Series
12737
JANNA meletakkan pinggan dan gelas yang sudah kotor di atas dulang coklat. Meja yang agak kotor sedikit itu dilap menggunakan sehelai kain. Usai saja menyiapkan tugasnya di meja itu, dulang diangkat lalu langkah diatur menuju ke dapur.
“Janna.”
Satu suara menegurnya membuatkan langkah Janna serta merta terhenti. Tubuh dipusing menghadap lelaki itu. Janna terdiam. Sudah dua hari berlalu lepas kejadian itu. Namun kesannya masih ada di dalam hatinya. Dan selama dua hari itu jugalah, Taufiq tak henti-henti meminta maaf daripadanya.
Taufiq senyum sebelum melangkah mendekati Janna. “Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam,” balas Janna. Anak matanya masih merenung wajah Taufiq yang kini berdiri di hadapannya.
“Awak nak apa ke sini lagi, Taufiq? Kan saya dah cakap, jangan ganggu saya lagi. Saya tak nak ada masalah dengan sesiapa lagi. Tolonglah,” ujar Janna.
Taufiq diam seketika sebelum beg yang tersandang di belakang tubuhnya dibuka. Sekeping kad dibawa keluar lalu dihulurkan kepada gadis itu. “Nah.”
Janna pandang sepi huluran Taufiq itu. Kening sebelahnya terjongket tinggi. Matanya naik semula memandang Taufiq.
“Ambillah.”
“Apa ni?” soal Janna. Dulang coklat di tangannya diletakkan di atas sebuah meja yang tak berpenghuni. Kad yang dihulur oleh Taufiq itu diambil.
“Kad kahwin,” balas Taufiq.
Pergerakkan tangan Janna yang ingin membuka sampul kad itu terhenti seketika. Entah kenapa hatinya bagaikan tersiat. Bebola matanya naik semula merenung wajah Taufiq. Kad kahwin lelaki itukah? Adakah Taufiq akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis tempoh hari?
“Kakak saya nak kahwin minggu depan. Dia harap sangat awak boleh hadir ke majlis dia nanti. Dia dah lama teringin nak jumpa awak, tapi disebabkan dia sibuk, jadi dia tak sempat nak datang sini,” jelas Taufiq.
Janna tunduk kembali. Entah kenapa hatinya agak lega selepas mendengar penjelasan Taufiq tadi. Kad tadi tidak jadi dibaca lalu disimpan ke dalam saku poket apron yang dikenakan. “Kenapa nak ajak saya? Saya tak setaraf dengan keluarga awak.”
Taufiq lorek senyum.
“Keluarga saya tak pandang pun semua tu. Lagipun, family saya memang teringin nak jumpa awak pun.”
“Dorang semua tahu tentang saya?” soal Janna, terkejut.
Taufiq diam. Tersengih. Tengkuknya digosok. Lambat-lambat kepalanya dianggukkan.
“But, dari mana dorang tahu tentang saya?”
Taufiq lebarkan sengih sebelum jari naik menuding ke dirinya sendiri.
“Awak cerita apa kat family awak tu, hah?”
“Saya cakap jelah awak bakal isteri saya,” balas Taufiq, selamba.
Janna terlopong kecil. “Apa dia?” Nada suaranya naik seoktaf.
Taufiq lepas tawa.
“Saya cerita yang baik-baik jelah. Jangan risau,” jawab Taufiq seraya tersenyum manis.
Janna diam dulu. “Saya tak janji boleh datang. Insya-Allah, saya cuba untuk datang. Kalau saya bawak Nuri sekali, boleh kan?”
“Boleh awak. Nak bawa semua family pun boleh. Alang-alang tu bolehlah berkenalan sekali,” balas Taufiq.
Janna senyum nipis. “Baiklah. Insya-Allah.”
“Oh ya, kakak saya nak tempah cupcake untuk wedding dia nanti,” kata-kata Taufiq disambut anggukan dari Janna. Dulang kembali diambil.
“Awak duduk dulu. Saya pergi letak dulang ni kat dapur. Kejap lagi, saya datang balik. Awak nak order apa-apa tak?” soal Janna.
“Nak hazelnut latte.”
Janna angguk bersama senyuman di bibir. Langkah terus dihayun menuju ke bahagian dapur. Taufiq pula sudah mengambil tempat di sebuah meja yang selalu didudukkinya. Bibirnya tersenyum memandang susuk tubuh Janna yang baru saja hilang ke pintu dapur. Dalam hati berharap gadis itu dapat melupakan hal yang sudah terjadi dua hari yang lepas. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu.
SHAZA melangkah keluar dari wad. Stetoskop dilingkarkan pada lehernya. Langkah diatur satu per satu menyusuri koridor. Matanya meliar seketika memandang sekeliling. Seperti biasa, jarang sekali hospital akan sunyi di waktu-waktu sebegini.
“Shaza!”
Langkah Shaza serta merta terhenti. Kepala ditoleh mencari si empunya suara. Apabila melihat susuk tubuh Taliq yang sedang berjalan menghampirinya, bibirnya automatik tersenyum manis.
“Hai Shaza,” sapa Taliq sebaik saja memberhentikan langkahnya di hadapan gadis itu.
“Hai Taliq.”
“Awak busy ke?” soal Taliq.
Shaza menggelengkan kepalanya. “Saya dah nak balik.”
Taliq angguk sekali. Jam yang terbelit di pergelangan tangannya dikerling seketika. “If you don’t mind, jom pergi makan dengan saya. Nak tak? Jangan risau, saya belanja.”
“Eh, kenapa ajak saya pulak?”
“Kenapa? Tak boleh ke?” Tanya Taliq. Shaza tersengih kecil sebelum menggelengkan kepalanya.
“So, jom?”
Shaza angguk kepala. “Saya pergi ambik beg dulu.”
“Okey. Naik satu kereta ya? Balik nanti saya hantarkan. Kereta awak kat bengkel lagi kan?”
“Haah.” Shaza angguk kepala sekali.
“Okey. Saya tunggu kat tempat parking kereta. Jumpa kejap lagi,” ujar Taliq sebelum membuka langkah pergi. Shaza hanya membalas omongan Taliq dengan senyuman manis.
MEREKA melangkah beriringan masuk ke dalam restoran tomyam itu. Sebuah meja yang agak jauh dari pelanggan yang lain menjadi pilihan mereka. Seusai saja siap memesan menu yang dikehendaki, masing-masing lebih gemar mendiamkan diri melayan perasaan sendiri.
Taliq paku lensa matanya ke wajah ayu milik Shaza. Shaza langsung tak sedar dirinya sedang diperhatikan dek keasyikan gadis itu yang sedang memandang dekorasi kedai itu.
“Cantik,” kata Shaza, perlahan.
“Awak suka dengan tempat ni?” soal Taliq seraya mencantumkan kedua-dua belah tangannya. Shaza alih pandang ke wajah Taliq.
“Suka. Cantik sangat. Tenang je,” balas Shaza.
Taliq menganggukkan kepalanya tanda setuju. “Sini tempat favourite saya. Awak orang pertama yang saya bawa ke sini tau.”
“Why me?”
“Because you are special,” jawab Taliq. Anak mata mereka saling bertaut membalas pandang. Buat seketika, mereka hanyut seketika. Shaza terdiam tidak tahu mahu membalas apa.
“Maaf menunggu, jemput makan.” Kehadiran seorang pelayan menarik mereka kembali ke alam realiti. Shaza menundukkan wajah. Ini kalau angkat muka, mahu merah pipinya dibuatnya. Taliq pula senyum sambil mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang menghantar menu pesanan mereka itu. Pelayan itu membalas senyuman Taliq sebelum beredar pergi.
Taliq memandang ke arah Shaza. “Jom makan.”
“Baik,” balas Shaza. Sudu dan garpu di tepi pinggan diambil lalu makanan disuap ke mulutnya. Sesekali matanya mencuri pandang ke arah lelaki yang duduk di hadapannya itu. Tiba-tiba saja Taliq mengangkat wajah, dan-dan lah anak mata mereka bersatu.
Shaza tersentak. Mahu larikan anak matanya itu namun terasa bagai digam.
Taliq tersenyum. “Shaza okey?”
“Ya, okey. Maafkan saya.” Cepat-cepat anak mata dialih. Kepala kembali ditunduk.
Kawal Shaza. Kawal. Malu. Jangan macam ni. Tenang-tenang. Desus hati Shaza.
MAJLIS perkahwinan Thaniha dan Rayyan diadakan di sebuah dewan di Bandar Kuala Lumpur. Rata-rata tetamu yang hadir memeriahkan majlis terdiri daripada keluarga yang ternama.
Nuri meloloskan dirinya keluar dari dalam perut kereta itu. Mulutnya terlopong kecil. “Fuh… Tak pernah aku datang majlis-majlis besar macam ni! Ramainya…”
“Dah namanya orang kaya, Nuri. Dah. Sini tolong aku angkat kotak-kotak cupcake ni. Qayyum dengan yang lain mana?” Butt kereta dibuka. Nuri turut membantu si kawan untuk mengangkat kotak-kotak cupcake itu.
“Dorang semua on the way. Boleh pulak Si Syafiq tu tersesat,” ujar Nuri.
Janna menggelengkan kepalanya. “Haih. Suruh dorang datang cepat sikit. Majlis dah nak mula ni.”
Nuri hanya angguk akur.
“Hi, may I help?” soal satu suara di belakang mereka.
Nuri dan Janna terus memalingkan kepala ke belakang. Nuri tersenyum. “Hai Taufiq!”
Taufiq membalas senyuman Nuri. “Hai Nuri.” Seketika anak matanya lari memandang Janna yang anggun berbaju kurung moden berwarna krim. Sama padan dengan warna baju melayunya.
“Eh, macam berjanji pulak korang berdua ni ya. Pakai baju sedondon,” usik Nuri seraya tersengih memandang Janna. Janna yang baru tersedar akan hal it uterus memandang baju kurung yang tersarung di tubuhnya.
Alahai… macam manalah boleh tersama warna pulak ni? Soal Janna dalam hati. Tidak mengendahkan kehadiran Taufiq dan usikan Nuri, dia kembali mengangkat kotak-kotak cupcake itu.
“Mari saya tolong,” kata Taufiq. Kotak cupcake di tangan Janna diambil.
“Tak payahlah. Kitorang boleh bawa. Kejap lagi pekerja saya yang lain pun sampai.”
Taufiq hanya senyum. Tidak langsung membalas bicara Janna. Janna hela nafas ringan. Tak lama kemudian, sebuah kereta memasuki kotak parker di sebelah kereta Janna. Qayyum, Syafiq, Amira dan Qistina memboloskan diri dari dalam perut kereta.
“Assalammualaikum, Janna. Maaf lambat. Salah jalan tadi,” ujar Syafiq seraya tersengih. Rambutnya yang terjuntai di dahi dibetulkan sedikit.
“Waalaikumussalam. Tak apa. Nasib korang sempat sampai sebelum majlis mula. Sekarang, jom angkat semua masuk dalam. Dalam kereta Janna pun ada lagi tu.”
“Nanti saya suruh pekerja saya tolong angkatkan sekali. Tak perlulah kita ulang-alik banyak kali, kan?” kata Taufiq.
Janna hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Selang lima minit kemudian, Husaini, Khairul, Sufiyya dan Ainin pun tiba.
“Haa… sampai pun. Tolong angkat kotak-kotak tu masuk dalam ya. Letak atas meja yang dah disediakan,” arahan Taufiq terus disambut anggukan oleh keempat-empat orang pekerjanya.
“Angkat yang lainlah. Aku sepak kau karang,” kata Ainin bila kotak yang mahu diangkat itu turut dipegang oleh Khairul.
“Aku pegang dululah. Kau ambiklah yang itu,” balas Khairul sambil mencebirkan bibir ke arah sebuah kotak di sebelah kotak yang sedang mereka pegang bersama.
“Kenapa pulak aku? Kaulah. Sana, ni aku punyalah!” Kotak cuba direbut dari tangan Khairul namun Khairul makin mengemaskan pegangannya.
“Tak ada. Ni aku punya. Kau ambiklah yang tu. Susah sangat ke, huh?” kata Khairul. Masing-masing membalas pandang dengan renungan yang tajam.
“Haaa, sudah. Gaduh pulak dorang ni.” Taufiq geleng kepala sebelum melangkah merapati mereka berdua. Janna dan yang lain-lain tertawa kecil melihat keletah mereka berdua.
“Jangan gaduhlah. Kan sama je tu? Khai, ambik yang tu. Yang ni bagi Ainin.”
Ainin tersenyum kemenangan. Lidah dijelir pada Khairul. Kotak ditarik sampai pegangan tangan Khairul terlepas. Khairul jeling sekejap pada Ainin sebelum akur dengan arahan Taufiq. Kotak itu diangkat.
“Dah jom masuk.” Taufiq mula membuka langkah masuk ke dalam dewan diikuti dengan yang lain.
THANIHA dan Rayyan anggun dalam pakaian baju perkahwinan mereka berdua. Pelamin yang dihias indah dengan bunga-bunga berwarna putih dan pink memukau semua mata yang memandang.
“Janna, jom ikut saya,” kata Taufiq setelah siap meletakkan kesemua kotak-kotak cupcake tadi di atas meja.
“Ke mana?” soal Janna.
“Jumpa family saya.”
Janna laju menggelengkan kepalanya. “Tak nak lah. Kenapa pulak saya nak kena jumpa dorang? Tak payahlah.”
“Dorang semua nak jumpa awak, Janna. Jangan risau. Keluarga saya baik-baik je. Belum pernah makan orang lagi,” kata Taufiq sebelum melepaskan tawanya.
Janna diam saja. Jantungnya berdegup laju seolah mahu berjumpa dengan bakal mak mentua saja.
“Pergilah, Janna. Kesian family dia nak sangat tu jumpa dengan kau. Aku duduk kat meja sana dengan yang lain,” ujar Nuri sambil menuding jari ke arah sebuah meja yang sedang diduduki oleh Qayyum dan yang lain.
Lambat-lambat Janna menganggukkan kepalanya. Langkahnya terus diatur mengikuti langkah Taufiq. Beberapa kali nafas ditarik lalu dihembus. Entah mengapa dia rasa gementar sebegini sekali.
“Assalammualaikum,” sapa Taufiq pada ahli keluarganya.
Puan Maryam dan Encik Aznil alih pandangan ke anak lelaki mereka. Janna di sebelah Taufiq sudah ketar lutut. Rasa nak aje dia pengsan di sini.
“Waalaikumussalam,” balas mereka serentak.
“Mama papa, nilah Janna.”
Puan Maryam bangkit dari duduknya. “Hai Janna. Cantiknya…” Puji Puan Maryam dengan senyuman. Janna tersenyum malu sebelum mencapai tangan wanita itu lalu disalam.
“Tak ada lah, aunty. Biasa je,” jawab Janna. Encik Aznil tersenyum memandang si isteri yang sedang melayan Janna itu.
“Papa, mama.”
Mereka menoleh memandang si empunya suara. Taliq tersenyum sebelum melangkah mendekati mereka diikuti Shaza dan Alia dari belakang.
“Nilah Shaza. Dan ini adik dia, Alia,” kata Taliq mengenalkan dua orang gadis itu kepada mama dan papanya.
Shaza dan Alia tersenyum lalu menyalam tangan Puan Maryam dan Janna. Senyuman diberi kepada Encik Aznil dan Taufiq.
“Cantik sungguh kamu berdua ni ya. Manis je. Senang mata memandang,” ujar Puan Maryam. Shaza tertunduk malu sementara Alia tersenyum manis. Taliq senyum mendengar pujian mamanya itu. Matanya beralih memandang Janna.
“I guess you are Janna. I’m I right?”
Janna senyum dulu sebelum menganggukkan kepalanya.
“Saya Taliq. Abang Taufiq.”
“Selamat berkenalan.,” kata Janna. Tak perlu dikenalkan nama pun dia sudah tahu. Siapa lagi kalau bukan Nuri yang terlebih dahulu berikan informasi?
“Amboi, rancak sembang.”
Mereka semua memalingkan kepala memandang pasangan yang sedang melangklah menghampiri mereka. Wajah mereka berseri. Seri raja seharilah katakan.
“Cutie, happy wedding day. Semoga bahagia sentiasa sehingga ke anak cucu. Abang, jaga Cutie ni, tau? Dia memang garang sikit. Hati-hati,” usik Taufiq, tersengih. Dan-danlah bahunya ditepuk kuat oleh si kakak. Cemberut wajah gadis itu memandang si adik. Taufiq menghamburkan tawanya.
Rayyan tersengih. Tangan si isteri digenggam lalu diusap lembut bagaikan cuba memujuk. Thaniha kembali tersenyum.
“Awak Janna ya? Dan awak, Shaza?” soal Thaniha menatap wajah kedua-dua orang gadis ayu itu. Cantik. Kalau dipadankan dengan adik-adiknya itu, memang sepadan sangat! Bagai pinang dibelah dua.
Janna dan Shaza tersenyum lalu menganggukkan kepala mereka.
“Cantik. Pandai adik-adik Cutie ni pilih,” kata Thaniha seraya mengerling adik-adiknya.
Taufiq dan Taliq tayang sengih manakala Shaza dan Janna terkebil-kebil. Alia pula sudah mulai mesra dengan Puan Maryam. Seronok mereka berbual bersama.
“Sayang, jom pergi kat kawan-kawan kita kat sana tu,” ajak Rayyan. Thaniha angguk kepala tanda setuju.
“Janna, Shaza, jemput duduk ya. Makan banyak-banyak tau.”
“Baik kak. Terima kasih,” balas Janna dan Shaza serentak.
Thaniha hanya membalas dengan senyuman sebelum langkah diatur mengikuti langkah suaminya.
“Haa, duduk Shaza, Janna. Jangan malu-malu,” kata Taliq sambil tersenyum.
Shaza dan Janna segera mengambil tempat mereka. Taufiq juga duduk di sebelah kiri Janna. Janna kekok. Shaza juga hanya diam saja.
“Awak okey?” soal Taufiq.
“Kenapa saya kena duduk sini? Biarlah saya duduk dengan Nuri dan yang lain kat sana.”
Taufiq senyum dulu. “Sebab awak special.”
Janna terdiam. Entah kenapa jantungnya semakin laju berdetak selepas mendengar ayat Taufiq sebentar tadi.
Aura Achbar Muhammad Taufiq!
Share this novel