Series
12737
KERANA SEBIJI CUPCAKE, KITA BERTEMU. Achbar Muhammad Taufiq, cintanya kepada gadis bernama Nur Khalisya Hijannah berputik sejak kali pertama mereka bertemu. Lamaran diberi, namun berkali ditolak. Sedikit pun dirinya tidak pernah menyerah kalah. Berbatu gadis itu lari, beribu langkah di atur mengejar si pencuri hati. Nur Khalisya Hijannah, dirinya pernah dikecewakan membuatkan dia seringkali melabel lelaki sebagai ‘buaya darat’. Akibat dari peristiwa itu, dia bangkit semula dengan sebuah kafe yang diberi nama D’love kafé. Kemunculan Achbar Muhammad Taufiq dalam hidupnya membuatkan dirinya rimas. Berkali sudah dia melarang, namun lelaki itu ibarat kereta kebal yang pantang menyerah! “Dua tiga buah ceri, hati saya awak dah curi!” – Achbar Muhammad Taufiq “Pergi pekan, tak beli apa-apa. Awak ni kan dah kenapa?!” – Nur Khalisya Hijannah Dek usaha Achbar Muhammad Taufiq yang tidak pernah mengalah untuk memikat dirinya, sedikit demi sedikit hatinya mulai terpaut dan akhirnya terbuka ikhlas menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupannya. Disaat hati sudah saling menyayangi, hadirnya Aidan Zarith semula untuk merebut si kekasih lama. Beribu cara dibuat agar mereka berpisah. “Sudahlah, Aidan. Kita dah tak ada apa-apa! Awak dah hancurkan hati saya! Awak ingat saya ni patung ke tak ada perasaan?!” – Nur Khalisya Hijannah “Lepaskan dia. Dia milik aku selamanya.” – Aidan Zarith “Lelaki sejati takkan pernah menyerah sebelum tewas tersungkur.” – Achbar Muhammad Taufiq Siapakah yang bakal dipilih oleh Nur Khalisya Hijannah? Masihkah ada cinta buat Aidan Zarith? Atau Nur Khalisya Hijannah lebih teguh akan cinta barunya kepada Achbar Muhammad Taufiq? “Kau tak akan pernah bahagia. Hadirnya aku akan memusnahkan semua.” – Puteri Azirah Siapakah pula Puteri Azirah?
Update 06 December 2024
2021-11-26
aa sweetnyaa HAHAHA
2021-09-14 1 Replies
macam best... hiks.
2021-09-12
Assalamualaikum...jemput singgah novel saya "Beautiful Revenge"...jangan lupa komen dan juga follow