BAB 27 MC

Romance Series 12737

TALIQ melangkah menghampiri Zayyan yang sedang duduk di bangku taman menanti dirinya. Rambutnya disingkapkan ke belakang. Lengan kemeja berwarna hitam yang tersarung di tubuhnya, disingsing sehingga ke siku.

“Assalammualaikum.” Salam diberi terlebih dahulu.

Zayyan panggung kepala. “Waalaikumussalam. Sampai pun kau. Ingatkan lambat lagi,” sindir Zayyan lalu menjeling si kawan.

Taliq menayang wajah tanpa riak. Punggung dilabuhkan di atas bangku bertentangan dengan sahabatnya itu. Kedua-dua belah tangan direhatkan di atas meja kayu. Lensa matanya dipaku pada Zayyan. Jarang-jarang Zayyan mahu mengajaknya berjumpa di luar kawasan hospital. Pasti ada apa-apa yang mahu dibincangkan olehnya.

“Sorry. Aku busy tadi. Ada apa kau nak jumpa aku ni? Tak pernah-pernah.”

Zayyan tayang sengih. Rambutnya yang terjuntai di dahi disingkapkan ke belakang. Memang dia ada niat mengajak sahabatnya itu untuk berjumpa di luar. “Aku ada benda nak bincang sikit ni.”

“Apa dia?” soal Taliq, berkerut dahi.

“Aku cadang nak melamar Aieyra dalam bulan ni. Aku nak halalkan hubungan aku dengan dia,” balasnya sambil tersenyum.

“Wah… Tahniah. Tak sangka, kawan aku yang sorang ni dah nak kahwin dah. Memang patut pun kau kahwin. Dah lama sangat kau dengan Si Aieyra tu jadi pasangan tak halal. So, kau nak aku tolong apa?” Tanya Taliq.

“Aku nak minta kau tolong pilihkan tempat yang sesuai. Lepastu, boleh tak kau tolong tanyakan adik kau yang photographer tu sama ada dia free atau tak. Aku ingat nak upah dia jadi photographer hari itu nanti,” kata Zayyan.

Taliq menganggukkan kepalanya.

“Boleh-boleh. Nanti aku tanyakan Taufiq. Aku rasa, dia boleh je. Mesti on punya. Don’t worry.”

“Terima kasih,” ucap Zayyan.

“Sama-sama. Kau kan kawan aku. Aku doakan kau bahagia dengan rumah tangga kau nanti.”

Zayyan mengangguk beberapa kali. “Kau pulak bila?”

“Bila apa?” soal Taliq, blur.

“Bila kau nak melamar Si Shaza tu? Karang kena kebas, baru nak ternganga.”

“Ish, kau ni. Nanti. Benda boleh slow-slow, buat apa nak laju-laju, kan,” balas Taliq sambil tersengih.

“Slow-slow jugak. Karang dirembat orang. Mahu terdiam kau,” kata Zayyan.

Taliq memutarkan bebola matanya ke atas. “ Mulut kau tu cuba doakan yang baik-baik je. Ni dari tadi duk mengulang ayat yang sama. Ada karang aku tumbuk muka kau.”

Zayyan lepas tawa. Kepala digelengkan sekali. “Yalah. Aku doakan yang baik-baik. Semoga kau dengan Shaza tu didekatkan jodoh. Aamiin…” Kedua-dua belah tangan naik meraup wajah sendiri.

“Haaa… Macam tu kan bagus. Dah, jom. Aku lapar tau. Dari tengah hari tadi tak makan lagi.” Taliq bangkit dari duduknya. Zayyan hanya akur tanpa sebarang bantahan.

AIEYRA melangkah mendekati Zayyan yang sedang menyandar di badan kereta. Lelaki itu segak mengenakan baju t-shirt Polo berwarna biru laut dan jean. Bibirnya melukis senyum.

“Assalammualaikum, abang.”

Zayyan dongakkan kepalanya. Bibirnya turut menarik senyum. “Waalaikumussalam, Aieyra.”

“Kita nak pergi ke mana ni?” soal Aieyra.

“Adalah. Aieyra masuk je dulu. Nanti Aieyra akan tahu. Okey?” Pintu kereta bahagian penumpang itu dibuka buat gadis itu. Aieyra hanya menganggukkan kepalanya. Tubuh diboloskan ke dalam perut kereta. Zayyan segera masuk ke bahagian pemandu. Pedal minyak ditekan lalu stereng kereta dikawal. Suasana dalam kereta hening tanpa sebarang suara hatta radio sekalipun. Aieyra leka melemparkan pandangannya kea rah luar tingkap manakala Zayyan fokus pada pemanduannya.

“Kenapa kita pergi hotel?” soal Aieyra apabila kereta mulai memasuki lot parking di luar bangunan hotel itu.

Zayyan tersenyum.

“Jom.” Tanpa membalas pertanyaan dari gadis itu, Zayyan mulai melangkah keluar dari perut kereta. Langkah di atur ke bahagian tempat duduk penumpang. Pintu kereta ditarik.

“Silakan keluar.”

Aieyra terpinga-pinga namun tidak membantah. Tubuhnya dibawa keluar dari dalam perut kereta. Tali beg yang tergantung di bahunya dibetulkan sedikit.

“Abang, bagitahulah. Kita nak buat apa kat sini? Janganlah buat benda bukan-bukan,” kata Aieyra agak takut. Bangunan hotel itu dipandang. Apa niat lelaki itu sebenarnya?

Zayyan lepas tawa. Pergelangan tangan gadis itu dicapai lalu ditarik mengikuti langkahnya. “Janganlah takut. Kita datang makan je. Tak buat apa-apa pun.”

Aieyra diam. Kaki disusun mengikuti langkah Zayyan. Tiba di satu tempat, dirinya terkaku. Matanya meliar memandang sekeliling seolah tak percaya dengan apa yang dilihat olehnya ketika ini. Di tengah ruangan itu terdapat sebuah meja dengan dua buah kerusi yang terletak saling berhadapan. Terhidang sudah menu yang cukup lazat di atas meja itu. Kelopak bunga mawar merah yang bertaburan di lantai semakin mengindahkan suasana romantik. Sayup-sayup kedengaran suara alunan muzik yang cukup menenangkan.

“Siti Aieyra.”

Aieyra segera memalingkan wajahnya. Anak mata lelaki itu direnung.

“Abang cintakan Aieyra. Abang tak nak hubungan kita selamanya macam ni. Abang nak sangat hubungan kita ni halal. Semua yang kita buat takkan mendatangkan dosa sebaliknya pahala,” tutur Zayyan, membalas renungan gadis yang dicintainya itu.

Aieyra diam. Jantungnya berdegup tidak teratur.

“Abang nak melamar Aieyra sebagai isteri abang yang sah. Bina kehidupan bersama abang. Sudi tak Aieyra jadi peneman dalam hidup abang?” Lembut saja suara Zayyan menutur kata. Kotak baldu merah dikeluarkan dari saku seluar jeannya lalu dibuka di hadapan Aieyra.

Aieyra pandang sebentuk cincin bertahta batu permata kecil itu. Sungguh memukau. Perlahan-lahan bibirnya tersenyum manis. Kepalanya diangguk sekali. “Ya abang. Aieyra sudi nak jadi isteri abang.”

Zayyan senyum lebar. Tangan gadis itu ditarik lalu cincin itu disarungkan pada jari manis milik Aieyra. “Thank you, sayang. I love you.”

“I love you more, abang.”

KLIK!

KLIK!

KLIK!

Taufiq tersenyum. “Boleh saya ambilkan gambar sepanjang makan malam ni?”

Aieyra pandang Zayyan.

“Boleh,” balas mereka serentak seraya tersenyum.

Zayyan manarikkan kerusi buat Aieyra. Aierya yang faham segera duduk. Menu yang terhidang di atas meja makan itu dipandang. “Wow… Special menu.”

“Yes. Abang tempah special untuk Aieyra tau,” balas Zayyan disambut ketawa kecil dari Aieyra.

Taufiq cekap menghalakan kameranya. Butang kamera ditekan-tekan. Sekejap dia ke kiri, sekejap ke kanan, mencari posisi agar gambar hasil tangkapannya itu jelas dan cantik. Nampak mudah, namun hanya dia saja yang tahu kesukarannya. Walaupun begitu, dirinya sebatu dengan dunia fotografi. Baginya, fotografi adaah dunianya sebagai ahli dalam bidang tersebut.

JANNA mengacau air milo yang baru saja siap dibancuh olehnya. Cawan itu dibawa ke meja makan lalu punggung dihenyakkan ke atas kerusi. Tangannya naik menopang dagu. Tiba-tiba saja dia teringat akan bekas kekasihnya. Kenapa hatinya kuat mengatakan yang lelaki itu seolah berada dekat dengannya? Kalau benar, dia berharap sangat agar mereka tidak bersua muka. Entah mampu atau tidak hatinya berhadapan dengan lelaki yang telah pun menghancurkan sekeping hati miliknya. Kerana seorang lelaki bernama Aidan Zarith, dia tak lagi mampu meletakkan kepercayaan pada cinta. Baginya, cinta itu sat pertaruhan. Kalau kalah, sakit yang berkekalan akan ditanggung.

“Janna…”

Janna tersedar dari lamunan pendeknya. Laju bebola mata naik memandang ke arah pintu dapur. Senyuman diukir di bibirnya. “Ami tak tidur lagi ke?”

Puan Jamilah tersenyum sebelum kepala digelengkan. Langakhnya di atur mendekati si anak. Kerusi di sebelah Janna ditarik sebelum punggung dihenyak.

“Janna okey? Dari tadi ami nampak Janna termenung. Teringatkan siapa? Aidan?” soal Puan Jamilah sambil mengusap lembut bahu si anak. Janna tersenyum. Naluri seorang ibu sentiasa betul.

“Ya ami…” jawab Janna, tersenyum nipis.

“Kenapa?”

Janna diam dulu. “Entahlah ami. Sejak dua menjak ni, hati rasa lain. Kuat sangat kata Aidan akan muncul balik.”

“Kalau betul dia muncul nanti, apa Janna nak buat?” Tanya Puan Jamilah, memaku pandang pada sisi wajah anak gadisnya itu.

Janna terdiam buat seketika sebelum kepala ditundukkan. “Entahlah ami. Kalau boleh Janna tak nak lagi tengok muka dia. Nanti luka lama kembali berdarah. Janna tak kuat, ami. Sakit sangat. Sakit bila cinta yang diberi akhirnya dibuang begitu saja. Sakit bila kepercayaan yang diberi, akhirnya dikhianati.”

Puan Jamilah menarik tubuh anaknya ke dalam pelukan. Belakang tubuh anaknya itu diusap lembut.

“Ami faham, sayang. Ami faham apa yang Janna rasa. Tapi, Janna kena bersedia. Tak mustahil dia akan kembali lagi dalam hidup Janna. Sama ada menjadi kawan atau lawan,” kata Puan Jamilah.

Janna terdiam mendengar omongan dari aminya itu. Ya. Walaupun sakit di hati masih tersisa, namun dia harus bersedia. Tapi… mampukah dia? Mampukah dia berhadapan dengan lelaki itu buat sekali lagi?

Fitri belanja 2 chap okey? Happy reading! Maaf atas segala kekurangan ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience