BAB 2

Romance Series 135469

Daniel memang tidak pernah berniat untuk benar-benar melepaskan Nadhira. Baginya, menguasai adalah caranya mencintai, dan keinginannya untuk memiliki Nadhira kembali bukanlah kerana cinta, tetapi kerana egonya. Sifatnya yang manipulatif dan keras kepala membuatkan dia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan semula apa yang pernah menjadi miliknya, biarpun cara itu melukakan hati Nadhira.

Dengan dendam yang membara, Daniel merancang sesuatu yang dia pasti akan membuat Nadhira menyesal.

"Daniel, kita nak kemana?" soal Nadhira hairan. Kereta yang di pandu berlawan arah. Daniel tersenyum sinis, tetapi cuba menyembunyikannya daripada Nadhira. "Sabar, Nadhi. Aku cuma nak bawa kau ke tempat istimewa," katanya, memandang sekilas ke arah Nadhira yang nampak resah di tempat duduk sebelah. Kereta terus meluncur ke arah yang asing, jalan yang sunyi dan jauh dari kesibukan kota yang mereka kenali.

Nadhira semakin tidak tenang. Tiga tahun dia bersama lelaki ini, namun malam ini perasaannya bercampur aduk. Ada sesuatu yang aneh, sesuatu yang menakutkan di mata Daniel yang tak pernah dia lihat sebelumnya. "Daniel... tempat ni sunyi sangat, kita boleh balik aje, kan?" Dia cuba bersuara tenang, namun suaranya bergetar.

Daniel hanya membisu sejenak, seolah-olah kata-kata Nadhira tak penting baginya. "Kita akan sampai sekejap lagi. Tenanglah," jawabnya dingin. Nadhira menelan air liur, nalurinya terasa ingin lari jauh dari tempat ini, namun dia tak tahu apa yang menantinya.
Daniel mematikan enjin dan berpaling ke arah Nadhira, pandangannya penuh dengan intensi yang tak terucap. Keheningan kawasan itu hanya menambah ketegangan dalam udara. Nadhira merasakan dadanya semakin sesak, dan nalurinya kuat menyuruhnya keluar dari situ secepat mungkin.

"Daniel, kenapa kita berhenti kat sini? Aku tak suka tempat ni... Jomlah kita balik," desak Nadhira, cuba tersenyum, meskipun hatinya bergolak.

Namun, Daniel tidak mengendahkan permintaannya. Sebaliknya, dia mendekat, menatap Nadhira dengan pandangan yang sukar diterjemahkan antara kemarahan dan kekecewaan yang menakutkan. "Aku dah buat banyak untuk kau, Nadhira," bisiknya. "Dan kau... kau berani-beraninya nak tinggalkan aku?"

Nadhira cuba mengalihkan pandangannya, namun jarak di antara mereka membuatnya hampir tak bergerak. “Daniel, kau tak boleh paksa aku... Aku cuma nak balik,” ujarnya, cuba untuk tidak kelihatan gentar.

Ketika Daniel bergerak lebih dekat lagi, naluri Nadhira menjerit, dan tanpa berfikir panjang, dia segera membuka pintu kereta dan lari keluar.
Daniel langsung keluar dari keretanya, tidak membiarkan Nadhira terlepas begitu sahaja. Dengan langkah cepat dia mengejarnya, langkah langkahnya memecah kesunyian malam di tempat terpencil itu. Nadhira berlari sekuat tenaga, jantungnya berdetak kencang, namun langkah Daniel semakin mendekat, membuatkan hatinya diselimuti rasa takut yang amat sangat.

"Nadhira, berhenti! Kau jangan buat kerja bodoh." ancamnya. Nadhira tidak mempedulikannya, dia hanya ingin berlari sejauh mungkin. Daniel lelaki yang dia sangka akan menjadi pelindung rupanya syaitan. Dengan esakan tangisan ketakutan dia terus berlari.

Sayangnya, dalam keadaan panik, Nadhira tersandung pada akar pohon yang mencuat di tanah, membuatnya terjatuh ke hadapan. Nadhira cuba bangun tapi Daniel terlebih dahulu mendekat dan menggenggam lengannya "aku dah cakap jangan cuba lari dari aku" desisnya dingin, matanya penuh kemarahan.

Dia merobek paksa baju Nadhira, dan hampir terlihat separuh tubuh Nadhira. Dengan kekuatan yang tersisa, Nadhira berontak sekuat tenaga, menendang dan meronta, mencoba melepaskan diri dari cengkeraman Daniel yang semakin kasar. Dalam hati, dia berdoa agar seseorang datang menolong atau keajaiban terjadi untuk menyelamatkannya. Perasaan takut dan marah bercampur, menyulut keberaniannya untuk terus melawan.

"Aku benci kau, Daniel! Jangan sentuh aku!" teriaknya lantang, suaranya menggema dalam sunyi malam itu. Namun, keteguhan Nadhira tidak memudar. Dia merasakan sebuah kekuatan bangkit dari dalam dirinya, mendorongnya untuk terus melawan, untuk tak membiarkan pria itu menguasainya.

Dalam keputusasaan, Nadhira merasakan adrenalin mengalir dalam tubuhnya, memberinya keberanian yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Satu demi satu, dia mencoba segala cara untuk membebaskan diri. Tangannya menggenggam benda terdekat di dalam tasnya—kunci rumah. Dengan sekuat tenaga, dia menusukkan kunci itu ke tangan Daniel yang mencengkeramnya.

“Aaargh!” Daniel berteriak kesakitan, melepas cengkeramannya. Ini memberi Nadhira kesempatan untuk meloloskan diri. Tanpa berpikir panjang, dia segera berlari menjauh, napasnya memburu, kakinya bergerak tanpa henti, meskipun tubuhnya terasa lelah dan lemah.

Dengan nafas tersengal dan penuh keputusasaan, Nadhira melambaikan tangannya di tengah jalan, berharap salah satu kendaraan yang melintas akan berhenti. Matanya berkilat ketakutan, namun ia berusaha menampilkan keteguhan. Tak lama kemudian, sebuah mobil melambatkan lajunya dan berhenti di hadapannya.

Seorang pria, yang tampak kebingungan melihat keadaan Nadhira, menurunkan kaca jendela. “Cik, awak okay ke? Kenapa ni?”. Dia melihat gadis itu dengan baju sedikit terbuka.

Nadhira mengangguk lemah, masih gemetar, namun berusaha tegar. “Saya... saya perlu bantuan. Tolong, boleh hantarkan saya pergi dari sini?” suaranya serak, hampir berbisik.

Tanpa ragu, pria itu membuka pintu mobil. “Masuklah, cik. Saya hantar awak balik,” katanya dengan nada yang menenangkan. Nadhira segera masuk, menutup pintu di belakangnya. Di dalam mobil yang aman itu, barulah air matanya mengalir deras, melepaskan semua rasa takut dan luka yang ia tahan sepanjang malam.

Malam itu menjadi saksi keteguhan Nadhira dalam menghadapi mimpi buruknya. Di tengah ketakutan yang menyelimuti, ia berhasil selamat, meninggalkan Daniel yang terguncang oleh perlawanan tak terduga itu.

Daniel menghempaskan dirinya ke kerusi, fikiran dibawa kembali ke malam yang mengubah segalanya antara dia dan Nadhira. Malam yang penuh kegelapan dan dosa yang dia lakukan tanpa mengira perasaan atau kehormatan Nadhira. Di balik ketawa yang sinis, ada sesuatu yang menusuk hatinya—rasa bersalah yang entah kenapa tak mampu hilang sepenuhnya.

Dia teringat dengan jelas bagaimana Nadhira menjerit, wajahnya yang dipenuhi ketakutan, dan rontaannya yang tak henti-henti. Ingatan itu bagai duri yang sentiasa menyucuk, namun ego dan dendamnya lebih besar daripada penyesalan.

Bagi Daniel, peristiwa itu telah membakar segala jambatan antara mereka. Dia tahu Nadhira membencinya dengan sepenuh hati. Namun, dia tidak peduli. Hatinya dipenuhi niat jahat untuk terus mengekori dan memusnahkan ketenangan Nadhira, hanya kerana kebencian yang terlahir dari kelemahan dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience