Sesal

Romance Series 135480

Syaza memandu kereta dengan semangat, membayangkan kehidupan baru yang akan mereka tempuh di rumah itu. “Tak jauh pun dari tempat kerja kita. Lepas ni senang nak ulang-alik,” katanya ceria sambil melirik ke arah Nadhira dan Nayla di sebelahnya.

Nadhira tersenyum kecil, rasa lega sedikit demi sedikit menyusup ke dalam hatinya. "Alhamdulillah, Sya. Mudah-mudahan, rumah baru ni bawa rezeki dan ketenangan buat kita semua."

Nayla pula hanya mendengar dalam diam, rasa syukur kerana berpeluang memulakan hidup baru bersama kakak dan sahabatnya. Dia berharap rumah ini akan menjadi tempat yang penuh kasih sayang, satu titik permulaan bagi kehidupan yang lebih baik.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di depan rumah sewa yang bakal menjadi tempat perlindungan mereka. Nadhira dan Nayla turun dari kereta, menatap rumah sederhana itu dengan hati yang penuh harapan.

" Sya, cantik sangat rumah ni. Mana Abang Sayf jumpa ya?" Soal Nadhira hairan . Syaza tersenyum kecil.
" Sebenarnya ni rumah Abang Sayf." balasnya. Nadhira terkejut.
"Takkan kita nak tinggal dengan Abang Sayf?" Kau tak buat lawak kan?"
Syaza ketawa kecil melihat reaksi terkejut Nadhira. “Bukan, Nadhi! Maksud aku, rumah ni memang Abang Sayf punya, tapi dia tak tinggal sini. Dia sewakan untuk kita,” jelasnya sambil tersenyum.

Nadhira menghela nafas lega, namun masih terkejut. “Oh, ingatkan… Kalau tak, tak selesa pula aku nanti!” balasnya sambil tersenyum.

Syaza menepuk bahu Nadhira. “Abang Sayf pun faham, Nadhi. Dia tahu kau perlukan ruang sendiri. Itu yang dia tawarkan rumah ni. Tak ada orang lain pun tinggal sini, jadi kita bebas la nak buat apa saja.”

Nayla yang mendengar hanya tersenyum kecil. Dia merasa bersyukur kerana akhirnya memiliki tempat tinggal yang selesa, jauh dari masalah yang menghimpitnya sebelum ini.

" Rumah ni Abang Sayf beli. Impian nya nak duduk dengan isterinya nanti. Tapi tu lah. Sampai sekarang takde awek." Kata Syaza. Tangannya sibuk membuka mangga pintu grill.

"Habistu dia duduk mana Sya sekarang?" soal Nadhira ingin tahu.
"Hmmm dia duduk rumah papa dengan mama lah . Rumah ni dia singgah sekali sekala je." katanya.

Nadhira mengangguk faham sambil memandang sekeliling rumah yang sederhana tetapi kemas. “Wah, bagusnya Abang Sayf. Beli rumah siap-siap untuk masa depan,” katanya kagum.

"Aah, mungkin masa depan dia dengan kau Nadhi" usik Syaza. Spontan cubitan kecil singgah di lengan Syaza.
“Apa kau merepek ni, Sya!” Nadhira mencubit lengan Syaza sambil ketawa kecil, wajahnya memerah malu. “Jangan nak buat cerita karut kat sini!”

Syaza tergelak sambil menggosok lengannya yang dicubit. “Ala, aku cakap je! Mana tahu, kan. Kadang-kadang benda macam ni datang tanpa kita duga.”

Nadhira hanya menggeleng sambil tersenyum. “Aku datang sini nak cari ketenangan, bukan cari masalah hati. Fokus utama aku sekarang ialah nak jaga Nayla dan diri sendiri dulu.”

Syaza mengangguk, wajahnya berubah serius. “Aku tahu, Nadhi. Tapi kalau jodoh kau datang dalam bentuk abang aku, jangan risau. Aku akan jadi orang pertama yang restu!” katanya sambil mengedipkan mata, kembali dengan senyuman usikannya.

Nadhira hanya ketawa kecil sambil menarik tangan Syaza masuk lebih jauh ke dalam rumah. “Dah, jom kita susun barang. Banyak lagi kerja nak buat sebelum kita boleh berehat.”

Usai sahaja mengemas barang mereka. Syaza mengajak Nadhira dan Nayla untuk membeli sedikit barang dapur. Bukan di rumah abangnya tak ada barang dapur. Tapi tak cukup.

Nadhira tersenyum sambil mencapai begnya. “Okey, jomlah. Lagi cepat kita beli, lagi cepat kita boleh rehat. Esok kena mula rutin baru di tempat baru.”

Mereka bertiga pun keluar menuju ke kedai berdekatan, menikmati angin petang sambil merancang apa yang perlu dibeli. Bagi Nadhira, waktu ini terasa berharga—bersama sahabat dan adik tercinta, memulakan hidup baru yang diharapkan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Nadhira termenung sejenak di hadapan rak sayur-sayuran, memikirkan menu yang sesuai untuk memastikan Nayla mendapat zat yang mencukupi untuk diri dan bayi dalam kandungannya. Dia tahu Nayla semakin kurus, dan dia ingin menyediakan hidangan yang boleh membantu adiknya pulih dan mendapatkan kekuatan semula.

"Aku rasa kita boleh buat sup ayam dengan sayuran segar," katanya sambil memegang seikat bayam dan lobak merah. “Sup panas bagus untuk bantu badan pulih, dan sayuran ni kaya dengan zat besi dan vitamin.”

Syaza yang sedang memilih buah-buahan tersenyum sambil mencelah, “Setuju! Tambah juga telur rebus, Nadhi. Protein penting untuk bayi tu.”

Nadhira mengangguk sambil menambah beberapa bahan lain ke dalam troli. Dia bertekad untuk memberikan yang terbaik untuk Nayla, memastikan makanan yang berkhasiat ada di atas meja setiap hari. Sambil tersenyum, dia membayangkan betapa seronoknya mereka bertiga menikmati hidangan yang dimasaknya nanti, penuh dengan kasih sayang dan harapan baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience