BAB 12 MC

Romance Series 12737

FIKIRANNYA menerawang jauh mengingati gadis yang telah berjaya mencuri sekeping hati miliknya sejak beberapa minggu yang lalu. Jujur dia katakan, setiap detiknya ditemani dengan bayangan gadis itu. Dan-dan lah bibirnya melengkung senyum.

PAP!

Tak fasal-fasal pehanya menjadi mangsa kekejaman kakaknya itu. Habis retak lamunannya seketika tadi. Wajah kakaknya yang duduk di sisi direnung tak puas hati.

“What?” soal Thaniha tanpa sedikit pun rasa bersalah. Taliq serta kedua orang tuanya hanya menjadi pemerhati. Kepala digeleng sekali. Sehari kalau tak gaduh, memang tak aman hidup mereka berdua ni agaknya.

“Suka kacau Baby.” Cemberut wajah Taufiq. Majalah yang telah selamat landing di atas karpet berbulu lembut itu diambil lalu dibelek perlahan. Ketika ini, mereka sekeluarga sibuk membincangkan hal majlis pertunangan si kakak.

“Biarlah. Dah kepala otak tu duk melayang macam layang-layang. Mana orang tak geram?” bidas Thaniha.

“Sudah-sudahlah tu… Cutie… Baby…” Puan Maryam menggelengkan kepalanya. Pening dengan sikap kedua-dua orang anaknya itu. Nasib baik yang sorang tak join sama.

“Baby tu!”

“Cutie tu!”

Serentak Taufiq dan Thaniha menunding jari sesama sendiri. Tajam renungan mereka berdua berlaga mata untuk seketika.

“Ya Allah… Cutie. Enough. Baby, diam.” Tinggi nada suara Encik Aznil. Penat mahu melayan sikap kebudak-budakkan anak-anaknya itu.

Sepi.

“Cutie dah pilih ke baju warna apa?” soal Taliq cuba menenangkan keadaan yang sedikit tegang tadi.

“Hmm… Cutie ada dua warna sebenarnya… Tak tahu nak warna apa… Mama, rasa warna pink or warna purple?” majalah baju pengantin itu ditolak ke Puan Maryam.

“I think, pink… Abang rasa okey ke?” majalah itu dihulurkan kepada si suami pula.

“Okey. Ni, Rayyan bila balik Malaysia? Last flight dia bila?” soal Encik Aznil seraya merenung wajah anak sulungnya itu.

“Hmm… Dia last flight minggu depan. Pergi Dubai. Lepastu cuti around 3 days like that. Nak dekat kahwin nanti dia ambil cuti 2 minggu. Tu perancangan awallah. Kalau tak ada yang menghalang. Dia kan pilot.”

Encik Aznil hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Baby, can you be my…”

“Photographer?” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Taufiq lebih pantas memotong. Dia mengukirkan sengih lalu kepala diangguk sekali.

“Boleh?”

“Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula. If I said no sekalipun, it will be yes in the end,” balas Taufiq lalu bebola mata dipusing ke atas. Majalah itu ditutup dan diletakkan di atas meja kopi.

“Good. Thank you Baby! I love you!”

“I hate you.” Perlahan nada suaranya. Thaniha mencebirkan bibirnya. Telefon dicapai lalu dibelek seketika.

“Actually… I have something to say.”

Empat pasang mata kini sudah tertumpu kepada Taufiq. Ada yang mempamirkan garis halus di dahi, ada yang berwajah kosong, ada juga yang seolah tak kesah, dan itu sudah semestinyalah Cutie a.k.a Achrina Mahira Thaniha.

“I… Actually I’ve fall in love with someone.”

PUP!

PAP!

DUM!

BURST!

Bermacam bunyi keluar. Majalah terlepas, telefon terjatuh dan air tersembur. Taufiq hanya memandang wajah sorang demi sorang ahli keluarganya itu.

“Are you kidding?”

“Baby tak pernah fall in love!”

“Nak bercakap soal perempuan pun payah.”

“Nak prank tu agak-agaklah.”

“Stop it. I’m not kidding! I’m serious,” balas Taufiq.

“Tapi dengan siapa?” tanya Encik Aznil mewakili yang lainnya.

Taufiq mencapai telefon pintarnya lalu jari dinarikan di skrin telefon. Telefon iphone itu kemudiannya diletakkan di atas meja kopi. Masing-masing memanjangkan leher untuk melihat wajah gadis yang telah pun berjaya mencuri hati seorang Achbar Muhammad Taufiq.

“Wait… If I not wrong… Is this… Nur Khalisya Hijannah? Owner of D’love Café?” tanya Thaniha.

“Yes… She is,” balas Taufiq, mengiyakan.

Suasana menyepi. Hanya anak mata masih setia terpaku kepada Taufiq.

“Macam mana nak pikat perempuan?” sorang demi sorang wajah di situ di tatap seketika. Berharap agar dia mendapat jawapan kepada pertanyaannya itu.

“Pikat dari hati, Taufiq. Kalau betul dia jodoh kamu, tak lari gunung di daki,” kata Encik Aznil lalu disambut dengan anggukan dari si isteri.

“Baby trylah slow-slow. Lama-lama, terpikatlah dia,” balas Thaniha pula. Wajah si adik menjadi tatapan matanya kini.

Taufiq tidak membalas. Hanya anggukan diberi sebagai balasan. Dia juga berdoa agar usahanya untuk memiliki gadis idamannya itu terkabul.

 

“ARGH!”

Dia jatuh terduduk. Telapak tangan yang terasa pedih dek bergeser dengan batu jalanan dipandang seketika sebelum anak matanya naik memandang wajah Aidan.

“Apa yang kau nak lagi ni, Aidan!” jerit Janna seraya merenung wajah lelaki itu.

Aidan tertawa. Perlahan dia menghampiri bekas kekasihnya. Tubuh direndahkan lalu dia mencangkung di hadapan gadis itu. Wajah ayu kekasih lamanya direnung beberapa kali sebelum dia melepaskan tawa kecil.

“Kau memang tak berubah, Janna. Masih kekal cantik macam dulu lagi,” balas lelaki itu lalu melirik wajah kekasih lamanya dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Janna telan liur. Dia mengesot cuba menjauhi lelaki itu namun belum sempat dia berbuat sedemikian, pergelangan tangannya sudah pun berada di dalam genggaman lelaki itu.

“Lepaslah! Aidan!” dia meronta. Sungguh dia berasa amat takut dan dia berharap agar ada seseorang menjadi penyelamatnya. Mata diliarkan ke kawasan sekitar namun apa yang dia lihat hanya gelap yang disinari cahaya lampu suram dari tiang elektrik di tepi jalan. Kawasan itu sepi tanpa seorang mengunjung pun yang ada di situ.

“Tolong! Tolong!” jeritnya bila tubuhnya ditarik kasar oleh Aidan.

“Diam, Janna!” marah Aidan. Tajam renungan matanya memandang ke wajah gadis itu.

“Lepaskan aku lah Aidan! Sakit!”

BUK!

Entah dari siapa tumbukan itu dilepaskan tepat mengenai sisi wajah Aidan membuatkan lelaki itu jatuh terduduk. Janna laju menoleh memandang ke arah sesusuk tubuh lelaki yang dalam kesamaran malam. Mata dikecilkan cuba untuk mengecam wajah itu.

“Jangan kau berani untuk sentuh dia!”

Berkerut dahi Janna apabila mendengar suara itu. Seolah pernah dia dengar sebelum ini tapi di mana dan siapa? Otak dikerah untuk memadankan nama dengan setiap orang kenalannya. Seminit kemudian, dia mula menemui jawapan kepada persoalannya sebentar tadi.

“Taufiq!”

Taufiq menoleh memandang ke arah gadis itu. Senyuman diberi kepada gadis idamannya.

“Argh! Tak guna! Kau siapa?” tengking Aidan lalu bingkas bangun. Wajah Taufiq dipandang benci.

Taufiq hanya menayang riak wajah tenang. Tangan di bawa menyilang ke dada sambil anak mata terus dipaku memandang ke arah lelaki itu. Senyuman senget meniti di bibir.

“Aku bakal suami dia. Kau pulak siapa?” sinis nada suara Taufiq ketika itu.

Janna yang mendengar tersentak. Laju kepalanya menoleh memandang tepat ke wajah Taufiq, namun Taufiq langsung tidak menoleh memandangnya. Anak mata lelaki itu masih kekal setia di wajah Aidan.

“Aku kekasih dia!” balas Aidan.

“Bekas!” tekan Janna. Jelingan diberi kepada lelaki itu.

“Argh! Tak kesahlah! Aku nak dia!” laju dengusan nafasnya. Berombak-rombak dadanya ketika itu. Taufiq tidak membalas sebaliknya tangan gadis itu ditarik lalu segera beredar dari situ.

Janna yang terpinga-pinga hanya mengikut ke mana saja langkah lelaki itu. Sempat dia menoleh memandang wajah tak puas hati Aidan.

“Taufiq…” panggilnya namun lelaki itu tidak menghentikan langkah.

“Taufiq…” serunya lagi.

“Taufiq!”

Dia tersedar dari tidur. Laju nafasnya memandang sekitar bilik yang gelap ditemani dengan cahaya dari lampu tidur. Terkebil-kebil matanya.

“A... aku mimpi ke?” soalnya sendiri.

“Astaghfirullahalazim… Ya Allah… Kenapalah aku boleh mimpi Aidan… dan Taufiq? Macam manalah dia boleh sangkut dalam mimpi aku ni?” Wajah diraup seketika. Berkali-kali dia berzikir cuba menenangkan hatinya. Terimbas kembali kejadian mimpinya itu.

Seketika matanya turun memandang pergelangan tangannya. Lama dia merenung sebelum mengusapnya perlahan. Bagai terasa genggaman Taufiq yang menariknya menjauhi Aidan sebentar tadi.

“Allahuakhbar…” Mata dipejam seketika. Wajah Taufiq dan Aidan bersilih ganti meniti di mindanya.

Mata kembali dibuka lalu diliarkan memandang ke arah jam dinding yang tergantung. Waktu sudah pun menghampiri ke waktu subuh. Dia lekas bangun lalu membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan.

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience