Bab 26

Romance Completed 43498

Ini kali ke tiga Arif Safuan menyertai team pelabur bermesyuarat dengan kementeri kerajaan negeri sabah. Dia duduk di sebelah Xuan Lee cuba menjelaskan isi tawaran yang telah di ubah mengikut kehendak Kerajaan negeri namun masih ada beberapa syarat yang di kemukan oleh team pelabur sukar di terima beberapa menteri

Arif Safuan tenang mendengar keluhan dari para menteri. Syarat kemasukan perkerja dari China salah satu syarat yang di tolak secara mentah-mentah miskipun Xuan lee telah menawarkan 10% peratus untuk orang sabah melabur di dalam projeck mega itu nanti

Namun raut wajah Arif Safuan selalu menunjukkan rasa ketidak keselesaan ketika menjawab pertanyaan para menteri kerana terlalu tertekan bila memikirkan pertemuan xuan lee dengan beberapa menteri malam tadi semua itu atas bantuannya akan tetapi dia tidak menyertai pertemuan itu

Selepas mendengar pertanyaan dari salah seorang menteri. Arif Safuan bersedia mahu menjawabnya namun seorang pegawai secara tiba-tiba menghampiri belakang kerusinya lalu berbisik mengatakan sesuatu

"Apa!," Arif Safuan pantas bangkit dari kerusi dengan wajah terkejut kemudian bergegas meninggalkan bilik mesyuarat mengejutkan sahabatnya Xuan lee

SETELAH menempuh hampir 3 jam penerbangan dari kota kinabalu. Pesawat yang di naiki Arif Safuan selamat tiba di KLIA. Langkah yang di atur tampak tergesa-gesa menghala ke arah pintu masuk

Saiful saad sudah pun menunggunya di hadapan pintu itu

"Ari macam mana pakcik?," Tanya Arif safuan cemas sambil berjalan laju ke arah Pakciknya

"Alhamdulilah.. Arianna baik je. langsung takde luka, tapi In..?,"

"Tak payah bagitahu Arif pasal dia. Hidup ke mati Arif tak perduli,"

"Eh dah kenapa dengan kamu nie Arif. Intan tu kan isteri Arif,"

"Isteri?," Arif Safuan mencekak pinggang dengan raut wajah geram "Dari hari rabu saya dah pesan kat dia pakcik jangan bawa motor, jangan bawa motor tapi dia degil apa guna saya beli kereta tu,"

"Pekara dah nak jadi Arif bukan kita boleh tahu pun,"

"Ya itu betul pakcik. Tapi kalau dia seorang isteri yang taat dengar cakap suami pekara tu tak akan belaku pakcik,"

"Bertenang Arif. Arianna takde apa-apa. tapi intan sekarang masih tak sedarkan diri baik Arif pergi lawat dia,"

Arif Safuan menyengih "Untuk apa? dia yang cari penyakit, biarla dia tanggung sendiri,"

"Hey Arif!," Berkerut wajah Saiful saad memandang Anak buahnya "Kenapa Arif cakap macam tu?,"

"Arif tak perduli pakcik, Arif cuma perdulikan keselamatan Ari. Kalau jadi apa-apa pada Ari, suhaila akan rampas Ari dari Arif. itu Arif tak boleh terima. Arif lebih rela kehilangan intan berbanding Ari,"

Saiful saad beristighfar sebanyak dua kali sambil mengeleng kepalanya "Kemalangan tu bukan salah Intan Arif. Ramai saksi cakap ia seperti di sengajakan lebih baik Arif pergi sana bantu Abang Adlan,"

Arif Safuan mengeleng "Arif banyak lagi masalah pakcik dari fikirkan masalah Intan tu. Dia yang cari penyakit biar dia je yang tanggung. Itulah akibatnya tak dengar cakap suami,"

"Arif. Arif," Saiful saad sudah pun mati kata dengan sikap keras kepala anak buahnya itu

"Siapa jaga Ari kat sana Pakcik?,"

"Zilla,"

"Pinjam handphone pakcik sekejap Arif nak call Zilla,"

"Mana Handphone Arif?," tanya Saiful saad sambil menghulurkan telefon pintarnya

Arif Safuan mengeluh kesal "Tertinggal kat bilik hotel, kelam kabut mengemas pakaian punya pasal,"

