Series
12737
BAB 26
RAMBUTNYA yang terjuntai di dahi disebak ke belakang sebelum langkah diatur mendekati pintu kafe itu. Bibirnya tersenyum lebar. Jantungnya sudah berdegup tidak berirama. Perlahan pintu kafe ditolak lalu kaki dibawa masuk ke dalam kafe itu. Meliar matanya mencari sesusuk tubuh yang memang sangat dirinduinya.
“Assalammualaikaum, Janna.” Salam diberi buat gadis yang sedang mengelap meja kaunter itu.
Seminit.
Dua minit.
Tiga minit.
Namun tiada tanda-tanda yang salamnya itu bakal dibalas oleh Janna. Dahinya sedikit berkerut kehairanan. Kamera DSLR miliknya diletakkan di atas meja kaunter.
“Assalammualaikum. Ada orang tak?”
Sepi.
“Tak jawab salam berdosa tau,” tambah Taufiq lagi.
Janna lepas nafas ringan. Kain di tangannya dilipat sebelum wajah diangkat memandang tepat ke wajah lelaki itu. “Waalaikumussalam.”
“Awak sihat? Lama jugakkan kita tak jumpa,” kata Taufiq membuka perbualan mereka.
“Lebih baik tak payah berjumpa langsung pun bagus jugak,” balas Janna dengan nada suara sinis. Kejadian semalam masih segar di mindanya. Kata-kata yang terlahir dari bibir gadis itu sangatlah mengguris hatinya.
Taufiq terpinga-pinga. Wajah Janna direnung. Tegang. Kenapa? Adakah gadis itu sedang berada dalam masalah?
“Macam nilah Taufiq. Boleh tak awak just move on? Jangan datang sini lagi. Saya tak sukalah,” ujar Janna sedikit tegas. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang olehnya.
“Janna, saya ikhlas sayang dan cintakan awak. Saya takkan berhenti mencintai awak. Saya yakin awak jodoh saya.”
Janna ketawa. Sinis.
“Enough. Semalam girlfriend awak dating sini hina-hina saya macam saya ni tak ada perasaan. Dia ingat saya ni apa? Anak patung? Suka-suka hati dia je menghina saya dan pekerja-pekerja saya!” marah Janna. Untung saja masih awal pagi. Masih tiada pelanggan yang dating ke kafe itu.
Taufiq tersentak seketika. Siapa yang sedang dimaksudkan oleh Janna? Girlfriend? Siapa ‘girlfriend’nya itu?
“Apa awak cakap ni, Janna? Siapa yang awak maksudkan? Saya tak ada girlfriend lah,” balas Taufiq.
PAP!
Meja kaunter itu menjadi mangsa tepukan tangan Janna. Tajam anak matanya merenung wajah lelaki yang berdiri di hadapannya kini. Deruan nafas yang semakin tidak teratur cuba dikawal.
“Lelaki semua sama. Depan cakap lain. Belakang buat lain! Memang semua lelaki tak boleh diharap. Macam awak ni lah. Mentang-mentang kaya, ada muka segala, suka-suka hati awak je nak mainkan perasaan perempuan, kan!” bidas Janna. Beberapa orang pekerjanya yang sedang menjadi penonton drama mereka berdua itu langsung tidak diendahkan.
“Janna, bawak bertenang. Kita berbincang okey? Siapa yang awak tengah maksudkan ni? Siapa namanya? Saya jujur ni. Saya tak pernah pun ada girlfriend.”
Janna diam.
“Janna…” panggil Taufiq penuh kelembutan.
“Dahlah Taufiq. Awak balik jelah. Jangan datang sini lagi. Saya bukan gadis yang awak cari. Awak dan saya dua dunia berbeza. Takkan mampu berdiri sama. Pergilah.” Perlahan saja nada suara Janna. Entah kenapa, hatinya turut sakit mendengar bicaranya sendiri. Bagaikan ada sebilah pisau yang turut menggores setangkai hatinya.
Taufiq terdiam seketika. Hanya anak matanya saja melekat pandang pada wajah Janna. Wajah itu tidak tersenyum. Lain yang diharap, lain pula yang diterima. Taufiq tunduk. Wajah diraup perlahan. Lambat-lambat dia kembali mendongakkan kepala. Bibirnya tersenyum tipis.
“Baiklah. Saya balik dulu. Tapi saya nak awak tahu, saya takkan pernah menyerah dalam mengejar cinta awak,” kata Taufiq sebelum membuka langkah keluar dari kafe itu.
Buat seketika, suasana dalam kafe itu sepi. Tiada langsung suara yang kedengaran. Qayyum memandang ke arah Qistina. Tanpa disuruh, Qistina terus saja mengatur langkah mendekati meja kaunter diikuti mereka bertiga.
“Janna…” panggil Qistina.
Janna mendongakkan kepala. Wajah pekerja-pekerjanya itu dipandang sebelum dia melorekkan senyuman manis namun hanya dia tahu kehambaran di sebalik senyuman itu.
“Janna okey ke?” tanya Qistina.
“Okey aje. Kenapa?”
“Dari sampai tadi kitorang semua tengok Janna tak happy macam selalu. Janna tak sihat ke? Atau… pasal semalam?”
Janna diam dulu. Bibir dikemam perlahan.
“Janna janganlah sedih. Kitorang akan selalu ada dengan Janna. Kita kan kawan?” ujar Syafiq lalu disambut anggukan dari Qistina, Qayyum dan Amira.
“Tak ada apa pun. Janna okey je. Jangan risau okey. Dah, sekarang sambung kerja. Kalau penat, jangan paksakan diri. Rest,” kata Janna. Memang dia amat menjaga setiap pekerjanya.
Mereka hanya menganggukkan kepala sebelum masing-masing bersurai menyambung tugasan yang tertangguh sebentar tadi.
Janna melemparkan pandangannya ke arah tingkap kaca yang memaparkan keadaan di luar kafe. Lama lensa matanya dipaku memandang Studio Achbar Taufiq yang terletak di seberang jalan sana. Nafas dihela ringan. Jauh di sudut hatinya, entah kenapa dia turut rasa serba salah. Apakah dia salah menuduh lelaki itu melulu?
KAMERA di tangannya diletakkan di atas meja. Cawan yang masih berisi kopi buatan Sufiyya langsung tidak disentuh dari tadi walaupun dia yang meminta gadis itu membancuhkan untuknya.
Taufiq termenung. Perasaannya bercampur menjadi satu. Otaknya ligat memikir siapa yang dimaksudkan Janna pagi tadi. Gadis mana yang telah datang menemui Janna?
Dari Jauh, Ainin terhendap-hendap memerhati. Khairul yang baru saja keluar dari tandas terus menepuk bahu gadis itu dari belakang.
“Oi nenek kau terbang!” latah Ainin.
PANG!
Khairul terkedu. Niat mahu menegur gadis itu namun penampar dulu singgah sebagai salam.
“Haa… Tulah kau. Rasakan. Cuba kalau nak tegur tu bagi salam. Tak sia-sia kau makan penampar aku ni. Sedap?” sindir Ainin. Lelaki itu dijeling sekilas. Langkah terus dibawa menuju ke meja kerjanya. Punggung dihenyak di kerusi. Langsung tiada rasa serba salah setelah melepaskan pelempang ke wajah Khairul itu
“Kau ni… Aku baru nak berbaik-baik dengan kau. Pelempang kau bagi aku?” sayu nada suara Khairul. Sakit oi! Merah pipi dibuatnya. Dia turut melabuhkan punggung di atas kerusi meja kerjanya. Wajah gadis disebelahnya itu dipandang.
“Siapa suruh kau main tepuk je bahu aku ni? Bahu aku ni mahal tau. Suka hati mak datuk kau je tepuk. Kan dah merasa,” balas Ainin bernada selamba.
Khairul mendengus perlahan. Belikat disandarkan ke belakang. “Dah kau terhendap-hendap dah macam pencuri tu dah kenapa?”
Ainin mengemaskan mejanya sebelum kerusi dipusing menghaap Khairul. Bibirnya muncung menunjukkan ke arah Taufiq yang masih hanyut dalam dunianya sendiri. Khairul memalingkan wajah ke arah yang ditunjukkan. Rasa perit di pipinya dibiar seketika.
“Kau tengoklah bos tu. Termenung. Jarang nak nampak bos kita tu termenung. Agaknya, apalah yang tengah difikirkan tu ya.”
Khairul angguk mengeyakan omongan Ainin. “Ada masalah lah tu.”
“Masalah apa?” soal Ainin.
“Ish! Manalah aku tahu. Yang kau sibuk-sibuk nak tahu ni dah kenapa?”
Ainin mencebikkan bibirnya. “Saja nak tahu.”
“Dah lah. Tak payah nak jaga tepi kain orang sangat. Sambung kerja. Banyak lagi tak siap ni kan,” ujar Khairul. Laptop di atas mejanya dinyalakan.
“Pipi kau tu… okey tak?” soal Ainin perlahan namun jelas.
Khairul toleh. Bagaikan tak percaya seorang Ainin Auliya akan bertanyakan soalan yang sebegitu setelah menamparnya sebentar tadi. “Sakit sikit lah. Kau ingat, kau lempang aku tu, lempang-lempang manja penuh kasih sayang ke?” perli Khairul seraya menjeling gadis itu.
Ainin tertawa halus.
“Ala… Sorry lah. Kan ‘ter’lempang tu. Bukannya sengaja. Nasib aku lempang je tau. Cuba kalau aku smack down? Tak pun flying kick. Tak ke lebih parah kau nanti?”
“Ceh… Dah lah kau.” Khairul mula menekan abjad-abjad di atas papan kekunci itu.
“Alahai… merajuk ke tu, hurm? Ala busuk-busuk kambing. Ala masam-masam tenuk.” Bahu lelaki itu dicubit-cubit perlahan namun Khairul langsung tidak menoleh ke arahnya.
KLING!
Bunyi daun pintu studio dibuka menarik perhatian Ainin dan Khairul. Dahi masing-masing berlapis tatkala terpandang sesusuk tubuh itu. Sangka mereka Husaini dan Sufiyya sudah pulang dari makan tengah hari di luar, namun, sangkaan mereka meleset sama sekali.
Azirah menjeling sekilas ke arah mereka berdua sebelum langkahnya dibawa mendekati Taufiq. Berdetak-detak bunyi kasut tumit tinggi miliknya itu.
“Taufiq…” Tanpa rasa segan silu, Azirah melingkarkan tangannya pada bahu Taufiq. Dagunya diletakkan di atas bahu lelaki itu. Bibir tersungging senyuman.
Taufiq yang leka dengan dunianya sendiri terus tersedar. Dirinya lekas-lekas bangkit dari duduk. Tubuh dipusing menghadap Azirah yang masih tersenyum.
“Azirah, what are you doing here?” soal Taufiq. Sempat anak matanya memandang ke arah dua orang pekerjanya itu. Walaupun mereka sedang melakukan tugasan, namun dia tahu mereka turut memasang telinga.
“I saja je datang. Takkanlah I datang nak jumpa dengan kawan sendiri tak boleh, kan?”
Taufiq merenung wajah gadis itu lama. Terdetik di dalam hatinya, adakah Azirah gadis yang dimaksudkan Janna? Tidak mahu tersalah sangka, fikirannya itu terus diusir jauh.
“Bukan tak boleh. Tapi saya tengah sibuk,” balas Taufiq, ringkas. Kamera DSLR di tangannya dibelek-belek.
“Sibuk-sibuk pun sempat lagi termenung ya?” sindir Azirah.
Taufiq hanya diam. Tidak membalas bicara gadis itu. Buat seketika, suasana menjadi hening.
“I datang nak ajak you lunch. I tahu you mesti belum lunch, kan?”
“Tak apalah. Saya busy ni. Lain kali je ya,” tolak Taufiq.
“Please, Taufiq. Lama kita tak jumpa. Takkan nak keluar makan sekejap pun tak boleh?” Perlahan nada suara Azirah. Wajahnya turut berubah muram.
Taufiq hela nafas perlahan. Kepala didongak memandang wajah Azirah. Lambat-lambat kepala dianggukkan sebagai jawapan. “Okay fine. Jom.”
Azirah koyak senyum. Rambutnya diselitkan ke belakang telinga. “Jom.”
“Ainin, Khai, jaga studio sampai Husaini dengan Sufiyya balik. Saya keluar makan kejap,” kata-katanya disambut anggukan dari Ainin dan Khairul. Tanpa melengahkan masa, Taufiq terus saja mengatur langkah keluar dari studio diikuti dengan Azirah.
“Kita nak makan kat mana?” soal Taufiq.
“Restoran Tomyam depan sana tu pun, okey jugak. Nak tak?”
Taufiq tidak membalas. Hanya kepala saja dianggukkan sebagai jawapan. Sebelum membuka langkah ke sana, sempat mata dipaku seketika pada kafe yang terletak seberang jalan sana. Dan-dan lah memori pagi tadi menyinggah kembali. Nafas dihela perlahan.
Satu per satu langkah dibuka diikuti Azirah. Beberapa kali tangannya dilarikan saat gadis itu cuba untuk memegangnya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Azirah duduk bertentangan dengannya. Usai melakukan pesanan, masing-masing lebih selesa mendiamkan diri. Taufiq kembali termenung jauh.
“So, Taufiq… Mesti you rindukan I, kan?”
Taufiq angkat kepala. Kening sebelah dijongket tinggi. “No.”
“You tak payah tipulah. I know. You miss me, hmm…”
Taufiq diam. Tangannya disilang ke dada. Ikutkan hati, mahu saja dia mengangkat kaki pergi dari sini. Namun ditahan niatnya itu. Pandangan dilemparkan ke luar restoran.
“Taufiq, bila you nak terima I jadi girlfriend you? I setia tau dengan you.” Biarlah orang mahu cup dia sebagai ‘perigi cari timba’ sekalipun. Yang penting, Taufiq dapat dimiliknya. Walau dengan apa cara sekalipun.
Taufiq gerakkan bebola matanya memandang ke arah Azirah. Lama matanya dipaku pada wajah itu sebelum dia akhrinya menggelengkan kepala beberapa kali. “Azirah, can you just move on? Cari hidup awak sendiri. Kita memang tak ditakdirkan bersama. Jodoh awak bukan dengan saya, dan jodoh saya jugak bukan dengan awak.”
Azirah geleng sekali. Wajahnya berubah sedikit tegang.
“You are mine, Taufiq. Hanya I yang boleh dapatkan you. Orang lain tak boleh,” balas Azirah bernada perlahan.
“Apa-apa lah, Azirah. Saya nak pergi tandas.” Taufiq bingkas bangun dari duduknya lalu melangkah menuju ke tandas.
Seorang pelayan wanita datang menatang dulang menu pesanan mereka. Makanan serta minuman itu diletakkan di atas meja. Azirah tersenyum penuh makna. Usai pelayan tadi pergi, kepala diteleng ke kiri dan ke kanan buat seketika. Setelah memastikan line cukup clear, tangan diseluk masuk ke dalam beg tangannya lalu sebungkus kecil serbuk putih dibawa keluar dan dituang ke air minuman Taufiq. Dikacau-kacau seketika sebelum ditolek ke depan. Belikat disandarkan ke belakang. Dia pasti cara ini dapat ‘mengikat’ Taufiq dengannya.
Beberapa minit berlalu, Taufiq kembali duduk di tempatnya. Menu di atas meja dipandang. “Kenapa tak makan dulu?”
Azirah menyedut sedikit air jus tembikai miliknya. Kepala digeleng sekali.
“I nak tunggu you. Jomlah kita makan.”
Taufiq menganggukkan kepalanya. Gelas berisi air teh ais itu ditarik mendekat. Penyedut minuman diputar-putar. Baru saja dia mahu menyedut minumannya itu, ada yang datang lalu menarik gelasnya. Taufiq panggung kepala. Begitu juga dengan Azirah.
“Kau jangan minum air tu, Taufiq.” Tegas nada suara Aiman. Renungan matanya juga tajam menikam wajah Azirah. Arianna di sisi Aiman hanya diam memerhati.
“Aiman, kenapa ni?” soal Taufiq kehairanan. Bertambah-tambah hairan bila melihat wajah tegang sahabatnya itu. Tidak pernah-pernah Aiman akan berwajah sebegitu melainkan ada sesuatu yang membuatnya marah.
“You dah kenapa hah, Aiman? Datang-datang tak bagi salam, terus nak kacau orang. Apa masalah you?” Tinggi nada suara Azirah. Marah. Dapat dia lihat plan yang sudah dirancangnya tadi terkambus begitu saja. Tatapan mata lelaki itu dibalas.
Aiman tersenyum senget.
“Aku takkan biarkan kau perangkap kawan aku, Azirah.”
Berkerut dahi Taufiq mendengar omongan Aiman itu. Azirah yang tadinya berani membalas tatapan Aiman terus mengalihkan bebola matanya. Wajahnya juga berubah sedikit pucat namun dikawal sebaik yang mungkin.
“Perangkap? Perangkap apa?” tanya Taufiq. Arianna di sisi Aiman dipandang. Meminta penjelasan dai gadis itu namun Arianna hanya diam.
“Entah. Datang-datang nak memfitnah I dah kenapa, huh?” balas Azirah berani tak berani.
Aiman tertawa sinis. Pandangan mata orang lain langsung tidak dihiraukannya. Nak viral? Silakan. Yang penting dia tak nak kawan baiknya diperangkap oleh perempuan seperti Azirah itu.
“Oh… Kau tak nak bagitahu? Okey… tak apa. Biar aku yang bagitahu. Macam ni Taufiq, masa kau pergi tandas tadi, aku dengan Anne tak sengaja ternampak dia ni tengah masukkan satu serbuk warna putih dalam minuman kau. Dan aku pasti, lagikan yakin yang serbuk tu akan membuatkan kau khayal dan tak sedarkan diri. Intihannya, kau sebenarnya nak diperangkap oleh perempuan ni,” jelas Aiman. Satu per satu perkataannya ditekan.
Taufiq tergamam. Wajah Azirah yang pucat itu dipandang. Sungguh dia tidak menyangka sampai begitu sekali gadis itu cuba mahu mendapatkannya. “Apa awak buat ni, Azirah? Awak cuba untuk perangkap saya?”
Azirah diam seketika.
“Sebab I cintakan you. Sebab cinta I pada you lah, I buat semua ni. Demi kebahagiaan kita bersama, Taufiq,” ujar Azirah menatap sayu ke wajah Taufiq itu.
Taufiq menggeleng kesal. Punggung diangkat. “Saya menyesal keluar dengan awak ni. Nasib ada Aiman. Cuba kalau tak ada tadi? Entah-entah awak orang yang pergi serang Janna kat kafe tu, kan? Kalau ya, saya bagi amaran kat awak supaya jangan ganggu dia lagi.”
Taufiq terus mengatur langkah pergi tanpa berpaling kembali. Mendidih hatinya. Aiman menjeling Azirah sebelum tangan kekasihnya ditarik mengikuti langkah Taufiq. Arianna akur saja tanpa membantah.
“Taufiq, kau okey?” soal Aiman.
Taufiq menghentikan langkahnya. Wajah diraup beberapa kali. Rambutnya disingkapkan ke belakang. “Okey. Terima kasih tau. Aku tak sangka Azirah sampai macam tu sekali. Sanggup dia nak perangkap aku semata-mata nak aku kahwin dengan dia. Ya Allah…”
“Sama-sama. Nasib baik aku dengan Anne terdetik nak makan kat restoran tu. Rupanya ada hikmah. Lepas ni, kau kena lebih hati-hati. Aku tak rasa dia akan berhenti macam tu je. Mesti dia akan rancang plan baru,” kata Aiman.
Taufiq menganggukkan kepalanya.
“Jomlah kita pergi makan sama-sama. Dah alang-alang jumpa ni kan. Aku belanja. Kau call lah si Pian. Kalau dia free, ajak dia sekali.”
Aiman tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.
“Beres!”
Hai semua! Fitri menyusun sepuluh jari memohon maaf sangat-sangat sebab lewat update. Fitri tak sempat nak menaip. Pada yang masih menunggu, Fitri sayang korang tau. Terima kasih sangat! Fitri pun nak ucapkan selamat berpuasa bagi semua yang beragama Islam. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT. Terima kasih dan maaf sekali lagi. Jangan lupa sahur esok! Hahaha~
Share this novel