Series
12737
RAMBUT diikat gaya ekor kuda lalu reben berwarna putih bermotifkan bunga mawar diambil dan diikat ke kepalanya. Pelembap bibir disapu terlebih dahulu sebelum liptint pula dioleskan. Blusher disapukan sedikit di kedua-dua belah pipinya.
Seketika dia memusingkan tubuh di hadapan sebuah cermin besar di dalam biliknya. Apabila dia sudah berasa puas dengan penampilannya itu, segera beg silang digantung ke bahu. Langkah terus diatur keluar dari dalam kamarnya. Baru beberapa langkah dia menjauhi pintu bilik, dia disergah dengan suatu suara yang hadir tanpa sebarang salam. Laju kepalanya menoleh ke belakang.
Satu jelingan diberi kepada si adik. “Cuba bagi salam. Buat orang terkejut je,” balas Thaniha, bengang.
Taufiq menayang wajah kosong. Langkah di hayun mendekati si kakak.
“Cutie nak ke mana?” soalnya seraya menilik penampilan Thaniha ketika itu.
“Dating lah.”
“Nak ikut!”
“Ah tak payah nak mengada. Duduk rumah. Kacau je orang nak berdating.” Bibir dicebikkan. Tidak menunggu dengan lebih lama, terus langkah di bawa menuruni tangga menuju ke muka pintu.
Taufiq menjongketkan bahunya. Langkah terus dibawa menuju ke tingkat bawah.
Tiba saja di ruang makan, anak matanya terus menangkap dua susuk tubuh orang tua kesayangannya yang sedang duduk sambil menjamah kuih-muih sebagai hidangan sarapan pagi mereka.
“Mama… Papa…” Senyuman diberi buat Puan Maryam dan Encik Aznil.
Serentak kepala kedua-duanya terangkat memandang wajah anak bongsu mereka itu. Senyuman dibalas mesra.
“Duduk, Baby. Do you want this?” Pinggan berisi beberapa jenis kuih ditolak ke arah si anak namun Taufiq hanya menggelengkan kepalanya tanda menolak.
“Haa… Kamu tak ke studio harini?” soal Encik Aznil memandang tepat ke wajah si anak lelakinya itu.
“Nope. Harini public holiday,” balas Taufiq ringkas. Kamera DSLRnya di belek beberapa kali.
Di mana ada Taufiq, di situ jugalah kamera DSLR itu sentiasa menemani!
“Bila Baby nak bawak balik bakal menantu mama tu?”
Taufiq segera memanggung kepalanya memandang tepat ke wajah si mama yang sedang tersenyum. Sengihan diukir.
“Baby belum luahkan dekat dia lagilah mama. Dia tu macam susah untuk didekati,” luahnya perlahan. Kamera diletakkan di atas meja.
“I always told you right. Jangan pernah menyerah kalah. If you want something, try to get it. Baby putus asa?” soal Puan Maryam. Bebola matanya tunak merenung si anak.
Encik Aznil pula lebih selesa mendiamkan diri. Hanya memerhati saja kedua-dua beranak itu berbicara.
Taufiq menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“No. I don’t give up. Mama pun selalu pesan dekat Baby, Cutie dengan Oppa. Life is not to give up but to keep fighting until the times comes. Sebab tu kitorang sekarang, Alhamdulillah… Berjaya capai apa yang kitorang impikan dulu. Walaupun banyak rintangan yang kitorang dapat untuk capai impian kitorang tu. It’s same to me now. I will not give up to get her.”
Puan Maryam dan Encik Aznil tersenyum dengan semangat yang tertanam dalam setiap jiwa anak-anak mereka. Anak-anak mereka bukan jenis yang cepat mengalah sebelum mula berjuang.
LANGKAH diatur masuk ke dalam sebuah restoran western itu. Setelah melabuhkan punggung dan juga membuat pesanan menu, mereka lebih selesa berdiam diri sambil saling berbalas renungan sesama sendiri. Melepaskan segela rindu yang telah terpendam setelah beberapa minggu tidak bersua muka.
“Lama tak jumpa kan,” kata Rayyan memulakan perbualan antara mereka.
Thaniha ukirkan senyuman manis lalu kepala dianggukkan sebagai jawapan. “Orang tulah… Sibuk sangat…”
Rayyan melepaskan tawa kecil. Segera tangan gadis itu dicapai lalu digenggam erat.
“Sayang… You tahukan kerja I macam mana? I minta maaf kalau you rasa terabai,” ujarnya seraya menatap wajah kekasih yang disayanginya itu. Kerjayanya sebagai seorang juruterbang sedikit membataskan masanya untuk bersama-sama dengan gadis itu.
Thaniha merenung seketika wajah lelaki itu sebelum dia melepaskan tawanya. Genggaman tangan lelaki itu dibalas.
“You… I faham. I tak kesah. Janji you tahu jaga diri. Jaga hati, jaga mata you untuk I. Jangan nak ada skandal dengan pramugari pulak. I tahu, siap you,” ugutnya.
Rayyan ketawa lalu segera menggelengkan kepalanya.
“Of course not. I only love you. No one can replace you in my life. I love you,” ucapnya bernada lembut. Satu senyuman maco dilorek di bibirnya. Thaniha turut membalas senyuman kekasihnya itu.
“I love you more…”
Mereka sama-sama terdiam bila seorang pelayan datang menghantarkan menu yang mereka pesan. Usai mengucapkan terima kasih, mereka mula menjamah pesanan mereka sambil berborak panjang sementelah sudah lama mereka tidak bersua muka. Banyak yang ingin diperkatakan dan entah bila lagi mereka dapat berjumpa dan meluangkan masa sebegini lagi.
KETUKAN bertalu di muka pintu bilik menyedarkan Janna dari lenanya yang panjang. Perlahan langkah dibawa berjalan longlai ke muka pintu. Tombol pintu dipulas sebelum dedaun pintu terbuka menampakkan si empunya tubuh yang awal pagi sudah tercegat di muka pintu.
“Good morning, Janna! My best friend for ever!” Tubuh si kawan terus dipeluk erat.
“Ish kau ni… Pagi-pagi dah tercegat depan pintu bilik aku ni dah kenapa?” soal Janna dengan suaranya yang serak-serak basah. Pintu dirapatkan bila Nuri telah pun masuk dan melabuhkan punggung di kerusi meja kerjanya.
“Pagi? Dah nak masuk tengahari dah pun. Kau tak masuk kafe?” Tangan dibawa menyilang ke dada lalu belikat disandarkan ke belakang.
Janna membaringkan tubuhnya semula di atas katil. Teddy bear comel berwarna coklat itu dibawa rapat lalu dipeluk. “Kejap lagi. Tiba-tiba badan rasa nak demam.”
Nuri mengerutkan dahinya. Tanpa membuang masa, segera langkah dibawa mendekati kawan baiknya itu. Punggung dihenyakkan di birai katil. Telapak tangan terus dilekapkan di dahi si kawan.
“Badan kau panas ni. Tak payah masuk kafe lah. Nanti aku suruh Qayyum pantau yang lain. Kau rest je kat rumah. Nanti makin teruk pulak.”
Janna tidak membalas. Hanya kepala diangguk sebagai jawapan.
“Cantiknya gambar kafe kau ni. Pandai si Taufiq tu ambik gambar kan,” puji Nuri seraya menyelak helaian majalah harian yang terletak di atas meja kecil tepi katil itu. Memang dia tidak memuji kosong. Sungguh gambar itu terlihat amat cantik.
Janna hanya memerhati sahaja gelagat kawannya itu. Bagaikan sudah tiada nama lelaki lain mahu disebutnya. Balik-balik nama Taufiq, Taufiq dan Taufiq!
“Dah lah handsome… Berkerjaya pulak tu,” puji Nuri lagi.
“Ah sudah. Jangan nak puji dia sangatlah. Nak termuntah aku. Baik kau jujur dengan aku, Nuri. Kau kan yang bagitau dia location rumah Cahaya Kaseh tu, kan? Tak mungkin dia dapat tahu tentang rumah tu masa kita ngam-ngam ada kat sana.”
Nuri menutup naskhah majalah itu lalu diletakkan semula di tempatnya tadi. Sengihan ditayang buat gadis itu.
“Ya kut…” balas Nuri masih mahu bermain tarik tali.
“Apa kut-kut? Betul-betul lah Nuri! Kau kan yang bagitau dia?” Teddy bear yang dipeluknya itu dijadikan senjata untuk dibaling ke tubuh Nuri. Namun kawannya itu lebih cekap menangkap patung comel itu lalu melepaskan tawa.
“Yalah… Aku yang bagitau dia. Tapi, aku tak paksa pun dia datang. Cuma bagitau je. Dia yang nak datang. Takkan aku nak halangkan?”
PAK!
PAK!
PAK!
“Aduh… Janna! Sakitlah!” jerit Nuri seraya mengosok bahunya yang telah pun menjadi mangsa kekejaman tangan kawannya itu. Bibir ditarik muncung.
“Memanglah kau tak paksa. Tapi kalau kau tak bagitau dia, dia pun tak akan datanglah! Hish!” Satu jelingan maut diberi.
Nuri mencebik.
“Alah kau ni. Anti sangat dengan dia dah kenapa? Orang tua-tua kata, tak baik membenci sangat. Nanti kahwin,” balas Nuri.
“Eii… Ayat tu dah lapuk. Tak boleh guna dah.”
“Kau ni… Dia punyalah handsome. Baik. Cukup pakej,” kata Nuri. Teddy bear yang dibaling oleh si kawan dibawa peluk ke dada.
“Handsome,” sinis nada suara Janna.
“Entah-entah playboy. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya,” sambung Janna lagi.
Nuri menghela nafas ringan.
“Janna, tak semua lelaki sama macam Aidan. Kau tak boleh samakan dorang. Aidan, Aidan lah. Taufiq, Taufiq lah. Mana boleh kau nak samakan dorang berdua. Tak elok. Berdosa tau.”
Janna hanya membisu. Tidak mahu membalas. Mata segera dipejam rapat.
Luka lama masih terasa sakitnya. Tak mungkin dia mampu untuk mencuba mencintai untuk sekali lagi.
Dia takut.
Dia takut dikecewakan buat kali kedua. Dan jika itu terjadi, dia tidak tahu bagaimana lagi untuk dia bangkit semula untuk meneruskan kehidupan.
Share this novel