Series
12737
MAJALAH di tangannya dipegang dengan kemas. Rambut yang terjuntai di dahi disingkapkan ke belakang. Dada yang sedari tadi berdebar-debar ditepuk beberapa kali. Nafas dihela perlahan.
“Calm down Taufiq. You can do it.” Kata semangat itu ditiup buat dirinya sendiri. Dengan perlahan pintu kafe itu ditolak olehnya dari luar. Meliar matanya sejenak mencari kelibat gadis yang dirindui itu.
Bila saja matanya menangkap kelibat Janna yang berdiri di kaunter, terus saja langkah dihayun laju mendekati meja kaunter itu.
“Ya encik… Nak order apa?” soal gadis itu tanpa mendongakkan wajah dari terus menatap skrin kaunter mesin itu. Jari-jemarinya ligat menekan beberapa digit nombor yang tertera di papan kekunci itu.
Taufiq tersenyum sekilas sebelum kedua-dua belah tangan diletakkan di atas meja kaunter itu. Tunak matanya merenung wajah ayu milik si dia.
Gadis itu terlihat sungguh ayu dengan pakaian uniform kerja berlogo D'love Kafe dan tudung bawal berwarna dusty pink. Tangannya naik menongkat dagu sendiri.
“Nak order awak,” usiknya.
Janna terkejut. Hilang segala tumpuannya di kaca skrin itu. Laju bebola matanya naik memandang tepat ke wajah Taufiq. Tertelan-telan liurnya ketika itu.
Taufiq melepaskan tawa kecil apabila melihat sikap Janna yang terus kaku bagaikan patung merenung dirinya.
“Saya nak tunjuk sesuatu. Boleh? Busy ke?”
Pertanyaan dari lelaki itu menarik dia kembali ke alam realiti. Tanpa suara, kepala dianggukkan tanda setuju.
“Qis, take over.” Arahnya kepada pekerjanya itu.
Qistina yang berdiri tidak jauh dari situ menganggukkan kepalanya. Laju dia mengambil alih tugas Janna sebentar tadi.
Taufiq melangkah ke arah meja yang selalu menjadi ‘port’ lepaknya bila berkunjung ke kafe ini. Kerusi ditarik sebelum punggung dihenyakkan. Majalah yang dibawanya tadi diletakkan di atas muka meja itu.
“Duduklah,” pelawanya bila dilihat gadis itu hanya tercegat di tepi meja.
“Huh? Erm… Baiklah…” perlahan kerusi yang terletak bertentangan dengan Taufiq ditarik.
“Encik nak tunjuk apa?” soalnya sebaik saja punggung mencecah ke kerusi. Dia tidak mahu berlama-lama dengan lelaki itu.
Taufiq ukirkan senyuman manisnya sebelum majalah tadi ditolak ke arah Janna. Berkerut dahi Janna melihat majalah yang ditolak kepadanya itu.
“Cubalah selak.”
Tangannya mencapai majalah tersebut. Satu demi satu helaian majalah itu diselak lalu diteliti. Sampai saja di muka surat tengah majalah itu, mulutnya terlopong bila gambar kafenya terpampang jelas di situ. Lensa matanya naik memandang wajah Taufiq. Lelaki itu tersenyum meleret memandangnya.
“Wah… Betul ke saya tak perlu bayar?” soal Janna seolah tidak percaya.
Yelah. Dalam dunia ni kan tiada apa yang percuma? Semua kena ada duit barulah kerja berjalan dengan lancarnya.
Taufiq menggelengkan kepalanya perlahan.
“Saya ikhlas,” balas Taufiq. Matanya tak lepas dari menatap wajah jelita milik gadis itu. Renung 1000 tahun pun rasanya tidak akan cukup kut!
“Terima kasih,” ucap Janna bersama senyuman manisnya.
Taufiq tersenyum lebar.
Senyuman manis gadis itu! Akan membuat dia lebih angau! Dia pasti!
“Erm… Ada apa-apa lagi tak? Saya nak kena sambung buat kerja.”
Taufiq diam. Matanya masih galak merenung wajah itu. Wajah yang dah tersemat kukuh di dalam lubuk hatinya.
“Erk… Encik… Encik!” telapak tangan digoyang-goyangkan ke kiri dan ke kanan.
Taufiq tersedar dari lamunannya. Pantas dia membetulkan sedikit posisi duduknya. “Ya saya,” balasnya.
“Ada apa-apa lagi tak? Saya banyak kerja lagi ni.” Nada suara Janna mulai berbaur sebal. Senyuman lelaki itu bagaikan toksik beracun baginya.
Sebaik saja gelengan dari lelaki itu diterima, dia lantas bangun dari duduknya. Setelah ucapan terima kasih dia ucapkam, terus saja langkah di buka berura-ura mahu meninggalkan meja itu.
“Eh awak…”
Lengannya ditarik membuatkan dia membatalkan niatnya mahu kembali ke kaunter. Buat beberapa detik, anak mata mereka saling beradu pandang. Bibir masing-masing terkunci tanpa ada sebutir bicara pun yang terlahir.
“Awak belum kahwin lagi kan… Tunang? Boyfriend? Ada?”
Bagaikan orang yang dipukau, Janna menggelengkan kepalanya tanpa membalas dengan bicara. Tiba-tiba lelaki itu tersenyum. Terkelip-kelip matanya merenung setiap inci wajah tampan milik Taufiq.
“Okay… Terima kasih ya,” ucap Taufiq lalu pegangannya pada pergelangan tangan gadis itu dileraikan. Dia kembali duduk di kerusinya.
“Saya nak menu macam biasa ya.”
Janna mengganggukkan kepalanya. Terus langkah dibuka menuju ke dapur. Sebaik saja dia menjejakkan kaki di dapur, dia termenung sendirian.
“Apa aku ni…” kedua-dua belah pipinya ditepuk perlahan.
“Wake up Janna… Wake up.”
“Back to work and keep focus.”
RAMBUT yang terjuntai di dahi disebak ke belakang. Seketika, penampilannya dibetulkan melalui pantulan cermin tingkap keretanya. Setelah pasti pintu kereta telah selamat terkunci, langkah dibawa masuk ke dalam restoran tempat biasa dijadikan port lepak dia serta kawan kawannya yang lain.
Sebaik saja kaki menjejak masuk, anak mata terus menangkap kelibat 2 orang rakannya itu bersama dengan pasangan masing-masing. Cepat-cepat langkah di atur mendekati meja itu.
“Yooo… Sampai pun… Ingatkan tahun depan baru nak muncul,” perli Aiman bila mereka sudah hampir 30 minit menunggu kehadiran lelaki itu. Raysha dan Arianna yang sedari tadi rancak berborak-borak terus mendongak. Senyuman manis diukir buat kawan kepada kekasih mereka itu. Taufiq membalasnya dengan senyuman manis.
“Fuh… Sampai-sampai je terus kena perli ek?”
Serentak mereka sama-sama tertawa. Taufiq mengambil tempat ditengah-tengah meja. Belikat di sandarkan ke belakang lalu tangan dibawa bersilang ke dada.
“Dah order ke?” soal Taufiq.
“Kitorang order macam biasalah. Kau okey?” jawapan Sufian itu disambut dengan anggukan darinya.
“So, Anne dengan Sha. Aku dengar korang baru-baru ni pergi luar negara. Makin maju ek korang.”
Arianna dan Raysha saling berpandangan lalu kedua-duanya mengukirkan sengihan.
“Aku ada MV yang kena buat kat sana. And soon, insya-Allah, aku akan kolab dengan producer kat sana,” ujar Arianna bersama senyuman manisnya. Aiman yang tidak tahu apa-apa, terkejut. Laju kepalanya menoleh memandang wajah kekasihnya di sisi.
“Baby… Are you serious? Is this the ‘surprise’?” soalnya. Arianna tertawa kecil lalu kepala diangguk beberapa kali.
“Wah! Nice. Tahniah Anne,” ucap Taufiq diikuti dengan yang lain.
Arianna membalasnya dengan ucapan terima kasih dan senyuman manis.
“Aku pulak dah dapat tempah nama kat New York. Insya-Allah ada beberapa projek dengan fesyen designer kat sana yang akan release dalam 5 bulan lagi,” Raysha tersenyum. Sufian turut tersenyum sama. Baginya, kebahagian Raysha adalah kebahagian dirinya juga.
“Wah… Tahniah semua. Aku doakan yang terbaik untuk korang. Semoga rezeki korang makin lancar, and dipermudahkan urusan kahwin nanti.” Taufiq tertawa dihujung ayat disusuli dengan tawa dari yang lain.
“Aamiin… Semoga je mulut kau tu masin,” kata Sufian.
Selang beberapa minit kemudian, minuman yang dipesan akhirnya tiba. Mereka mulai menikmati minuman masing-masing sambil berborak dan mengemukakan beberapa topik.
Taufiq merenung kedua-dua pasangan itu silih ganti. Hailah… Dia sudah tak ubah bagai tunggul kayu di antara mereka berempat. Masing-masing sibuk berborak dengan kekasih sendiri macam dah 4 tahun aja tidak berjumpa.
“Korang ajak aku lepak ni semata-mata nak biar aku jadi tunggul ke apa?” soal Taufiq bernada sedikit sebal. Yelah! Taulah dia belum ada pasangan. At least, janganlah buat dia macam pengganggu ‘date’ orang.
Serentak mereka mengunci mulut dari terus berborak. Buat beberapa detik, suasana hening menyelubungi meja itu sebelum dipecahkan dengan tawa Aiman.
“Guys… Someone is getting jelouse!”
“Tulah kau… Ada muka tapi tak nak couple. Heh, muka mix Korean okey. Bukan calang-calang,” balas Sufian pula diiringi dengan tawa.
“Yelah Taufiq. Kau tu petik jari je sejuta yang beratur tau.” Arianna tertawa.
Taufiq mencebikkan bibirnya. Satu per satu wajah di situ direnungnya.
“Korang tunggulah nanti. Cepat atau lambat, aku pasti and yakin, aku akan berada kat tempat korang sekarang ni.” Omongan Taufiq mendapat kerutan di dahi Aiman dan Sufian. Mereka saling berpandangan sebelum kedua-duanya menayang sengih.
“Okey… We will see… Sejauh mana kebenaran kata-kata kau tu.”
Share this novel