BAB 10 MC

Romance Series 12737

STETOSKOP dilingkar ke leher sebelum maklumat kesihatan pesakit diberitahu kepada jururawat yang setia di sisinya. Jururawat wanita itu terangguk-angguk sambil tangan ligat menyalin data ke sebuah kertas atas fail plastik di tangannya.

Taliq tersenyum ke arah pesakit kanak-kanak lelaki itu.

“Okey Adam… Adam kena janji dengan doktor, yang Adam takkan boleh skip makan ubat. Fight okay? Adam kata nak jadi macam boboiboy. Kalau boboiboy kuat lawan adudu, Adam kena kuat lawan kanser leukemia ni. Boleh?” soalnya seraya mengusap lembut kepala kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun itu.

“Okey doktor handsome. Adam janji yang Adam akan kuat! Kuat macam boboiboy. Adam nak jadi hero ibu!” balas Adam sambil tersenyum. Si ibu yang duduk di sisi katil itu tersenyum kecil. Air mata yang bertakung di tubir mata, ditahan agar tidak jatuh mengalir.

Taliq ukir senyum sambil menganggukkan kepalanya. Plastik buku POPULAR dihulurkan kepada Adam.

“Doktor ada belikan Adam buku cerita. Nanti bila Adam rasa bosan, Adam bolehlah baca.” Kata-kata Taliq disambut senyuman lebar dari Adam. Laju plastik itu bertukar tangan.

“Terima kasih!”

“Terima kasih ya, doktor.” Tersenyum si ibu bila melihat anaknya gembira. Taliq membalas dengan anggukan.

“Banyakkan berdoa ya puan. Saya yakin Adam akan sihat seperti sediakala. Adam ni kuat orangnya,” balasnya. Adam sudah sibuk dengan buku cerita barunya. Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya.

“Doktor Taliq,” seru seorang doktor lelaki.

Taliq memalingkan wajahnya. Jururawat tadi segera meminta izin untuk pergi.

“Yes?” balasnya.

“Ada doktor baru masuk sini. Doktor nak jumpa dia tak? Lawa tau doktor…” usik doktor itu sambil tersengih-sengih.

“Mengada.” Taliq menggelengkan kepalanya. Setelah ucapan pamitan diberi, dia mengikut langkah doktor itu untuk bertemu dengan doktor baru yang dimaksudkan sebentar tadi.

“Doktor Shaza!” seru lelaki itu. Taliq hanya diam berdiri di sisi sahabat sekerjanya itu.

Gadis yang diseru namanya tadi pantas menoleh memandang mereka. Buat seketika, anak mata Taliq dan Shaza saling berlaga. Kewujudan doktor lain di antara mereka berdua bagaikan lenyap buat seketika.

“Doktor Taliq, perkenalkan, ini Doktor Siti Nurshazalina. Doktor Shaza, ini Doktor Achbar Muhammad Taliq.”

Mereka tersedar dari lamunan. Masing-masing mengukir senyum seraya menundukkan sedikit badan tanda hormat.

“Hai Doktor Shaza. Selamat berkenalan dan selamat datang.”

“Selamat berkenalan juga Doktor Taliq. Sila beri tunjuk ajar kepada saya ya nanti.”

JAM di dinding telah menunjukkan waktu makan tengahari. Taliq menanggalkan kot putih yang tersarung ditubuhnya sebelum dia mencari kelibat doktor baru itu. Dia tersenyum sebaik saja menangkap kelibat doktor itu yang baru saja keluar dari ward pesakit. Segera langkah di atur mendekati gadis itu.

“Doktor Shaza,” panggilnya.

Gadis itu memberhentikan langkahnya lalu memalingkan tubuh memandangnya. Wajah gadis itu menjadi bualan tidak kira doktor mahupun jururawat. Katanya wajah gadis itu terbias riak garangnya. Tapi pada dia, wajah itu cukup manis dan ayu.

“Ya Doktor Taliq.” Jawab Shaza.

“Dah lunch?” soal Taliq sambil merenung setiap inci wajah Shaza ketika itu. Bila saja anak mata mereka saling bertembung, cepat-cepat gadis itu melarikannya.

“Belum doktor,” balasnya bernada perlahan. Debar di dadanya tidak usah dicakap.

DUP! DAP! DUP! DAP!

Kuat dan laju!

“Jom kita lunch kat kantin. Saya belanja awak.”

Shaza memaku pandang pada wajah lelaki dihadapannya itu. Tampan. Kacak. Dia sendiri tak nafikan semua itu. Yalah. Muka mix Korea kan… Mana tak herloknya.

“Doktor Shaza?” berkerut dahinya bila gadis itu terus memandang wajahnya tanpa berkelip.

Shaza terkejut. Pecah berderai lamunannya yang sempat bertandang seketika tadi. Cepat-cepat dia menundukkan wajah. Pipi pula sudah bertukar warna. Dari putih gebu ke warna merah delima. Taliq yang memerhatikan wajah itu hanya menahan senyum dari terlakar. Hatinya agak tercuit dengan tingkah gadis itu.

“Aaa… Tak apalah…” balas Shaza bernada perlahan bila sedar lelaki itu masih menanti jawapan darinya.

“Jomlah. Saya ikhlas.”

Shaza terdiam beberapa saat sebelum kepala diangguk perlahan.

“Jom…”

Mereka beriringan menuju ke kantin di aras bawah. Sepanjang perjalanan mereka ke sana, Shaza hanya menundukkan wajahnya. Malu! Kantoi intai anak teruna orang! Rasa nak saja dia tenggelamkan wajahnya masuk ke dalam tanah.

SEDARI tadi dua beradik itu mengintai Taliq dari sebalik tembok yang memisahkan ruang tamu dengan anak tangga. Thaniha menepuk bahu Taufiq yang berada di depannya. Soalan ‘kenapa?’ diajukan lewat ekor mata. Taufiq menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

“Oppa tak pernah termenung,” bisik Thaniha.

“Oppa jugak tak akan tersengih seorang diri.” Sambung Taufiq pula.

“Korang dah kenapa duk mengintai dari situ? Ingat Oppa tak nampak ke?” soal Taliq tanpa menoleh memandang mereka di belakang. Hailah kakak dan adiknya ini… Umur tak melambangkan perangai!

“Eh, perasan pulak encik doktor kita ni kan Cutie…” mereka sama-sama mengatur langkah menuju ke ruang tamu.

“Haah… Ingat bila dah termenung tu tak toleh kiri kanan depan belakang dah,” kata Thaniha pula. Punggung dihenyakkan di sofa single. Si adik juga duduk di sofa single bertentangan dengannya.

“Mana ada termenung. Ada-ada jelah Cutie dengan Baby ni.” Nafinya.

Thaniha mengukir senyum senget manakala Taufiq sudah tersengih sumbing.

“Cutie kenal Oppa dah 27 tahun tau. Cutie kenal Baby pulak dah 24 tahun. I know how you are,” anak mata merenung wajah adik-adiknya itu.

“Ish Cutie ni… Senyum salah, tak senyum salah. Termenung pun salah ke?” kening sebelah dijungkit menentang pandangan si kakak.

Taufiq sudah bersandar sambil anak mata merenung kaca skrin telefon. Tidak lagi endah dengan kakak dan abangnya.

“Bukanlah macam tu. Tapi, Oppa yang Cutie kenal dulu, jarang nak termenung. Apatah lagi termenung sambil tersengih-sengih,” balas Thaniha.

“Baby pun sama!” sambungnya.

Terkejut Taufiq dibuatnya. Hampir saja telefonnya itu mahu terlepas dari tangan. Tulah leka lagi renung gambar anak dara orang!

“Apa Cutie ni?” soal Taufiq tidak puas hati. Tak ada angin, tak ada ribut, nama dia sekali kena tarik.

“Korang ni jatuh cinta ke apa?” tanya gadis itu berlagak seolah polis trafik.

“Huh!” serentak Taufiq dan Taliq. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

“Oppa lah tu.”

“Baby lah.”

“Oppa lah. Kenapa Baby pulak.”

“Baby lah. Kenapa Oppa pulak.”

“Oppa…”

“Baby…”

Masing-masing saling menafikan. Pening kepala Thaniha dibuatnya. Meja kopi diketuk beberapa kali.

“Oi oi. Cutie tanya je kan. Yang korang nak bergaduh ni kenapa? What’s your problem?” soalnya geram. Taufiq dan Taliq terus mengunci mulut. Buat seketika, suasana hening tanpa sebarang suara. Thaniha menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Cutie dengan Abang Rayyan macam mana?” soal Taufiq menukar arah perbualan mereka. Dia masih belum bersedia untuk membuka cerita soal hati dan perasaan.

“Pandai ek mengelak. Kitorang okey je. So far so good,” jawapan Thaniha disambut anggukan dari kedua-dua orang adiknya itu.

Baru Thaniha mahu kembali ke topik asal, telefon bimbitnya berbunyi nyaring menandakan ada panggilan yang sedang menunggu untuk disambungkan. Taufiq dan Taliq menghela nafas lega dalam diam.

Thaniha mengintai terlebih dahulu nama yang terpapar di dada skrin. Dan-danlah bibir mengukir senyum bila nama si kekasih hati naik di kaca skrin. Anak mata dibawa memandang wajah adik-adiknya.

“Korang terlepas kali ni. But not next time,” dia bangun dari duduknya lalu melangkah ke swimming pool untuk menyambut panggilan dari si kekasih hati yang dicintai. Mahu berjumpa agak sukar kerana kerjaya kekasihnya itu sebagai seorang juruterbang membataskan masa mereka.

“Fuh…” serentak mereka berdua menyandarkan belikat ke sofa.

“Oppa, are you in love?” soal Taufiq cuba mengorek rahsia.

“How about you?” soalan berbalas soalan. Suasana kembali hening namun untuk seketika cuma

“Not the right time,” balas Taufiq masih enggan untuk memberitahu sesiapa pun tentang hatinya yang sedang tangkap angau.

“Me too…” balas Taliq pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience