Bab 7

Romance Completed 43498

"Awak dah siap masak Safura?,"

"Dah Bang. Pukul berapa Arif nak datang," Tanya Puan Safura sambil melangkah ke ruang tamu

"Sekejap lagi sampai lah tu,"

"Lama juga kita tak jumpa dengan Arif kan Bang. Macam manalah keadaan Arianna sekarang?,"

"Awak kalau bersembang dengan anak Arif jangan tanya pasal mak nya. Hilang pulak mood si Arianna tu nanti,"

"Ya saya tahu Bang,"

"Intan mana wak?,"

Puan Safura mengeluh pelan "Katanya buat kerja part time. pukul 12 baru dia balik,"

"Pukul 12?," Adlan hanif mengeleng "Kuat betul si Intan tu berkerja,"

Dalam masa itu juga kelihatan sebuah kereta Toyota Suv memarkir di hadapan pagar rumah.

"Alhamdullilah. panjang pun umur diorang. Baru je cakap dah sampai,"
Adlan hanif tergesa-gesa berdiri dari duduk. Pintu rumah sudah pun terbuka luas begitu juga dengan pagar di luar

Arif Safuan keluar dari kereta terlebih dahulu sebelum mendukung Arianna

"Assalamualaikum!,"

"Waalaikummusalam, Masuk Arif,"

Arif safuan tersenyum saat melangkah masuk ke dalam garaj

"Apa kabar Bang?," Tanya Arif Safuan. Dia menurunkan Arianna lalu tangan di hulur ingin menyalam Adlan hanif

"Alhamdullilah. Abang sihat je Arif," jawab Adlan hanif. Salam di sambut

"Hai Atuk,"

Bibir Adlan hanif tersenyum lebar bila Arianna menyapanya
"Hai Arianna, Dah besar panjang sayang nie," Adlan hanif mengusap-ngusap rambut kanak-kanak perempuan itu

"Assalamualaikum Kak," Ucap Arif safuan lagi apabila melihat isteri Adlan hanif

"Waalaikummusalam Arif," setelah menjawab salam Cepat sahaja puan safura mendukung Arianna "Arianna apa kabar,"

"Ari baik Nek,"

"Alaa... Comelnya. Lama nenek tak jumpa Arianna,"

"Mari masuk Arif. Kita makan dulu baru sembang. Kak Safura kau baru je masak asam pedas,"

"Alhamdullilah lama saya tak rasa masakan asam pedas kak Safura,"

"Itu akak masak special untuk Arif untuk Arianna pula nenek masak maggie goreng telur,"

"Mainan kita ada tak Atuk?,"

"Ari?,"

"Tentulah ada. Mana boleh Atuk lupa,"

"Yeyyy,"

Setelah itu mereka semua menjamu selera dengan juadah masakan di sediakan Puan Safura. Adlan Hanif tidak makan terlalu banyak. Gulai Asam pedas ikan patin di jamah hanya sedikit kerana kesihatan jantungnya lain pula dengan selera Arif Safuan hampir tiga kali menambah nasi

"Alhamdullilah.. Huhh dari dulu memang asam pedas kak Safura paling terbaik,"

Puan Safuan sekadar tersenyum dengan pujian Arif Safuan itu. Arianna pula, baru sahaja menghabiskan Maggie goreng telur memang khas di masak untuknya kerana kanak-kanak itu tidak berapa gemar memakan nasi

"Mari Arif kita duduk kat ruang tamu. Kita sembang dulu sebelum arif pulang,"

"Apa abang nie. Tak akan lah saya nak balik,"

Adlan hanif tersengih sambil berdiri dari kerusi bersama Arif Safuan

"Saya minta maaf Bang ya sebab jarang call abang,"

"Tak usah minta maaf. Abang faham Arif sibuk, Arif datang malam nie pun Abang dah bersyukur sangat,"

"Tapi tu lah Bang. Padahal saya tahu abang sakit,"

"Dah.. dah Arif, cukup. Abang tak kisah. Abang tak ambil hati pun,"
Adlan hanif memeluk bahu Arif Safuan saat melangkah ke ruang tamu

"Oh ya. Macam mana dengan rawatan abang semalam?,"

Air muka Adlan hanif berubah sayu saat melabuhkan punggung di atas Sofa "Abang pun dah berusia Rif tapi itulah banyak-banyak penyakit abang tak sangka abang ada penyakit jantung,"

"Teruk sangat ke Bang?,"

"Alhamdullilah setakat nie abang cuma perlu jaga makan minum je. Kena makan ubat ikut masa,"

Arif Safuan merenung wajah Adlan hanif tampak pucat. Setiap kali bercakap cepat termegah-megah

"Abang, Kalau penyakit abang perlukan pembedahan tolong beritahu saya. Biar saya bantu,"

"Terima kasih Arif. Tapi Arif kenalkan perangai abang?,"

Arif Safuan mengangguk

"Abang paling tak suka termakan budi dengan orang. Sebab dari abang muda sampailah sekarang abang benci menyusahkan orang. Biar abang susah tapi abang tidak akan sesekali mengemis pada orang,"

"Tapi ini saya bang. Saya dah banyak termakan budi dengan abang. Kalau bukan abang yang sudi bantu saya dulu takde ya saya sampai ke tahap nie,"

"Arif... Semua nie atas usaha Arif sendiri bukannya abang. Sampai sekarang nie abang bersyukur sangat sebab abang buat pilihan yang betul abang ambil Arif berkerja. Mencurah-curah rezeki abang waktu tu,"

"Untuk kali nie je bang. Bagilah saya perluang bantu abang,"

Adlan hanif mengeleng kepala "kita berdua nie Arif tiada hubungan darah. Jangan nyusahkan diri Arif pada orang yang tiada hubungan dengan Arif,"

"Apa yang tiada hubungannya Bang. Saya kenal abang bukannya setahun dua. lima belas tahun,"

"Sudahlah tu Arif. Abang kau nie dari dulu memang keras kepala orangnya. Kalau dia dah tak nak, paksa pun tak guna,"

Puan Safura mencelah sambil membawa dua gelas minuman di taruh di atas meja manakala Arianna pula sibuk bermain dengan anak patung pemberian puan Safura di dapur tadi

Arif Safuan menghela nafas panjang "Berapa kos pembedahan tu kak?,"

Adlan hanif mengeleng saat memandang isterinya sebagai tanda isyarat supaya isterinya tidak memberitahu kos pembedahan itu

"150 ribu Rif,"

"Awak nie mengada-ngadakan,"

"Arif tanya. Saya jawablah. Bukannya saya mintak duit dia,"

"Biar saya tolong bayarkan,"

"Tak usah. Simpan je duit tu untuk Arianna,"

"Salah ke, saya nak tolong,"

"Kita nie tiada hubungan Rif. lainlah kalau arif ada hubungan dengan abang. ya abang akan setuju,"

"Abang. kan saya dah cakap kita dah lama kenal. tak akan itu pun tak cukup?,"

"Tak cukup Arif,"

Arif Safuan terpinga-pinga memandang Adlan hanif

"Lainlah kalau Arif jadi menantu abang,"

"Hiss abang nie. ke situlah pulak," sekali lagi Puan Safura mencelah

Alis Arif Safuan bertaut agak terkejut dengan permintaan Adlan hanif tadi

Arif safuan keresahan saat memandu setelah pulang dari rumah Adlan Hanif. Arianna pula sudah terlena di sebelahnya.

Permintaan Adlan Hanif tadi supaya dia menjadi menantu benar-benar menganggu fikirannya. Bukan sekali dua lelaki itu mengatakan hal sama padanya.

kali petama waktu usianya 15 tahun. Kali kedua ketika usianya 17 dan yang terakhir ketika usianya 18 tahun setelah itu dia terpaksa berkahwin dengan Suhaila ketika usianya 19 tahun

"Hiss lupa pulak aku tanya nama anak abang Adlan,"

"Abang-abang," Puan Safura mengeleng "Abang tahu tak lepas abang cakap macam tu. Arif langsung tak senyum,"

"Biar je. memang itu kehendak abang dari dulu lagi. abang nak sangat kahwinkan Intan dengan Arif,"

"Arif tu bang orang berjaya. Mana nak nya dia nak dengan Intan tu,"

"Awak tak kenal dengan Arif sangat tapi abang dah kenal dia dah lama, Abang kenal sangat dengan sifat dia sebab tu abang nak sangat jodohkan Intan dengan dia,"

Puan safura merenung wajah suaminya agak lama
"Dari dulu saya tertanya-tanya bang, kenapa awal sangat Arif tu kahwin? kalau tak silap saya waktu usia dia 19 tahun kan?,"

"Semua tu atas paksaan Ayah dia. Lepas enam tahu baru terhegeh-hegeh nak cari anaknya semula itu pun semata-mata nak selamatkan air muka rakan bisnes,"

"Saya tak faham Bang,"

"Suhaila tu sebelum berkahwin dengan Arif dah mengadung. Anak kepada rakan bisnes ayah kandung Arif. Kerana nak selamatkan maruah rakan bisnes sanggup tawarkan tujuh juta pada Arif kalau arif sanggup berkahwin dengan Suhaila. Dengan duit itulah Arif berjaya sampai sekarang,"

"Tapi lama juga rumah tangga Arif tu bertahan,"

Adlan hanif mengeluh pelan "Sebab tu saya cakap tadi. Saya kenal sangat dengan sifat Arif tu, Baik tak bertempat. Abang dah banyak kali nampak macam mana Suhaila tu hina Arif. Tapi itulah Arif punya sikap penyabar tu sampai sekarang abang puji,"

Restoran Bistro Chef Ammar

"You marah i lagi ke?,"

Linda mengeleng saat menghirup air di dalam gelas mengunakan straw

"Habis tu mengapa muka you masam je. I nak makan pun takde selera,"

Linda bermain-main dengan bibirnya. pertanyaan Ikram tidak lansung di jawab

"Bukan ke you yang suruh i cari orang lain,"

"Omg Linda.. Kan semalam i dah minta maaf,"

Bibir Linda tersengih nipis "Bila i hantar gambar lelaki tu baru you terhegeh-hegeh nak minta maaf dengan I,"

"You faham tak. kepala i berserabut dengan kehendak you. I terpaksa bagi macam-macam alasan pada parents i semata-mata nak beli kereta. until now i do not understand why i need to buy a car,"

"Ikram. I cintakan You. That's why i have reason suruh you beli kereta. First time i jumpa you. I selalu perhatikan you. pakaian you, kasut you, dompet you. Your headphone. Your laptop semuanya berjenama. I hairan mana you dapat semua duit tu. You cakap parents you susah but you can buy all that. Motorcycle yang you guna sekurang-kurangnya harga bebelas ribu. You kerja ke? you habis study empat tahun. lepas tu covid dua tahun. So bila masanya you berkerja atau you..?,"

Ikram cepat-cepat mencelah
"Yes i kerja Linda. Time i study i buat kerja part time bawa Grab. Time COVID i still bawa Grab. Siang malam tak kira hujan ke panas ke ribut ke. I tetap teruskan kerja i. So salah ke i guna duit titik peluh i, beli tu semua,"

Linda mengeleng pelan dengan bibir seakan-akan tersenyum puas "Itu i nak dengar. Papa i sebenarnya tak kisah dengan latar belakang lelaki yang i suka. Tapi papa i lebih suka lelaki yang kuat berusaha. Sebab tu i nak you beli kereta supaya i boleh cerita dengan Papa i kereta yang you beli tu dari hasil titik peluh you sebelum you jadi cikgu,"

Ikram tertelan air liur kerana semua itu adalah kebohongan semata-mata yang dia reka hasil dari titik peluh Intan Nabila selama ini

"So boleh i tahu. siapa lelaki kacak tu?,"

"Arif Safuan pemilik Hotel Ruby but you don't worry. i tak minat pun dengan dia. Sebab i tak suka duda,"

Hotel Ruby

Arif melangkah masuk ke dalam Lobi sambil mendukung Arianna. Langkahnya seperti tergesa-gesa menuju ke lif setelah Arianna terbuang air kencing di dalam kereta saat tidur

"Alamak?," langkah Arif Safuan terhenti. tangannya meraba-raba poket seluar. Baru dia sedar Telefon pintarnya tertinggal di dalam kereta

"Laa dah tertidur Si comel nie,"

Pantas Arif Safuan menoleh ke arah suara itu. Intan Nabila tersengih-sengih saat menghampiri Arif Safuan

"Bau apa nie?,"

"Ari terkencing dalam kereta," jawab Arif Safuan tersipu malu

"Habis tu kenapa bapaknya masih tercegat kat sini?,"

"Saya tertinggal handphone saya dalam kereta,"

"Kalau gitu biar saya saja bawa Ari naik atas. Encik pergilah ambil handphone, boleh bersih kan kereta tu sekali kalau tak lagi kuat bau hancing tu nanti,"

"Tak susahkan awak ke?,"

"Eh tak pun, lagi pun saya dah habis mengemas. Nasib baik hari nie saya dapat bilik kecik je," Intan Nabila tersengih-sengih

"Okaylah kalau gitu,"

"Bagi saya anak patung nie,"

Arif Safuan segera menyerahkan Arianna kepada Intan Nabila kemudian access kad untuk kegunaan pintu bilik

"Saya pergi dulunya Intan. Awak tolong temankan Ari dulu dalam bilik tu. Jangan tinggalkan dia,"

"Tak akanlah saya nak tinggalkan dia," Balas Intan Nabila dengan Alis bertaut memandang Arif safuan

Arif Safuan mengaru-garu rambutnya "Saya minta maaf. Saya cuma risau je, okaylah saya pergi dulu,"

Intan Nabila mengangguk namun tidak terus melangkah pergi. Anak matanya memerhati Arif safuan berjalan terburu-buru ke arah pintu Lobi

"Untungnya kalau dapat laki macam tu. Tapi buah hati aku tetap yang terbaik,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience