Series
12737
SUARA gelak tawa dari kanak-kanak di situ menceriakan suasana di dalam kelas. Ada yang sibuk bermain, ada yang sibuk membaca dan ada juga yang sibuk dengan hal sendiri. Guru yang memantau tersenyum saja melihat keletah kanak-kanak kecil itu.
Taufiq mengambil dua buah buku cerita dari atas rak lalu dibawa ke mejanya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Salah satu buku di tangannya itu ditolak pada gadis yang duduk di sisinya.
“Ni untuk awak.”
“Terima kasih, Topiq…” balas gadis itu seraya mengukirkan senyum.
Taufiq angguk lalu tersenyum. Tangannya naik menopang dagunya. Anak matanya tepat merenung gaids yang sedang leka membaca buku cerita yang dibawanya tadi.
Tiba-tiba saja gaids itu memalingkan wajah memandang Taufiq. Berkerut dahinya. “Kenapa awak pandang caye macam tu?”
“Sebab awak comel,” balas Taufiq.
“Iya ke?”
Taufiq angguk sekali. “Saya sayangkan awak sangat-sangat.”
“Caye pun cayangkan awak, Topiq. Sampai Jannah! Macam nama caye. Nur Khalisya Hijannah!” balas gadis itu sambil tertawa riang.
“Nur Khalisya Hijannah…”
“NUR KHALISYA HIJANNAH!”
Taufiq tersedar dari lenanya. Terpinga-pinga seketika dia di atas katil itu. Perlahan tubuh diangkat supanya duduk. Wajah diraup sekali.
“Allahuakhbar… Allahuakhbar… Allahuakhbar…”
“Ya Allah…” Nafas dihela perlahan. Peluh yang merenik di dahinya itu diseka.
“Nur Khalisya Hijannah?”
“Janna? Budak perempuan tu, namanya Janna?”
“Orang yang sama atau berbeza?” soal Taufiq sendirian.
“Janna, kalau betul awak dan dia adalah orang yang sama, akhirnya saya dah jumpa awak, Janna. Selama ni kita dekat sangat. Saya harap awak ingat saya lagi. Dan perasaan sayang saya dulu, dah bertukar jadi perasaan cinta yang tak terhingga.”
AZIRAH memberhentikan keretanya di hadapan rumah agam itu. Bibirnya melengkung senyuman sebelum tubuh langsingnya dibawa keluar dari dalam perut kereta. Rambutnya dibetulkan sedikit sebelum mengorak langkah menuju ke pintu utama rumah itu.
Tok! Tok! Tok!
Tak lama itu, pintu dibuka oleh Taliq. Berlapis dahinya memandang wajah itu. “Ya? Cari siapa?” soal Taliq.
“Hai. You mesti Taliq, abang Taufiq, kan?” tanya Azirah.
Taliq hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Penampilan gadis itu ditilik dari atas ke bawah. Pakaian menjolok mata yang tersarung di tubuh gadis itu membuatkan dia menggelengkan kepalanya.
“Taufiq ada kat rumah?” tanya Azirah. Kepala dipanjangkan sedikit untuk melihat ke dalam rumah.
Belum pun sempat Taliq mahu mejawab, suara Thaniha terlebih dahulu kedengaran. “Ada apa you cari adik I?” Wajah Azirah itu direnung. Tangannya naik menyilang ke dada. Kalau mama dan papanya tak ajar dia supaya beradab, memang di hadiahkan sepakkan padu ke wajah gadis ini. Pakaian dia sungguh menyakitkan mata!
“I nak jumpa dia.”
“Ada apa ni?” soal Taufiq, hairan. Dia memandang seketika wajah kakak dan abangnya sebelum beralih ke wajah tetamu yang datang ke rumahnya itu. Dahinya berkerut. Lama anak matanya memandang wajah Azirah yang sedang tersenyum gedik.
“I miss you, baby…” Tangannya cuba mencapai tangan Taufiq namun Thaniha segera menepisnya. Lengan si adik ditarik lalu dia berdiri di hadapan Taufiq. Lensa matanya tajam memandang wajah Azirah. Taliq di sebelah hanya diam membisu.
“Siapa you nak sentuh-sentuh adik I?”
“I girlfriend Taufiq,” balas Azirah.
“Ooo… Girlfriend? Seriously?” Thaniha menghamburkan tawanya, kuat. Si adik di belakang dikerling seketika. Kepala digeleng beberapa kali. Bahu Azirah itu ditunjal sehingga gadis itu terundur beberapa langkah ke belakang.
“Kalau you girlfriend adik I, I sebagai kakak dia memang tolak you mentah-mentahlah. Tak hingin I nak ada adik ipar macam you. Kaya tapi pakaian macam orang miskin. Heh, orang miskin pun pakaian dia orang lagi herlok dari you tau?” sindiran Thaniha membuatkan wajah Azirah kemerah-merahan menahan marah. Mencerlung anak matanya menatap sepasang anak mata milik kakak Taufiq itu.
“Dia milik I!” jerit Azirah.
“Dia milik I! Dia I yang punya. You langsung tak ada hak ke atas dia! I kakak dia. I lebih berhak. You balik sekarang sebelum I sumbat mulut you dengan heels ni,” kata Thaniha seraya mencapai heels miliknya yang tersusun di atas rak kasut.
“Buatlah!”
Melihatkan Thaniha yang sudah cuba mahu mendekatinya, lekas-lekas Azirah mengundur ke belakang. Taliq dan Taufiq segera menahan lengan Thaniha. Kakak mereka itu bukannya boleh dibawa main. Apa dia kata, betul-betul dia akan buat.
“Kau balik sebelum aku jadi hulk kat sini!” marah Thaniha sambil mengacu-acu kan heelsnya itu.
Azirah melepaskan dengusan kasar sebelum kaki dihayun mendekati keretanya semula. Tubuh diboloskan masuk ke dalam perut kereta. Sebal hatinya. Pedal minyak ditekan lalu kereta meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah kelaurga Taufiq itu.
“Tau pun takut! Datang tak dijemput, ada hati nak buat masalah.”
“Sabar, cutie. Sabar. Tarik nafas, hembus…” kata Taliq, cuba menenangkan si kakak yang dah serupa hulk bila berada dalam keadaan marah.
“Ya. Sabar. Dia dah pergi dah pun. Cutie tak payah marah-marah lagi, okey? Dah, pergi masuk. Nanti baby balik, baby belanja kfc.”
“Serius?” soal Thaniha. Wajah si adik itu dipandang. Terbias bintang-bintang kecil di dalam matanya.
Taufiq ukir senyum sebelum menganggukkan kepalanya sekali. “Ya. Nanti balik baby belikan. Baby nak kena pergi studio ni. Dah lewat. Oppa tak pergi hospital?” Tangan Thaniha dan Taliq disalam dan dikucup.
Taliq geleng.
“Harini cuti. Pergi studio hati-hati. Jangan nak bawak kereta tu laju-laju,” pesanan Taliq disambut anggukan dari Taufiq.
“Baby pergi dulu. Assalamualaikum.”
JANNA duduk termenung di dalam bilik kerjanya. Laptop yang masih menyala hanya dipandang sepi. Jiwanya kosong. Mindanya melayang jauh memutarkan satu suara yang membuatkan dirinya bagaikan tidak tenang.
“Saya jatuh cinta kerana hati awak, Janna. Bukan kerana awak cantik. Hati awak. Hati awak berjaya buat saya jatuh cinta. Saya cintakan awak ikhlas. Tak pernah saya rasa perasaan ni pada mana-mana wanita pun sebelum ni.”
“Ya saya tahu, awak tak suka saya. Tapi sebab saya yakin awak jodoh saya, saya terus kejarkan awak tanpa henti walau awak tolak saya berkali. Sebab cinta saya tulus, Janna. Dalam setiap doa saya, tak pernah lupa saya memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Dan ya, jawapannya dapat saya tahu bila hari demi hari, nekad saya untuk jadikan awak sebagai pasangan halal saya tu semakin kuat hatta awak tolak saya, marah saya, tapi tu semua tak sedikit pun runtuhkan nekad saya tu.”
Mata dipejam rapat tatkala suara itu tak henti mencucuk setangkai hatinya. Dia sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Cinta? Adakah dia sudah bersedia untuk perasaan itu setelah dulu pernah dikecewakan?
Ketukan di pintu bilik itu membuatkan Janna kembali membuka mata dan menegakkan tubuhnya. “Ya, masuk.”
Nuri melangkah masuk dengan senyuman manis di bibirnya. Daun pintu dirapatkan sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak bertentangan dengan Janna. Wajah sahabatnya itu direnung lama.
“Kau ada masalah?” tebak Nuri.
Janna hanya diam.
“Masalah kau dengan Taufiq, kan?” teka Nuri lagi.
Anak mata Janna merenung lama wajah Nuri. Lambat-lambat kepala diangguk sebagai jawapan. “Macam mana kau tahu?” tanya Janna. Belikat disandarkan ke belakang.
“Aku kenal kau dah lamalah, Janna. Kau soroklah macam mana pun masalah kau tu, aku tetap akan tahu jugak.”
Janna diam dulu. Pandangan dilarikan seketika.
“Aku nak tanya kau sikit.”
“Apa dia?” soal Nuri.
“Apa pendapat kau kalau, kalaulah. Kalau aku terima Taufiq dalam hidup aku?”
“Kau sayang dia?”
Sepi.
Nuri senyum. Tubuh dibawa dekat ke meja kerja gadis itu. “Kau tahu kan perasaan cinta tu macam mana? Kau sendiri pernah laluinya dulu. Perasaan cinta tu takkan muncul tanpa kehadiran rasa sayang dalam hati. Maksud cinta ni banyak. Cinta kita pada ibu bapa. Pada kawan-kawan. Cinta dan sayang adalah satu perasaan yang saling berkait rapat. Kita yang kena kenal pasti macam mana perasaan cinta kita tu pada seseorang. Cinta sebagai teman? Atau cinta yang lebih dari seorang kawan.”
Janna terdiam. Otaknya mula memproses bait-bait ayat yang lahir dari bibir Nuri itu. Cinta yang lebih dari seorang kawan?
JARUM jam telah pun merangkak ke angka 10. Bulan dan bintang terang menghiasi langit malam yang kelam. Janna mengunci pintu kafenya sebelum membuka langkah menuju ke lot parkir. Mindanya terus memutarkan kenangan sewaktu dia pulang lewat beberapa bulan yang lalu. Dia terasa dirinya diikuti oleh seseorang dan ketika itu juga, Taufiq muncul bagaikan seorang hero. Bibirnya mengulum senyum serta-merta. Anak matanya menoleh memandang ke arah studio milik lelaki itu. Gelap. Mungkin Taufiq sudah pun pulang.
Baru saja dia mahu menarik pemegang pintu kereta, tiba-tiba saja ada satu tangan menarik lengannya dengan kuat sehingga terdorong ke belakang dia dibuatnya. Lengannya terus ditarik kasar oleh lelaki berhud hitam itu.
“Argh! Lepaslah!” jerit Janna lalu cuba menarik kambali lengannya dari genggaman tangan lelaki itu namun usahanya hanya sia-sia bila lelaki itu semakin mengemaskan cengkamannya. Tubuhnya terus diheret sehingga ke belakang bangunan. Lorong itu sunyi tanpa ada kehadiran sesiapa di situ membuatkan Janna semakin takut. Tubuhnya tersandar rapat ke dinding.
“Lepaslah! Awak nak apa?” soal Janna dengan nada yang bergetar. Nak menjerit, tiada siapa yang lalu-lalang di lorong sunyi begitu. Pekerja-pekerjanya juga sudah dua jam lepas pulang ke rumah masing-masing. Dia pula terpaksa pulang lewat kerana perlu menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh.
“Nak kau.”
Janna tersentak tatkala suara itu menyapa gegendang telinganya. Bebola matanya naik merenung wajah yang terselindung di sebalik hud dikepalanya itu. Seketika, dia tergamam.
“Ai… Aidan?”
Aidan tersenyum senget sebelum tangannya menolak hud di atas kepala. Wajah Janna yang jelas ketakutan itu diusap lembut menggunakan jari-jemarinya.
“Ya, sayang. Miss me, hmmm?”
Janna laju menepis tangan Aidan lalu dada lelaki itu ditolak dengan kuat. “Jangan sentuh aku, Aidan! Kau nak apa datang sini lagi, hah? Aku dah cakap kan, yang aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi!” Pic suara Janna meninggi. Marah dan takut bercampur menjadi satu.
Aidan ketawa sinis. Kepala digeleng beberapa kali.
“Janna… Janna… Kan aku dah cakap, kau milik aku selamanya? Takkan ada orang yang dapat miliki kau selain aku.”
“Kau memang dah gila, Aidan!” Dia mahu berlari pergi namun tubuhnya ditarik dan ditolak kuat ke dinding oleh Aidan. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa sakit akibat terhentak.
Aidan menahan kedua-dua belah tangan Janna itu dan mengunci setiap pergerakan Janna. Dia tersenyum sini. Wajah Janna yang hanya beberapa inci jauh dari wajahnya itu direnung dengan pandangan yang tajam.
“Lepas! Tolong! Tolong!” jerit Janna, kuat. Dia sangat berharap akan ada yang datang menyelamatkan dirinya. Air mata mula bertakung di tubir matanya.
“Jeritlah sepuas-puasnya. Takkan ada yang dapat dengar suara kau pun, Janna,” bisik Aidan lalu melepaskan tawanya.
“Tolonglah… jangan buat aku macam ni. Lepaslah…” rayu Janna. Lututnya sudah terasa lemah. Dia tak mampu untuk melawan kudrat Aidan yang jauh lebih kuat berbanding dirinya.
Baru saja Aidan mahu merapatkan bibir mereka, satu tumbukan melayang ke pipinya membuatkan dia terjelopok jatuh. Janna yang terkejut laju menoleh ke kiri. Bagaikan terhenti seketika detak jantungnya bila melihat Taufiq yang berada di situ. Dia segera berlari mendekati lelaki itu dan berdiri di belakang Taufiq. Tubuhnya menggeletar kerana perasaan takut.
Aidan perlahan-lahan bangun. Matanya mencerlung tajam memandang wajah Taufiq. “Kau apahal, huh? Datang-datang terus tumbuk orang! Nak cari gaduh ke?” tengking Aidan, tak berpuas hati.
“Kau yang cari gaduh! Kau nak buat apa dengan Janna? Kau nak buat perkara tak elok kat dia, kan?” sinis nada suara Taufiq. Dia bersyukur sangat apabila beg kamera yang selalu dibawa tiba-tiba tertinggal di studio. Rupanya ada hikmah di sebaliknya.
“Kalau ya pun, tu bukan urusan kau!”
“Dia urusan aku! Selamanya urusan aku,” balas Taufiq dengan nada tegas. Anak matanya tajam menikam seraut wajah Aidan.
Aidan lepas tawa sini. “Lepaskan dia. Dia milik aku selamanya. Dia pun tak pernah terima kau dalam hidup dia, kan?”
“Lelaki sejati takkan pernah menyerah sebelum tewas tersungkur.”
Tak menunggu lama, Aidan terus meluru ke arah Taufiq. Tangan diangkat tinggi ingin menumbuk wajah Taufiq, namun Taufiq lebih pantas menahan tangannya dan menolak tubuhnya sehingga melanggar tong sampah hijau yang terletak tidak jauh dari mereka.
Janna yang memerhati terkejut lalu mengundur beberapa langkah ke belakang. Tidak pernah dia berada di dalam situasi begini. Gigil di tubuhnya semakin kuat.
“Kau memang tak guna!” Aidan bingkas bangun dan berlari ke arah Taufiq. Kakinya diangkat tinggi. Taufiq dengan laju mengelak membuatkan Aidan menendang shutter yang berada di belakang Taufiq dan menghasilkan bunyi yang bingit. Taufiq menarik baju Aidan lalu tumbukan bertubi didaratkan pada abdomen Aidan. Tubuh Aidan yang sudah tidak bermaya itu ditolak kasar lalu jatuh.
“Masih nak lawan ke?” soal Taufiq, sinis. Senyuman senget terlakar di dua ulas bibirnya.
Aidan melepaskan dengusan kasar. Perutnya terasa senak dek tumbukan Taufiq itu. “Kau tunggu nasib kau, Taufiq,” kata Aidan sebelum mengatur langkah meninggalkan kawasan itu tanpa berpaling lagi.
Taufiq hela nafas ringan. Tubuh dibawa pusing ke belakang. Wajah Janna yang masih terpinga-pinga dengan kejadian tadi dipandang. Perlahan dia mengatur langkah mendekati gadis itu. “Are you okay, Janna?” soal Taufiq dengan nada suara yang lembut.
Janna terdiam lama sebelum kepala dijatuhkan beberapa kali sebagai jawapan. “Terima kasih, Taufiq. Awak dah selamatkan saya. Kalau awak tak ada tadi, saya tak tahulah apa yang dah jadi kat diri saya sekarang.”
Taufiq ukir senyum.
“Semua Allah dah takdirkan. Saya tertinggal beg kamera kat studio. Allah gerakkan hati saya untuk pusing ke studio balik walaupun saya dah nak sampai kat rumah dah time tu.”
Janna diam. Telapak tangannya yang terasa sejuk digosok perlahan.
“Dah. Jangan takut lagi , okey? Jom saya teman awak ke kereta.” Baru saja Taufiq mahu mengatur langkah, pergelangan tangannya ditahan membuatkan langkahnya terhenti. Wajah Janna kembali ditatap.
“Taufiq.”
“Ya?”
“Masih ada ruang?” soal Janna. Anak mata mereka saling bertaut.
“Ruang?” Taufiq bingung.
“Ruang untuk saya dalam hati awak.”
Sebaris ayat yang keluar dari bibir gadis itu membuatkan jantung Taufiq bagaikan terhenti buat beberapa detik. Tak berkelip matanya memandang sepasang anak mata bulat milik Janna.
“Huh? Awak… awak serius ke ni?”
“Boleh saya belajar untuk mencintai awak?” soal Janna lalu menarik senyum manis.
Taufiq tersenyum lebar. Kepala diangguk beberapa kali. “Hati saya tak pernah sikit pun terpadam nama awak, Janna. Dari dulu lagi awak dah menghuni hati saya ni. Sejak kita kecil.”
Janna mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan bicara Taufiq.
“Janna, kalaulah saya cakap, kita pernah jumpa masa kita kecil dulu, awak percaya tak?” tanya Taufiq.
“Kita pernah jumpa? Kat mana?”
“Awak kawan saya, Janna. Kita berkawan baik masa zaman tadika dulu. Awak ingat tak?” Buat sekali lagi, anak mata mereka saling berbalas pandang. Lama.
Sekilas, kenangan ketika di zaman tadika menerjah kotak ingatan Janna. Walaupun kenangan itu hanya hadir samar-samar. Kepalanya tertunduk tidak percaya. Jika benar, sungguh indah percaturan Allah.
“Awak Taufiq? Budak lelaki tu?”
Taufiq menganggukkan kepalanya seraya tersenyum manis. “Ya saya. Saya mimpikan kenangan kita semalam. Dalam mimpi saya tu ada sebut nama awak. Sebelum ni saya tak ingat. Baru malam tadi saya ingat. Saya rindu awak, Janna.”
“Saya pun rindu awak, Taufiq. Saya pernah berdoa kat Allah agar kita dipertemukan kembali. Tak sangka kita dah pun dipertemukan tanpa kita sedar. Allah dah makbulkan doa kita.”
“Dan Allah pun dah makbulkan doa saya untuk menjadikan awak sebagai pasangan halal saya. Terima kasih sebab terima saya, Janna. Saya janji dengan awak, selagi nyawa saya masih ada, awak akan saya jaga sepenuh hati saya,” janji Taufiq.
“Terima kasih kat awak juga sebab masih bersabar dengan saya. Masih tunggu saya walaupun saya tolak awak berkali-kali. Maafkan saya andai saya tak cukup sempurna.”
“Tak ada yang sempurna dalam dunia ni. Kita dilahirkan dengan pasangan yang sudah ditetapkan untuk saling menyempurnakan.”
Mereka saling berbalas senyuman manis. Hati Janna mulai tenang. Tidak terasa sarat seperti hari-hari sebelumnya. Nak-nak lagi bila mengetahui yang lelaki di hadapannya itu adalah orang yang sama ingin dijumpainya semula.
Hai semua ^_^ Thank you pada awak yang sudi baca dan setia menunggu walaupun fitri lambat update. Fitri minta maaf >< Harap korang happy dengan bab kali ni heks. Tunggu ending okey. Tak lama lagi. Maybe 9 bab lagi? Maybe lah >< Sayang korang! Meh hug online *hug*
Share this novel