Sambil berjalan bersama Saiful saad, Arif Safuan menghubungi nombor bekas Adik iparnya Zilla

"Assalamualaikum Zilla,"

"Waalaikummusalam Abang,"

"Zilla kat mana?,"

"Kat rumah abang melaka,"

"Bagaimana Keadaan Ari. Dia okay tak?,"

"Alhamdulilah. Arianna baik je bang luka pun takde. Dia tengah tidur,"

"Zilla pergi sana naik apa?,"

"Naik kereta. Kenapa Bang?,"

"Tolong kemas pakaian Ari lepas tu bawa dia ke KL,"

"Abang tak nak datang sini. Intan belum sedar lagi bang,"

"Abang sibuk zilla, abang takde masa,"

"Kenapa abang cakap macam tu. Abang marah intan ke. kemalangan tu bukan salah intan bang,"

"Kan abang cakap abang sibuk. boleh ke tak tolong bawa Ari ke KL?," Arif Safuan sengaja menekan suaranya

"Boleh bang,"

"Lagi satu. Suhaila tahu tak pasal kemalangan tu?,"

"Dari semalam zilla tak jumpa dengan Kak su. Call pun dia tak angkat,"

Arif Safuan diam seketika "Jangan bagi tahu apa-apa pada suhaila tentang kemalangan tu. Abang taknak dia tahu,"

"Baiklah bang,"

HOSPITAL melaka apabila malam menjelma Intan Nabila membuka matanya perlahan-lahan setelah tidak sedarkan diri selama beberapa jam

Suasana di dalam wad kedengaran agak bising dengan suara keluhan dari para pesakit, suara dari ahli keluarga berbicara. Doktor dan Jururawat kelihatan kehulur ke hilir menjalankan tugas masing-masing

Intan Nabila mengeluh sakit yang teramat pada belakang badannya ketika cuba memiringkan kepala

"Ari.. Ari..,"

"Intan?,"

"M..mak Ari.. Aduhh sakitnya belakang intan," adu intan Nabila dengan kerut di muka

"Intan tunggu ya mak panggilkan doktor," Puan Safura bergegas mencari doktor yang bertugas

Intan Nabila memerhati keadaan di sekitar miskipun dalam keadaan kesakitan namun hatinya gusar memikirkan bagaimana keadaan Arianna. Apakah suaminya tahu apa yang belaku kepadanya. Beberapa detik kemudian Puan Safura datang semula bersama dengan seorang doktor wanita

Doktor itu memeriksa keadaan Intan Nabila sebelum memberi beberapa arahan kepada seorang jururawat

"Puan kalau boleh tolong baring memiring ya sebab belakang puan masih lagi bengkak. Nanti jururawat bagi ubat penahan sakit," Kata doktor wanita itu

Intan Nabila sekadar mengangguk sambil membiarkan Doktor wanita itu mengerakan tubuhnya supaya berbaring memiring

"Aduh sakitnya...,"

"Sabar ya intan,"

Mengalir air mata seorang ibu melihat anaknya mengeluh kesakitan. Ini sudah kali kedua anak gadisnya itu terbabit dengan kemalangan dan terpaksa menanggung kesakitan

"Mak..,"

"Ya intan,"

"Ari macam mana mak?," Intan Nabila menangis teresak-esak memikirkan anak tirinya

"Intan jangan risau ya. Alhamdulilah Arianna tak apa-apa luka pun takda,"

"Betul ke mak?,"

Puan Safura mengangguk "Satu luka pun takde,"

"Alhamdulilah," Intan Nabila mengucapkan syukur barula hatinya merasa tenang sedikit

"Ari kat mana sekarang mak. Intan rindu kat dia,"

Puan Safura menghela nafas pelan sambil mengusap-ngusap bahu anak gadisnya dengan lembut "Zilla dah bawa Arianna ke KL,"

"Kenapa bawa Ari ke sana. Intan nak tengok dia mak,"

"Intan... kat sini tiada siapa yang boleh jaga Arianna sebab tu zilla bawa dia pulang ke KL. Lagi pun hospital tak benarkan lagi ahli keluarga bawa budak masuk ke hospital

Intan Nabila mengerut wajahnya menahan rasa rindu pada Arianna

"Abang Arif mana mak?,"

Puan Safura diam sebentar. Di balik pelitup muka raut wajah tua itu tampak tenang namun berbeda di dalam hatinya entah bagaimana dia mahu memberitahu pada intan Nabila tentang suami anaknya itu yang menyalahkan anak gadisnya punca kemalangan itu belaku. Itu pun dia mendengarnya dari Zilla

"Arif masih lagi kat sabah intan,"

"Abang Arif tak tahu ke mak?,"

"Tahu. Intan sabar ya bila dah selesai kerja dia kat sana nanti insya-Allah dia balik ke sini lawat intan,"

Intan Nabila mengangguk mengerti "Abah sihat mak?,"

"Alhamdulilah Abah kamu sihat je intan,"

"Mak jangan bagi abah datang sini ya. Bahaya. abang baru je kena bedah,"

"Dah. Awal lagi mak dah bagitahu abah kamu, nanti kejap lagi mak call dia,"

"Bagitahu kat abah intan baik-baik je ya mak,"

Puan Safura mengangguk dengan air mata yang berlinangan hatinya merasa sebak miskipun intan Nabila sedang menahan sakit anak gadisnya masih mengambil berat tentang kesihatan suaminya.

Dahi intan Nabila di kucup penuh kasih sambil mengelus lembut rambut anaknya itu

ARIANNA bangun dari tidurnya yang lena. Raut wajahnya tenang memerhati sekitar bilik yang bercahayakan lampu di luar kemudian bibirnya mengukir senyuman mekar bila melihat Ayahnya tidur di sebelah

"Papa,"

"Ari!," Arif Safuan tersentak terkejut apabila mendengar suara anaknya

"Kenapa Ari tidur bilik Papa?,"

Arif Safuan bingkas bangun dari baringan lalu duduk di atas katil merenung wajah anaknya

"Ari okay tak?,"

"Okay,"

"Ada sakit mana-mana tak?,"

Dahi Arianna bertaut memandang ayahnya "Sakit? Ari tak sakit,"

Bibir Arif Safuan tersenyum lega.

"Pukul berapa sekarang Papa?,"

"Pukul berapa?,"

"Yala Ari nak bersiap pergi sekolah,"

"Sekolah?," Arif Safuan terpinga-pinga memandang anaknya "Ari tahu tak Ari kat mana sekarang nie?,"

"Tahu," Jawab Arianna sambil mengangguk

"Kat mana?,"

"Rumah kitala papa,"

Arif Safuan ketawa kecil "Ya papa tahu kat rumah. Tapi rumah kat mana?,"

"Rumah kitala Papa. Hiss papa nie,"

"Rumah kitakan ada dua?,"

"Ada dua? bila Papa beli?,"

Arif Safuan mula merasa tidak sedap hati "Ari ingat lagi tak sekolah Ari?,"

"Ingat. Sekolah rendah kebangsaan Tun haji ismail,"

Serta merta Arif Safuan turun dari katil kemudian membuka lampu bilik. Jawapan Arianna mengejutkan Arif Safuan memandangkan nama sekolah yang di sebut anaknya itu adalah sekolah lama di KL

"Ari.. Ari tak apa-apa ke?," Tanya Arif Safuan dengan wajah cemas sambil memeriksa tubuh Arianna

"Ari sihat Papa, kenapa Papa asyik tanya je?,"

"Ari ingat tak nama Mama?,"

"Ingat..," Wajah Arianna terus berubah masam

"Siapa?,"

"Suhaila. Hiss kenapa Papa tanya. Ari tak suka,"

Ya Allah Kenapa pulak dengan Ari nie? Bisik hati Arif Safuan semakin cemas

Arianna memandang jam di dinding bilik menunjukkan waktu 5.45 pagi

"Papa jangan lupa buat Maggie goreng untuk Ari ya. Ari nak makan sebelum pergi sekolah,"

"Hari nie hari sabtu Ari,"

"Hari sabtu," Arianna memuncungkan bibir "Ari nak tidur semulala,"

Arianna bebaring semula. Arif Safuan menarik selimut menutupi tubuh anak gadisnya dengan raut wajah jelas terpancar kerisauan

