BAB 40 MC

Romance Series 12737

4 tahun kemudian…

“JANGAN gaduh-gaduh. Main elok-elok!” pesan Janna pada anak kembarnya, Achbar Kair Nafis dan Achbar Kasyaf Naufal yang baru saja memasuki umur 2 tahun.

“Baik!” balas Kair dan Kasyaf serentak. Mereka mula sambung bermain dengan Ayanna Hannasya dan juga Tengku Wan Shafaiz.

“Seronok tengok dia orang main, kan?” kata Arianna, tersenyum. Raysha di sebelah menganggukkan kepalanya diikuti Janna. Hari ini, dia dan Taufiq menjemput semua ahli keluarga dan sahabat handai untuk datang ke rumah mereka bagi memeriahkan majlis hari jadi anak kembarnya itu.

“Eh, mana suami-suami kita ni? Dari sampai tadi terus lesap,” ujar Raysha. Melingas anak matanya mencari susuk tubuh Sufian, suaminya.

“Dia orang ada tu, hah. Kat luar. Lama tak jumpa. Sakan berborak mengalahkan kita lah tu,” balas Janna, ketawa.

Arianna dan Raysha turut ketawa. Kemudian kedengaran suara kanak-kanak menangis membuatkan tawa mereka mati.

“Mummy!” Ayanna yang berusia 3 tahun sebaya dengan Shafaiz berlari anak mendekati Arianna. Tubuh Arianna dipeluk erat sambil menangis.

“Why? Kenapa nangis ni?” soal Arianna seraya mengusap lembut kepala anaknya.

“Kair dengan Faiz uwat…” Adu Ayanna.

Janna geleng kepala. Faham sangat dengan perangai Kair yang memang suka membuli. Jauh beza dengan adik kembarnya Kasyaf yang lebih bersikap periang dan mesra serta murah dengan senyuman.

“Achbar Kair Nafis.”

Kair toleh apabila nama penuhnya diseru mama. Rasa gerun menyelubungi diri. Kasyaf di sebelahnya hanya diam dan sambung bermain permainan Lego.

“Come here. Minta maaf dengan Ayanna. Kan mama dah pesan, jangan buli-buli.”

Kair hanya akur. Dia mulai mendekati Ayanna. Bahu gadis itu di tepuk beberapa kali sebelum tangan dihulur untuk bersalaman. Cara yang diajar oleh Taufiq bila dia dan Kasyaf bertengkar.

“Corry…”

Ayanna toleh. Lama tangan Kair itu dipandang sebelum lambat-lambat huluran tangan itu di sambut. Kepala dijatuhkan sekali.

“Faiz! Don't you think you need to do the same thing?” soal Raysha kepada anaknya.

Faiz angguk. Dia melangkah mendekati Ayanna dan melakukan perkara yang sama seperti Kair tadi.

“Main elok-elok, okey? Jangan gaduh-gaduh.”

Faiz dan Kair angguk kepala tanda faham.

“Assalamualaikum!”

Janna segera bangun. Langkah disusun menuju ke muka pintu utama. Senyuman lebar diukir.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sampai pun. Lama tunggu! Meh-meh masuk.”

Taliq memimpin isterinya, Shaza yang sedang sarat hamil. Perlahan-lahan isterinya itu didudukkan di atas sofa.

“Aip, aip! Aiyo! Budak ni!” Baru saja Thaniha membuka pintu kereta bahagian belakang, anaknya Nazrin Adriyan laju saja berlari keluar. Tidak sempat dia mahu menghalang.

“Fly! Fly!” jerit Riyan sambil menerbangkan kapal terbang mainannya.

Thaniha geleng kepala. Rayyan ketawa kecil. Lengan isterinya diusap lembut.

“Calm down, sayang. Sayang kan tengah pregnant tu. Jangan stres-stres. Biarlah dia tu. Excited dapat jumpa sepupu dengan kawan-kawan dia,” pujuk Rayyan lembut. Thaniha hanya angguk, akur.

Janna tersenyum. “Mari masuk, cutie. Taufiq ada kat laman belakang dengan kawan-kawan dia. Kejap lagi masuklah tu.”

Ruang tamu gamat dengan suara gelak tawa bercampur jeritan keriangan kanak-kanak yang sedang bermain.

“Wah… semua dah ada kat sini?” Taufiq duduk di sebelah Janna sementara Aiman dan Sufian mengambil tempat di sebelah isteri masing-masing.

“Aidan tak datang ke, abang?”

“Dia tak dapat datang. Tapi dia kata nanti dia nak jumpa kita,” jawab Taufiq.

“Oh, okey. Kalau macam tu, semua dah ada ni. Mama dengan papa je tak ada sebab masih kat Korea.”

Taufiq angguk. “Jom mula. Kasyaf sibuk tanya dari tadi bila nak potong kek dengan buka hadiah kat atas meja tu. Tak sabar-sabar betul.”

“Assalamualaikum! Jangan lupakan saya!”

Tersentak mereka semua. Segera anak mata mereka terarah ke muka pintu, memandang Alia yang tercungap-cungap menyedut oksigen.

“Aunty Ayia!” Kair dan Kasyaf laju berlari ke arah Alia. Tubuh Alia dipeluk erat.

“Eh, Alia. Bila sampai dari London ni? Tak bagitahu akak pun?” Berkerut dahi Shaza. Adiknya itu mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di luar negara tiga tahun yang lalu.

“Surprise!” Alia tersengih. Tubuh Kair dan Kasyaf diangkat ke dukungannya.

“Happy birthday budak bucuk!” Pipi gebu Kair dan Kasyaf dicium. Kair tersengih manakala Kasyaf sudah ketawa.

Shaza geleng kepala melihat adiknya itu.

Janna tersenyum. “Jom pergi meja sana. Kita mula sekarang.”

Semua bangun dari duduk dan melangkah ke meja yang sudah disediakan. Di atas meja terhidang dua biji kek bercorak kartun Upin dan Ipin serta Didi and Friends.

Kair dan Kasyaf gembira apabila lagu selamat hari jadi dinyanyikan beramai-ramai. Seusai lilin ditiup, bunyi tepukan tangan menggemakan suasana.

Taufiq tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar anak-anaknya menggunakan kamera DSLR kesayangannya.

“Argh! Aduh!”

Serentak semua kepala tertoleh memandang Shaza yang sedang duduk di atas kerusi. Berkerut dahi masing-masing.

“Sayang? Kenapa ni?” soal Taliq.

“Oh no!” jerit Alia.

Semua kepala kini tertoleh memandang Alia pula.

“Itu! Aiyo! Nak bersalin dah kakak den!”

Bulat mata Taliq. Kepalanya terus tertunduk memandang cecair yang mengalir. Masing-masing terpinga-pinga seketika.

“Oppa, bawa pergi hospital! Cepat!” Arah Thaniha lalu menepuk belakang tubuh Taliq.

Taliq angguk kepala. Janna dan Alia segera memimpin Shaza menuju ke kereta. Taliq pula sudah masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu. Mereka semua menghantar kereta Taufiq menggunakan lensa mata sehingga lenyap dari pandangan.

Suasana menjadi sunyi seketika.

“Apa jadi yini?” soal Kasyaf, hairan melihat semua kelang-kabut.

Taufiq tunduk. Rambut Kasyaf disingkapkan ke belakang. “Kasyaf nanti dapat sepupu baru. Suka tak?”

“Suka!” jawab Kasyaf, teruja. Kair di sebelah Kasyaf menepuk tangannya.

Janna tersenyum.

“Dah-dah. Semua jemput makan, ya. Sambil tu kita tunggu berita dari dia orang berdua.”

Masing-masing tersengih sebelum kepala diangguk sekali. Juadah yang sudah siap terhidang di atas meja makan sungguh menggamit selera untuk menikmatinya.

SETELAH menidurkan Kair dan Kasyaf, Janna melangkah masuk ke dalam bilik. Bibirnya tersenyum manis.

“Abang…”

Taufiq dongak. Senyuman isterinya dibalas. “Ya, sayang. Kair dengan Kasyaf dah tidur?”

“Dah. Penat sangatlah tu. Main je dari tadi.” Janna melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Telefon di tangan Taufiq itu dipandang.

“Eh, comelnya…”

Taufiq ketawa kecil. Telefonnya dihulurkan pada Janna. “Anak-anak oppa. Comel, kan? Sama tarikh dengan anak-anak kita.”

Janna angguk.

“Kembar sepasang. Comel! Pipi merah.”

“Kan…. Teringat masa Kair dengan Kasyaf lahir dulu. Pipi dia orang pun merah-merah. Sekarang dah besar. Cepat je masa berlalu.” Bahu Janna dipeluk. Kepala isterinya diusap lembut.

“Betul.” Janna mengeyakan.

“Sayang…”

“Ya, abang?” Wajah Taufiq direnung lembut penuh kasih. Hari demi hari, rasa cintanya kian bertambah. Tidak sedikit pun pudar.

“Terima kasih sebab jadi isteri yang solehah dan mama terbaik untuk anak-anak kita. Selalu patuh dengan apa yang abang suruh. Sayang tak pernah bantah. Abang bersyukur dapat jadi suami sayang,” ucap Taufiq. Pipi Janna diusap lembut menggunakan ibu jarinya.

Janna senyum. Kepala diangguk sekali. “Terima kasih kat abang juga. Sebab abang tak pernah letih layan kerenah Janna. Abang banyak bersabar dengan Janna. Janna sayang abang. I love you, abang.”

Taufiq tersenyum. Tubuh si isteri ditarik masuk ke dalam pelukannya. Dalam hati menitip doa pada Sang Pencipta agar hubungan mereka akan kekal abadi hingga ke akhir hayat.

“SERIUS?”

Aidan ketawa kecil lalu menganggukkan kepalanya beberapa kali. Nadia yang duduk di sampingnya tersengih kecil. Malu.

“Wah, alhamdulillah. Tahniah, bro,” ucap Taufiq, tersenyum.

“Terima kasih,” balas Aidan.

“So, bila kau orang nak langsungkan majlis kahwin ni?” soal Janna. Dia turut tumpang gembira dengan berita itu.

“In Syaa Allah, bulan depan. Doakan kita orang ya,” balas Nadia.

Janna angguk. “Mestilah. Gembiranya. Beruntung tau awak dapat Aidan ni. CEO lagi.”

Aidan ketawa.

“Well, dia beruntung dapat aku, aku beruntung dapat dia. Thank you, Janna. Kau banyak nasihatkan aku.”

“Ala, small matter la,” jawab Janna lalu ketawa kecil.

“Kalau macam tu, untuk majlis kau orang nanti aku sponsor diri aku jadi photographer kau orang. Free of charge,” ujar Taufiq.

“Fuh… cun! Thank you.” Aidan tersenyum.

“No hal la. Aku doakan kau orang bahagia hingga ke anak cucu. Kau orang memang sepadan.”

“In Syaa Allah. Aamiin.” Serentak Aidan dan Nadia membalas.

“Ya Allah… comotnya dia ni makan…” kata Nadia lalu ketawa. Pipi Kair yang sudah comot dengan aiskrim itu diseka lembut.

“Kasyaf ni pun sama. Comot. Comel-comel anak kau orang ni. Kembar pulak tu. Bolehlah tambah lagi nanti, kan? Dia orang pun dah besar,” usikan Aidan di sambut sengihan dari Taufiq.

“Eh, eh kau jangan nak menghasut suami aku ni. Aku tunggu anak kau orang keluar dulu. Mesti cantik handsome macam kau orang berdua.” Laju Janna memintas sebelum Taufiq sempat bersuara.

Aidan ketawa. “Aku cakap jelah. Jangan nak tayang muka masam kau tu sangat.”

Janna menjeling sekilas ke arah Aidan. Taufiq geleng kepala.

“Dah-dah. Jom makan. Sejuk makanan ni nanti. Hari ni, aku belanja. Kair dengan Kasyaf cakap je dengan ayah, kau orang nak apa. Ayah belikan.”

“Yeayy! Nak toys, yayah!”

Janna geleng kepala. Memang itu sajalah yang anak-anaknya itu akan minta. Dekat rumah tu, penuh dengan mainan. Boleh buka kedai mainan tak lama lagi.

Weeeee! Tinggal epilog sahaja >< Happy reading awak semua! Stay safe!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience