak tolong Kak Yus..," Intan Nabila mengeleng lagi

"Sabar jelah intan.. kau pun dah ada Idham.. kitorang harap sangat kau bahagia dengan dia,"

YUSNIZA berdiri di luar pintu yang sedikit terkuak.. Kala itu Datin Zubaidah sedang membersihkan tubuh Haziq

Dia merasa kesal, seboleh-bolehnya dia juga mahu membantu tetapi haziq tidak membenarkan oleh kerana mereka berdua tiada lagi ikatan

Yusniza mengeluh kesal.. Telefon pintar yang masih di pegang di angkat untuk membaca mesej dari Intan Nabila

"Aduh.. kau nie dah kenapa Arif," Yusniza memicit-micit dahinya sambil melangkah menjauh dari pintu berniat mahu menghubungi Arif safuan

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam. Hey Arif kenapa awak pergi cakap pada Intan yang awak nak kahwin dengan saya?,"

"Awak jugak yang suruh sayakan.. awak nak tengok kalau intan tu masih cintakan saya,"

"Ya Arif.. tapi bukan saya suruh awak pergi cakap pada intan kita nak kawin.. saya benarkan awak cakap yang awak sukakan saya.. Kalau intan tanya saya.. saya boleh jawab, saya akan akan fikirkan dulu,"

"Intan ada tanya awak ke?,"

"Ya.. dia ada tanya saya.. masalahnya saya tengah jaga Haziq. saya tak baca sangat mesej dia..saya terjawab ya awak tahu tak,"

"Awak tengok je nanti apa respond dia.. kalau betul dia masih cintakan saya.. Awak tolonglah bagitahu dia apa yang belaku sebenarnya.. tapi? kalau dia tetap nak kawin dengan idham jangan bagitahu dia,"

"Kenapa awak tak beritahu sendiri pada dia?,"

"Masalahnya dia dah ada idham.. saya tak nak ganggu kebahagian dia,"

Yusniza mengeluh berat.. dia bimbang jika hubungannya dengan intan Nabila akan menjadi renggang kerana Arif safuan

"Bila awak nak balik melaka?," tanya Arif safuan

"Esok.. tapi lepas saya pilih semua lukisan-lukisan untuk di pemerkan dalam galeri awak.. saya akan datang semula KL,"

"Okay..tapi saya harap sangat .. kalau boleh cuba awak tanya intan kalau dia tak kisah dengan hubungan kita,"

"Ya saya cuba.. tapi macam mana kalau dia tak kisah kita kawin?,"

"Awak berterus terang jelah kita cuma bergurau,"

"Awak datang sini tak?,"

"Aah petang sikit.. saya bawa Ari sekali sebab dia kenal dengan Haziq,"

"Okay..," Yusniza menghela nafas panjang "Eh!," Datin Zubaidah tiba-tiba menepuk bahunya

"Amboi...," Datin Zubaidah tersengih

"Mak..?,"

"Betul ke Yus nak kawin dengan Arif?,"

"Tak.. tak.," Yusniza pantas menyangkal

Datin Zubaidah tersenyum "Kalau betul pun tak apa Yus.. Arif tu baik orangnya,"

"Tak mak.. saya tak suka pun pada dia.. sumpah!,"

"Hiss.. jangan main sumpah-sumpah tak elok.. nanti Allah betul-betul jodoh kan Yus dengan dia,"

"Betul mak.. Arif sebenarnya masih cintakan bekas isteri dia.. kami berdua cuma berpakat nak tengok kalau bekas isteri dia masih cintakan dia,"

"Kenapa Arif tak berterus terang je?,"

"Masalah sekarang nie, bekas isteri dia dah berpunya,"

"Ooo.. Kesihannya Arif," Datin Zubaidah mengeleng pelan "Habis tu kalau bekas isteri dia kawin lagi macam mana?,"

Yusniza menjonket bahu.. "Entahlah.. itu masalah dia. Saya taknak masuk campur,"

"Yus kawin jelah dengan dia,"

"Hiss Yus tak nak.. Yus berharap sangat Abang Haziq sihat.. Yus lebih rela jaga abang Haziq,"

Datin Zubaidah menatap wajah Yusniza penuh kasih sambil hatinya bersyukur kerana dapat menantu seperti Yusniza miskipun hanya sementara "Pergilah masuk.. Haziq nak jumpa dengan Yus,"

"Yus pergi jumpa abang Haziq dulu ya mak,"

"Pergilah..,"

Yusniza bergegas melangkah, sesampai sahaja di muka pintu bibirnya tersenyum mekar memandang bekas suaminya

"Yus dah makan ke?,"

"Dah..," Jawab Yusniza sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Kejap lagi abang nak solat sebab tu abang nak berbual dengan yus sekejap,"

"Lepas abang solatkan kita boleh sambung berbual semula,"

"Tak elok Yus berlama-lama kat sini.. tak elok juga bagi abang biarkan Yus duduk dalam bilik nie.. sebab kita dah tiada ikatan,"

"Kalau macam tu apa kata kita rujuk semula.. Yus boleh jaga abang,"

Haziq seakan keberatan menjawab permintaan Yusniza

"Dulu waktu mula-mula abang pandang Yus.. abang tak sangka muka Yus mirip seperti Mira.. waktu tu abang dah jatuh cinta pandang pertama pada Yus walaupun Mira bagitahu abang yang Yus cacat pertuturan. Tapi abang tak kisah,"

"Abang suka Yus sebab Muka Yus mirip Mira ke?,"

"Tak... sebab wajah Yus lebih berseri-seri dari Mira.., waktu tu abang yakin sangat kalau Yus mampu bahagiakan abang,"

"Yus pun sama, Yus jatuh cinta bila petama kali Yus tengok abang.. Tapi waktu tu Yus takut sangat kalau abang malu dapat isteri macam Yus,"

"Kenapa abang nak malu bahkan abang bersyukur sangat," Pada mulanya raut wajah Haziq tampak ceria namun fikirannya secara tiba-tiba membayangkan kembali saat-saat dia memukul Yusniza

"Kenapa nie bang?," Tanya Yusniza apabila melihat Haziq menangis

"Abang minta maaf Yus... abang langsung tiada niat nak pukul Yus.. Abang cuba tahan sedaya upaya.. tapi abang tak mampu..abang buat Yus menderita,"

"Tak.. tak bang.. semua tu bukan salah abang..,"

"Apa salah kita Yus.. mengapa ibu Yus sanggup lakukan nie semua.. kita cuma nak hidup bahagia.. Kenapa dia sakit hati dengan kita,"

Yusniza mengetap gigi sehingga mengigil-gigil wajahnya menahan geram. Selama 18 tahun dia tidak pernah bertemu ibunya setelah di jaga makciknya.. Tega sungguh ibunya menghancurkan rumah tangganya mengunakan Ilmu hitam

Yusniza terus berbual dengan Haziq. Ada kalanya mereka berdua ketawa bersama dan ada kalanya mereka berdua kembali menangis sehinggalah azan zohor berkumandang..

Dengan berat hati, Haziq meminta Yusniza supaya pulang semula ke hotel dan tidak membenarkan Yusniza tinggal terlalu lama di rumah orang tuanya

"Kita rujuk bang.. Tolonglah,"

"Yus.. Masa abang dah tak lama.. abang nak kembali dalam keadaan tenang bukannya dalam keadaan menyesal kerana meninggalkan Yus. Tolonglah faham..,"

Yusniza menyaka air mata dengan wajah berkerut menahan sebak di dada.. Kepalanya di angguk miskipun berat kemudian mangankat punggungnya

"Yus pulang dulu ya bang.. esok Yus balik melaka tapi petang esok Yus akan datang lawat abang,"

"Baiklah.. Yus hati-hati drive kereta tu,"

"Oh ya.. nanti Arif nak bawa Ari datang lawat abang,"

Haziq tersenyum riang "Lama abang tak jumpa Ari,"

Yusniza menatap sayu senyuman bekas suaminya itu.. sebuah senyuman yang selalu menyapanya di saat bekas suami pulang berkerja dan di kala itu dia merasakan sungguh bahagia

"PUKUL berapa Idham nak datang Intan?," Tanya puan Safura

"Kejap lagi katanya,"

Kedengaran suara intan Nabila menjawab di ruang tamu. Puan Safura memeriksa sekali lagi lauk pauk di atas meja.. sementara Adlan hanif pula membantu membacuh air minuman hangat

"Abang okay ke, kalau Idham luahkan niat nak kawin dengan Intan?,"

"Abang okay je.. janji intan setuju. lagi pun dari petang tadi Abang tengok muka si intan tu ceria je,"

"Abang?,"

Adlan hanif menoleh.. wajah isterinya di tetap hairan "Kenapa?,"

"Apa kata kita berterus terang je pada intan.. saya takutlah bang kalau dia dapat tahu dari orang lain nanti dia salahkan kita,"

"Hari tu awak juga yang tak bagi saya bagitahu intan..,"

Puan Safura mengeluh bimbang "Hati saya rasa tak tenanglah bang bila intan kahwin dengan idham,"

Adlan hanif mengeleng sambil membawa Jug air yang sudah siap di bacuh "Beginilah.. apa kata malam nanti lepas idham balik awak tanya pada Intan.. dia ada perasaan lagi tak pada Arif,"

"Kalau intan kata ada?,"

"Awak berterus terang je pada intan. lepas tu terpulang pada keputusan dia, siapa yang dia nak pilih,"

"Tapi kalau intan marah macam mana bang? hiss saya takutlah,"

"Apalah awak nie.. cakap jelah Arif suruh kita simpan rahsia tu. Sebab dia malu, dia manyesal,"

"Abang jelah bagitahu,"

"Hiss awak nie.. jantung saya nie tak kuat.. awak nak saya mati cepat ke,"

"Alasan.. padahal abang sama je takut,"

"Mak!..," Tiba-tiba intan Nabila berlari masuk ke dapur

"Hah! Kenapa intan?," Puan Safura bertanya dengan raut wajah terkejut

"Idham datang dengan mak dengan ayah dia,"

"Pagi tadi intan cakap idham je?,"

"Yalah memang dia sorang..," Intan Nabila mengaru-garu tudung kepalanya "Lauk dengan nasi cukup ke mak,"

"Mak dengan ayah je kan?,"

Intan Nabila mengangguk

"Alhamdullilah cukup.. mak memang sengaja masak lebih boleh simpan untuk esok pagi.. alang-alang diorang dah datang habis pun takpe. Esok pagi mak boleh masak lain,"

"Assalamualaikum!,"

"Hah tu dah sampai.. pergilah cepat intan sambut,"

Intan Nabila bergegas kembali semula ke ruang tamu..

"Jom bang,"

Pertemuan yang tidak di jangka. Ibu dan ayah Idham datang berkunjung dengan sopan menyapa dan menyalam kedua orang tua intan Nabila dengan ramah

Mereka semua berbual seketika mempekenalkan diri masing-masing sebelum Puan Safura menjemput Idham bersama orang tuanya menikmati juadah makan malam yang sudah di sediakan

"Alhamdullilah.. sedap asam pedas puan Safura," Puji Doktor Fauzi selepas menikmati lauk pauk masakan puan Safura

"Saya pun memang dari dulu memang minat asam pedas orang melaka," Kata Doktor Shifa pula

"Resepi turun temurun.. Intan pun pandai masak asam pedas tu,"

Doktor Shifa dengan suaminya tersenyum memandang Intan Nabila

"Kira bertuahlah anak teruna saya nie.. dapat makan sedap-sedap nanti,"

Wajah intan Nabila kemerahan menahan malu dengan pujian Doktor Shifa sementara Idham pula terlihat bangga

"Oh ya puan Safura, Encik adlan.. sebenarnya kedatangan kami nie bukan setakat mahu berkunjung tapi ada juga niat yang lain,"

"Niat apa tu doktor?," tanya Puan Safura sengaja bertanya miskipun dia sudah tahu niat orang tua idham

Doktor Shifa tersenyum "Kami datang nak meminang intan.. tapi saya minta maaflah ya kalau cara kami nie tak ikut tradisi kita.. Idham nie yang tak sabar,"

Puan Safura memandang suaminya terlebih dahulu "Doktor Shifa dengan Doktor Fauzi macam mana pula.. restu tak kalau mereka berdua berkahwin.. yalah doktor pun tahu status intan,"

"Kami berdua restu sangat.. kami tak kisah pun tentang status tu.. janji Idham suka.. lagi pun saya dengan suami saya dah lama tahu kisah intan,"

"Kalau macam tu hanya perlu dengar jawapan empunya badan jelah.. kalau intan setuju kami pun setuju,"

Datin Shifa dengan suaminya saling memandang Intan Nabila

"Macam mana intan? intan setuju tak?,"

Intan Nabila tersenyum-senyum malu sehingga wajah putihnya berubah kemerahan

"Intan setuju,"

Bibir idham terukir senyuman mekar sebaik sahaja mendengar jawapan dari intan Nabila

"Alhamdullilah,"

"Agak-agak bila nak menikahnya?," Tanya Adlan hanif

"Kalau boleh secepat mungkin pakcik.. apa kata sabtu depan,"

"Amboi cepatnya,"

JAM 10 pagi. Intan Nabila melakukan perkerjaannya seperti biasa. Wajahnya tampak berseri-seri.. bibirnya pula tak pernah lekang mengukir senyuman

Pada masa dan saat yang sama Yusniza melangkah masuk ke dalam studio. Retinanya memandang intan Nabila sedang sibuk membungkus lukisan

Intan Nabila pula langsung tidak memandang Yusniza miskipun Yusniza sedang berjalan ke arahnya

"Intan?,"

Intan Nabila tidak menjawab.. raut wajahnya mencuka. entah mengapa darahnya berderau waktu Yusniza masuk

"Intan..?,"

"Ya..," Jawab Intan Nabila dengan nada sedikit menekan

"Jom duduk kat pantry sekejap,"

"Kak yus tak nampak ke intan tengah kerja?,"

"Sekejap je intan..,"

Intan Nabila menoleh dengan kerut pada dahi "Kalau kak Yus nak cakap pasal Arif.. maaf intan tak minat dan intan tak perduli..,"

"Sekejap je intan," Yusniza terus mendesak

Intan Nabila menatap tajam wajah Yusniza agak lama sehingga membuatkan kakak angkatnya itu serba salah

"Kak Yus nak apa?," Tanya Intan Nabila terpaksa juga menurut kemahuan Yusniza

Yusniza pula tidak terus menjawab.. dia menunggu Intan Nabila duduk terlebih dahulu

"Jujur dengan Kakak. Intan ada perasaan lagi tak dengan Arif?,"

"Soalan yang sama lagi.. malam tadi mak.. pagi nie kak Yus pulak," Intan Nabila mengeluh kesal "Kak Yus... intan dah tiada perasaan dengan dia.. so kak Yus tak perlulah nak risau.. intan tak perduli kalau kak Yus nak kawin dengan Si arif tu,"

"Bukan pasal tu intan.. kakak cuma nak tahu je perasaan sebenar intan pada Arif,"

"Nak tahu buat apa kak Yus.. intan dah idham, mengapa pulak intan perlu simpan perasaan dengan orang yang tiada perasaan dengan intan,"

"Betul intan tiada sedikit pun perasaan dengan Arif?,"

"Ya!.. Untuk pengetahuan kak Yus minggu depan insya-Allah intan dengan idham akan menikah.. intan tak perduli dengan hubungan kak Yus dengan Arif,"

Tangan intan Nabila di atas meja pelan-pelan di genggam "Maafkan kakak intan, sebenarnya kakak dengan Arif tiada apa-apa hubungan.. Arif sengaja nak uji intan.. dia nak tahu kalau intan ada perasaan lagi dengan dia,"

"Nak uji apa lagi.. tak habis-habis nak menguji.. dia tak sedar ke apa yang dia dah buat pada intan. Tak puas lagi dia nak seksa intan,"

"Bukan. Bukan itu maksud dia intan.. sebenarnya intan,"

"Cukup kak Yus!," Intan Nabila menarik tangannya dengan kasar kemudian berdiri "Tolonglah kak Yus jangan sebut lagi nama Arif.. Intan taknak dengar.. Intan dah ada idham.. intan nak hidup bahagia dengan dia,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience