BAB 6 MC

Romance Series 12737

KENDERAAN pacuan 4 roda itu mula memasuki petak kosong tempat letak kereta. Cermin mata coklat yang tergantung di hidung dibetulkan sebelum enjin kereta dimatikan. Tubuh dibawa keluar dari dalam kereta lalu langkah di atur masuk ke dalam restoran itu. Rambut yang terjuntai di dahi disingkapkan ke belakang. Buat seketika, mata meliar memerhati sekeliling restoran yang agak sepi itu.

“Hi Mr. Aiman Hakimi, Miss Arianna Dahliah is waiting for you.” Seorang gadis beruniform merah hitam menyapanya berserta sebuah senyuman. Jari dituding ke satu arah di mana seorang gadis sedang duduk menanti kehadirannya.

Dia mengukirkan segaris senyuman buat pelayan itu sebelum langkah dibuka menghala ke arah si kekasih hati. Sejambak bunga mawar putih yang memang dibawa sejak tadi disua dari arah belakang.

Arianna yang sedari tadi leka termenung terkejut. Segera kepala menoleh memandang wajah tampan kekasihnya itu. Dan-danlah bibirnya melengkung senyuman manis. Bunga itu disambut lalu dibawa ke hidungnya. Haruman bunga itu dihidu sepuasnya.

“Thank you biy…”

Aiman yang baru melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Arianna mengangguk bersama senyuman. Kaca mata ditanggalkan lalu disangkut di kolar bajunya. Tangan naik menopang dagu merenung wajah kesayangannya yang sudah seminggu tidak berjumpa kerana mereka masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Apa biy ni… Renung I macam nak tembus. Rindu ke tu?” Arianna tertawa kecil.

“Of course rindu!” balas Aiman tidak menafikan perasaannya.

Arianna meletakkan bunga itu di kerusi sebelahnya. Tangan naik menopang dagu, membalas renungan si kekasih hati.

“I miss you too.”

Mereka sama-sama tersenyum dan saling membalas renungan.

“Biy nak minum apa?” soal Arianna tak mampu lagi membalas renungan lelaki itu. Mentang-mentanglah kekasihnya itu seorang pelakon, boleh pulak bermain watak sweet ‘terlebih gula’ dengan dia.

Aiman tertawa kecil melihat gelagat gadis itu. Buku menu yang terletak di hujung meja dicapai lalu dia berdiam seketika. “Jus tembikai. How about you?”

“Just same like you.”

“Kita kongsi makan nak? Couple Combo. Is it okay?”

Arianna hanya menganggukkan kepalanya. Aiman mengangkat tangannya memanggil pelayan. Seorang pelayan lelaki yang berhampiran terus menghampiri mereka berdua.

“Ni.”

Kertas yang dihulurkan oleh Aiman disambut dengan senyuman. Segera dia meminta diri lalu melangkah ke arah dapur.

“I have something for you.”

Aiman merenung wajah gadis itu. Kening sebelah dijungkit tinggi. Kedua-dua lengan dibawa bersilang di atas meja.

“What is it?” soalnya.

Arianna mengangkat sebelah tangan memberi arahan ‘sekejap’. Terus beg kertas di atas kerusi sebelah dicapai lalu diletakkan dihadapan lelaki itu. Bibir melengkung senyum.

“Bukaklah,” gesa gadis itu.

Aiman terus mencapai beg kertas itu lalu sebuah kotak dibawa keluar. Reben berwarna biru berkilauan itu ditarik lalu penutup kotak itu dibuka.

“Baby… Ya Allah…” mati bicaranya. Tidak tahu  mehu membalas apa. Hanya anak mata dipaku memandang wajah manis gadis kesayangannya itu.

“I tahu you nak sangat jam tu. So, I belikan untuk you masa I kat Paris haritu,” balas gadis itu.

“Tapi baby… Jam ni limited edition. Mahal ni.”

Arianna menggelengkan kepalanya.

“Taklah. You tak nak ambik I merajuklah!” bibir sengaja dimuncungkan. Tangan dibawa bersilang ke dada. Kepala di alih merenung ke luar tingkap restoran itu.

Aiman melepaskan tawa kecil. Kotak itu ditutup lalu dimasukkan semula ke dalam beg kertas. Item itu diletakkan di tepinya. Wajah merajuk si kekasih hati mencuit hatinya. Comel sungguh!

“Haaa ketawa, ketawa. Tak nak kawan.” Rajuk Arianna, kegeraman.

Aiman tersengih. 

“Alalalala… Baby sayang… Janganlah merajuk. Comel sangat muka tu,” pujuk lelaki itu.

Arianna tahan bibir dari tersenyum. Sengaja mahu mengenakan lelaki itu. Ingat dia sorang je ke boleh berlakon? Hello! Arianna Dahliah ni pun bukan takat menyanyi je boleh, berlakon pun boleh. Namun bukan sebahagian dari minatnya untuk berdiri di hadapan kamera, dan menuturkan ayat skrip. Dia lebih gemar berada di atas pentas dan bernyanyi mengikuti rentak melodi.

“Baby… Cakkk… Buucakkk…” tangan dibawa menutup wajah lalu dibuka. Gaya mengusik anak kecil.

Arianna tertawa juga akhirnya. Tangan naik menekup mulut sendiri. Lucu bila melihat wajah kekasihnya itu. Ingat dia kanak-kanak?

Aiman tersengih.

“Tak merajuk dah kan… Kan…” mata dikenyitkan sekali.

“Tak dah.” Tawa gadis itu masih bersisa.

Aiman tertawa kecil.

Seorang pelayan datang bersama dulang di tangan. Minuman dan makanan diletakkan di atas meja mereka.

“Enjoy your meal…” ucap pelayan itu bersama segaris senyuman manis. Aiman dan Arianna sama-sama tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Setelah pelayan tadi berlalu pergi, mereka berdua kembali beradu pandang.

“Eiii you ni kan… Memang tak nak mengalah!” cebik Arianna bila dia gagal lagi dalam perlawanan mata antara dia dan lelaki itu. Aiman menyambutnya dengan tawa. Kepala digelengkan beberapa kali. Sebagai seorang pelakon, ‘game’ itu sudah terlalu biasa baginya.

“Oh my god! Is that Aiman Hakimi?”

Mereka serentak menoleh memandang tiga orang remaja perempuan itu.

“Yaaa! He is!” balas remaja berambut coklat keperangan itu. Berlari gadis-gadis remaja itu menghampiri mereka berdua.

“Wah… Arianna Dahliah! Aiman Hakimi! Tak sangka dapat jumpa! Tengok dalam tv cantik handsome, tengok kat luar lagilah ahhhh… Nak pengsan!” balas gadis yang mengikat rambutnya gaya ekor kuda. Tangan naik mengipas-ngipas muka sendiri.

Aiman tertawa kecil manakala Arianna menayangkan sengih kecil.

“Nak tangkap gambar sama-sama boleh tak?”

Aiman dan Arianna saling pandang. Arianna yang faham akan maksud seolah ‘meminta keizinan’ darinya hanya menganggukkan kepalanya. Mereka memandang ketiga-tiga remaja itu lalu kepala diangguk.

Ketiga-tiga remaja terus mengambil tempat masing-masing.

KLIK

KLIK

KLIK

Setelah puas bergambar bersama artis tersohor itu, mereka mula meminta diri untuk pulang. Aiman hanya menghantar susuk tubuh mereka pergi menggunakan ekor mata. Setelah lenyap dari lensa mata, mereka berdua saling membalas renungan lalu tersenyum manis.

LAPTOP yang masih menyala di atas meja laman itu dibiarkan sepi tak terusik. Dia termenung. Jari-jemari mengetuk-ngetuk permukaan meja. Bibir tersenyum-senyum.

PAP!

Dia tersentak tatkala bahunya ditepuk oleh seseorang. Dengan pantas kepala didongak memandang wajah Taliq. Duduknya yang bagai mahu jatuh dari kerusi itu dibetulkan.

“Baby termenung apa? Jauhnya… Dah sampai Korea ke, huh?” punggung dihenyak di kerusi bertentangan dengan si adik.

Taufiq tayang sengih.

“Mana ada termenung… Oppa ni…” nafi Tuafiq. Masih belum bersedia untuk membuka cerita yang hatinya sudah terpaut dengan seorang gadis. Taliq menyandarkan tubuh merenung ke arah si adik. Kening sebelah di jungkitkan tinggi.

“Oppa tak pergi hospital?” soal Taufiq mengubah jalan perbualan mereka.

“Tak. Shift malam.”

Taufiq menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kepala ditoleh memandnag ke dalam rumah.

“Cutie mana?”

“Photoshoot macam biasa.”

Taufiq menganggukkan kepalanya tanpa faham. Jari mula mengetik di papan kekunci laptop. Tumpuannya bukan sepenuhnya terhala ke item tersebut, namun lebih kepada gadis pujaan hatinya. Taliq hanya mendiamkan diri memandang si adik yang sekejap menayang wajah fokus, sekejap menayang sengih dan sekejap tersenyum pula.

Kepala digeleng perlahan. Tak faham dia dengan karenah si adiknya itu. Belum pernah adiknya berkelakuan sebegitu selama 24 tahun hidup dimuka bumi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience