Series
12737
Dua minggu kemudian….
RIUH suara kanak-kanak di Rumah Cahaya Kaseh itu membuatkan Janna tersenyum segaris. Cepat masa berlalu. Sedar tidak sedar, sudah dua minggu kejadian hitam itu berlalu. Sejak itu, dia mula menginap di sini.
Perlahan-lahan kepala ditunduk memandang pergelangan tangannya. Tanpa sedar, air mata kembali mengalir. Gelang di tangannya diusap lembut sebelum loket dibuka perlahan. Gambarnya yang sedang memeluk Nuri itu dipandang lama.
“Nuri… aku rindu kau. Rindunya aku nak bergurau dengan kau…” Sayu saja nada suara Janna ketika itu. Dada kembali dihurung rasa sebak.
“Mama…”
Janna lekas-lekas menyeka air matanya lalu kepala ditoleh. Bibirnya melengkung senyuman kecil buat Elisya.
“Ya, sayang…”
“Mama nangis ke?” soal Elisya. Dia melabuhkan punggung di sisi Janna. Tangan Janna ditarik lalu kekura tangan Janna diusap lembut.
“Tak ada lah. Mama okey je,” balas Janna sambil mengusap rambut si kecil itu. Sejak dia tinggal di situ, Elisya lah yang paling rapat dengannya berbanding yang lain. Kalau boleh, tidak mahu berenggang langsung. Ke mana Janna pergi, Elisya tetap mahu mengekori.
“Mama jangan sedih-sedih tau. Eli kan ada? Eli teman mama,” pujuk si kecil itu. Tubuh Janna dipeluk erat.
Janna tersenyum. Pelukan Elisya dibalas. Dahi si kecil itu dikucup beberapa kali. “Ya, sayang. Mama tak sedih dah.”
Elisya ukir senyuman manis. Dia lantas bangun dari duduknya. Tangan Janna ditarik untuk bangun sekali.
“Jom, mama. Papa dengan ayah dah tunggu!”
Berkerut nipis dahi Janna. “Papa? Ayah?”
Elisya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Janna hanya akur mengikut langkah Elisya yang sedang berjalan ke ruang tamu rumah itu. Dari jauh dia sudah dengar sayup-sayup suara yang memang tidak asing di telinganya. Semakin lebar senyuman Janna.
“Haaa, sini Janna,” panggil Puan Khadijah seraya tersenyum. Sofa di sebelahnya ditepuk beberapa kali.
Janna melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Khadijah. Elisya pula diangkat untuk duduk di pangkuannya.
“Oh… inilah dia papa dan ayah tu, ya? Sejak bila panggil papa dengan ayah ni?” soal Janna, memandang seketika wajah Elisya sebelum iris matanya beralih memandang wajah Taufiq dan Aidan yang sudah tersengih-sengih.
“Sejak tadi, mama,” balas Elisya.
Puan Khadijah tersenyum. “Kau orang boraklah dulu, ya. Umi nak ke dapur sekejap.”
“Tokmi, nak ikut! Jangan tinggal Eli!” Laju Elisya turun dari pangkuan Janna dan berlari mendekati Puan Khadijah. Tangan tokminya itu digenggam. Sempat dia melambaikan tangannya pada Janna dan yang lain sebelum membuka langkah meninggalkan ruangan itu.
Janna ukir senyuman.
“Kau sihat?” soal Aidan, tersenyum. Melihatkan wajah gadis itu yang tidak seperti seminggu yang lalu membuatkan dia lega. Wajah itu sudah kembali dihiasi dengan senyuman.
“Okey je, alhamdulillah. Esok kembali kerja. Kesian pula kat yang lain sebab kena uruskan semuanya.”
“Kafe kau tu baik-baik je. Encik photographer kita ni tolong tengok-tengokkan kafe bakal isteri dia tu,” jawab Aidan sambil menepuk-nepuk bahu Taufiq di sebelahnya. Sempat lagi mengusik.
Taufiq lepas ketawa kecil lalu kepala digelengkan beberapa kali. Hubungannya dengan Aidan juga sudah semakin rapat. Malah sahabat-sahabatnya yang lain juga menyenangi kehadiran Aidan itu.
Janna turut ketawa bersama.
“Saya senang tengok awak macam ni, Janna,” kata Taufiq. Gembira hatinya melihat Janna sudah boleh ketawa dan tersenyum seperti selalu.
Janna jatuhkan kepalanya sekali. “Saya kena reda. Walaupun sukar, saya yakin, Allah sebaik-baiknya perancang.”
Aidan dan Taufiq serentak menganggukkan kepala mereka. Tiba-tiba telefon Aidan berdering. Segera Aidan mengambil telefonnya dari atas meja kopi.
“Kau orang berboraklah dulu.” Aidan terus bangun dan mengatur langkah untuk menjawab panggilan itu.
Taufiq tersenyum memandang ke arah Janna. “Macam mana duduk sini? Okey?”
“Okey. Budak-budak kat sini pun baik-baik je.”
Taufiq jatuhkan kepalanya sekali.
“Saya minta maaf,” ujar Janna dengan pic suara yang perlahan. Kepalanya sedikit tertunduk memandang tangannya.
“Kenapa?”
“Sebab terpaksa tunda majlis perkahwinan kita…” jawab Janna. Dia terpaksa meminta Taufiq untuk menundakan majlis mereka dari tarikh asal. Nasib baik Taufiq jenis yang memahami. Langsung tidak mendesak malah memberi sebanyak masa yang dia perlukan.
Taufiq lorek senyum. “Tak apa lah. Tak akan saya nak paksa awak kahwin dengan saya dalam situasi awak masih sedih, kan? Saya tak kisah pun. Don't worry. Ambillah sebanyak mana masa yang awak nak. Mama dengan papa saya pun tak kisah. Semua faham situasi awak.”
“Terima kasih, Taufiq.” Janna tersenyum.
“Sama-sama, sayang. Saya sayangkan awak.”
“Saya pun sayang awak,” balas Janna. Pipinya mula panas dek malu.
“Amboi… bersayang-sayang. Jeles yang single ni haaa…” celah Aidan sambil menjuihkan bibirnya.
Taufiq dan Janna serentak melepaskan tawa.
“Carilah kekasih. Tak ada lah jeles-jeles lagi…” usik Taufiq, tersengih.
“Nanti-nantilah. Ni, aku nak balik dulu. Sepupu aku nak datang rumah petang ni,” kata Aidan sekali gus mahu lari dari topik itu.
Taufiq hanya menganggukkan kepalanya sekali.
“Janna, aku balik dulu. Jaga diri kau. Teruskan tersenyum. Jangan sedih-sedih lagi.”
“Baiklah, Aidan. Hati-hati memandu.” Tangannya naik melambai Aidan. Setelah susuk tubuh lelaki itu lenyap dari pandangan mata, bebola matanya beralih semula memandang ke arah Taufiq. Lama anak mata mereka saling bertaut.
“Mama, papa!”
Terkejut mereka berdua apabila disergah dengan satu suara yang entah dari mana datangnya. Itulah. Asyik sangat merenung!
“Mama… papa… tokmi panggil. Tokmi nak buat kek!” kata Elisya. Tangan Janna ditarik-tarik untuk bangun.
Janna ketawa kecil. “Ya. Ya. Jom. Taufiq, jom.”
Taufiq tersengih sebelum kepala diangguk beberapa kali. Dia bingkas bangun lalu mengikuti langkah Janna dan Elisya ke ruang dapur.
“NOPE.”
“Alaa… please!” Terkelip-kelip anak mata Saffa memandang abang saudaranya itu. Memang itu pun tujuannya ke sini. Untuk mengheret abang saudaranya itu ke pertandingan menari yang akan dianjurkan malam nanti sementelah ibu dan ayahnya tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa pergi ke majlis makan malam di rumah sahabat mereka.
“Saffa, seriously? Kau nak abang pergi situ? Dancer? Kau tahu kan, abang tak minat semua tu?” soal Aidan, bercekak pinggang. Tergeleng kepalanya memandang Saffa. Memang sedari kecil lagi dia dan Saffa rapat. Seperti adik-beradik kandung. Cuma sekarang kesuntukan masa dek kerja membuatkan mereka jarang bertemu.
“Bolehlah, abang. Tak ada siapa pun keluarga Saffa yang datang nanti. Sedihlah macam ni…. Saffa dapat masuk finale tau…”
Aidan hela nafas ringan. Tu dia… ayat sedih sudah keluar. Lemah betul dia bila Saffa buat ayat begitu. Ditambah dengan suara Saffa yang betul-betul seperti sedang bersedih.
“Pukul berapa?” soal Aidan. Akhirnya akur dengan kehendak gadis itu. Kalau tidak, mahu menangis. Satu hal lagi nak kena pujuk. Saffa ni bukan jenis mudah untuk dipujuk.
Bersinar-sinar mata Saffa ketika itu. Gembira!
“9 malam mula. Abang datang tau. Saffa datang awal kat sana. Jam 5 petang nanti.”
Aidan mengerling seketika jam tangan yang melingkari pergelangan tangan kirinya. Masih berbaki enam jam lagi. Kepala dianggukkan sekali.
“Okey. Abang datang,” balas Aidan sambil tersenyum.
“Aaaaa! Thank you, abang! Sayang abang! See you tonight, okay. Bye!” Saffa melambaikan tangannya sebelum sepasang kasutnya disarungkan kembali ke kakinya.
Aidan hanya tersenyum. Lensa matanya menghantar susuk tubuh Saffa sehingga hilang dari pandangan matanya.
“Tuan Aidan…”
“Ya, bik?” soal Aidan. Senyuman diukir buat pembantu rumah merangkap pengasuhnya sejak kecil lagi.
“Tuan nak makan ke?” soal Bibik Mun sambil mengukir senyum.
Aidan menggelengkan kepalanya. “Tak payahlah, bik. Saya nak pergi pejabat kejap. Malam pun bibik tak payah masak. Kalau bibik nak masak, masak untuk bibik je. Tak pun, oder je mudah. Saya balik lewat malam nanti. Teman Saffa.”
Bibik Mun hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
AIDAN meliarkan pandangan matanya. Sesak suasana di situ dengan para pengunjung yang datang untuk memberi sokongan pada kumpulan yang diminati. Dia mengukirkan senyuman kecil.
“Abang! Yeay! Sampai pun!” Saffa meluru ke arah Aidan. Lama dia menanti lelaki itu. Risau kalau-kalau abang saudaranya itu mengubah keputusan di saat akhir.
Aidan senyum. Kepala Saffa yang terlilit selendang berwarna putih itu diusap perlahan. Dia memang tahu yang Saffa sedari kecil minat menari. Bermacam-macam kelas Saffa ikut tanpa rasa jemu. Puas ibu dan ayah gadis itu melarang, namun Saffa sedikit pun tidak mahu mengalah. Akhirnya, ibu dan ayahnya hanya akur dengan minat anak mereka.
“Sorry, abang lambat sikit.”
Saffa hanya angguk. Lengan Aidan ditarik ke satu kerusi untuk duduk. “Abang duduk sini tau. Tunggu sampai kumpulan Saffa habis menari. Abang jangan balik pulak!”
Aidan lepas tawa kecil. “Ya, ya. Tak lari. Pergilah. Buat yang terbaik, okey.”
Saffa angguk. Senyuman lebar meniti di bibirnya yang merah delima. Dia melambaikan tangannya sebelum berlari ke belakang pentas mendapatkan ahli kumpulannya yang lain.
Aidan menyandarkan belikatnya. Matanya terarah ke atas pentas. Acara sudah bermula. Kumpulan pertama mula menunjukkan aksi tarian yang sudah dilatih selama dua minggu.
Saat berganti minit, minit berganti jam. Kini tibalah kumpulan terakhir akan mempersembahkan tarian. Aidan duduk tegak. Tiba-tiba rasa tidak sabar.
“Dipersembahkan, Kumpulan Cassiopeia!” suara pengacara majlis bergema diikuti dengan suara tepukan tangan dari para penonton.
Aidan tersenyum menyaksikan Saffa serta ahli kumpulannya yang cekap menari mengikut rentak. Tidak lupa juga dia untuk membuat rakaman video menggunakan telefon pintarnya. Setelah persembahan tamat, satu dewan itu memberikan tepukan gemuruh. Ada yang bersorak-sorak.
Aidan
Well done, dear! I'm very proud of you.
Saffa
Hahaha. Thank you, abang. Alhamdulillah. Abang… nak air. Hauslah. Belikan air kat mesin, please? Lepas tu hantar kat belakang pentas, okey. Saffa tunggu!
Aidan geleng kepala. Untung sayang. Dia segera bangun keluar dari dewan itu menuju ke mesin air. Sebotol air milo kegemaran Saffa dibeli. Setelah mengambil air dari tempatnya, tubuh terus dipusing ke belakang.
Buk!
“Auch!”
“Sorry. Are you okay?” soal Aidan. Terkejut bila tiba-tiba saja tubuhnya bertembung dengan gadis yang berada di belakang. Silapnya juga kerana tidak lebih berhati-hati.
“Ya, ya. I okey.”
Aidan imbas pakaian di tubuh gadis itu. Sama seperti baju yang dikenakan Saffa tadi. “Kumpulan Cassiopeia, ya?”
Nadia mendongakkan wajahnya. Memandang tepat ke dalam anak mata Aidan. Masing-masing terkaku seketika bagaikan dunia seolah-olah berhenti berputar.
“Adui, bang! Lamanya beli air. Berjanggut Saffa tunggu.”
Aidan dan Nadia terkejut. Segera mereka melarikan anak mata masing-masing. Saffa sudah berada di sisi Aidan.
“Ya, ya. Maaf,” jawab Aidan.
“Kak, beli air ke buat mesin air? Haus ni…” Mia, adik kepada Nadia pula mencelah. Cemberut wajahnya mendekati si kakak.
Nadia terpinga - pinga seketika. “Haaa, ya. Akak baru nak belilah ni. Tak reti menyabar.”
Mia cebik kecil. “Eh, Saffa… siapa ni?”
Saffa tersenyum. “Ni abang sepupu aku. Nama dia, Aidan Zarith. Abang, ni Kak Nadia. Ni pula, Mia. Kawan Saffa tu. Dia adik Kak Nadia.”
Aidan ukir senyuman. Kepala dijatuhkan sekali. “I see. Salam kenal.”
“Salam kenal. Handsome jugak, eh.” Puji Mia lalu tertawa. Si kakak di sebelah sudah menggelengkan kepalanya. Adik, adik. Jangan malukan kakak awak di sebelah ini sudah.
Aidan dan Saffa turut ketawa kecil.
“Yang you tu, dah kenapa diam je?” soal Aidan. Tertarik dengan gadis bernama Nadia itu.
Serta-merta Nadia angkat muka. Lagi sekali anak mata mereka saling bertembung pandang. Bagaikan ada elektrik halus yang bersambung.
“Ehem, kak. Abang handsome tanya tu…” tegur Mia, tersengih.
Nadia tersedar. Darah menyerbu muka. Malu. “Tak. Tengah fikir nak beli air apa. Kau nak air apa, Mia?”
“Tak kisah.”
Nadia angguk saja. Dia mula mendekati mesin air di belakang Aidan itu.
“Biar I belanja. Tanda perkenalan kita,” kata Aidan.
Nadia dongak. Jantung berdegup laju melihat senyuman lelaki itu. Haa, sudah. Apa kena dengan dia ketika ini?
“Kak! Abang handsome tanya tu nak air apa.” Lagi sekali suara Mia kedengaran. Saffa sudah menggelengkan kepalanya. Mia ni memang.
“Haish… air jus oren tu. Dua botol,” jawab Nadia.
Aidan angguk. Duit kertas dimasukkan lalu punat air ditekan. Tak sampai beberapa minit kedengaran botol air bergolek jatuh. Aidan menundukkan tubuhnya lalu dua botol air itu diambil kemudiannya dihulurkan pada Nadia.
“Nah.”
“Terima kasih.” Lambat-lampat botol tersebut bertukar tangan. Anak mata tidak lagi lepas memandang wajah Aidan itu.
“Jangan tenung sangat. Jatuh cinta nanti.” Usik Aidan seraya mengenyitkan matanya.
Terkebil-kebil Nadia seketika. Terus tubuh dipusing ke belakang. “Mia na….”
Krik.
Krik.
Krik.
Susuk tubuh Saffa dan Mia tidak lagi berada di situ. Nadia ternganga kecil. Biar betik? Hantu ke yang datang menegur mereka tadi? Zup zap zup zap, hilang! Dahsyat!
“Dia orang berdua dah masuk.”
Nadia angguk kecil. Dasar adik. Tunggu je dia akan cubit-cubit adiknya itu setibanya di rumah nanti.
“Nama penuh you apa?” soal Aidan.
“Ana Nadia. You panggil je I, Nadia.”
Aidan angguk. “Kalau I panggil dengan nama lain?”
“Nama apa?” tanya Nadia. Berkerut dahi.
“Sayang, boleh?” Aidan lepas tawa kecil apabila melihat wajah Nadia yang jelas terkedu. Jangan gadis itu sudah berpunya sudah. Lagi haru bila gadis ini adalah isteri orang.
“Ish. Ada-ada jelah you ni. I nak masuk.”
“I pun nak ikut you. Nak bagi air Saffa ni.” Lekas-lekas Aidan mengekori langkah Nadia. Akan dia korek lebih dalam tentang gadis itu daripada Saffa nanti. Hatinya seolah-olah berkenan pula pada gadis bernama Ana Nadia itu.
Happy reading awak semua! Lagi beberapa chap je tau nak tamat! Mari bersorak keriangan!
Share this novel