BAB 24 MC

Romance Series 12737

RAMBUTNYA yang panjang itu di kuis-kuis menggunakan jari sebelum tubuh langsingnya dibawa keluar dari kenderaan pacuan empat roda miliknya.  Kasut tumit tinggi 7 inci kedengaran berdetak-detak tatkala si dia mula mengaturkan langkahnya. Cermin mata yang tergantung di batang hidung dibetulkan sedikit sebelum pintu kaca itu ditolak. 

Loceng pintu yang berbunyi itu sekali gus menangkap semua perhatian pekerja-pekerja di studio Achbar Taufiq.

Ainin mencuit lengan si kawan yang duduk di kerusi meja sebelahnya. Bibirnya muncung menunjuk ke arah gadis yang baru saja melangkah masuk dengan penuh gaya. Khairul mengalihkan lensa matanya. Mulutnya melopong seketika. Suasana di dalam studio itu sepi tanpa sebarang bicara. 

“Ehem!” Azirah berdeham. 

“Erk, maafkan saya.” Sufiyya segera melangkah menghampiri Azirah. Terseksa matanya melihat cara pakaikan yang dikenakan gadis itu. Serupa mahu membutakan semua mata yang memandang ke arahnya. 

“Nama saya Sufiyya. Ada yang boleh saya bantu?” soal Sufiyya bersama satu senyuman kekok. 

Azirah memandang Sufiyya dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Bibirnya dicebik seketika sebelum kedua-dua belah tangannya dibawa bersilang ke depan dada. 

“Achbar Taufiq ada?” soal Azirah penuh angkuh. 

Sufiyya mengerling seketika pada rakan-rakannya sebelum lensa mata dipaku memandang ke arah gadis itu kembali. 

“Ada ke tak?” tanya Azirah lagi.

“Tak. Belum masuk,” balas Sufiyya dengan nada perlahan. Ainin yang melihat sudah menggenggam penumbuk. Kalau tak disebabkan mereka berada di tempat kerja, sudah lama penumbuk kecilnya melayang tepat ke wajah itu. Kecil tapi padu! 

Azirah senyum senget. 

“Macam manalah Taufiq boleh ambik pekerja low class macam korang ni semua ek?” 

“Eh… Melampaulah minah tak guna ni,” tegas Ainin. Baru saja dia mahu mengangkat punggung, tiba-tiba saja pergelangan tangannya itu ditahan. Wajah Khairul itu dipandang dengan penuh amarah. 

“Jangan macam ni, Ainin. Kawal,” bisik Khairul cuba menenangkan Ainin. Dia sendiri tak sanggup mahu memaku pandang pada gadis yang tak cukup kain itu. 

Ainin dengus. Tangannya ditarik dari genggaman Khairul. Sempat satu jelingan tajam dihantar pada Azirah. 

“Apa hak cik nak cakap pekerja-pekerja saya sampai macam tu sekali?” 

Kini, semua perhatian tertumpu ke arah seorang lelaki yang baru saja melangkah masuk ke dalam studio itu. Tali beg sandang yang tergantung pada bahu bahagian kirinya dibetulkan sedikit sebelum langkah dibawa menghampiri Azirah. 

Azirah menyungging senyum. Sekian lama tidak bersua muka, akhirnya lelaki yang selama ini dipuja-puja berada tepat di hadapannya. Lelaki itu masih sama. Berkulit putih ala-ala jejaka korea, dan… sangat tampan seperti dahulu! Malah semakin tampan!

“Well… Taufiq. Do you miss me?” soalnya dengan lenggok nada meleret. 

Taufiq mengerutkan dahinya. “Who are you?” 

Gadis itu tertawa kecil lalu kaca mata hitam miliknya ditanggalkan lalu disangkut di atas kepala. Senyuman manis diukirkan pada bibirnya yang tercalit gincu berwarna merah delima.

Taufiq kaget seketika. Wajah itu ditatap buat beberapa saat. 

“Puteri Azirah,” ujarnya. 

“Yes. Puteri Azirah.”

Buat beberapa minit, hening mengisi ruang di antara mereka. Masing-masing saling berbalas renungan. 

“So, what do you want, Miss Azirah?” 

“Taufiq… did you… forget about my promises around 8 years ago?” 

Taufiq terdiam seketika. Ya. Baru beberapa hari yang lepas rakan-rakannya membangkitkan nama gadis itu. Tidak di sangka, hari ini dia bakal bertemu dengan Azirah di studio miliknya sendiri. 

“I datang sini sebab I nak tuntut janji I kat you dulu. I tak rasa you lupa, Taufiq.” 

Taufiq masih sepi tanpa kata. Hanya anak mata hitamnya saja yang bergerak-gerak merenung setiap inci wajah Azirah. 

“I datang untuk rebut hati you. Sekarang, you tak boleh letak alasan tak nak couple. Kalau dulu ya. Alasan you nak study. Sekarang ni, you dah habis study. Dah kerja dah pun. So… I tak nampak sebarang masalah pun kat sini,” kata Azirah sebelum melepaskan tawa kecil.

“Tak perlulah Azirah. Awak cuba macam mana sekali pun, hati saya ni takkan pernah terbuka untuk terima awak,” balas Taufiq. 

Pekerja-pekerja yang lain hanya diam memandang ke arah 'drama pagi' yang sedang berlangsung itu. 

Azirah menggelengkan kepalanya sekali. 

“I will make you mine, Taufiq. Tak kesah lah dengan cara apa sekalipun. Yang penting, you milik I sampai bila-bila. We will see again, Achbar Muhammad Taufiq.” Sempat beberapa das jelingan diberi kepada pekerja-pekerja Taufiq sebelum dia mengatur langkah keluar dari studio. 

Taufiq hela nafas berat. Rambutnya yang terjuntai di dahi disingkap ke belakang. 

“Bos, bos okey?” soal Husaini mewakili rakan-rakannya yang lain.

Taufiq hanya angguk sekali sebagai jawapan. 

“Bos nak kopi? Atau jus?” tanya Sufiyya pula. 

Taufiq senyum segaris lalu kepalanya digelengkan. “Thanks but no need. Korang sambung buat kerja. Harini shoot pukul berapa, Husaini?” 

“After lunch, 2 p.m,” jawab Husaini. 

Taufiq angguk sekali. 

“Sambung kerja. Husaini, selagi tak ada perkara penting tolong jangan ganggu saya. Pukul 2 nanti ingatkan saya. Faham?” 

“Baik bos,” balas Husaini seraya menganggukkan kepalanya. 

Taufiq mengatur langkah masuk ke dalam bilik pejabat kecilnya. 

Husaini memaku pandang pada si kekasih hati. “Sayang okey?” soalnya. 

Sufiyya senyum segaris sebelum mengangguk. 

“Ish… aku tak puas hati betul dengan minah senget tadi tu. Dia tu siapa? Sedap-sedap kepala alien adudu dia je cakap kita macam tu!” Pen biru di tangannya dicampakkan kasar ke atas meja. Belikat disandarkan. 

Khairul menjongketkan keningnya. “Ainin, aku rasa, aku tahu tu siapa.” 

Omongan Khairul ternyata mampu menarik perhatian gadis itu. Ainin segera menarik kerusi ya rapat ke meja milik kawannya itu. 

“Haa… siapa?” 

Khairul senyum dulu. 

“Dari muka dia… aku rasa dia macam ada iras dengan seseorang.” 

Ainin angguk sekali. “Siapa?” 

“Kau. Aku rasa tu kakak kau.”

KEPAK!

KEPUK!

KEPAK!

KEPUK!

“Aduh! Sakit!” Khairul segera menahan tangan Ainin yang kuat menghempuk dirinya menggunakan album gambar. 

“Tahu sakit! Kau ingat lawak? Tak adanya tu kakak aku! Aku ni cantik. Comel. Dia tu macam alien adudu kepala kotak.” Dalam marah, masih sempat dia memuji dirinya sendiri. Satu jelingan diberi pada lelaki itu. 

Khairul menghamburkan tawanya. Album di tangan Ainin itu diambil lalu diletakkan kembali ke atas meja kerja gadis itu. 

“Salah. Muka kau macam monyet kat zoo.” 

Ainin melopong. Baru saja tangannya ingin mencapai kembali album gambar tadi, suara Husaini terlebih dahulu menghalang niatnya. 

“Ainin. Khairul. Korang ni tak habis-habis nak bergaduh. Sekarang, sambung kerja. Khairul, gambar yang ditempah minggu lepas dah siap?” 

Sufiyya sudah kembali mengemas peralatan make-up dan menyediakannya yang mana perlu untuk photoshoot petang nanti. 

“Sudah. Nah.” Album yang digunakan Ainin untuk memukulnya tadi dihulurkan kepada si kawan. Sempat dia menjelirkan lidah pada Ainin. Masam saja riak wajah gadis itu. 

Apa kesah? Janji puas dapat kenakan dia. Rasakan! 

Husaini menyambut huluran itu. Buat seketika, dia diam menyelak isi kandungan album tersebut. 

“Good. Dah, sambung kerja. Jangan sambung gaduh pulak. Tak pasal-pasal melayang segala lampu studio, softbox, payung reflektor tu semua,” ujar Husaini sempat lagi memperli kedua-dua orang sahabatnya itu. 

Khairul dan Ainin masing-masing hanya diam tidak menjawab. Hanya tangan lihat menjalankan tugas. 

SELENDANG yang terletak elok di kepalanya dibetulkan sebelum langkah dibawa keluar dari dalam perut kereta itu. 

“Kawan-kawan! Mama dah sampai!” jerit Omar seraya menuding jari ke arah Janna. 

“Mana?” soal Una. Tangan Elisya dipimpin menuju ke muka pintu hadapan. 

“Mama!” jerit Elisya teruja. Tangannya naik melambai-lambai ke arah Janna. 

“Ye sayang… Assalamualaikum sayang-sayang mama…” ucap Janna sebaik saja tiba di hadapan pintu. 

“Waalaikumussalam Mama Janna!” balas semua kanak-kanak yang berada di situ. 

“Waalaikumussalam Janna… Baru sampai?” tanya Puan Khadijah sambil tersenyum manis. 

“Ya umi… Janna baru je sampai,” balas Janna lalu tunduk mencium tangan wanita itu. 

“Datang sorang je ke? Nuri tak ikut sekali?” 

“Nuri kerja harini umi. Dia kirim salam.” 

“Waalaikumussalam… Dah-dah, mari masuk. Budak-budak ni tak habis-habis duk bertanya bila Mama Janna dorang nak datang,” kata Puan Khadijah lalu tertawa di hujung kata. 

Janna tertawa kecil. Rambut Elisya yang setia berada di tepinya diusap lembut. “Semua rindu mama ya?” 

“Ya mama. Kitorang semua rindu mama. Haritu, Elisya menangis dalam tidur sambil sebut-sebut nama mama,” beritahu Una. 

“Elisya nangis? Kenapa Elisya nangis, sayang?” soal Janna seraya membawa tubuh kecil itu ke dalam dukungannya. 

“Elisya rindu mama…” balas Elisya melentukkan kepalanya ke bahu Janna. 

“Alahai, kesian anak mama ni. Okey, jangan sedih dah ya? Harini mama ada kat sini dengan korang semua. Smile!” 

“Yeay!” sorak Omar, Alif, Una dan Elisya serentak. Jelas terpancar sinar kegembiraan di wajah si cilik itu.

“Mama, Una nak tunjuk sesuatu,” kata Una sebelum dia bergegas berlari ke Asrama Puteri. 

Janna melabuhkan duduk di sofa. Elisya didudukkan di atas ribanya. Tidak lama kemudian, Una kembali lalu duduk di sofa bertentangan dengan Janna. Omar dan Alif hanya memerhati sahaja. 

“Ni, Elisya lukis.” Kertas A4 itu dihulur pada Janna. Janna segera menyambut huluran tersebut. Serta merta bibirnya mengulum senyum. 

“Elisya lukis gambar mama?” soal Janna. Anak matanya merenung wajah si kecil itu. 

Elisya tidak membalas sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya sekali. 

“Cantiknya…. Pandai Elisya lukis. Terima kasih, sayang.” Tubuh itu terus dipeluk dengan erat. 

“Mama suka?” soal Elisya, mendongakkan wajah. 

“Mestilah mama suka. Lukisan Elisya ni memang cantik. Mungkin, bila Elisya dah besar nanti Elisya boleh jadi seorang pelukis.” 

Elisya geleng. 

“Hmm, kenapa?” 

“Elisya nak jadi macam mama,” balas si kecil itu. 

“Boleh, sayang… Boleh.”

Elisya menggenggam tangan Janna. “Mama kena ada dengan Elisya tau.” 

“Mama janji, mama akan ada dengan Elisya dan yang lain,” jawab Janna. 

“Walaupun mama dah kahwin?” soal Alif. 

“Ya.” 

“Dan walaupun mama dah ada anak?” soal Una pula. 

“Ya. Walaupun mama dah ada anak sekalipun, korang tetap anak-anak mama jugak. Sampai bila-bila…” 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience