BAB 19 MC

Romance Series 12737

TAUFIQ menolak daun pintu kafe itu. Rambutnya yang terjuntai di dahi disebak ke belakang. Segera langkah diatur menghampiri kaunter kafe itu. Senyuman manis terlukis di dua ulas bibirnya.

“Assalammualaikum, Janna,” sapanya.

Janna yang sedang leka menekan-nekan beberapa digit angka di mesin kaunter itu segera mendongakkan wajah. Seketika, anak mereka saling bertaut rapat.

“Waalaikumussalam…,” balas Janna bernada perlahan.

“Awak nak apa datang sini?” soalnya lalu bebola mata dialih memandang ke arah lain.

“Kalau saya nak awak?”

Janna menghela nafas berat. Anak matanya kembali naik merenung wajah itu. “Awak ni memang tak faham bahasa ke? Saya kata tak nak kan. Sudah lah tu,” katanya bersama tona suara yang mulai bengang.

“Saya faham. Tapi saya tetap nak awak,” balas Taufiq masih dengan pendiriannya untuk memikat hati gadis yang menjadi pujaan hatinya itu.

“Taufiq, please lah. You can get someone better than me. Why should be me?”

“Sebab, dua tiga buah ceri, hati saya awak dah curi!” ujar Taufiq.

Janna ternganga.

Amboi mamat ni…. Menyempat dia bagi pick-up line kat aku? Dia ingat aku tak reti ke nak balas balik? Hello, ni Janna okey. Desus hatinya.

“Pergi pekan tak beli apa-apa. Awak ni kan, dah kenapa? Saya kata, saya tak nak tu, tak nak lah. Berapa kali saya nak kena ulang? Nak saya cakap dalam bahasa kucing ke baru awak nak faham?”

“Boleh juga. Cakaplah,” cabar Taufiq lalu tersengih.

Janna mendengus kasar. Main-main nampak? Okey… We will see…

“Meow meow meow meow. Meow meow! Meow, meow!” Janna menjeling sekilas ke arah Taufiq. Apa ingat dia tak boleh ke?

Taufiq menghamburkan tawanya. Kepala digelengkan perlahan. Sungguh hatinya tercuit dengan genit gadis itu. Comel!

Janna pula sudah menundukkan kepalanya. Entah ke mana terbangnya keberaniannya sebentar tadi. Tadi bukan main berani, sekarang ni mahu naik merah muka tahan malu.

“Janna… saya ikhlas cintakan awak. Saya bukan macam kekasih lama awak. Yang hancurkan cinta awak. Saya lain. Berikan saya peluang. Saya jujur dengan awak. Awak adalah gadis pertama yang saya cinta. Saya janji akan jaga dan cintakan awak sepenuh hati saya,” ucap Taufiq. Wajah gadis itu direnung redup.

“Tak nak. I don't want. Awak boleh pergi balik sekarang,” balas Janna, tegas.

“Janna, awak tak boleh cop saya macam tu. Saya lain, dia lain. Kami tak sama.”

Janna berdecit halus. Kepala didongak merenung wajah lelaki itu. Sudah dia kata tidak mahu, kenapa lelaki itu masih setia memujuknya?

“Keluar atau saya call polis,” ugut Janna.

Taufiq terdiam beberapa saat sebelum sejambak bunga mawar merah dan beg kertas berwarna merah jambu yang memang dibawanya tadi diletakkan di atas meja kaunter itu.

“Sebelum saya balik, awak ambil lah ni. Saya ikhlas nak bagi awak. Saya harap sangat yang awak suka dengan hadiah ni,” kata Taufiq bersama dengan senyuman nipis.

Janna merenung sebentar hadiah itu. Entah apa sebabnya, tiba-tiba saja hatinya bagaikan terjentik halus. “Tak perlulah. Ambiklah balik. Bagi pada orang yang lebih layak.”

Taufiq geleng. “Tiada yang lebih layak selain awak. Ambik lah. Saya ikhlas. Semoga awak gembira dengan hadiah yang saya beri ni. Saya pergi dulu. Assalammualaikum.” Usai saja memberi pamitan, Taufiq terus membuka langkah meninggalkan kafe itu.

Janna hanya memerhati saja sehingga kelibat lelaki itu perlahan lenyap dari pandangan matanya. Beg kertas serta bunga itu dicapai. Melingas matanya mencari kelibat pekerja-pekerjanya yang berada berdekatan.

“Amira, take over kejap ya. Janna nak masuk bilik pejabat kejap. Apa-apa panggil Janna,” kata-katanya itu disambut dengan anggukan dari Amira.

Segera dia membuka langkah menuju ke bilik pejabat kecil yang di tempatkan berhampiran dengan ruangan dapur.

Setelah daun pintu itu dirapatkan, dia mula melabuhkan punggung di kerusi empuk meja kerjanya. Belikat disandarkan sambil anak mata masih leka memandang bunga mawar itu.

Serta merta bibirnya menguntum senyuman tanpa sedar. Jarinya mulai mengusap lembut kelopak bunga mawar itu.

“Cantik…”

Bunga itu diletakkan di atas permukaan meja. Kini, matanya tertumpu mata beg kertas berwarna merah jambu itu. Dibelek-belek seketika sebelum kotak di dalam beg itu dibawa keluar.

Lidahnya kelu. Bibirnya ternganga. Tangannya menggeletar perlahan sebaik sahaja melihat isi kandungan kotak itu. Lambat-lambat seutas jam tangan Casio berwarna rose gold itu dibawa keluar dari kotaknya.

Lama diusapnya jam tangan itu. Jam tangan yang selama ini diimpikan kini berada kemas di dalam genggamannya. Bagaimana lelaki itu tahu?

Tiba-tiba saja daun pintu bilik itu ditolak tanpa sebarang ketukan hatta salam. Nuri dengan wajah tak berdosanya terus saja melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak bertentangan dengan meja kerja kawannya itu.

“Wah! Siapa bagi ni?” soal Nuri lalu jam tangan yang masih berada di tangan gadis itu dirampas. Dibelek-belek penuh keterujaan. Cantik!

Janna terpinga-pinga. Jam yang sudah bertukar tangan itu kembali mahu dirampas namun, Nuri lebih cepat melarikan tangannya.

“Cantiknya… Serius cantik. Kau beli?” soalnya walhal dia tahu akan duduk perkara yang sebenar. Dialah yang membuka mulut kepada Taufiq sebaik saja lelaki itu bertanyakan soal barang yang paling diinginkan oleh gadis itu.

“Ish… bukan aku. Bagi balik!”

“Nantilah. Aku nak tengok sekejap pun salah ke?” Jam itu masih dibelek. Bibirnya melorek sengih melihat wajah si kawan yang sudah bertukar masam.

“Hok aloh… Tak payahlah nak muncung sedepa. Sampai ke studio depan sana baru tau. Baik kau bagi tau aku, siapa yang bagi kau jam limited edition ni? Aku tak percayalah kau beli. Ni, pakej sejambak bunga mawar lagi,” kata Nuri. Kini, bunga itu pula dibelek-belek.

Janna mendiamkan dirinya. Telefon dikeluarkan dari kocek seluarnya. Soalan dari gadis itu dibiarkan bagai angin lalu.

“Ui, Janna. Aku tanya ni!” Bunga serta jam tangan itu diletakkan di atas meja. Telefon pintar yang berada di tangan Janna, dirampas.

“Nuri… janganlah kacau.”

“Cakap dulu!” desak Nuri.

“Ala kau ni… Buat-buat tak tahu ke?” Janna menjeling sedas.

“Siapa?” tanya Nuri, masih mahu merahsiakannya. Kalau dia bagitau, dia lah ‘dalang’ yang telah membocorkan ‘rahsia’ kecil itu, mahu terbang segala meja serta kerusi di dalam kafe ini.

“Dia lah…” Sengaja nada suaranya itu Janna tekan sedikit.

“Dia tu siapa?”

“Ish! Mamat tulah,” balas Janna, geram. Nuri ni sengaja ke apa nak main-main dengan dia?

“Mamat mana kau ni? Cuba cakap tu terus terang. Tak payah belok sana sini singgah kedai mamak ke apa.”

“Ish! Taufiq!” jawab Janna. Jelingan tajam bak pisau diberi bila kawannya itu semakin melorekkan senyuman penuh makna. Tak perlu dia huraikan maksud di sebalik senyuman itu.

Dia sudah terlalu sedia maklum.

“Sah ni, Janna. Jodoh kau. Jam ni kan memang kau punya target nak capai. Tup-tup je, kau dah dapat sekarang. Free pulak tu. Kau nampak tak lagi satu tanda Allah dah bagitau yang jodoh kau semakin dekat,” kata Nuri lalu tertawa kecil. Telefon milik kawannya itu ditolak kembali.

“Tak adanya. Kau jangan nak merepek. Kau datang sini ni tak kerja ke?” soal Janna menukar topik mereka berdua.

Tak betah dia mahu duduk dalam topik mengenai lelaki itu. Rimas.

“Cutilah. Asyik kerja je. Lek-lek dulu…” balas Nuri lalu belikat disandarkan ke kerusi. Anak mata dipaku memandang ke arah kawannya yang sedang mengemas meja kerjanya yang agak berselerakan itu.

“Janna, Taufiq tu baiklah…,” ujar Nuri.

Janna hanya sepi. Tangannya masih tangkas mengemas segala kertas-kertas kerja di atas meja.

“Kau takut?” soal Nuri. Wajah itu direnung lama.

“Takut kenapa?” Janna memberhentikan tugasnya. Renungan gadis itu dibalas.

“Takut untuk bercinta.”

Sepi.

“Sampai bila Janna? Sampai bila kau nak macam ni? Aku tengok Taufiq tu baik orangnya. Sekali tengok, aku dapat rasa yang dia betul-betul ikhlas dengan kau. Tak macam mamat sengal kepala botak tengah si ex kau tu.” Selamba saja Nuri mengutuk Aidan.

“Luar nampak baik. Dalam kita tak tahu. Aidan tu. Luar nampak baik. Caring. Protector. Tapi belakang? Masya-Allah…,” bidas Janna.

“Taufiq dan Aidan adalah orang yang berbeza, Janna. Diaorang tu ibarat macam langit dan bumi tau,” ujar Nuri. Keras betul hati kawannya itu. Butakah kawannya itu tidak nampak akan keikhlasan Taufiq?

Hening.

“Dah lah. Aku nak sambung buat kerja. Kau nak makan apa-apa tak? Aku belanja. Jangan risau.” Janna bingkas bangun dari duduknya. Kerusi dirapatkan ke meja sebelum langkah dibuka.

“Ish. Suka lari topik,” rungut Nuri.

Janna menoleh. Kening dijongketkan tinggi. “Kau nak atau tak? Kalau tak nak, tak apa. Aku tak rugi apa. Kau tu yang akan rugi.”

“Tengok tu. Mengugut!”

“Okey fine. Kau tak nak kan. Tak nak tak apa. Aku keluar dulu.” Pintu bilik pejabat kecilnya itu ditarik lalu langkah diatur keluar.

“Hye! Janna! Hish, aku nak lah!” jerit Nuri. Laju dia bangun mengejar langkah sahabatnya itu. Rezeki tak baik ditolak!

“Kalau nak, boleh. Kau jangan sebut pasal mamat photographer tu lagi. Penat aku dengar. Nak termuntah rainbow pun ada,” kata Janna seraya mencebik kecil.

“Hish… punyalah dia ikhlas. Kau ni je yang keras hati sangat. Aku sure, kalau orang lain kat tempat kau sekarang ni, aku pasti seratus peratus yang diaorang akan melompat kijang masuk peti sejuk,” balas Nuri. Itu teorinya lah.

Janna tidak lagi membalas apa-apa. Dia terus mengatur langkah menuju ke ruang dapur diikuti Nuri dari belakang yang masih sibuk mengomel apa pun dia tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience