Bab 6

Romance Completed 43509

Intan Nabila duduk di birai katil. Termangu gadis itu dengan tatapan kosong pada lantai biliknya. Kata-kata ibunya tadi sikit sebanyak menghilangkan semangatnya untuk terus berusaha memikat kembali hati Ikram

Dia bukannya kemaruk cinta. Dia cuma teramat mencintai ikram. 10 tahun bukanlah tempoh yang singkat dalam tempoh tersebut ikram tidak pernah sesekali memintanya melakukan sesuatu di luar batasannya. Jika ikram meminta wang ringgit dia hanya perlu berkerja siang dan malam untuk mencari wang untuk di berikan kepada lelaki itu

Itu adalah kehendaknya bukanlah satu paksaan. Dia dengan rela hati menawarkan bantuan. Sebagai sepasang kekasih sudah menjadi tanggungjawabnya membantu buah hatinya itu

Intan Nabila mengeluh panjang lantas tubuhnya di rebahkan di atas tilam. Kali ini matanya menatap kipas siling yang sedang berpusing

"Bagaimana jika ikram meminta aku sesuatu yang lain apakah aku akan merelakannya," Bisik hati intan Nabila

Azan sayup-sayup Kedengaran.

Tuk.Tuk.Tuk.
"Intan.. Azan,"
Bunyi ketukan. Di susuli suara lelaki cuba membangunkan Intan Nabila dari luar bilik

Pantas Intan Nabila membuka mata "Abah tunggu," Jawab intan Nabila walaupun masih dalam keadaan mamai. Itulah rutin setiap pagi yang di lakukan ayahnya sebelum pergi ke surau. Ayahnya akan mengejutkan nya tidak kira dia menjawab atau pun tidak

Intan Nabila keluar dari bilik. Ayahnya sudah pun berada di hadapan pintu rumah menunggu

"Abah okay tak?," Tanya intan Nabila

"Alhamdullilah.. Abah sihat. Intan Janganlah risau,"

"Abah," Intan Nabila menarik nafas kemudian dihembus pelan "Kalau dah cukup duit nanti. Intan nak abah buat pembedahan tu,"

Adlah hanif menatap wajah anak gadisnya dengan kasih. "Intan.. dari intan bersusah payah cari duit untuk rawatan abah lebih baik intan guna duit tu untuk kegunaan intan sendiri. Apa kata intan guna duit tu untuk sambung belajar. Intan muda lagi sampai bila intan nak kerja Grab,"

"Sambung belajar kat mana Bah. Spm Intan pun ke laut,"

Adlan hanif tergelak pelan "Belajar jelah apa-apa intan. janji ada kemahiran,"

"Tak. tak.," Intan Nabila mengeleng kepala "Duit yang intan cari selama nie untuk rawatan abah. Bila abah dah sihat nanti. Intan boleh kumpulkan lagi. Abah jangan risau,"

Adlan Hanif hanya diam memandang Intan Nabila. Wujud perasaan malu pada anak perempuannya ada anak lelaki yang berkerjaya langsung tidak membantu

"Intan jangan fikirkan sangat ya. Pergilah solat,"

Intan Nabila mengangguk "Hati-hati Abah,"

Jam 8.30 pagi sewaktu Intan Nabila mahu keluar dia mendapat satu pesanan WhatsApp

"Aduh... cakaplah awal-awal. Ini time aku dah bersiap bagai barulah terhegeh-hegeh nak hantar mesej. Hiss geram betul lah," Getus hati Intan Nabila bila mendapat pesanan dari salah seorang perkerja part time mahu menukar waktu kerja "Buat Grab jelah sampai tengahari. lepas tu buat rawatan muka,"

Hotel Ruby

Pagi itu Arif Safuan mengambil keputusan untuk datang sendiri di department pembersihan bertemu sendiri dengan perkerja housekeeping tidak kira perkerja hotel atau pun dari perkerja part time

Sesampai sahaja dia di sana, Arif Safuan tercari-cari seseorang namun orang yang ingin di cari tiada di situ

"Good morning Mr Arif," Sapa Santi kumar sedikit terkejut apabila melihat bos nya ada di situ

"Good morning Santi. Semua dah ada?,"

"Yes Mr Arif,"

"Mana nya si Intan? belakang dia sakit lagi ke," bisik hati Arif Safuan sambil memerhati sekali lagi seolah-olah tidak berpuas hati. Mahu bertanya kepada Santi kumar dia segan

"Okay. So nanti you bagitahu pada staff kita atau yang buat part time, mereka semua boleh makan di restoran kita secara pecuma,"

Santi kumar tersenyum gembira "Kenapa Mr Arif tak beritahu saja pada mereka sendiri,"

"It's okay Santi, elok you je yang bagitahu,"
Telefon pintar Arif Safuan tiba-tiba berdering "I minta diri dulu. jika ada apa-apa masalah inform i tahu,"

"Okay Mr Arif," jawab Santi kumar sambil mengangguk

"Assalamualaikum pakcik,"

"Waalaikummusalam, Pakcik minta maaflah kalau ganggu Arif,"

"Eh tak apa pakcik,"

"Nie.. semalam pakcik ada call abang Adlan. Katanya semalam dia ada appointment kat IJN,"

"Oh ye ke, macam manalah keadaan abang Adlan?,"

"Itulah, nak sembang panjang lebar pakcik sibuk. sebab tu pakcik call Arif. kalau Arif ada masa boleh tak Arif gie lawat dia,"

"insya-Allah pakcik, mungkin lepas isyak nanti Arif pergi lawat dia,"

"Sebelum Arif pergi call abang Adlan dulu ya takut dia tidur awal,"

"Baiklah pakcik,"

Setelah menamatkan panggilan Arif safuan berjalan perlahan. Dia mula memikirkan lelaki yang banyak membantunya saat dia mencari kerja di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu pakciknya

Adlan hanif seorang peniaga barang mainan mempunyai gerai di Danau kota uptown satu-satunya peniaga di situ yang sudi mengambilnya berkerja memandang usianya ketika itu baru berusia 14 tahun

Selama dia berkerja dengan Adlan hanif. Lelaki itu selalu melayannya dengan baik. Bagi Arif Safuan lelaki itu sudah di anggap seperti ayahnya walaupun lelaki itu selalu berkeras menyuruh Arif Safuan memanggilnya Abang

"Encik Arif,"

Arif safuan mengankat wajah. Mizi sudah pun berdiri di hadapannya

"Datuk yusof ada kat restoran sekarang nie, dia nak jumpa dengan Encik Arif. Datuk datang berdua

"Berdua?,"

Mizi mengangguk "Ada seorang perempuan muda ikut dia,"

Arif Safuan terangguk-angguk "Eh. Arianna mana Mizi?,"

"Ada kat taman permainan. Seha jaga dia,"

Suasana di ruangan Lobi sunyi sepi maklumlah masih belum beroperasi yang hanya kelihatan beberapa perkerja kontrak sedang membaiki lampu-lampu di ruangan Lobi itu

Arif Safuan berjalan bersama Mizi menuju ke restoran Hotel.

Seorang lelaki berusia 60 an berpakaian segak duduk di meja dengan seorang perempuan muda sedang asyik berborak di kala itu di dalam restoran hanya kelihatan para perkerja sahaja

"Assalamualaikum Datuk," Ucap Arif Safuan sambil melangkah menghampiri meja itu

"Waalaikummusalam,"

"Tak usah bangun Datuk," Kata Arif Safuan apabila Datuk yusof mahu berdiri menyambutnya

"Siapa lelaki nie sampai Papa nak kena berdiri," Getus hati Linda dengan Alis bertaut memandang Arif safuan

"Mizi. awak tolong tengokkan Arianna. kalau dia cari saya bawa dia ke sini," Pinta Arif safuan. Mizi sekadar mengangguk kemudian belalu meninggalkan tempat itu

"Apa kabar Datuk?," Arif Safuan menghulurkan tangan sebelum melabuhkan punggung di sebelah Datuk yusof

"Alhamdullilah. Saya baik je Encik Arif," jawab Datuk Yusof. Salam itu sambut "Pekenalkan Encik Arif. Ini anak bongsu saya Linda,"

"Oh Linda. Yang Datuk cakap berlajar di luar negara tu,"

"Ya betul," Datuk yusof tersenyum lalu memandang anak perempuannya "Linda. Ini Arif Safuan pemilik rangkaian Hotel Ruby,"

Anak mata Linda menyoroti tajam memandang Arif safuan "Pemilik? muda lagi? Handsome," bisik hatinya

"Hey Linda,"
Datuk yusof menegur membuatkan Kening Linda terangkat

"Saya Linda," Singkat sahaja jawapan dari perempuan itu

"Hiss bertuah punya anak,"

Arif Safuan tersenyum "Tak mengapa Datuk. Oh ya kenapa Datuk ke sini?,"

"Encik Arif nie. Macam orang tua nie tak boleh datang je ke sini?,"

"Tak. Tak. Itu bukan maksud saya Datuk. Selalunya setiausaha Datuk call saya dulu kalau datuk nak datang, saya boleh ajak datuk pergi ke tempat yang sesuai untuk bersembang. Maklumlah keadaan Hotel sekarang dalam fasa baik pulih,"

"Saya bergurau saja Encik Arif. Sebenarnya saya datang sini nak kenalkan anak saya nie pada Encik Arif. Tapi bukan untuk jadikan isteri,"

Arif Safuan tergelak begitu juga Datuk Yusof

"Jadi bahan ejekan pulak aku nie," Bisik Linda lagi "Papa?,"

"Oh Maafkan Papa Linda,"

Dari tadi Arif Safuan cuba mengelak bertentang mata dengan anak Datuk Yusuf di sebabkan renungan dari perempuan itu membuatkan dia tidak merasa selesa

"Linda nie Encik Arif baru saja habis kontrak mengajar. macam saya beritahu sebelum nie. Anak saya nie kelulusan dalam bidang Bisnes. Itulah alasan saya datang nak tanya kalau ada salah satu Hotel Encik Arif perlukan perkerja,"

Arif Safuan mengangguk-angguk tidak terus menjawab. Dahinya di usap-usap
"Kalau dekat sini memang tiada sebab saya masih mengunakan perkerja yang sedia ada. Nanti saya cuba tanyakan hotel di kuala lumpur,"

"Bagaimana Hotel di cherating Encik Arif, saya dengar hotel kat sana ada masalah,"

"Memang betul tu Datuk. Tapi Alhamdullilah atas bantuan dari rakan bisnes saya di China sedikit sebanyak dapat menampung kerugian yang saya alami di sebabkan COVID,"

"Maaf kalau mencelah. Ada tak jawatan untuk saya. kalau tiada baik cakap awal-awal saya boleh minta tempat lain," Kata Linda dengan lagak sombongnya

"Apa nie Linda? Respect sikit dengan encik Arif. Dia nie pemilik Hotel bukannya perkerja,"

"Tak mengapa Datuk. insya-Allah saya kena periksa dulu. Tak bolehlah saya main bagi je takut nanti tak berkenan dengan jawatan tu,"

"Okay Fine," balas Linda bersahaja kemudian mengankat Telefon pintarnya "Boleh kita selfie sekejap,"

"Boleh-boleh tiada masalah,"

Bandar Melaka

Intan Nabila melangkah keluar dari sebuah salon kecantikkan. Berkerut-kerut wajahnya kerana rawatan tadi sedikit memedihkan

"Weii macam terbakar muka aku," Intan Nabila mengeluh berat "Nak cantik punya pasal tahan jelah,"

Intan Nabila melihat jam di tangan. "Alahai baru pukul enam. nak tunggu sejam lagi. hiss sakit pulak hati aku," ngomel Intan Nabila setelah menyarung helmetnya "Nak lepak kat mana nie,"

"Ari..,"

"Ya Papa?,"

"Laa. Kenapa pakai baju nie lagi. Papa kan suruh tukar,"

Arianna memuncungkan bibir mungilnya "Baju nie cantik Papa. Ari suka,"

"Ya memang cantik. Tapi Ari dah pakai dari pagi tadi tak akan nak pakai lagi,"

"Kita nak gie mana Papa?,"

"Lawat datuk Adlan. Ari ingat lagi tak?,"

"Ingat. Datuk yang selalu bagi Ari mainan tu kan?,"

"Oo Ari ingat lagi ya," Bertaut kening Arif Safuan memandang anak gadisnya. Kali terakhir anaknya berjumpa dengan Adlan hanif adalah dua tahun yang lepas sebelum Covid "Nak ikut tak,"

"Nak!,"

"Gie tukar baju,"

Jam di tangan menunjukkan waktu pukul 8.35 malam Arif Safuan bersama Arianna berdiri di hadapan Lif. Tidak lama selepas itu salah satu pintu Lif di belakang Arif Safuan terbuka

"Hai Ari,"

Teguran itu mengejutkan Arif Safuan namun dia mengenali suara yang menegur itu serta merta bibirnya tersenyum

"Hai kak intan,"
Arianna cepat-cepat masuk ke dalam Lif lalu memeluk intan Nabila

"Alaa.. alaaa cutenya macam anak patung,"

Arianna tergelak terkekeh-kekeh Apabila intan Nabila mencium-cium pipinya

"Kenapa kerja malam?," tanya Arif Safuan selepas melangkah masuk ke dalam Lif

Intan Nabila mengeluh pelan sambil mendukung Arianna "Apa boleh buat, kalau ada yang nak tukar last-last minit,"

"Oh saya ingat belakang awak sakit lagi,"

"Hiss dah okay, tengoklah saya boleh dukung budak cute gila nie,"

Arif Safuan tersenyum

"Encik nak pergi mana nie?,"

"Jumpa Datuk mainan," Arianna menjawab

"Datuk mainan? Santa clause?,"

"Eh awak nieee..," Berkerut dahi Arif Safuan memandang Intan Nabila

"Saya gurau jelahhh,"

"Datuk Ari suka bagi mainan,"

"Oh ye keee... habis tu nanti kalau kak intan bagi Ari mainan mesti Ari panggil kak, Kakak mainan kan,"

"Takkkk.," Arianna mengeleng

"Habis tu Ari nak panggil apa,"

"Kakak cantik,"

"Amboi-amboi pandai nya ambil hati kakak.. hiss geramnya,"

"Ha.ha.ha.ha,"

Arif Safuan tersenyum riang melihat gelagat Intan Nabila bergurau senda dengan anak gadisnya sehingga membuatkan hatinya merasakan sedikit perasaan suka kepada intan Nabila

Ikram berjalan mundar-mandir di hadapan katil. Tak tentu arah di buatnya setelah menerima satu pesanan dan gambar dari Linda

Hatinya di belenggu perasaan cemburu. Bila melihat lelaki kacak bahkan seorang yang kaya di dalam gambar tersebut

"Sial betul. Pasal aku takde kereta je dia dah menduakan aku. melampau betul betina nie," Kata Ikram dengan geram

Skrin handphone di lihat beberapa kali menunggu balasan dari Linda namun tetap tiada balasan

Ibu jari Ikram pantas menaip
"Okay untuk you i sanggup lakukan apa sahaja. You jangan risau. I dah cakap dengan orang tua i. mereka setuju pinjamkan i duit so nanti bila i dah ada kereta you orang petama yang akan naik kereta tu,"

Setelah pesanan di kirim. Ikram terus melabuhkan punggungnya di birai katil

"Tring,"

Ikram melihat skrin telefon pintarnya. ada satu balasan dari Linda

"Okay sayang i tak sabar nak naik but I taknak proton atau perodua okay,"

"Sial betul, Hiss mana aku nak cari duit nie.. kalau tak melepas aku anak Datuk nie.. hiss," Ikram mengaru-garu rambutnya "Ooo Intan?,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience