BAB 17 MC

Romance Series 12737

JANNA melabuhkan punggung di atas kerusi batu yang terletak di halaman rumahnya. Seketika, nafas ditarik lalu dihembuskan perlahan. Kertas-kertas di atas meja batu itu dikerling sekilas. Niatnya tadi mahu menulis segala cadangan untuk menambahkan dekorasi di dalam kafenya, namun entah mengapa apa yang ditulisnya sebentar tadi serasa tidak masuk akal dan langsung tidak kena dengan kafenya itu.

Matanya dipejamkan rapat. Bunyi burung-burung yang merdu berkicauan diamati sejenak. Sedang asyik dia menenangkan diri dengan bunyi itu, seraut wajah putih dan tampan itu meniti di mindanya membuatkan dia laju membuka kelopak matanya semula.

“Hish! Tak habis-habis aku nampak muka dia. Dah tak ada muka lelaki lain ke kat muka bumi ni aku nak nampak? Kenapa mesti dia jugak?” dengusnya. Bengang tatkala wajah lelaki bernama Taufiq itu seringkali hadir tanpa dia pinta. Gelas berisi air jus tembikai diambil lalu disedut dengan laju.

“Muka siapa yang kau nampak tu?”

Hampir saja air yang baru melalui tekaknya itu tersembur keluar. Untung saja dia sempat mengawalnya. Jika tidak, sudah tentunya segala kertas yang berada di atas meja hadapannya itu sudah menjadi mangsa semburan tak bertauliahnya.

Laju dia memalingkan wajah ke belakang. Mencari si dia yang menyergahnya tanpa sebarang salam. “Kau ni, Nuri… Terperanjat aku. Nasib tak tersembur air aku ni tau!” marahnya.

Nuri mengukirkan sengihan lalu tubuh kawannya itu didakap erat. 

“Sorry…” ucap gadis itu, manja. Dirinya yang merupakan anak yatim piatu membuatkan dia seringkali datang bertandang ke rumah sahabatnya. Menumpang kasih dari kedua ibu bapa rakannya itu. Ibu dan ayahnya telah pun meninggal dunia sejak dirinya berumur 4 tahun lagi. Dia dibesarkan di rumah Cahaya Kaseh dengan saluran kasih sayang dari Puan Khadijah.

Janna menggelengkan kepalanya sekali. Pandangan dibuang ke arah deretan pasu-pasu bunga yang menempatkan pelbagai jenis warna bunga mawar yang indah memekar. Nuri memerhati saja gelagat sahabatnya itu sambil melabuhkan punggung di kerusi batu bertentangan dengan gadis itu.

“Uit Janna! Termenung je kerja kau ya!”

Janna mencebik. 

“Aku bukan termenung. Aku tengah cari idea ni. Tengok! Aku nak tambah something kat kafe tu. Supaya lebih nice lagi,” balas Janna lalu menyusun kertas-kertas yang berselerakan itu.

Nuri terdiam sejenak. Sehelai kertas yang telah ditulis oleh kawannya itu dicapai. Dibelek-belek seketika.

“Apa kata, kau buat satu tempat khas untuk menyanyi. Grup band ke? Kau upahlah sesiapa yang reti main gitar,” usul Nuri menyuarakan ideanya.

Janna terdiam sebentar. Mencerna idea si kawan.

“Haah jugak kan… Aku tak terfikir pulak,” balas Janna, mengukirkan senyuman manis.

“Kau pun boleh menyanyi sekali. Suara kau tu, bukan calang-calang tau.”

“Hish kau ni Nuri. Ada-ada je,” lengan kawannya itu ditepuk perlahan.

“Eleh… Suara kau merdu apa… Lagi pun lama dah aku tak dengar kau nyanyi. Apa kata, kau jadi orang pertama yang rasmikan kat kafe tu nanti.” Ideanya itu diluahkan lagi. Sememangnya dia tidak menafikan yang Janna mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian. Kawannya itu seringkali menyertai acara nyanyian semasa di zaman persekolahan. Lama kelamaan bakat gadis itu kian menyurut sehingga akhirnya dia tidak lagi menyanyi dengan kerap seperti dahulu.

Janna tidak lagi membalas omongan sahabat baiknya itu. Topik yang sedang dibicarakan oleh gadis itu turut tidak menarik tumpuannya. Kini minda dan fokusnya hanya memikirkan idea yang baru saja diberi oleh Nuri.

Patut atau tidak patut?

Dia masih belum mempunyai jawapan itu. Harus dia gali dan fikirkan dengan lebih mendalam lagi.

 

MINUMAN yang telah terhidang di hadapan mata langsung tidak disentuh oleh 4 orang yang sedang duduk menunggu kehadiran sahabat mereka yang telah lewat 15 minit dari janji temu mereka sejam yang lalu.

“Mana Taufiq ni?” keluh Aiman. Belikat disandarkan seketika ke belakang. Arianna yang duduk di sisi kekasihnya hanya diam dan sesekali berborak bersama dengan Raysha.

Sufian menjongketkan bahunya. Pandangan di hala ke muka pintu restoran yang sering menjadi port lepak mereka sekawan. Tak lama kemudian terlihat sesusuk tubuh tergesa-gesa masuk ke dalam restoran itu dan dengan segera mengahampiri mereka.

“Sorry aku lambat! Tiba-tiba ada photoshoot kat studio,” kata Taufiq lalu mengoyakkan sengihan. Seketika dia saling berjabat tangan dengan dua orang temannya itu. Senyuman dilemparkan kepada pasangan kawan-kawannya. Kedua-dua orang gadis itu tersenyum membalas sapaan senyumannya.

“Ada-ada jelah kau ni. Dah duduk. Minum. Mesti penat bermarathon ke sini kan,” perli Sufian tapi tidak dengan nada yang serius.

Taufiq tertawa kecil lalu segera mengambil tempat di sisi tengah meja. Air yang telah terhidang di depan mata disedut sedikit bagi menghilangkan rasa kering di tekaknya.

“Sibuk ya Taufiq sejak dah bukak studio ni,” ujar Arianna memaku pandang pada sahabat kekasihnya itu.

“Biasa je, Anne. Photographer mana yang tak kenal erti sibuk kan,” balas Taufiq diiringi dengan tawa kecil.

“Ceh kau… Ni kau ajak kitorang jumpa ni, mesti ada apa-apa kan,” kata Aiman lalu disambut dengan anggukan dari Sufian. Faham sangat dengan kawannya yang seorang itu. Selagi tak diajak melepak bersama selagi tu takkan ada jemputan dari lelaki itu. Jika ada tu maknanya mesti ada perkara yang mahu dibincangkan bersama.

Taufiq ukir sengihan. Tengkuknya digosok buat seketika. Memang dia ada perkara yang mahu ditanyakan kepada rakan-rakannya itu. Memandangkan dia langsung tidak mempunyai pengalaman dalam ‘bidang’ itu.

“Cakaplah… boleh pulak dia tersengih-sengih macam tu,” gesa Raysha. Jari-jemari milik kekasih hatinya digenggam kemas.

“Ish… Nak cakaplah ni. Cuba sabar.” Seketika, nafas ditarik dalam lalu dihela lembut.

“Macam-mana nak pikat perempuan?” tanyanya. Satu per satu wajah kawan-kawannya itu direnung.

Krik.

Krik.

Krik.

Tiada sebarang jawapan. Yang ada hanyalah kesunyian yang kian menyelubungi mereka ketika itu.

Taufiq lepas keluh.

Mengapa setiap kali dia bertanyakan soal hati dan perasaan, pasti ada saja yang terkejut. Pasti ada saja yang tak percaya. Pelik sangatkah jika dia jatuh cinta?

“Korang, aku tanya ni,” bengang Taufiq.

“Haa… Ya… Tau-tau… Kau betul-betul dah jatuh cinta lah ni?” soal Aiman. Jari mengetuk sedikit permukaan meja itu untuk menyedarkan si kawan dari fasa kejutan itu.

Sufian berdeham seketika.

Taufiq hanya menganggukkan kepalanya sekali.

Aiman halakan mata memandang sahabatnya yang sorang lagi.

“Okey… sekarang kau nak tahu cara untuk pikat dia lah ni?” Sufian menjongketkan keningnya.

Sekali lagi Taufiq mengangguk.

“Siapa dia?”

“Nur Khalisya Hijannah,” balas Taufiq. Dan-danlah seraut wajah itu melintas di hadapan matanya membuatkan dia mengoyak senyum dengan tiba-tiba.

“Nur Khalisya Hijannah… pemilik D’love Kafe tu kan?” soal Aiman seolah meminta kepastian. Kalau tidak salah, itulah nama pemilik yang tertulis dalam majalah yang pernah dibacanya.

Taufiq angguk lalu bibirnya melorek senyum.

“Dah tu, tunggu apa lagi? Pikatlah dia!” kata Arianna. Minumannya disedut sedikit bagi melegakan rasa kering di tekak.

“Itulah masalahnya sekarang ni. Dia ni macam tak mudah untuk didekati,” balas Taufiq lantas sebuah keluhan halus terhambur keluar.

“Mungkin… dia pernah ada masa silam yang buruk dengan cinta? Maybe dia pernah bercinta dan cinta tu juga yang menghancurkan rasa kepercayaan dia kepada cinta. Kebiasaannya begitulah,” balas Raysha pula.

Taufiq terdiam beberapa detik. “Mungkin juga.”

“Sekali dah patah hati, memang sukar untuk dipulihkan. Bila dah pulih, mereka yang pernah disakiti dek cinta yang musnah mula ada rasa ragu dan enggan membuka hati untuk menerima seseorang. Sebab dorang takut, dorang akan dikecewakan buat kedua kalinya.” Sufian merenung setiap wajah yang berada di meja itu.

“Betul tu,” balas Aiman mengiyakan omongan sahabatnya sebentar tadi.

“Tapi… Tak bermakna kau tak ada peluang,” sambung Aiman.

Kata-kata sahabatnya itu mampu menarik perhatiannya. Segera bebola mata merenung tepat ke arah wajah itu. Aiman tersenyum lebar.

“Hati perempuan ni sekeras-keras kerak nasi je. Macam Anne ni dulu. Kau tahu kan betapa susahnya aku nak goda dia ni. Kalau tak ada usaha yang tinggi, sekarang ni mesti dia takkan ada kat sini. Dia ni jual mahal lebih.” Sempat dia mengerling wajah si gadis itu yang sudah pun bertukar masam dek bicaranya sebentar tadi.

Taufiq hanya tertawa.

“Kalau kau betul-betul sukakan dia, kau pikat dia sampai dapat. Mula-mula memanglah susah. Dia jual mahal. Nak tak nak je layan. Tapi masa depan tu kita tak tahu. Manalah tahu, dia terbuka hati untuk terima kau dalam hidup dia. Betul tak, Pian?” Wajah kawannya yang sorang itu dikerling sekilas.

“Betul tu. Mencuba boleh. Menyerah jangan,” kata semangat diberikan kepada sahabat mereka. Bibirnya melengkung senyum. Dalam hati berdoa, jika benar gadis itu adalah jodoh sahabatnya, maka dekatkanlah dan permudahkanlah segalanya.

“Tips? Cara-cara nak pikat tu macam mana?”

Aiman geleng kepala sementara Sufian mengeluh halus. Arianna dan Raysha tertawa. Sungguh lelaki bernama Achbar Muhammad Taufiq cetek ilmu cinta.

“Tak apalah… biar kitorang ajar kau. Macam ni…” Aiman mula berbicara. Taufiq hanya diam fokus mendengar. Sesekali keningnya hampir bertaut dan dahinya turut berlapis. Segala apa yang keluar dari bibir rakan-rakannya itu cuba dihadam.

 

DIA tersenyum tatkala melihat kegembiraan yang terlakar di raut wajah si kecil yang sedang leka bermain dengan robot permainan yang diberikannya tadi.

“Amboi… lekanya doktor tengok Adam.”

Suara itu menyentakkan dirinya. Dek kelekaannya memerhatikan gelagat Adam, tanpa dia sedari yang gadis bertudung bawal hitam itu sudah berdiri di sisinya. Taliq melorekkan senyuman manis lalu dibalas oleh Shaza.

“Macam mana dengan perkembangan Adam? Dia berada kat tahap berapa?” soal Shaza. Bebola matanya ikut memandang ke arah Adam yang sedang duduk di atas katil di dalam bilik ward itu.

“Adam ada kat stage 2. Kena selalu pantau dia. Tapi so far so good, Alhamdulillah. Kesihatan dia baik-baik. Lusa dia dah boleh keluar dari sini dan tunggu next appointment,” balas Taliq.

“I see… Sayang betul doktor kat Adam ya?”

Taliq melepaskan tawanya lalu kepala digelengkan beberapa kali.

“Bukan Adam je. Budak-budak lain pun saya sayang. Awak pun saya sayang,” nadanya di hujung bicara sengaja direndahkan.

Shaza mengerutkan dahinya. Laju kepala ditoleh memandang lelaki di sisinya. “Sorry? Apa dia? Saya kurang dengar.”

Taliq hanya tersenyum. Tidak menjawab soalan dari gadis itu.

“Doktor, doktor kata apa tadi? Saya tak dengarlah!” Tinggi sedikit nada suaranya. Dia seperti dengar lelaki itu seolah berkata menyayangi dirinya. Tapi dia mahukan kepastian.

“Mana ada saya cakap apa-apa,” nafi Taliq seraya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Eii… Tipu… Saya dengar something tadi.” Muncung bibirnya memandang lelaki segak berkot putih itu.

“Doktor Siti Nurshazalina, awak dengar apa?” soalnya. Wajah dipaling memandang gadis itu. Keningnya sengaja dijongketkan tinggi.

Shaza terdiam. Anak matanya dan anak mata lelaki itu bertaut agak lama sebelum mereka tersedar dek pintu bilik yang dikuak.

Seorang wanita masuk ke dalam bilik itu bersama dengan sebuah senyuman manis. “Maaflah saya lambat. Terima kasih Doktor Taliq sebab dah temankan Adam tadi,” ucap Puan Zainab.

Taliq membalas senyuman wanita itu. “Sama-sama puan. Hal kecil je tu. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu.”

Puan Zainab hanya menganggukkan kepalanya lalu bergerak mendekati katil si anak. Taliq tanpa melengahkan masanya terus membuka langkah pergi.

“Eh eh doktor.” Shaza mengejar langkah laju doktor lelaki itu. Segera dia berdiri di hadapan lelaki itu membuatkan langkah lelaki tadi terhenti buat seketika.

“Yes?” soal Taliq.

“Saya tanya tadi. Doktor cakap apa?” Tangan disilangkan ke dada.

“Entah… Saya pun tak ingatlah saya cakap apa tadi. Saya cakap apa ya?” Sengaja dia mahu bermain tarik tali dengan gadis ayu itu.

“Awak dengar saya cakap apa?” Giliran Taliq pula mengutarakan soalannya yang sama.

Shaza kembali terdiam. Kedua-dua belah pipinya yang gebu sudah kemerah-merahan. Lensa mata yang tadi berani menentang pandang sepasang anak mata lelaki itu terus hilang semangat untuk merenungnya lagi.

Taliq tersenyum. Hidung gadis itu dicuit selamba lalu segera dia pergi meninggalkan Shaza terpinga-pinga sendirian di situ.

“Hish… Dia ni… Saja je nak buat aku malu,” gumamnya antara dengar dan tidak. Kot putih yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan lalu kaki diatur untuk kembali menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor.

Semoga terhibur… Maaf atas segalanya! Keep your smile always okey? I lep you! •_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience