Series
12737
“BABY!”
Taufiq tersentak. Segera kepala dipanggung memandang Thaniha yang sedang bercekak pinggang sebelah tangan memandang ke arahnua. Tangan naik menggosok tengkuk. Kaki yang terjuntai di dalam air kolam biru itu dibawa naik ke atas darat.
“Ya Cutie?” sengih ditayang.
Sebentar saja lagi, dia pasti sangat yang dia bakal dibebel oleh kakaknya itu. Mata sepet milik Thaniha merenung tajam ke arah Taufiq.
“What are doing here, Baby? Cutie panggil Baby dari bawah sampai ke atas, dari atas sampai ke bawah tak menyahut! Nak tertanggal anak tekak Cutie ni panggil Baby.” Rungut Thaniha. Punggung dilabuhkan di sisi si adik. Air kolam biru itu dijentik-jentik.
“Tertanggal, pasanglah balik,” balas Taufiq cukup selamba. Gelas berisi jus oren disedut perlahan.
“Hish budak ni... Sehari kalau tak sakitkan hati Cutie tak boleh ek!” pipi si adik dijentik, geram.
“Aduh… Sakitlah, Cutie. Report mama,” ugut Taufiq. Pipinya diusap-usap. Nasib tak kena cubit. Tangan kakaknya itu boleh tahan ‘ketam’nya.
“Baby ingat, Baby budak tadika lagi ke huh?” jelingnya. Gelas di tangan Taufiq dirampas lalu air disedut.
Taufiq menjeling sekilas.
“Bila mama papa nak fly balik dari Korea? Halmeoni sihat?” soalnya merujuk kepada nenek mereka yang menetap di Seoul, Korea.
Thaniha meletakkan gelas di tepi. Kini kaki dijuntai masuk ke dalam air. Rambutnya yang jatuh menutupi sisi pipinya ditolak lalu diselitkan ke belakang telinga. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah mereka berdua. Buat seketika, suasana sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Lusa mama dengan papa fly balik rasanya. Halmeoni macam biasalah sihat aja,” balas Thaniha.
Nenek mereka memang seorang yang kuat walaupun umur telah pun genap 70 tahun.
Taufiq tidak membalas sebaliknya kepala diangguk beberapa kali. Air kolam itu direnung. Dan-danlah wajah manis ayu milik Janna terbayang di kornea matanya. Bibir laju saja melengkung senyum.
“Baby! I’m talking to you lah!” kepala si adik dia tolak kuat.
Terpinga-pinga Taufiq dibuatnya. Wajah si kakak dipandang geram.
“Tak payah nak pandang Cutie macam tu sekali. Cutie macam bercakap dengan tiang elektrik aje. Baby melamun apa?” soalnya tak puas hati.
Punyalah dia bebel itu ini, boleh pulak si adik termenung. Sudah itu tersengih-sengih pula macam kerang busuk. Dah kenapa?
“Baby!” tubuh si adik ditolak masuk ke dalam kolam. Geram bila Taufiq kembali termenung sambil tersengih-sengih. Betul ke tak betul adik dia yang sorang ni?
“Cutie!” wajah diraup. Terkejut dia dibuatnya. Nasib dia jenis yang reti berenang.
“Padan muka werk!” lidah dijelir. Puas dia dapat mengenakan adiknya yang nakal itu. Tak sedar adiknya sudah berada tepat di depannya.
BUSH!
“Baby!” rambut yang basah diselit ke belakang telinga. Taufiq ni memang nak kena dengan dia. Taufiq cepat-cepat berenang menjauhi kakaknya yang bagaikan Kak Ros Upin & Ipin.
“Baby! Wait naaaa! I get you, I kick you naaa!” laju dia berenang mengejar si adik. Bermulalah marathon air mereka berdua.
“Oit oit… Buat apa ni ha? Sampai luar rumah boleh dengar.” Taliq yang baru balik dari hospital berjalan menghampiri mereka. Hari ini merupakan hari pertama dia bertugas sebagai seorang doktor di sebuah hospital yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahannya itu. Hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk tiba di sana.
“Oppa! Cutie lah! Dia tolak Baby masuk dalam ni!” jari telunjuk naik menunding ke arah Thaniha yang memaku pandang tajam kepadanya. Tajam bak pisau belati yang sudah siap sedia mahu menghunus ke mangsa.
“Baby pun tarik Cutie masuk!” kata Thaniha, tidak mahu mengalah.
“Tapi Cutie yang mula dulu!”
Masing-masing merenung tajam sesama sendiri. Taliq menggaru dahinya. Hailah… Bilalah nak berdamai kakak dan adiknya ini? Langkah dibawa mendekati kolam renang itu. Tangan disilang ke dada.
“Korang ingat korang budak kecil lagi ke? Cubalah jadi matang sikit.”
Taufiq dan Thaniha saling berpandangan. Kedua-duanya melukiskan senyuman meleret penuh makna. Mereka sama-sama berenang mendekati bibir kolam renang.
“Oppa, ambilkan tuala untuk Baby. Please!” Taufiq meletakkan kedua-dua telapak tangan yang sudah dikepal di bawah dagu. Mata dikelip-kelip meraih simpati.
Taliq menggelengkan kepalanya. Tuala di atas kerusi panjang dicapai lalu dihulur kepada si adik. Taufiq tersenyum lebar. Anak matanya dan Thaniha bertembung. Si kakak mengenyitkan matanya sekali.
“Thank you Oppa. Sayang Oppa, maafkan Baby ya… Idea Cutie juga ni.”
Taliq mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan omongan si adik. Tiba-tiba saja tuala yang masih ditangannya ditarik kuat oleh Taufiq membuatkan tubuhnya jatuh masuk ke dalam kolam renang itu.
KBUSHHH!
Taliq terpinga-pinga. Suara Thaniha dan Taufiq yang sakan bergelak ketawa membuatkan dia mengetap bibir, geram. Segera dia berenang menghampiri kakak dan adiknya. Thaniha dan Taufiq terkejut lalu mereka pantas berenang menjauhi Taliq sambil tertawa.
JANNA menggantungkan apron ke tempat penyangkut yang disediakan. Nafas dihela perlahan. Papan tanda yang tergantung di pintu depan sudah ditukar ke tanda ‘closed’. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Tangan naik menopang dagu sendiri. Kata-kata lelaki bernama Taufiq yang datang bertandang ke kafenya beberapa hari yang lalu kembali terngiang-ngiang di minda.
“Terima atau tidak?” buat seketika, bebola matanya merayap memerhati segenap ruang kafe itu. Akhirnya, impiannya yang satu ini mampu terkabul jua. Sedari dulu dia amat menginginkan sebuah kafe yang terhasil dari usahanya sendiri.
Dia tersenyum.
Kafe impiannya dan kafe yang dimiliknya ini amat sama. Dia amat menyayangi kafenya ini. Seketika matanya terpaku akan board yang tergantung di satu sudut pink putih. Papan itu dipenuhi dengan mangga kecil berbentuk hati. Mangga-mangga itu digantung oleh setiap pasangan yang sedang hangat bercinta mahupun keluarga yang berkunjung ke kafe itu.
Tujuan menggantung mangga berbentuk hati itu soalah berdoa agar hati mereka akan tetap terkunci hanya untuk pasangan mereka sahaja. Di satu sudut lainnya, beberapa keping nota tertampal di atas papan itu. Nota itu ditulis untuk meluah perasaan mereka.
Sedang asyik dia termenung, seraut wajah yang tidak ingin dia ingati datang menyapa minda. Terpejam matanya. Satu demi satu kenangan datang memenuhi benaknya.
Beberapa Tahun Yang Lalu...
DIA memboloskan diri keluar dari dalam perut kereta Alza itu. Langkah di atur mengikuti langkah si kawan yang sudah terlebih dahulu berjalan mendahului dirinya. Tali beg silang yang tergantung di bahu digenggam erat. Jantungnya berdegup kencang. Tangan si kawan ditarik agar langkah gadis itu terhenti buat seketika.
“Nuri, tak mungkinlah…” kepalanya tergeleng-geleng menidakkan apa yang berlegar di fikiran kawan baiknya itu.
Hotel? Tak mungkin kekasih hatinya itu akan menghianati perhubungan mereka. Sungguh! Dia tidak boleh percaya.
“Janna, aku bukan sengaja tau nak tunjuk semua ni. Aku nak kau percaya yang Aidan tu tak macam yang kau fikirkan selama ni. Aku tak nak kau tersalah pilih. Kau je kawan aku Janna. Aku nak yang terbaik untuk kau,” wajah sahabatnya yang gelisah itu direnung. Dia tak mahu Janna sedih. Namun dia juga tidak tega hidup Janna musnah di tangan lelaki yang tidak pandai menghargai.
Tangan si kawan digenggam. Anak mata hitam milik gadis itu direnung dalam.
“Walau apa pun jadi, aku akan tetap ada dengan kau. Okey? Jom,” mereka mula berjalan memasuki lobi hotel mewah itu.
Seseorang lelaki yang baru keluar dari sebuah bilik sambil memeluk pinggang seorang gadis seksi di sisinya terkejut melihat kehadiran Janna yang sudah berdiri tegak di hadapannya.
Janna terpanar.
Buat seketika, mereka saling bertentangan mata. Air matanya tidak mampu lagi untuk ditahan. Mutiara jernih itu mulai mengalir perlahan membasahi pipi. Sungguh dia tidak menyangka, lelaki yang selama ini disayang-sayang sanggup bermain kayu tiga di belakangnya.
“How could you, Aidan…” lemah lututnya. Hampir saja dirinya rebah namun sempat ditahan oleh Nuri.
Aidan terdiam. Hanya anak mata memaku pandang pada si ‘kekasih hati’. Gadis di sisinya itu pula hanya diam menayang wajah seposen. Tanpa rasa bersalahnya, kepala dilentukkan di bahu Aidan.
“I hate you. I hate you so much, Aidan!” tengking Janna. Gelang berbatu ruby di pergelangan tangan kanannya dibuka lalu dibaling tepat ke lelaki yang masih tercegat tanpa suara. Terus saja langkah dibuka besar keluar dari hotel mewah itu.
Nuri merenung tajam pasangan itu. Langkah mara sedikit menghampiri mereka berdua. Merapatkan jurang besar di antara mereka.
“Hoi perempuan! Dasar perampas! Eh, kau dengar sini ek. Kalau jantan tak guna ni boleh curang dengan kawan baik aku walaupun dah 3 tahun bercinta, tak mustahil jantan ni jugak boleh curang balik dengan kau yang dia baru kenal 2-3 bulan lepas!” sempat dia menjeling Aidan yang hanya membisu memandang ke arahnya. Tanpa pamitan, dia terus saja melangkah mengekori langkah sahabat baiknya.
Janna terduduk di bangku yang diletakkan di tepi jalan. Tangan naik menekup wajah yang basah dek air mata. Esakkan tangis jelas kedengaran. Hatinya remuk seribu.
“Janna.”
Tubuhnya terus dipeluk oleh Nuri. Bahunya diusap-usap lembut.
“Sampai… Hati… Dia… Nuri… Aku sayang dia sangat-sangat… Kenapa dia buat aku macam ni Nuri? Apa salah aku kat dia? Kenapa? 3 tahun aku dengan dia Nuri. Kenapa mesti macam ni?” anak mata basahnya merenung sepasang anak mata si kawan.
“Kau tak salah apa-apa pun. Yang salah tu dia. Buta mata hati. Dia tak layak untuk kau, Janna. Kau layak dapat yang lebih baik. Aku yakin.”
Janna tertunduk. Bibir diketap menahan tangis.
DIA tersenyum kecil. Dari kisah itu, dia bangkit semula dengan sebuah kafe. Kafe yang diberi nama D’love Kafe. Kafe cinta. Kafe yang penuh dengan elemen romantik. Walaupun dia sendiri pernah remuk hati dek angkara cinta.
“Hello? Janna!”
PUK!
Dahinya ditepuk kuat membuatkan dia tersedar. Bebola naik memandang Nuri yang tercegat mencekak pinggang memandangnya. Segera posisi duduk di betulkan.
“Nuri… Macam mana kau boleh masuk sini?” soalnya, kehairanan. Dia rasa dia sudah mengunci pintu depan sebelum duduk melepak sambil melamun jauh mengingati masa lalu.
“Banyaklah kau punya kunci. Kau tukar papan closed tu je. Kau tahu tak bahaya? Dahlah kau tu perempuan. Sorang pulak tu dalam ni. Buatnya ada pencuri yang masuk sini tadi lagu mana?” tinggi nada suara Nuri. Punggung dilabuhkan di kerusi bertentangan dengan sahabatnya itu.
“Mulut kau. Aku rasa stok cili kat dapur banyak lagi. Nak rasa tak betapa ‘nikmat’nya cili melekat kat bibir?” satu jelingan tajam diberi kepada gadis itu.
Nuri tayang sengih. Betullah. Kalau apa-apa jadi sebelum dia sampai tadi, siapa yang mahu membantu kawannya itu?
“Termenung apa tadi? Aku duk panggil kau sampai ke sudah tak menjawab.”
“Teringat kisah lama je…” perlahan nada suara Janna. Bibir mengukir senyum kecil.
“Tak move on lagi ke?” soal Nuri sambil menyilangkan tangan di atas meja.
“Taklah. Teringat je… Ni… Aku nak tanya kau pendapatlah…” jam berbentuk hati yang melekat di dinding di kerling seketika. Nuri hanya menganggukkan kepalanya memberi isyarat ‘teruskan’.
“Beberapa hari yang lepas, ada customer aku sorang ni. Dia photographer kat studio depan sana tu. Dia kata, dia nak shoot kafe ni lepas tu nak buat artikal kecil. Kau rasa, aku patut terima tak?”
“Photographer? Siapa nama dia? Dia ada bagi kad tak?” soal Nuri seakan berminat ingin mengetahui siapakah gerangan itu.
“Achbar Taufiq.” Balas Janna.
Nuri terlopong.
“Achbar Taufiq! Kau tak kenal ke Achbar Taufiq?” tinggi nada suara Nuri. Bulat matanya merenung Janna.
Janna menjungkitkan keningnya.
“Dia photographer yang berjaya menang beberapa competion antarabangsa. Dia juga pernah ke beberapa buah negara untuk shoot tau. Gambar-gambar yang dia ambil juga ada dipaparkan kat geleri! Kalau pada akulah kan, aku memang takkan lepaskan peluang ni. Termasuklah orangnya,” sengih nakal meleret di bibir Nuri.
“Huh? Kenapa pulak?”
“Dia tu anak bongsu dari 3 beradik. Dorang semua mix korea tau. Sebab tu muka ala-ala oppa sikit.” Teruja Nuri bercerita. Janna hanya mendengar. Tidak berminat untuk tahu tentang hidup lelaki itu. Namun demi si kawan yang nampak teruja benar mahu bercerita, ditadahkan jua telinganya itu untuk mendengar.
Share this novel