Bab 24

Romance Completed 43498

"Siapa jaga Ari?,"

"Tentulah Mama dia siapa lagi," Zilla mengerling sekilas memandang Kakaknya "Kenapa kak su tanya?,"

"Kak su tak boleh tanya ke Illa?,"

"Sebelum nie tak pernahkan,"

Suhaila menketap bibir dengan tatapan geram pada adiknya. Zilla mengeluh perlahan

"Apa saja niat kak Su. Zilla harap kak su kurungkan saja niat kakak tu. Abang Arif dengan Arianna dah bahagia sangat kak. Please'la Jangan ganggu mereka,"

"Ari anak kakak illa. Kakak ada hak?,"

"Sejak bila kak su ada hak?

"illa!,"

"Sejak bila Ari jadi anak kak Su. Yes of course Ari tu lahir dari perut kakak. So lepas tu apa yang kakak buat. Jaga pun tak, Kak su biar je Arianna terlantar atas katil tak pernah sekali pun kakak menyusukan Arianna?,"

Suhaila terdiam seribu bahasa dengan pertanyaan adiknya. Dia sempat berdegus kuat sebelum melontarkan pandangan di luar tingkap

"Kak Su kena ingat jasa abang Arif walaupun Arianna bukan dari darah daging dia tapi dia tetap jaga Arianna, dia curahkan kasih sayang pada Arianna. So pleasela biarkan mereka hidup bahagia. Selama nie Arianna tak pernah ingat siapa ibunya bahkan sekali pun dia tak pernah tanya pasal kakak,"

"Shut up illa!,"

"Shut up for what!, apa yang illa cakap tu semuanya betul," Zilla mengeleng dengan keluhan kesal

"You need remember I'm your sister,"

"Always. but not with your attitude,"

BEBERAPA hari setelah menemui Intan Nabila. Perasaan Ikram semakin tidak keruan. Di rumah mertuanya dia hanya mendiamkan diri. Rumah tangga yang baru di bina tidak seindah yang dia bayangkan

Setiap kali makan malam. Ayah mertuanya lebih suka makan berasingan seolah-olah ingin memulaukannya begitu juga dengan isterinya semenjak berkerja di kementerian pendidikan negeri melaka selalu balik lewat malam dan tidur pula berasingan

Kerana itu secara diam-diam Ikram selalu mengintip pergerakan Intan Nabila. Setiap pagi dan ketika pulang dari sekolah dia sengaja memarkir kereta berhampiran dengan rumah Intan Nabila semata-mata ingin melepaskan rindu kepada bekas teman wanitanya itu

"Kerap betul kamu nie ikram makan kat sini. Tiada orang masak ke kat rumah ayah mertua kamu?,"

Ikram tidak terus menjawab pertanyaan ibunya kerana sedang menguyah nasi "Kadang-kadang ada mak kadang-kadang takde,"

"Rumah tukan ada orang gaji,"

"Memang ada orang gaji mak. Tapi ikram bukannya tuan rumah,"

"Habis tu isteri kamu,"

Ikram menyengis "Masak nasi pun tak pandai. Sejak dia kerja mana pernah balik awal. Pukul 10, 11 malam baru balik,"

"Tak boleh macam tu ikram. Kamu tu suami dia. Kamu ada hak tegur dia. Lagi pun dia tu tengah mengandung,"

"Mak. kalau mak nak tahu. Datuk tak pernah suka dengan ikram. Linda pulak dah macam ada orang lain kat luar sana. Apa yang ikram boleh buat mak?,"

Puan Hasimah mengeleng kesal

"Ikram menyesal mak, menyesal sangat. Sepatutnya ikram kawin dengan intan bukan dengan Linda,"

"Salah kamu juga ikram, yang kamu pergi buat si linda tu mengandung siapa suruh,"

"Kalau linda tu tak mengandung. Mak tetap suruh ikram kawin dengan dia'kan. Padahal mak sendiri pun tahu dah berapa banyak jasa intan tu tolong ikram. Tapi mak sibuk suruh ikran putus dengan dia,"

"Hey ikram. Kamu jangan salahkan mak. Kamu sendiri cakap kat mak, kamu sebenarnya main-main je dengan intan. Kamu tak pernah cintakan dia. Kamu cuma nak pengguna'kan dia je. hah sekarang mak pulak yang kamu salahkan," puan hasimah segera bangun dengan kerut di dahi marah sungguh dengan tuduhan anaknya itu

Lebihan nasi di pinggan tidak lagi di sentuh. Ikram duduk termenung dengan tatapan kosong. Kenangan lama tiba-tiba bermain dalam kotak ingatannya.

Semenjak di tingkatan lima dia sejujurya dia sangat mencintai intan Nabila baginya ketika itu tiada satu pun pelajar perempuan yang dapat menandingi kecantikan intan Nabila akan tetapi setelah melanjutkan pelajaran di universiti dan intan Nabila pula berkerja sebagai Food delivery sedikit demi sedikit perasaannya pada intan Nabila mulai memudar kerana asyik bermain cinta dengan perempuan lain

Duit yang di berikan Intan Nabila di habiskan untuk berfoya-foya bahkan dia sanggup memutuskan hubungan kerana merasa jijik apabila melihat wajah intan Nabila tidak lagi secantik ketika di sekolah

Sumpah sekarang dia amat menyesal kerana berkahwin dengan Linda ... Sungguh tak pernah dia rasa semenyesal ini. Melihat kecantikan Intan Nabila semenjak berkahwin dengan Arif Safuan membuatkan hatinya merasa sungguh cemburu

Aku dah tak boleh tahan. Aku mesti rampas intan semula. Dari dulu kau milik aku intan. milik aku!, Getus hati Ikram

JAM di dinding ruang tamu menunjukkan waktu 8.00 malam. Intan Nabila berdiri di kaki tangga memandang ke atas. Sudah dua kali dia memanggil Arianna supaya turun namun tidak kedengaran pintu bilik di buka

Ari tidur ke? tadi kata lapar

Intan Nabila segera naik ke atas. Pintu bilik Arianna di buka. Lampu masih terpasang. Beberapa anak patung berada di atas lantai manakala Arianna pula terbaring di atas katil

Satu persatu anak patung milik Arianna di kutip lalu di susun di atas rak. Kening Intan Nabila bertaut memerhati Arianna yang sedang berbaring memiring membelakanginya

"Ari.. Ari.. ," Panggil Intan Nabila dengan lembut. Dia tahu jika Arianna masih belum tidur namun tiada sahutan dari anak tirinya itu

"Tadi Ari kata lapar. Mama dah masak Maggie goreng. Takpela kalau Ari tak nak makan biar Mama makan sorang-sorang je,"

"Ari rindu Papa," Jawab Arianna tanpa memusingkan badannya

"Kan Mama dah cakap tadi sayang. Papa balik esok,"

"Ari tahu. Tapi tadi Ari call Papa, tapi papa tak jawab,"

Intan Nabila mengeleng pelan. Rambut anak tirinya di elus lembut. Itulah Arianna mudah sangat merajuk jika panggilannya tidak jawab suaminya "Papa Ari mesti tengah sibuk kerja tapi Mama yakin, nanti Papa mesti call Ari semula,"

"Papa dah tak sayang Ari,"

"Kenapa Ari cakap macam tu?,"

"Sebab Papa tinggalkan Ari kat sini,"

Intan Nabila tersentak sehingga tangannya terhenti mengelus rambut Arianna

"A. Ari tak su. suka tinggal dengan Mama ke?,"

Arianna diam tidak menjawab.

"Ke. kenapa Ari tak cakap pada Mama kalau Ari tak suka tinggal kat sini,"

Arianna masih lagi tidak menjawab. Intan Nabila bingkas bangun dari duduknya lalu melangkah mundar-mandir dengan hati yang resah

"Ari jangan risau ya.. Nanti esok Mama bagitahu Papa,"

"Arghhhh!!," Arianna tiba-tiba meraung dengan kuat membuatkan Intan Nabila agak terkejut

"Ari!,"

"Ari sayang Mama!. Tapi Papa tak sayangkan Ari,"

Sepantas kilat Intan Nabila bergegas mendapatkan tubuh anak tirinya itu lalu di peluk dengan erat

"Papa sayang Ari.. Papa sayang Ari,"

"Kalau Papa sayang Ari. kenapa Papa tak jawab call Ari,"

"Mana handphone Ari. Biar Mama call sekarang. Berani Papa tak jawab call Ari,"

"Kenapa Ari menangis?,"

Intan Nabila tersentak. Tiba-tiba saja Kedengaran suara Arif Safuan di belakangnya.

"Abang?,"

"Ya saya. Kenapa Ari tu menagis?,"

"Abangla puncanya," Jawab Intan Nabila walaupun pada masa yang sama dia berniat mahu bertanya mengapa suaminya boleh berada di situ

"Abang?,"

"Ya. Dia ada call abang tapi abang tak jawab. Merajukla dia,"

"La.. abang ingat nak buat surprise,"

"Hiss abang nie.. Tak habis-habis dengan Surprise,"

Arif Safuan tersengih-sengih sambil melangkah ke arah sisi kanan katil "Ari.. Papa dah balik sayang. Papa minta maaf tadi Papa tengah drive. Bahaya tau kalau jawab call tengah drive,"

Arif Safuan cuba memujuk namun Arianna sengaja menyembunyikan wajah di balik patungnya

"Ari.. Ari..," Arif Safuan duduk di birai katil. Bahu anaknya di tepuk-tepuk dengan lemah lembut

"Abang?,"

Arif Safuan mengankat wajahnya memandang Intan Nabila sedang berdiri di balik sisi kiri katil

"Ari sebenarnya tak..?,"

"Mama!," Arianna serta-merta bangun lalu mengesot punggungnya sambil mendepakan tangan supaya Intan Nabila memeluk

"Kan tadi Ari?,"

"Tak..!," Arianna menangis teresak-esak dalam pelukan erat ibu tirinya

"Apa Ari cakap?,"

Sambil menangis Arianna menekup mulut Intan Nabila supaya ibu tirinya itu tidak memberitahu apa yang di katakan tadi

"Yalah sayang Mama tak beritahu pada Papa ya,"

"Janji...,"

"Ya Mama janji,"

"Hiss manja betul anak papa nie. Dah jangan menangis. Kalau tak Papa tak nak bagi hadiah?,"

"Ya..," Cepat-cepat Arianna mengesat-ngesat air mata sambil di bantu intan Nabila

Sebaik sahaja selesai makan malam hanya dengan juadah Maggie goreng. Arif Safuan duduk di sofa dengan wajah yang moyok sementara Arianna pula sibuk membelek-belek hadiah berupa satu set crayon pelbagai jenis warna berserta buku lukisan memandangkan sejak dari usianya lima tahun dia sangat menyukai melukis

"Kenapa bang?,"

Arif Safuan mengeluh pelan sambil mengosok-gosok perut "Mana kenyang setakat makan Maggie goreng,"

"Sapa suruh abang sibuk nak buat surprise. Kalau abang bagitahu intan awal-awal dah macam jenis lauk intan boleh masak,"

"Jom Kita makan luar,"

"Eh abang nie, esok Ari sekolah,"

Arif Safuan tersengih. Rambut anak gadisnya di elus lembut "Apa kata esok Ari cuti,"

Pantas Arianna menoleh memandang ayahnya sebelum dia mengelengkan kepala "Tak nak Papa. Esok Ari nak sekolah,"

"Eh bila masa pulak anak Papa nie rajin pergi sekolah. Dulu bila Papa suruh Ari cuti kemain lagi Ari suka,"

"Abang. Sekarang nie Ari dah ada ramai kawan kat sekolah. Siap tunggu lagi depan pagar sebab nak masuk dalam sekolah sama-sama dengan Ari. Cikgu dia pun tak habis-habis memuji,"

"Amboi.. betul ke sayang?,"

Arianna mengangguk bersungguh-sungguh

Arif Safuan tersenyum nakal "Cikgu ada tanya pasal Papa tak?,"

"Abang!,"

"Apa?,"

"Ah! sudahlah. Jom Ari naik atas tidur. Abang tidur bilik Ari,"

"Tak akanlah abang tanya pasal tu pun sayang nak marah,"

"Saya tak marah bang, saya cemburu,"

"Hiss sayang nie kenapa pulak sayang nak cemburu?," Arif Safuan tersengih nakal sengaja mengusik

"Ooo okay. Ari...?,"

"Ya Mama,"

"Ada tak cikgu kat sekolah tanya pasal Mama?,"

"Ada,"

"Hah! Ada. siapa?," Arif Safuan bangun sambil mencekak pinggang

"Cikgula.. Dia cakap Mama Ari cantik,"

"Ini dah melampau. Betul-betul melampau. Bagitahu Papa sekarang Ari siapa nama cikgu tu,"

"Tahu pulak marah,"

"Diam,"

"Cepat Ari bagitahu Papa apa nama cikgu tu,"

"Cikgu Zaitun. Cikgu cakap Ari cantik macam Mama,"

"Laa..., Ari niee buat Papa suspen jela,"

Intan Nabila tergelak terkekeh-kekeh

BURUNG-burung berkicau. Langit mulai menampakkan warnanya. Cahaya matahari samar-samar mengintip dari kaki langit namun cahayanya masih mampu menembus dedaunan dan mengisi ruangan. Hawa sejuk masih menyelimuti tubuh

"Intan?,"

"Ya bang,"

"Nanti buat sarapan untuk Ari je. lepas hantar Ari kita sarapan kat luar ya,"

Intan Nabila mengangguk mengerti "Nanti Abang tolong siapkan Ari ya. Intan nak turun siapkan sarapan dia,"

"Cium abang dulu sayang,"

"Abang, Ari tu dah terjaga bang,"

Arif Safuan menoleh ke belakang. Arianna sudah tercegat berdiri sambil memegang tuala. Arif Safuan tersengih-sengih

"Ari nak mandi?,"

"Umm,"

"Abang periksa dulu air kat bilik air jangan panas sangat, intan turun dulu ya,"

"Yala,"

Bertaut kening Arif safuan memerhati roti sandwich di susun Arianna di dalam bekas makanan.

"Banyaknya sandwich?,"

"Ini Ari nak makan dengan kawan-kawan dia. Oh ya, Nanti bang kita singgah sekejap kat gerai nasi lemak tepi jalan,"

"Untuk siapa?,"

"Untuk Ari'la,"

"Sandwich tu kan dah ada,"

Intan Nabila mengeleng pelan "Abang nie.. Kan intan dah cakap tadi. Sandwich nie Ari nak makan dengan kawan-kawan dia. Nasi lemak tu untuk dia,"

"Ooo begitu,"

"Kita naik motor ke Mama?,"

"Tak sayang. Pagi nie kita naik kereta Papa,"

Arif Safuan sengaja melepaskan keluhan saat bangun dari kerusi dan keluhan itu dapat di dengar jelas intan Nabila

"Sia-sia je abang belikan kereta tu kalau tiada siapa yang guna,"

"Abang?,"

"Yaaa saya,"

"Setiap kali intan nak pergi beli barang dapur. Intan call abang dulu nak minta izin abang,"

Arif Safuan mengangguk lemah seakan tiada semangat mahu menjawab

"Abangkan ada tanya intan, intan naik apa,"

Arif Safuan seolah-olah tersentak "Oh ya abang lupa,"

Intan Nabila mengeleng kesal "Sekolah Ari bukannya jauh sangat bang. Kalau jalan kaki tak sampai 15 minit, kalau naik motor 10 minit pun tak sampai tak akanlah intan nak bawa kereta,"

"Ala abang minta maaf. Entah kenapa otak abang nie lembab sangat pagi nie. Ini mesti punca tak dapat malam tadi,"

Mencerlang mata Intan Nabila memandang suaminya.

"Abang!,"

Arianna tergelak seolah-olah mengerti maksud dari kata-kata ayahnya

KUALA lumpur. Area segambut. Sebuah kereta proton X50 memarkir di depan sebuah bangunan kedai. Tempatnya agak tersembunyi hanya ada beberapa kereta sahaja kelihatan melalui laluan itu

Suhaila bercermin mata hitam turun dari kereta kemudian mendongak melihat bangunan itu. Langkah di susun ke arah sebuah pintu kecil bersebelahan dengan sebuah kedai yang di penuhi dengan kotak-kotak kosong

Kakinya melangkah berhati-hati menaiki satu persatu anak tangga sehinggalah kedua kakinya berdiri di hadapan sebuah pintu di penuhi dengan sticker tulisan cina

Pintu bilik di ketuk beberapa kali. Kedengaran derapan tapak kasut menapak menghampiri di balik pintu

Pintu bilik di buka. Seorang lelaki melayu berbadan besar berdiri di muka pintu

"Oh Puan Suhaila. Silakan masuk puan,"

Suhaila melangkah masuk sambil menanggal cermin mata hitamnya. Di dalam bilik itu kelihatan seorang lagi lelaki sedang berdiri di balik meja

"Silakan duduk Puan,"

Suhaila melabuhkan punggung di atas kerusi. Retinanya memerhati keadaan bilik yang kelam di penuhi dengan fail kertas bersepah-sepah merata tempat

"Apa tujuan puan datang ke sini. Selalunya puan call saya dulu,"

Suhaila melepaskan satu keluhan sebelum menjawab pertanyaan lelaki itu "I ada kerja untuk you all dan bayaran untuk kerja tu I akan bayar 20 puluh ribu ringgit,"

Mendengar sahaja nilai bayaran yang di tawarkan suhaila membuatkan kedua lelaki itu saling berpandangan dengan raut wajah gembira

"Puan sendiri pun dah tahu, kami berdua nie memang hebat kalau bab mengesan orang,"

Suhaila mengeleng "Kali nie i upah you bukan untuk cari orang,"

"Habis tu puan nak suruh kami buat apa?,"

"Cederakan orang,"

Sekali lagi kedua lelaki itu saling berpandangan namun kali ini tiada lagi raut wajah gembira yang terpampang

"Maafkan saya puan. Kami berdua nie penyiasat persendirian bukannya penjenayah,"

"30 puluh ribu ringgit,"

"Saya rasa Puan salah faham nie,"

"50 puluh ribu ringgit. My last offer,"

"Boleh kami tahu, Siapa yang puan nak kami cederakan tu?,"

Suhaila tidak terus menjawab. Bibirnya tersenyum namun raut wajahnya tidak seperti senyumannya. Kelihatan ada kejahatan dari senyumannya itu "Intan. Intan Nabila,"

Kedua Lelaki itu terangguk-angguk

"Dan Arianna. Cederakan mereka saja bukan bunuh. I tak kisah cara you all lakukan cuma i nak mereka berdua betul-betul cedera,"

Share this novel

revathirev
2024-06-22 09:29:54 

ya Allah. jahat betul suhaila tu. harap niat jahat suhaila tu tak tercapai


NovelPlus Premium

The best ads free experience