JAM 10 pagi Zilla memarkirkan kereta di basement kondominium Saujana permata. Arif Safuan bersama Arianna sudah pun menunggu di luar kereta menanti kedatangan wanita itu

Sebaik sahaja Zilla keluar dari kereta. Arianna terus berlari anak mendapatkan makciknya itu

"Auntie!,"

"Arianna," Zilla terus memeluk Anak buahnya namun terdetik perasaan hairan ketika melihat kemanjaan anak buahnya itu "Kenapa manja sangat nie?,"

"Ari dah tak boleh manja ke?,"

"Boleh.. tapi selalunya Arianna lebih manja dengan Mama kan?,"

"Mama?," Arianna meleraikan pelukan Zilla "Mama jahat. Mama tak sayang Ari,"

Dahi Zilla berkerut hairan "Arianna tak sayang Mama intan ke?,"

"Jangan seb.. Allah," Dalam masa yang sama juga Arif Safuan cuba menghalang Zilla dari menyebut nama itu namun sudah terlambat

"Kenapa bang?,"

Arif Safuan tidak terus menjawab. Langkahnya laju menghampiri Arianna sudah kelihatan kaku tidak bergerak dengan kelopak mata terbuka luas

"Kalau sebut nama tu Ari akan jadi macam nie. lama-lama dia akan menangis, meracau bila abang tanya dia tak boleh nak jawab. Sebab tu abang ajak zilla temankan abang pergi hospital nak tengok apa masalah Ari nie," Ujar Arif Safuan sambil mendukung Arianna

"Mungkin dia rindu kat in...,"

"Jangan sebut nama tu abang tak nak dengar,"

"Kenapa nie bang?,"

"Dah jomla teman abang. Lupakan pasal perempuan tu. abang dah takde perasaan pada dia,"

"Abang Arif. Itu bukan salah?,"

"Cukupla Zilla! abang tak nak dengar. Tolonglah,"

KERANA sakit yang tertanggung intan nabila terpaksa menahan kesakitan itu dengan mengengam-gengam kain selimut. Peluh membasahi wajahnya walaupun kipas siling berpusing dengan kelajuan maximum.

Kesan ubat penahan sakit hanya bertahan selama empat jam sahaja setelah itu dia harus menunggu dua jam untuk mendapat suntikan seterusnya

Puan Safura pula tidak dapat menjaga Intan Nabila kerana harus menjaga makan minum suaminya. Selepas habis mengajar barulah dia akan datang menjaga Intan Nabila itu pun sehingga jam 12 malam

Ya Allah sakitnya X3... Ucap Intan Nabila sehingga berlinangan air matanya. Mahu mengadu tiada gunanya miskipun dia melihat jururawat berjalan lalu lalang di depannya. Setiap kali dia cuba mengadu sakit pada doktor yang bertugas tiada satu pun doktor yang mahu membantunya

Dalam keadaan baring memiring. Intan Nabila menarik-narik kain selimut bukan kerana tubuhnya kesejukan akan tetapi kerana sakit yang tak tertahan sehingga mengigil-gigil tubuhnya menahan

Intan Nabila memejamkan matanya rapat sambil hati memohon sekiranya ada sesiapa yang boleh membantunya

"Intan,"

Intan Nabila membuka mata. Dia kenal akan suara itu

"Ikram?,"

"Kenapa nie? sakit ke?,"

Intan Nabila tidak berkata apa-apa kerana tidak menyukai ikram datang melawatnya namun dia tidak dapat lagi menahan perasaan sakitnya yang teramat

"Belakang saya sakit sangat," jawab Intan Nabila dengan air mata berlinangan terpaksa jua mengadu pada Ikram

"Tunggu sekejap saya panggilkan doktor,"

Tidak sampai beberapa detik seorang doktor wanita berbangsa cina datang bersama ikram

"Sakit ke puan?," Tanya doktor itu

Intan Nabila mengangguk "Sakit sangat doktor,"

"Tolong bagitahu saya dari satu hingga 10 berapa agak-agak rasa sakit tu?,"

"10 doktor. Sakit sangat,"

"Okay. Sekejapnya," Doktor itu berlalu pergi

Ikram berdiri di sisi katil memandang Intan Nabila dengan raut wajah simpati

"Sabar ya Wak doktor tu tengah periksa fail awak,"

"Awak buat apa kat sini? awak tak mengajar ke?,"

"Saya datang nak lawat awak. kejap lagi saya balik. Tapi awak jangan salah faham pulak saya datang nie takde niat lain,"

Dalam keadaan menahan sakit Intan Nabila cuba tersenyum "Dulu keadaan saya macam nie jugak waktu isteri awak langgar saya. Saya mengerang sakit tapi waktu tu suami saya yang datang bantu. Kali nie awak pula,"

"Mana..?,"

Belum pun sempat Ikram bertanya doktor wanita berbangsa cina tadi datang semula membawa satu kentung air lalu di gantung kemudian membuka hujung tiup yang masih terpasang pada pemukaan tangan intan Nabila untuk memasang yang baru

"Dalam air nie ada ubat penahan sakit untuk 24 jam. kalau puan masih lagi sakit nanti bagitahu pada nursenya,"

Intan Nabila mengangguk "Terima kasih Doktor,"

"Sama-sama," jawab doktor itu namun sempat tersenyum pada ikram sebelum meninggalkan tempat itu

Ikram menarik kerusi lalu duduk di sisi katil. Dia tidak terus menyambung pertanyaannya tadi sekadar memerhati intan Nabila sedang menahan sakit.

Beberapa minit kemudian barulah raut wajah Intan Nabila mulai berubah tenang setelah belakangnya tidak lagi merasa sakit akibat dari kesan ubat itu

"Alhamdulilah X2,"

"Sakit lagi ke?,"

"Alhamdulilah. Dah tak sakit,"

"Suami awak mana Intan?,"

"Kat sabah lagi,"

"Sabah? Dia tak tahu ke intan kemalangan?,"

"Tahu. Tapi dia sibuk,"

"Eh nanti setahu saya suami awak dah ada kat KL,"

Intan Nabila sedikit terkejut "Mana awak tahu?,"

"Malam tadi saya dengar perbualan ayah mertua saya dengan suami awak. Ayah mertua saya ada tanya suami awak kat mana. Lepas tu saya dengar Ayah mertua saya sebut KL. Cuba awak call dia,"

"Boleh ambilkan Handphone saya dekat belakang badan saya nie,"

Ikram segera bangun kemudian berjalan ke arah sisi kanan katil Intan nabila. Telefon pintar milik intan Nabila terselit bawah batal namun ketika ikram mahu mengambil telefon itu dia terkejut bila melihat belakang Intan nabila seperti ada sesuatu bonjolan yang besar

"Besarnya bengkak kat belakang awak nie intan,"

"Bengkak je tapi takde yang patah,"

Ikram mengeleng pelan "Nah handphone awak," Ikram menghulurkan telefon pintar itu betul-betul pada tapak tangan intan nabila

Dalam keadaan baring memering ibu jari tangan kiri intan Nabila laju mentatal skrin telefon untuk mencari nombor suaminya.

Dahi intan Nabila berkerut hairan beberapa kali dia cuba menghubungi nombor suaminya tetapi tiada satu pun di jawab

"Cuba awak call pejabat dia," saran ikram bila menyedari panggilan yang di buat intan Nabila tidak di jawab

Intan Nabila segera menghubungi nombor pejabat Arif Safuan

"Hello," Kedengaran suara wanita menjawab

"Hello.. boleh saya bercakap dengan Encik Arif,"

"Boleh saya tahu cik nie siapa?,"

"Saya intan Nabila isteri Arif Safuan,"

"Oh datin. Encik Arif dah keluar tadi dengan Encik Saiful tapi saya tak tahu mereka berdua pergi mana,"

"Tadi saya call handphone dia banyak kali tapi dia tak jawab,"

"Cuba Datin call handphone Encik Saiful. Datin ada nombor dia. Kalau tiada saya boleh bagi?,"

"Tak apa saya ada nombor dia. terima kasih ya,"

"Sama-sama,"

Degup jantung Intan Nabila menjadi tidak keruan. hatinya mula cemas dan tertanya-tanya alasan mengapa suaminya tidak melawatnya di sini apakah suaminya marah kerana kemalangan itu membabitkan Arianna

Hanya dalam hintungan beberapa detik sahaja panggilannya itu terus di jawab

"Assalamualaikum pakcik,"

"Waalaikummusalam. Alhamdulilah Intan dah sedar,"

"Malam tadi intan sedar,"

"Bagaimana dengan keadaan intan. Cedera teruk tak?,"

"Belakang je bengkak tulang takde yang patah tapi itula kalau takde ubat penahan sakit memang tak boleh nak tahan sakit nie,"

"Macam nie intan, nanti pakcik call hospital swasta kat sana sebab intan ada medical card,"

"Pakcik.. Boleh tak Intan bercakap dengan abang Arif. Intan tahu abang Arif ada bersama dengan pakcik,"

Lama juga Saiful saad mendiamkan diri hanya terdengar bunyi gerakan tangan di hujung talian. Intan Nabila sabar menunggu.

Namun secara tiba-tiba "Hey Arif.. Kalau betul-betul kamu dah tak nak kat dia cakap terus terang, sampai bila kamu elak?,"

"Sampai masanya hanya surat perpisahan je yang akan di kirimkan pada dia pakcik. Arif tak perlu berjumpa dengan dia,"

Alangkah terkejutnya Intan Nabila apabila mendengar suara Arif Safuan menjawab miskipun kedengaran suara itu agak jauh akan tetapi intan Nabila masih mampu Mendengarnya dengan jelas

"Ya Allah Arif. Pakcik kan dah bagitahu pada kamu. Itu bukan salah Intan. Kenapa kamu susah sangat nak pecaya,"

"Pakcik tahu tak apa yang belaku pada Ari. dia truma pakcik. dia tak boleh dengar nama Intan. Kalau dia dengar dia akan truma dia akan menangis dia akan meracau. Semua tu salah perempuan tak guna tu. Arif dah pesan jangan naik motor tapi degil jugak,"

Mendengar sahaja kata-kata Arif Safuan itu membuatkan seluruh tubuh Intan Nabila mengigil-gigil

"Arif.. Intan nie tengah sakit Arif. Berterus terang jela dengan dia kalau kamu taknak hidup lagi dengan dia. jangan buat dia tergantung tanpa tali,"

"Kan Arif dah bagitahu pada pakcik. Ari lebih penting daripada dia. Kalau jadi apa-apa Ari. Arif tak akan terangak-agak lepaskan dia pakcik,"

"Buat apa Arif cakap pada pakcik. Ambil telefon nie sekarang cakap je terus terang pada intan,"

Intan Nabila cepat-cepat mematikan panggilan itu tidak sanggup lagi mendengar. Dadanya bagaikan di timpa bongkah batu yang besar. Wajahnya pula kelihatan pucat bagaikan wajah seorang yang baru meninggal dunia dan perubahan wajahnya itu di sedari Ikram sejak tadi hanya memerhati

"Intan... Awak tak apa-apa ke?,"

Intan Nabila menekan-nekan dada entah mengapa begitu sukar untuk bernafas. Dia cuba mengatakan sesuatu pada Ikram namun kerongkongnya terasa ketat

Ikram bingkas bangun apabila menyedari intan Nabila tidak dapat bernafas dalam keadaan cemas ikram segera mencari doktor untuk mendapatkan bantuan

Share this novel

revathirev
2024-07-14 05:41:49 

biar si arif reput dgn anak org lain dan menyesal abaikan anak sendiri

revathirev
2024-07-14 05:41:16 

arif memang lelaki tak guna. kesian intan dapat suami yg selfish. harap intan jumpa lelaki yg betul2 ikhlas cinta dia. ikram dgn arif tada beza. sama sama lelaki yg tak guna. atlease ikram sedar tapi arif tak sedar sedar. harap intan mengandung dan pergi jauh dgn anak tu.

revathirev
2024-07-14 05:38:44 

intan salah apa. kereta rosak. call arif utk bagitau adakah arif dengar apa yg intan nak cakap. adakah arif ambil tau apa intan nak cakap. salah siapa..kalau intan tak bawa motor sampai bila budak tu tgg depan sekolah.


NovelPlus Premium

The best ads free experience