BAB 38 MC

Romance Series 12737

Dua bulan berlalu….

“AKU terima nikahnya, Nur Khalisya Hijannah binti Norman dengan mas kahwinnya RM80 tunai.”

“Sah!”

Janna tertunduk sedikit kepalanya. Air mata yang ditahan mengalir juga. Hari ini, hari di mana dia dan Taufiq telah pun disatukan sebagai pasangan suami isteri. Perasaan sebak menghuni hati tatkala terkenang arwah ami, abi dan Nuri yang tidak berkesempatan untuk melihat dia bernikah seperti yang diangan-angankan mereka bertiga.

Lamunannya terhenti apabila bahunya di tepuk lembut oleh Puan Khadijah yang duduk di sampingnya. Dia langsung tidak sedar yang Taufiq sudah duduk meninggung di hadapannya sambil menghulurkan tangan untuk menyarungkan cincin. Dengan tangan yang menggeletar, Janna menghulurkan jarinya.

Taufiq tersenyum manis. Sebentuk cincin Habib Jewels disarungkan ke jari manis isterinya. Kemudian, Janna menyalami serta mengucup tangannya.

“Kiss dahi.”

Arahan dari Puan Maryam di sebelah kanan Janna membuatkan pipinya merah membahang. Malu. Taufiq pula dilihat tersengih kecil. Dengan perlahan dahi Janna dikucup lama. Janna memejamkan matanya sekali gus membuatkan air matanya kembali jatuh.

“Jangan nangis, okey? Abang janji, abang akan jaga sayang sepenuh hati abang.” Lembut Taufiq berbisik. Sempat dia menyeka air mata gadis itu.

Janna menganggukkan kepalanya sekali. Rasa malu apabila Taufiq sudah menukar nama panggilan mereka. Abang. Sayang. Jantung berdebar-debar.

Aidan tersenyum memandang mereka berdua. Dalam hati mendoakan kebahagian buat mereka. Tiba-tiba anak matanya bertembung pandang dengan anak mata milik Nadia yang turut berada dalam majlis akad nikah itu. Saffa yang beria-ria mahu Nadia dan Mia turut hadir sama. Dalam dia tidak sedar, hatinya mulai terpaut dengan gadis ayu itu.

Nadia yang perasan dirinya sedang diperhati segera menolehkan kepala ke arah Aidan. Dup, dap, dup, dap. Jantung berdetak tidak normal. Mahu mengalihkan lensa mata ke arah lain, namun bagaikan ada magnet yang tidak membenarkan dia menukar arah pandangannya itu.

“Kakak…”

Panggilan Mia mengembalikannya ke alam realiti. Segera anak mata dilarikan memandang ke arah Mia yang hairan melihatnya.

“Haaa… Ya?”

“Kakak tengok apa tu? Serupa nak telan orang je pandangan tu. Tengok Abang Aidan, eh?” soal Mia, tersenyum nakal. Saffa yang duduk di sebelah Mia turut mengukirkan sengihan. Kalau abang sepupunya betul berkenan dengan kakak sahabat baiknya itu, dialah antara orang yang akan melompat bintang dek kegembiraan.

“Ish. Tak adalah.” Nafi Nadia. Malu.

“Ala… apa salahnya, kan?” kata Saffa disambut anggukan dari Mia.

“Dah lah. Ada-ada je kau orang berdua ni.”

Saffa dan Mia tertawa kecil melihat wajah merah Nadia itu. Nadia pula sudah tertunduk kepala. Lebih rela memandang tangan sendiri dari angkat wajah bertembung pandang dengan Aidan. Jantungnya pula bukan reti bertenang. Laju betul.

Aidan tersenyum. Bukan dia tidak dengar usikan dari Saffa dan Mia tadi. Tiba-tiba pahanya ditepuk membuatkan dia terkejut. Segera dia menoleh memandang Taliq di sisi.

“Kalau suka, berterus terang aje. Jangan biar lama-lama. Nanti kena kebas orang, melopong,” kata Taliq sebelum bangun setelah dipanggil untuk sesi bergambar oleh Thaniha.

Aidan tersengih kecil. Dia turut bangun apabila Taufiq melambaikan tangan ke arahnya.

“Sinilah. Kita bergambar sekali. Kak Shaza, Alia, Saffa, Mia dengan Nadia pun marilah ke sini.”

Serentak mereka semua bangun setelah dipanggil oleh Janna. Masing-masing mengambil tempat untuk bergambar. Pekerja studio Taufiq dan kafe D'love juga tidak ketinggalan untuk hadir ke majlis majikan mereka itu.

Husaini sudah bersiap sedia dengan kamera di tangan. Bibirnya mengulum senyuman sambil kaki bergerak mencari port sesuai untuk mengambil gambar mereka semua. Bermacam-macam posisi dan ragam telah dipatri ke dalam kamera DSLR itu.

JANNA merenung lama dirinya didalam pantulan cermin di bilik air. Sudah hampir 10 minit dia begitu. Mahu keluar, terasa segan. Tapi yang sedang berada di luar itu Taufiq. Suaminya sendiri. Beberapa kali nafas ditarik kemudian dihela.

“Calm down, Janna. Buat biasa je.” Bisik Janna perlahan. Rambutnya diselit ke belakang telinga. Tangannya memegang tombol pintu bilik mandi itu lalu dipulas.

Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik air. Matanya terus menangkap susuk tubuh Taufiq yang sedang duduk di atas katil sambil membelek telefon pintar.

Lekas-lekas Janna mengatur langkah mendekati meja solek. Rambutnya yang panjang itu disisir rapi.

“Sayang dah siap mandi?”

“Errr… dah. Dah.” Tiba-tiba jadi gagap. Jantung pula laju tak reti bertenang agaknya.

Taufiq ukir senyum. Dia bangun lalu mendekati isterinya itu. Pinggang Janna dirangkul dari tepi membuatkan pergerakan tangan Janna terus menjadi kaku. Bibir dikemam perlahan untuk menenangkan diri.

“Thank you, sayang,” ucap Taufiq. Tubuh itu ditarik masuk ke dalam dakapannya. Erat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia amat gembira ketika ini.

Janna tersenyum sebelum Perlahan-lahan pelukan Taufiq itu dibalas. “Kenapa?”

“Sebab sayang terima abang dalam hidup sayang.”

Pelukan dilerai. Anak mata suaminya itu direnung lembut. “Janna yang patut berterima kasih dengan abang sebab abang banyak bersabar dengan Janna. Maafkan Janna.”

“Tak apa, sayang. Sekarang, kita dah jadi suami isteri yang sah. Abang janji, selagi abang hidup, abang takkan biar sayang sedih lagi. Abang nak jadi seseorang yang boleh buat sayang tersenyum macam dulu. Abang sayang dan cintakan Janna.”

Setitis air mata Janna mengalir ke pipi. Terharu. Sebak. Bercampur menjadi satu.

Ami, abi, Janna dah nikah dengan lelaki yang boleh bimbing Janna. Terima kasih abi, ami. Doakan Janna bahagia dengan Taufiq tau.

Nuri, terima kasih atas semua nasihat kau dulu. Aku sayang dan sentiasa rindukan kau setiap detik. Kau tunggu aku ya. Aku harap kau bahagia dekat sana.

TALIQ tersengih-sengih sendirian. Jarinya laju saja menari di skrin telefon. Belikat disandarkan ke sofa. Sekejap kepalanya senget ke kiri, sekejap senget ke kanan.

“Amboi, sengih apalah tu. Lebar sungguh…” Tegur Puan Maryam sebelum melabuhkan punggung di sofa bertentangan dengan si anak.

Taliq tersentak. Segera dia duduk tegak. Fikirnya tadi semua sudah pun lena diulit mimpi. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

“Haaa… tak ada apalah, mama. Mama belum tidur?” soal Taliq.

Puan Maryam menggelengkan kepalanya sekali. “Chat Shaza, ya?”

Melintas saja nama Shaza di bibir mamanya terus membuatkan bibir Taliq tersengih lagi. Lambat-lambat kepala diangguk sekali.

“Nak kahwin dengan dia?”

“Boleh ke?” soal Taliq.

Puan Maryam lepas tawa kecil. “Mestilah boleh, sayang. Baby dengan cutie dah lepas. Tinggal kamu seorang je yang belum kahwin-kahwin lagi. Kalau nak, mama dengan papa boleh pergi pinangkan. Mama pun berkenan sangat dengan dia tu. Baik manis je orangnya.”

Taliq angguk. Setuju. Shaza memang orang yang baik dan manis. Cair hatinya!

“Nanti… mama uruskan, boleh?”

Puan Maryam angguk kepalanya sambil tersenyum. Kemudian dia bangkit dari duduk. Kepala Taliq diusap lembut.

“Don't worry. Nanti mama dengan papa bincang. Pergi tidur. Dah malam. Good night, sayang. I love you.”

Taliq ukir senyuman manis. Tangan mamanya disalam dan dikucup lembut. “Good night, mama. I love you more.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience