BAB 1 MC

Romance Series 12737

MATAHARI sudah terpacak tegak di atas kepala namun Taufiq masih lagi berselubung disebalik duvet. Sekejap dia mengiring ke kiri, sekejap dia mengiring ke kanan.

“Baby!!!”

Dek terkejut, dia terus terduduk. Terpinga-pinga dia dibuatnya. Apa kepehai duk menjerit sampai nak terkeluar anak tekak? Saja je nak mengganggu lena orang. Tubuh kembali dibaringkan lalu sebiji bantal dibuat bagi menutup telinganya.

“Baby!!! Sampai bila Baby nak tidur terus macam ni hah?!! Bangun Baby!! Bangun!!” 

Dia menolak bantal itu ketepi. Sepet matanya memandang gadis yang sedang bercekak pinggang itu. Tak dihiraukan kemunculannya, dia kembali menarik bantal lalu dibawa ke telinga.

“Eh budak ni… Baby!!!”

“Aaaaa Cutie! Apa ni! Baby nak tidurlah! Cutie ni memang suka dengki kan.” Taufiq duduk. Wajah si kakak dipandang sambil bibir dicebik. Sudahlah dia mengantuk bukan kepalang bila terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tugasannya. 

Thaniha menyepetkan mata. Jari telunjuk naik menunding jari ke arah si adik. 

“Dengki tak dengki. Baby bangun sekarang! Mandi!”  wajah garang ditayang dihadapan si adik.

Taufiq cebir bibir. Matanya terpaku akan sesusuk tubuh lelaki yang sedang bersandar di muka pintu biliknya. Mata digosok beberapa kali. Apa benar dia lihat ataupun ia hanya sekarang mimpi di siang hari?!

“Oppa!!” pantas dia bangun dari duduknya. Tubuh abangnya itu dipeluk erat. Sekian lama sudah tidak bersua muka, akhirnya mereka dapat bertemu. 

Taliq menggelengkan kepala. Si adik dan si kakaknya itu memang pantang bersama. Ada aja yang mahu digaduhkan.

“Bila Oppa balik dari Jepun? Tak bagitau Baby pun! Kalau tak bolehlah Baby ambik kat airport.”

Thaniha menjungkitkan keningnya.  Telinga si adik ditarik dan dipulas kecil.

“Baby jangan nak merepek meraban tengah-tengah hari buta ni. Baby bangun je dah pukul 1 tengahari. Ada hati nak ambil Oppa? Oppa sampai jam 7 pagi tadi tau! Baby nak suruh Oppa tunggu baby sampai keluar janggut ke kat airport tu?” 

“Cutie! Sakitlah! Apa ni! Tercabut telinga Baby lah!! Oppa! Tengok Cutie!” tangan sebelah naik menarik rambut  si kakak. Hah rasakan pembalasannya!

“Baby! Apa ni! Sakitlah rambut Cutie!” Thaniha terjerit bila rambutnya ditarik. Rasa bagai mahu tercabut kepalanya.

“Cutie lepaskan dulu telinga Baby!” tarikan dikuatkan agar si kakak melepaskan telinganya. 

“Baby dulu!”

“Cutie!!”

“Oppa!!” serentak mereka menjerit. Kepala dipaling memandang Taliq yang tercegat menjadi pemerhati sedari tadi. Taliq terkebil-kebil memandang kakak dan adiknya. Haih… Dia selaku anak kedua selalu menjadi orang tengah dan ‘penenteram’ Thaniha dan Taufiq yang acap kali melancarkan perang dunia yang entah ke berapa kali.

Tangan adik dan kakaknya ditarik ke tepi. Kepala digeleng perlahan. Tak padan dengan beso. Sorang dah umur 29, sorang lagi umur dah 24. Tapi perangai macam budak 4 dan 9 tahun aja.

“Cutie, Baby, janganlah asyik gaduh je. Korang dah besar dah. Hadeh…” serentak tubuhnya dipeluk oleh Taufiq dan Thaniha. Dalam peluk pun sempat lagi Taufiq menjelirkan lidah ke kakak sulungnya.

“Baby…” tegur Taliq. 

Taufiq tayang sengih. Segera pelukan dileraikan. 

Serasa mereka kembali ke masa kecil. Bila mereka sudah berganjak dewasa, masing-masing sibuk dengan kerjaya. Thaniha merupakan seorang model di AsModeling Malaysia. Gadis itu merupakan antara top 5 model terhangat dan salah seorang model yang berjaya menjejakkan kaki ke beberapa buah negera yang lain seperti New York, London, Paris dan United Kingdom.

Taliq pula adalah seorang pelajar jurusan perubatan peringkat PHD yang menyambung pelajarannya di Jepun dan kini sudah pun tamat belajar dan akan kembali menetap selamanya di bumi Malaysia.

Manakala Taufiq pula merupakan seorang freelance photographer yang telah pun beberapa kali memenangi awards dalam photographer competion.

Thaniha meleraikan pelukkan. Perlahan langkah di atur mendekati meja kerja si adik. Kamera DSLR di atas meja menarik perhatiannya. Baru saja dia mahu menyentuhnya, suara si adik terlebih dahulu melarang.

“Cutie no!”

Thaniha toleh memandang si adik yang sedang mengawang-awangkan tangannya tanda melarang. Bibir dicebirkan. 

“Sayang sangat Baby dengan kamera ni. Lagipun kamera ni dah lama dah. Baby boleh je beli yang baru,” larangan si adik langsung tidak diendahkan. Kamera itu dipegang lalu dibawa pose lagak seorang photographer.

“Cutie! Don’t touch the lens. Baby semalaman lap tau!”

Thaniha tertawa. Jari sengaja di acah-acah ke lensa kamera sambil tersenyum meleret. Melihatkan wajah si adik yang monyok masam, tawa besarnya meledak. Mengekek dia ketawa. Taufiq melangkah ke arah kakaknya itu lalu kamera DSLR kesayangannya dirampas semula. Bahu kakaknya ditolak ke Taliq.

“Oppa, bawak Cutie ni keluar sebelum Baby smackdown dia ni sampai ke planet Pluto.” Jelingan diberi kepada Thaniha.

“Buatlah kalau berani! Cakap je lebih!” ejek Thaniha. Tangannya ditarik oleh Taliq untuk keluar dari situ. Sayup-sayup suara gelak tawa Thaniha masih lagi kedengaran. Taufiq segera merapatkan daun pintu. 

Punggung dilabuhkan di atas katil. Butang on ditepi kamera ditekan lalu gambar-gambar yang pernah di snap sebelum ini kembali dilihat. Bibirnya melirik senyuman tatkala melihat sekeping gambar yang berjaya ditangkap di puncak Gunung Kinabalu. 

Ketika itu masih awal pagi. Dia dan kawan-kawannya mendaki gunung itu sehingga ke puncak tertinggi. Dan apa yang dirasai melebihi apa yang disangkakan. Pemandangan ketika di puncak amatlah cantik dengan keadaan yang sedikit berkabus dek suasana pagi dan hujan gerimis pada pagi itu menambahkan kecantikan Gunung Kinabalu itu. 

Bila terfikirkan tentang Gunung Kinabalu, serta-merta fikirannya melayang pula pada percutian mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Tembok Todak. Kawasan di sana sangatlah cantik. Dia dan rakan-rakannya datang ke sana untuk melihat pemandangan ketika matahari terbenam. Apa yang tak disangka, melihat matahari terbenam di situ amat mengasyikkan. Sempat dia mengabadikan beberapa foto sebagai kenang-kenangan.

Tak lupa juga pada Sutera Harbour. Sebuah resort yang menjanjikan pemandangan yang indah dengan keadaan laut yang sangat cantik. Air laut berwarna biru itu memukau mata sesiapa sehaja yang datang melihatnya.

Tiba-tiba lamunannya mati dek telefon bimbit yang menjerit nyaring menandakan ada panggilan masuk. Segera punat hijau dileret dan telefon di lekapkan ditelinga.

“Hello. Waalaikumussalam. Macam mana keadaan situ? Boleh saya datang melihat?”

Senyumnya kian lebar. Selepas kata pamit diberi, terus saja talian ditamatkan. Segera dia bangun dari duduknya mahu bersiap-siap ke Studio baru miliknya.

STUDIO ACHBAR TAUFIQ.

Dia tersenyum melihat papan tanda besar itu. Segugus kunci dikeluarkan lalu diselit masuk ke dalam lubang. Pintu kaca itu ditolak. Dan-danlah senyumannya kian melebar. Mata meliar memerhati sengenap ruang yang kemas dan indah susunannya. Sama seperti yang dia bayangkan selama ini. 

“Perfect.” 

Punggung dilabuhkan di atas sebuah kerusi. Belikat disandarkan sementara mata masih lagi tidak puas menjamah segenap ruangan studionya itu. Sedang dia asyik dengan studionya itu, telefonnya yang berada di dalam kocek seluar jeans bergetar. Segera telefonnya ditarik keluar. Nama Aiman naik di dada skrin. Segera punat hijau dileret ke tepi.

“Hello bro!” sapa lelaki di hujung talian.

“Assalammualaikum bro.” Taufiq menggeleng. Untuk seketika, talian menyepi. Dia tersengih seketika. Taulah rakannya dihujung talian itu ‘terciduk’ sebentar.

“Ya ya… Waalaikumussalam…” balas Aiman. Boleh pulak rakannya ini buat dia terciduk. 

“Haa… Kau kat mana ni?” 

“Aku kat studio. Datang melawat jap. Apa hal?” soal Taufiq. 

“Aku baru habis shooting. Jom lepak nak?”

“Boleh. No hal. Kat tempat biasa ke?” dia bangun dari duduknya. Langkah di atur keluar dari studio miliknya. 

“Yes.”

“Okay. Lagi 15 minit aku sampai.”

“Take care. See you.” Talian dimatikan. Telefon kembali dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya. Kepala kembali di dongak. Dan-danlah matanya terpaku pada sebuah kafe yang terletak diseberang sana. Tepat bertentangan dengan studio miliknya.

“D’love Kafe. Mesti tema romantik. Sesuailah tu kalau bawak pasangan ke sana. Apa nak buat. Aku single,” bibir tercebik. Tak mahu membuang masa, tubuh terus diloloskan ke dalam perut kereta BMW miliknya. 

SETELAH kereta diparking di tempatnya, langkah di atur masuk ke dalam restoran yang selalu menjadi ‘port’ mereka sekawan. Mata meliar memerhati sekeliling mencari susuk tubuh si kawan.

“Fiq!” 

Kepalanya menoleh. Bibir mengukir senyuman. Segera langkah di atur mendekati si kawan. Setelah mereka saling berlaga bahu, punggung dihenyakkan di kerusi bertentangan dengan Aiman.

“Sorang je? Pian mana?” soal Taufiq setelah membuat pesanan.

“Pian baru habis meeting. Biasalah. Tengku Wan Sufian. Tak sah kalau tak sibuk. CEO lah katakan...” straw di dalam cawan berisi air lemon ais dikacau sebelum disedut perlahan. Topi dikepalanya dibetulkan. 

Biasalah. Dia adalah antara top 5 pelakon lelaki terkacak Malaysia. Sentiasa diburu oleh peminat-peminatnya tak kiralah siang ataupun malam. Seorang Aiman Hakimi tak pernah tidak diperhatikan! Di mana pun pasti ada yang memerhati.

“Kau habis shoot? Drama?” soal Taufiq memulakan perbualan sementara menunggu rakan mereka yang lagi sorang tiba.

“Nope. Film.” Sengih ditayang buat si kawan. Taufiq menganggukkan kepalanya.

“Hello… Maaflah lambat.” Sufian ukir senyum buat kedua-dua orang rakan baiknya itu. Mereka saling bersalaman dan berlaga bahu. Punggung dihenyak di sebelah Aiman.

“Tak bawak pasangan pulak korang?” hairan Taufiq. Biasanya kawan-kawannya itu selalu ‘mengangkut’ si kekasih hati sekali.

“Sha dia ada event fesyen kat New York. Baru fly harini,” balas Sufian. Raysha Adiliya, antara pereka fesyen terhebat di Malaysia. Tugas si kekasih hati tidak pernah dikongkong olehnya. Dia faham akan minat kekasihnya itu.

“Anne pulak pergi shoot MV terbaru dia.” Kata Aiman. Arianna Dahliah pula adalah seorang penyanyi ter ‘hot’ masa kini. Single pertamanya yang bertajuk Terluka mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia mahupun rakyat dari negara lain. Dia turut menyokong minat si kekasih hati. Baginya, selagi Arianna mampu menjaga diri dan hubungan mereka, tiada alasan untuk dia menghalang minat gadis itu. Begitu juga dia, dia juga selebriti hangat Malaysia. Selagi dia mampu menjaga diri dan hubungan mereka berdua, tiada hak untuk Arianna melarangnya dari terus berlakon.

“Kesian. Dedua kena tinggal kekasih ya,” ketawa Taufiq meletus. Pesanan minumannya yang baru tiba disedut.

“Eleh… Kau tu. Sampai bila nak single? Handsome tapi sayang, single.” Cebik Aiman.

“Haah. Kau mix kot! Mix Korea okay. Bukan biasa-biasa. Kulit putih. Comel je aku tengok. Patutlah family kau gelar kau Baby. Comel. Kau dengan abang kakak kau sama je. Kulit putih. Cantik comel gituh. Semua ikut mama kau,” kata Sufian pula. Menyokong kata-kata kawannya itu

“Cantik comel tu Cutie dengan Oppa. Bukan aku. Aku handsome okey!”

Mereka bertiga serentak tertawa. Mulalah beberapa topik lain dibuka dan perbualan terus menjadi panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience