BAB 4 MC

Romance Series 12737

NURI menyedut sedikit air fresh orange yang baru tiba. Meliar matanya memandang sekeliling kafe milik kawan baiknya itu.

Cantik. Kreatif. Unik.

Rasanya ini adalah kafe pertama yang berkonsepkan element cinta dan semangat diri. Matanya memaku pandang pada si kawan yang sibuk mengambil pesanan dari pelanggan yang berkunjung ke kafe itu sementelah sekarang sudah pun tiba waktu rehat, memang ramai yang memilih untuk mengisi perut di kafe ini.

Tingkap besar yang terletak dihadapannya membolehkan dia melihat pemandangan di kawasan luar. Beberapa buah kereta bergerak lalu-lalang di situ. Matanya merenung lama ke arah Studio Achbar Taufiq. Bibirnya meleret senyum.

Bilalah aku dapat jumpa Achbar Taufiq tu. Photographer terkacak Malaya. Ahhhhhh… Desus hati Nuri.

“Oit! Melamun!”

Terperanjat dia dibuatnya. Terus anak matanya naik merenung si kawan yang sudah pun duduk di kerusi bertentangan dengannya. Dia tersengih. Donut coklat yang hanya tinggal separuh ditolak ke tepi.

“Aku teringin nak bertentang mata dengan Achbar Taufiq tu…” luah Nuri.

Janna menggelengkan kepalanya.

“Kau suka dia?” soal Janna sambil bersilang tangan memandang ke arah kawannya itu

Nuri laju menggelengkan kepalanya. Belikat disandarkan ke belakang. Renungan Janna dibalas.

“Aku tak cakap aku suka dia. Aku just minat. Kau faham tak beza suka dan minat? Haa… Apa kata, kau try masuk jarum. Aku dengar cerita, dia single. Kalau kau tak nak dia, kau ambik abang dia. Tak silap aku nama abang dia Achbar Muhammad Taliq. Doktor tau,” tersengih-sengih Nuri merenung wajah si kawan yang sudah pun naik mencuka tatkala nama Taufiq menjadi topik perbualan mereka berdua.

“Amboi kau… Tahu je nama penuh abang dia ek…” satu jelingan diberi kepada kawannya itu.

Nuri tertawa.

“Of course. Nama kakak sulung dia, Achrina Mahira Thaniha. Abang dia Achbar Muhammad Taliq. Dan dia, Achbar Muhammad Taufiq.” Kedua-dua belah tangan naik menopang dagu sendiri.

“Achrina Mahira Thaniha tu model, kan? Model femes tu. Mahira Thaniha?” suara Janna meninggi seoktaf. Bulat matanya, terkejut.

Nuri hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan omongan sahabatnya.

Mulut Janna terlopong seketika. Sungguh dia tidak menyangka model cantik lagikan jelita itu adalah kakak sulung kepada lelaki yang datang berkunjung ke kafenya tempoh hari.

“Janna! Janna!” terjerit Nuri dibuatnya bila mana matanya menangkap susuk tubuh Taufiq yang mula melangkah masuk ke dalam kafe itu. Dia yang duduk menghadap ke arah pintu langsung tidak berkedip mata memandang lelaki segak itu.

Janna mengerutkan dahinya. Dah kenapa pulak kawan dia yang seorang ni? Segera kepala ditoleh ke belakang mencari punca yang membuatkan kawannya itu menjerit kecil.

Dan-danlah mata serta mulutnya terbuka luas, seluas lautan Hindi. Tak berkelip matanya memandang lelaki kacak yang mengenakan baju t-shirt polo berwarna hitam dan seluar jeans berwarna biru gelap itu. Kamera DSLR Conon tergantung dileher lelaki itu.

Taufiq tersenyum manis bila sepasang anak matanya bertembung pandang dengan sepasang anak mata Janna. Segera langkah di atur menghampiri gadis yang mula mendapat tempat di dalam hatinya itu. Tangan naik melambai ke arah Janna.

“Oh my god… Achbar Taufiq!” teruja Nuri. Bersinar-sinar anak matanya memandang lelaki itu.

Taufiq mengalihkan tumpuannya kepada Nuri. Bibir meleret senyum buat gadis itu. Sebelah mata dikenyitkan. Nuri terpegun seketika sebelum dia turut membalas senyum malu-malu.

Idola kenyit matalah! Mahu je dia lompat sampai ke Pluto.

Taufiq alihkan lensa mata lalu dipaku  pada Janna yang bagaikan terpukau melihat kehadirannya di situ. Tangan diawangkan di hadapan gadis itu. Cuba menyedarkan Janna dari lamunannya itu namun, usahanya langsung tidak mendatangkan hasil.

“Janna! Uit! Oitt…” Nuri menggoncang-goncangkan tangan gadis itu yang berada di atas meja.

Janna tersedar dari lamunannya. Seketika anak matanya dan anak mata milik lelaki itu bertaut. Tak betah terus membalas renungan dengan lelaki itu, dia menundukkan wajah. Punggung diangkat dan berdiri tegak di hadapan lelaki itu.

“Nak order apa?” tanya Janna.

“Iced lemon tea and susuka cupcake.” Balas Taufiq.

“Okay. Sila duduk sementara menunggu. Terima kasih,” tanpa menunggu lama, terus saja langkah dibawa ke dapur.

Taufiq mengambil tempat di sisi biru putih berhampiran dengan kaunter. Tujuannya untuk mengintai si kekasih hatinya itu. Kamera DSLR miliknya diletakkan di atas meja yang beralaskan kain berwarna biru itu. Pasu bunga kecil yang diletakkan di tengah-tengah meja disentuh menggunakan jari telunjuknya.

“Maaf menunggu, ni pesanannya.” Janna meletakkan pinggan kecil berisi susuka cupcake dan segelas cawan berisi iced lemon tea. Senyuman diukir buat lelaki itu.

“Terima kasih… Cik Janna, boleh kita bercakap sekejap?”

Janna terdiam seketika sebelum anak mata terarah ke sekeliling kedai. Pelanggan yang berkunjung ke kafe itu mulai berkurangan sementelah waktu makan tengahari sudah tiba dikemuncaknya. Anak mata di arah kembali memandang lelaki itu. Kepala dianggukkan tanda setuju.

“Silakan duduk,” pelawa Taufiq.

Dia segera mengambil tempat di kerusi bertentangan dengan Taufiq. Sempat dia menangkap senyuman nakal milik si kawan. Satu jelingan tajam ‘dihantar’ buat sahabatnya yang duduk selang 3 meja dari meja yang mereka huni. Nuri tertawa kecil lalu menutup mulutnya menggunakan telapak tangan.

“Cik Janna ingat tak tentang tawaran saya tempoh hari?”

Persoalan lelaki itu membuatkan dia tersentak.

Ya, dia sudah pun mempunyai jawapannya namun dia lupa mahu mengabarkannya kepada lelaki itu. Wajah lelaki itu direnung seketika sebelum satu sengihan kecil dipamer. Tudung bawal berwarna hitam yang membaluti kepalanya dibetulkan sedikit.

“Ya. Maafkan saya kerana tak hubungi encik. Saya dah buat kata putus,” balas Janna.

Taufiq ukir senyum. Tubuh ditegakkan merenung wajah gadis itu.

Hailah hati… Renung setahun pun tak puas agaknya.

“So, apa jawapan cik?” soal Taufiq, tidak sabar ingin tahu.

“Baiklah, saya terima tawaran encik tu. Berapa kost yang patut saya bayar?”

Taufiq laju menggelengkan kepalanya. Rambutnya yang jatuh terjuntai di dahi disingkap ke belakang. Tangan disilang di atas meja.

“Tak perlu bayar. Cukup mengizinkan saya mengambil beberapa keping gambar dan saya akan uruskan semuanya.”

Janna menganggukkan kepalanya. Buat seketika, anak mata mereka saling menyatu. Bagai ada aura listrik yang terpancar di antara renungan mereka itu. Janna telan liur lalu segera bangun dari duduknya.

“Baiklah Encik Taufiq. Terima kasih. Bila encik nak shoot?” soalnya. Dulang ditangan dibawa peluk ke dada.

Taufiq mengerling tarikh di jam tangannya. Kepala didongak memandang semula wajah gadis pujaan hatinya.

“Kalau esok macam mana?” soal Taufiq menopang dagu pula.

Janna menganggukkan kepalanya. Setuju.

“Baiklah. Saya minta diri dulu ya, terima kasih.” Badan dibongkokkan sedikit sebelum langkah dibuka menuju ke dapur. Namun belum pun sempat dia melangkah, lelaki itu menyeru namanya. Dia kembali memalingkan tubuh menghadap lelaki itu.

“Ya?”

“Cik Janna, Cik Janna single tak?” soal Taufiq tanpa rasa malu.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Nak si dia, buat apa nak berdalih-dalih!

“Hah?” terpinga-pinga Janna dibuatnya.

“Cik Janna dah berkahwin?”

Janna menggelengkan kepalanya. Refleks.

“Baiklah. Alhamdulillah…” Taufiq tersengih nakal membuatkan Janna terkebil-kebil sendirian.

“Errr… Saya pergi dululah ya. Jemputlah makan,” tanpa berbasa-basi lagi, terus langkah dibawa ke dapur.

Di dapur, Nuri sudah tergelak-gelak. Ni tak lain tak bukan pasti mencuri lihat ‘drama’ akasia Tv3 sebentar tadi. Tanpa mengendahkan kehadiran si kawan, fail keras di atas meja dicapai. Mula membuat semakan bahan-bahan masakan.

Taufiq memutarkan straw di dalam gelasnya. Cupcake berwarna putih susu dan krim berwarna putih itu sungguh cantik. Di atas krim itu juga ditabur dengan springkle berwarna emas.

Cantik…

Comel…

Sama comel seperti seorang gadis bernama Janna. Taufiq tertawa kecil. Dengan bacaan basmallah, dia mula menikmati kek cawan itu.

Ermm… Sedap. Rasa kek susunya manis namun tidak akan membuatkan si pemakan berasa muak.

Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Janna yang sedang berulang-alik dari dapur mengambil pesanan dan juga menghantar pesanan kepada para pelanggan yang hadir ke situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience