Series
12737
“ARGH! Dah lambat! Habislah. Membebel minah tu nanti!”
Kelang-kabut Alia melangkah keluar dari dalam perut kereta miliknya. Langkah dihayun selaju mungkin menuju ke kelasnya.
BUK!
“Adoi!” Dahi yang sudah selamat bertembung dengan bahu si dia digosok perlahan. Beberapa buah buku yang berada di tangannya juga sudah selamat mendarat di atas lantai.
“Are you okay?”
Alia segera mendongakkan wajahnya. Dan-dan lah dirinya terkaku. Bibirnya terkunci rapat. Anak matanya melekat sukar dialih. Bagaikan ada daya tarikan magnet yang menariknya untuk terus melekat di situ.
Farhan mengerutkan dahinya bila gadis itu hanya diam merenung ke arahnya. Rambutnya yang terjuntai sedikit di dahi disebak sebelum tubuh dipusing menghadap Alia.
“Are you okay?” Soalannya yang dibiar sepi tadi diulang kembali.
Alia tersedar. Seketika, dia menggelabah. Segera dia menunduk mengutip kembali buku-bukunya itu. Liur ditelan sekali sebelum tubuh kembali ditegakkan menghadap lelaki itu. Tak berkedip matanya merenung wajah tampan milik orang yang baru saja dilanggarnya tadi.
“Are you okay?” soal Farhan sekali lagi.
“Hah? Oh, ya. Saya okey. Saya minta maaf. Saya tak perasan tadi,” balas Alia dengan nada yang perlahan. Getar pada nada suaranya cuba ditutup.
Farhan tersenyum. Kepalanya diangguk sekali. “Make sure lepas ni awak hati-hati ya.” Pesannya ikhlas.
“Ba… baiklah.”
Farhan mengerling seketika pada buku-buku yang berada di tangan Alia itu. “Oh, awak dari fakulti perubatan rupanya.”
Alia tunduk memandang buku-buku di tangannya. Lambat-lambat kepalanya dianggukkan sekali.
“Ya.”
“Samalah dengan saya. Saya pun dari fakulti perubatan. Nama saya, Farhan Azril.”
Alia diam. Wajah itu di renung dalam.
“Hello, awak?” panggil Farhan seraya melambaikan tangan di hadapan wajah gadis itu. Berlapis dahinya, kehairanan.
“Hah? Apa? Kenapa? Apa dia?” soal Alia bertalu-talu. Seketika, dia malu sendiri. Rasa ingin saja dia menghentakkan kepala ke dinding bangunan universiti ini. Biar roboh asal malunya tadi hilang seketika.
“Nama awak apa?” soal Farhan. Tali beg yang tergantung pada bahu kirinya dibetulkan.
“Alia… Nazeerah… Tapi, awak boleh panggil saya, sayang.”
“Huh?” Farhan terkebil-kebil.
“Eh, tak. Maksud saya, awak boleh panggil saya, Alia. Ya, Alia.” Lekas-lekas dia membetulkan ayatnya. Malu! Rasa macam muka dah naik merah bagaikan buah tomato.
Farhan tertawa kecil membuatkan Alia semakin tidak keruan berada di hadapan lelaki itu. Buat pertama kalinya dia berkelakuan sebegini sekali.
“Nice to meet you, Alia. Kita boleh jadi kawan, kan?”
“Nak jadi lebih pun boleh.” Alia terkedu dengan omongannya sendiri. Laju benor mulutnya ini! Durhaka!
“Apa dia?”
Alia geleng. “Eh, saya dah lambat ni nak masuk kelas. Awak kelas sama dengan saya, kan?”
Farhan angguk sekali.
“Haa, kalau gitu, ayuh! Nanti madam masuk, kita yang susah,” ujar Alia lalu membuka langkah laju diikuti oleh Farhan di belakang.
Pintu kelas itu ditolak membuatkan semua mata tertumpu pada mereka. Okey, silap. Bukan mereka tapi lebih tepat pada Farhan. Sudah tentulah kerana wajahnya yang tampan. Gayanya yang sungguh cool. Memang sah-sah menarik minat semua mahasiswi.
“Eh… Siapa tu? Handsome gila!” bisik salah seorang pelajar perempuan kepada sahabatnya yang duduk di sisi.
Farhan langsung tidak mengendahkan bisikan tersebut. Dia segera mengambil tempat kosong di bahagian belakang. Sempat satu senyuman diberi kepada Alia diiringi dengan ucapan terima kasih.
Alia hanya membalas dengan senyuman sebelum langkah disusun mendekati sahabatnya yang sudah siap menanti.
“Uit, awak… siapa tu? Boyfriend awak, ek?” soal Fifi, tersengih-sengih.
Alia menjeling sekilas. “Mana ada lah. Dia budak baru. Kebetulan terserempak tadi,” balas Alia sebelum melabuhkan punggung di sebelah Fifi.
“Boleh tahan maco,” komen Fifi seraya memandang ke arah belakang.
“Ish, sudahlah. Ni copy yang awak nak semalam. Saya dah tolong print.”
“Terima kasih Cik Alia yang tembam lagikan comel!” Laju saja Fifi menyambut huluran rakannya itu. Kertas itu dibelek bersama dengan senyuman di bibir.
Alia menggeleng. Untuk seketika, dia berpaling ke belakang. Farhan leka membaca buku. Riak wajahnya kosong tanpa perasaan. Namun itulah yang menarik hatinya untuk terus memaku pandang pada lelaki itu.
Aku… Crush dengan dia! Bisik hati kecil Alia.
“Oit!”
Alia laju mengalih pandangannya. Nasib tak melatah dia dibuatnya. Kalau tidak, free je kena gelak dengan semua. “Hah… kenapa?”
“Awak tengok mamat tu ya? Mesti dah tahu nama, kan. Apa nama dia?” soal Fifi, berminat ingin tahu.
“Erm… Farhan. Farhan Azril,” jawab Alia.
“Fuh… Farhan Azril dan Alia Nazeerah… Pasangan yang menarik.”
“Pasangan apa awak ni, Fifi? Sudah, jangan mengarut lagi.” Nada suaranya ditekan sedikit. Malu sebenarnya.
“Ceh, itu pun nak marah ka?” Buku yang berada di atas meja diselak lalu setiap abjad yang terpapar dibaca dengan teliti.
Alia diam saja. Sesekali anak matanya cuba mengerling ke belakang. Tidak sedar, akhirnya anak mata mereka saling bertaut pandang.
“Morning, class!”
Suara lantang itu mengejutkan mereka berdua. Alia pantas membetulkan duduknya sebelum memandang tepat ke hadapan.
“Morning madam!”
“Nampaknya kita ada pelajar baru, ya? Awak yang kat sana, sila bangun dan kenalkan diri,” arah Madam Syiha.
Farhan bangun. “Nama saya Farhan Azril. Selamat berkenalan.”
“Hai Farhan… Saya Lia…”
“Farhan, Farhan single?”
“Farhan handsome lah.”
“Farhan, nak tak jadi boyfriend saya?”
PAP!
PAP!
PAP!
Tiga kali Madam Syifa menepuk kedua-dua belah telapak tangannya. Anak matanya memandang semua pelajar-pelajarnya itu. “Sudah hentikan! Kamu ingat ni kelas mencari jodoh ke, huh? Study belum habis, jangan nak bercinta sangat. Farhan, silakan duduk.”
Farhan hanya akur. Dia kembali melabuhkan punggung di atas kerusi.
Alia sekali lagi memalingkan kepala ke belakang memandang ke arah Farhan. Degil sungguh matanya itu. Sudah di arah untuk fokus ke depan, malah tidak akur dengan arahan tuannya. Dan-dan lah anak matanya bersatu dengan sepasang anak mata cantik milik lelaki itu buat sekali lagi. Dia terkaku. Terkelu. Terkedu. Tergamam.
Farhan senyum. Matanya dikedip sekali. Makin terkedu Alia di tempat duduknya.
“Alia Nazeerah!” Kuat suara Madam Syifa.
Alia tersedar. Laju bebola matanya dialih memandang wanita yang tercegat di hadapan seraya bercekak pinggang memandangnya.
“Tolong fokus!”
“Baik madam. Maafkan saya…” balas Alia perlahan namun jelas. Pen segera dicapai lalu nota mula disalin.
Tulah kau, Alia. Nak sangat pandang mamat tu. Entah-entah dia dah ada girlfriend. Tak pasal-pasal kau pulak yang kena serang nanti. Desus hati Alia.
LANGKAH diatur penuh gaya memasuki kafe itu. Buat beberapa minit, matanya memerhati setiap sedut dalam kafe itu.
Not bad… Katanya dalam hati.
“Hai, selamat datang ke D’love Kafe. Silakan duduk,” ucap Amira penuh ramah berserta senyumannya yang manis.
Azirah memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. Cermin mata coklat miliknya diturunkan sedikit. “Low class.”
Amira terkebil-kebil. “Maaf? Apa dia?”
Azirah mencebikkan bibirnya. Tanpa memperdulikan pertanyaan dari gadis itu, dia segera berlalu ke sudut pink putih. Punggung dihenyakkan di atas kerusi itu. Jarinya naik menggentel hujung rambutnya.
Amira hanya diam mengikuti. Buku menu diletakkan di hadapan gadis yang berlagak diva itu.
“Nak pesan apa?”
Azirah menyelak satu per satu helaian buku menu tersebut. Keningnya terjongket seketika. Buku itu terus ditutup dan ditolak kembali. “Nevermind. I tak ada selera. Makanan dekat sini terlampau murah. Tak kena dengan selera I. ” Sengaja perkataan ‘murah’ itu ditekan.
Amira terdiam. Buku menu kembali dicapai lalu dipeluk rapat ke dada.
“Oh ya, tolong panggil owner kafe ni,” suruhnya bernada angkuh.
“Ada apa ya?” tanya Amira ingin tahu. Dari sudut pandangannya, dia dapat lihat gadis itu mahu mencari fasal dengan majikannya itu.
“You tak payah sibuk boleh tak? I suruh you panggil tu, panggil jelah. Susah sangat apahal? Ingat sikit yang you tu cuma pekerja bawahan,” hina Azirah tidak berlapik.
Terguris hati Amira. Kelopak matanya mula terasa panas dek air mata. Segera kepalanya ditunduk. “Saya akan panggilkan sekarang. Sila tunggu sekejap,” balas Amira, bergetar. Langkahnya dihayun menuju ke bahagian dapur.
Dari jauh dia sudah dengar sayup-sayup gelak tawa Qayyum dan Janna. Amira terus mendekati mereka. Senyuman cuba ditayang bagi menutup keruh di wajahnya.
“Eh Amira, ada pesanan?” soal Qayyum memandang tepat ke wajah itu bersama senyuman. Melihatkan wajah itu yang agak suram, senyumanya mati. Syafiq juga terdiam memandang Amira. Qistina masih lagi di hadapan melayan pelanggan.
Janna mengerutkan dahinya. Bahu gadis itu diusap lembut. “Amira… Amira okey?”
Amira tersenyum kecil seraya menganggukkan kepalanya. “Ada seorang pelanggan ni nak jumpa Janna.”
“Nak jumpa? Ada apa?” soal Janna.
“Hurm, tak tahu. Tapi dia kata, dia nak jugak jumpa dengan Janna,” jawab Amira.
Janna terdiam beberapa saat sebelum menganggukkan kepalanya. “Okey. Amira rest. Pelanggan tu kat mana?”
“Meja nombor 8.”
Janna angguk sekali. “Qayyum, Syafiq, sambung kerja ya.”
Masing-masing akur tanpa sebarang bantahan. Janna segera melangkah keluar dari ruangan dapur itu. Meja nombor 8 yang dimaksudkan Amira tadi didekati.
“Hai, saya Janna. Staf saya beritahu yang cik nak berjumpa dengan saya. Ada apa ya?”
Azirah memanggung kepalanya. Bibirnya mengoyak senyum sinis. Penampilan gadis itu ditilik dari atas ke bawah.
“So… you lah Janna ya?”
Janna angguk sekali sambil tersenyum.
“Yang dah ganggu kekasih orang.” Sambung Azirah lagi.
Serta merta senyuman di bibir Janna pudar. Terkaku dia seketika. Hanya lensa matanya masih setia memandang wajah itu.
“Terkejut ke?” soal Azirah, menyinis.
“Maaf, saya tak faham apa yang cik cuba cakapkan ni.”
“Duduk dulu,” arah Azirah memandang ke sebuah kerusi yang terletak bertentangan dengannya.
Janna hanya akur. Punggung dihenyak di atas kerusi. Buat beberapa detik, suasana sepi. Suara pelanggan lain di kafe itu bagaikan turut lenyap.
“Berhenti ganggu Taufiq.” Tegas suara Azirah.
Janna terkejut.
“Jangan ganggu dia lagi. Dia tu boyfriend I. Jangan cuba nak rampas dia dari I.”
“Cik… cik dah salah faham ni. Saya dan Taufiq tu tak ada apa-apa. Betul…” balas Janna.
Azirah tertawa perlahan. Sinis.
“Berapa kau nak?” soal gadis itu.
Janna termangu. “Nak apa?”
“You jangan pura-pura bodohlah. Macamlah I tak tahu yang perempuan macam you ni, hanya nakkan dia sebabkan harta je, kan? Dasar perempuan murahan,” hina Azirah tanpa sedikit pun rasa berdosa atas percakapannya itu.
Zuzzzzz…
Bagaikan ada sebilah pisau yang menikam tepat ke jantung Janna ketika itu. Sakit. Wajah gadis yang baru saja menghina maruahnya sebentar tadi, direnung dalam.
“Cik, tolong jangan hina saya macam tu sekali.” Nada suara Janna turut berubah.
“Oh yeah? Why? Ter… sentap ek?” balas Azirah lalu tertawa.
Janna hanya diam. Hati dipujuk agar terus bersabar. Penumbuk yang sudah siap dikepal ditahan agar tidak melakukan sebarang serangan terhadap gadis itu.
“Tell me, berapa you nak?”
“Saya. Tak. Nak. Duit. Cik. Tu,” balas Janna sepatah-sepatah. Jelas di riak wajahnya tegang. Namun disabarkan jua hati yang semakin menggelegak panas bak gunung berapi yang hanya menunggu masa mahu melepaskan lavanya.
Azirah diam dulu. “Fine. Please stay away from my boyfriend. Jangan cuba-cuba untuk jadi perampas.”
Janna tidak membalas sebaliknya hanya mengangguk tanda faham. Azirah kemudiannya bangun lalu terus mengatur langkah keluar dari kafe itu.
Janna menghela nafas ringan.
Kenapa di saat hatinya mula terdetik untuk cuba dibuka buat lelaki itu, hadirnya orang lain di antara mereka, meruntuhkan segalanya?
“Janna, Janna okey?” tanya Qistina. Bukan dia tidak perasan akan ketegangan yang berlaku sebentar tadi.
Janna terkejut. Cepat-cepat satu senyuman diukir di bibirnya. Menyembunyikan rasa hati yang bagai tersiat oleh sebilah pisau.
“Janna okey. Sambung kerja ya.” Janna bangun lalu melangkah semula ke bahagian dapur. Dia harus lupakan tentang ketegangan tadi. Wajah Taufiq dan gadis tadi, diusir sejauh mungkin. Biar sampai ke Laut China sekalipun, asalkan dia tidak ingat lagi kedua-dua wajah itu!
TAUFIQ termenung di bibir kolam. Jarinya masih ligat bergerak di tali gitar namun mindanya melayang mengingatkan si kekasih hati tak rasminya itu. Rindu. Hatinya sarat menanggung rindu.
“Baby.”
Satu suara menegurnya membuatkan lamunannya seketika tadi berderai. Kepala didongak memandang si empunya suara.
“Oppa… Awal balik?” Senyuman diukir di bibir. Taliq membalas senyuman si adik sebelum punggung dilabuhkan di sebelah Taufiq.
“Ya awal sikit. Letih lama-lama kat hospital. Baby okey ke? Termenung jauh nampak. Ada apa?” soalnya.
“Tak ada apa lah.”
“Tak payah tipulah. Oppa kenal Baby lama dah,”ujar Taliq lalu membuang pandang ke langit malam yang indah ditaburi bintang.
Taufiq senyum.
“Oppa pernah tak rasa rindu dengan seseorang?” tanya Taufiq sambil memandang sisi wajah si abang.
“Ni mesti tentang Janna, kan? Baby rindu dia ya?” tembak Taliq.
Taufiq lepas tawa kecil seraya menganggukkan kepalanya. “Ya. Sangat.”
“Baby kena pikat dia. Usaha tu penting. Jangan pernah give up walau sekali. Faham?”
“Faham. I will try my best. Insya-Allah, she will be mine one day,” balas Taufiq.
“Good boy.”
Suasana sepi buat seketika. Masing-masing leka melayan perasaan sendiri. Angin malam yang sejuk sedikit pun tidak membuatkan mereka mahu melangkah masuk ke dalam rumah.
“By the way, who is Shaza?”
“Uhuk! Uhuk!”
Taufiq toleh tatkala mendengar si abang yang sudah terbatuk-batuk. Kening sebelahnya diangkat tinggi. Tu baru tanya siapa pemilik nama. Dah sampai batuk macam tu sekali. Haihlah…
“Kawanlah,” balas Taliq setelah batuknya reda. Wajah si adik enggan di tatap. Pandangannya dibuang ke dalam air kolam berwarna biru itu.
Taufiq lirik senyum. “Kawan biasa ke, kawan mesra terlebih mesra, hmm?”
“Eh, Cutie mana ek? Oppa baru ingat. Tadi dia macam ada panggil. Dah lah ya. Got to go.” Taliq bingkas bangun meninggalkan Taufiq sendirian di situ. Tak betah dia berlama-lama dengan si adik. Mahu terbongkar semua rahsianya.
Taufiq hanya ketawa. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam poket seluar. Lama sebaris nombor itu direnung.
“Nak call ke tak?”
Selang 5 minit berlalu, dia kembali memasukkan telefonnya ke dalam poket. “Esok jelah jumpa dia kat kafe.”
BULAT mata Nuri sebaik saja habis mendengar cerita dari kawan baiknya itu. Penumbuk dikepal. Kalau gadis yang menyerang sahabatnya itu ada di hadapannya kini, memang jadi punching bag dah.
“Tak gunalah perempuan tu! Senang-senang dia je nak serang kau,” kata Nuri bersama nada suara penuh geram.
Janna tersenyum kecil. Air milo ais di hadapannya, disedut perlahan.
“Kau tak bagitau Taufiq?”
Janna geleng. “Untuk apa? Aku dah penatlah. Sejak Taufiq tu hadir dalam hidup aku, aku rasa macam… hidup aku kucar-kacir.”
“Ni bukan salah Taufiq, Janna. Perempuan tu tak betul dah agaknya. Datang-datang, cakap kau macam-macam. Eii, kalaulah aku ada tadi, memang makan kasut dia tu.”
“Tak apalah, Nuri. Aku dah cakap, orang macam aku ni tak layak berdiri sama tinggi dengan orang macam Taufiq tu,” balas Janna tak bernada.
Nuri terdiam.
“Aku share dengan kau ni sebab kau kan kawan baik aku? Kawan aku dunia dan akhirat.”
Nuri mencapai tangan Janna lalu digenggam erat. Anak mata sahabatnya itu direnung dalam.
“Aku janji dengan kau, selagi aku masih hidup, aku akan ada dengan kau. Tak kira apa pun yang terjadi. Hanya ajal maut saja yang boleh pisahkan kita berdua.” Janji Nuri.
Janna tersenyum. Sungguh hatinya dijentik sebak mendengar omongan dari Nuri itu. Tubuh gadis itu dipeluk erat. “Kau janji tau.”
“Ye aku janji. Aku sayang kau sampai bila-bila,” balas Nuri.
“Kalau macam tu, kau belanja ya…”
Nuri terus meleraikan pelukkan. “Aku jugak?” Jari naik menuding ke arah diri sendiri.
“Ala… Mamak je pun. Bukan hotel 5 bintang pun, kan? Boleh ek… Please…” Mata dikedipkan beberapa kali.
Nuri mencebik. “Okey. Fine.”
“Yeay! Thank you. Sayang kau. Jom balik. Marah ami aku karang.”
“Okey, jom. Aku pun penat. Nak tercabut badan aku ni,” balas Nuri sebelum mereka sama-sama bergerak menuju ke kaunter pembayaran.
Share this novel