Series
12737
“NO!”
Jeritan Azirah menggemakan ruangan bilik wad itu. Tangannya mencapai bantal di atas katil kemudian dilempar pada seorang jururawat yang sedari tadi asyik menyuruhnya untuk menelan ubat.
“Cik, cik kena makan. Lepas makan, cik kena makan ubat ni pulak.” Lembut jururawat bernama Ain itu memujuk. Harus banyak bersabar walaupun perangai pesakit ada kalanya mencabar.
“Tak nak! Kau… kau nak aku mati, kan? Kau… kau nak bunuh aku, kan? Kau keluar!” jerkah Azirah. Rambutnya yang tidak tersisir rapi diramas kuat. Geram.
Doktor Shahmi yang mendengar kekecohan di dalam wad itu bergegas melangkah masuk. Dia mendekati Ain yang sudah tidak tahu mahu memujuk Azirah bagaimana lagi.
“Bagi saya. You can go now. Thank you, Ain.” Senyuman manis diberikan pada gadis itu.
Ain hanya akur. Sempat dia membalas senyuman doktor itu sebelum kakinya melangkah keluar.
“Cik Puteri Azirah.”
Azirah pandang Doktor Shahmi dengan pandangan yang menjengkelkan. Hatinya sudah mendongkol marah.
“Sini duduk.” Katil di tepuk-tepuk. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi di sebelah katil. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.
Azirah diam namun akur. Dia naik semula ke atas katil dan duduk bersila. Anak matanya tidak lepas memandang wajah doktor itu.
“Cik Azirah kena makan.”
“Aku nak baliklah. Kau faham tak? Taufiq tengah tunggu aku tu. Kita orang… nak kahwin dah tau. Tak baik kau kurung aku kat sini…” marah Azirah sebelum dia menekup wajahnya dan menangis teresak-esak.
Doktor Shahmi diam dulu. “Cik nak balik, ya?”
Laju Azirah mendongakkan wajahnya. Ada sinar kebahagiaan di wajah itu. Lengan lelaki itu terus diraih. “Bo… boleh ke?”
Doktor Shahmi menganggukkan kepalanya sekali.
“Tapi, ada syarat.”
“A… apa dia? A… aku akan ikut semua cakap kau. Aku… aku janji!” kata Azirah, tersenyum.
“Betul ni Cik Azirah akan ikut semua cakap saya? Takkan bantah?” tanya Doktor Shahmi seraya menjongketkan sebelah keningnya.
Azirah angguk berkali-kali. Rambutnya yang jatuh menutupi separuh wajah di selak dan diselit ke belakang telinga.
Doktor Shahmi senyum. “Kalau macam tu, Cik Azirah makan dulu. Lepas makan, cik makan ubat pulak. Kemudian cik rehat. Saya janji, kalau cik ikut semua arahan saya dan bila cik dah sihat, saya akan benarkan cik pulang.”
Azirah terdiam. Dia termenung seketika.
“Taufiq? Nanti dia cari aku, macam mana?” tanya Azirah, berkerut dahi.
“Jangan risau. Nanti bila cik dah sihat, cik akan jumpa dengan dia lagi, okey?”
Azirah hanya angguk akur. Bubur ayam di atas meja sebelah katil diambil.
“Kau… kau ni siapa?”
“Anggap je saya ni kawan cik. Cik boleh panggil saya, Shah,” jawab Doktor Shahmi.
Azirah angguk. “Kau pun kena panggil aku, Azirah lah. Sebab, kita kan kawan? Kenapa nak panggil aku cik-cik? Panggil Azirah.”
“Baiklah. Saya akan panggil awak Azirah mulai dari sekarang.”
Azirah tersenyum. Sudu diambil lalu diusap ke mulutnya. Dia menghabiskan hidangan itu sambil di perhatikan oleh Doktor Shahmi. Setelah selesai makan, pil ubat yang dihulurkan diambil dan ditelan.
“Sekarang awak rehat, ya. Saya keluar dulu. Nanti saya datang lagi.”
“Nanti!” panggilan gadis itu membatalkan niat Doktor Shahmi untuk melangkah keluar. Wajah Azirah yang agak cengkung itu dipandang.
“Ya?”
“Terima kasih, Shah,” ucap Azirah. Tangannya naik melambai ke arah doktor itu.
Doktor Shahmi tersenyum. Kepala diangguk sekali.
“Sama-sama. Rehat ya.”
Azirah hanya angguk. Doktor Shahmi terus mengatur langkah keluar dari wad itu. Langkah disusun untuk menuju ke bilik khasnya.
TAUFIQ memegang tangan Janna. Bibir menarik senyuman manis. Hari ini mereka bakal berpindah ke rumah baharu mereka berdua yang telah pun dibeli oleh Taufiq sebelum bernikah.
“Cantik sayang hari ni,” puji Taufiq. Hidung mancung si isteri dicuit lembut membuatkan Janna ketawa.
“Hish, abang ni. Mana ada. Biasa je. Mama dengan papa dah tahu ke kita nak pindah hari ni?” tanya Janna. Mereka beriringan menuruni tangga untuk ke ruang makan.
“Dah. Lagipun, dah seminggu kita duduk kat sini, kan? Dah tiba masanya kita pindah ke rumah baru kita tu. Rumah tu pun dekat dengan studio dan kafe. Apa-apa jadi, senang.”
Janna hanya angguk. Genggaman tangan Taufiq dibalas. Mereka memang tidak membawa bagasi kerana Taufiq sudah awal-awal membawa segala barang dan pakaian ke rumah sana kelmarin. Hanya perlu bawa diri saja.
“Good morning, mama, papa, oppa,” ucap Taufiq dan Janna serentak. Senyuman mekar di bibir mereka berdua.
“Good morning, sayang. Sini duduk. Breakfast dulu. Jadi kamu berdua pindah hari ni?” soal Puan Maryam. Dua biji cawan diambil kemudian air teh'o di dalam teko dituang perlahan sebelum ditolak ke hadapan anak dan menantunya.
“Jadi, mama. Nanti kita orang datang melawat mama papa selalu, ya,” jawab Taufiq sambil tersenyum diikuti Janna di sisinya.
Puan Maryam angguk kepala. “Makanlah. Ni Rayyan dengan cutie mana? Takkan dia orang belum bangun lagi?”
“Good morning semua,” ucap Rayyan lalu melabuhkan duduknya di atas kerusi kosong. Senyuman diukir manis buat mama dan papa mentuanya.
“Haaa, Ray. Mana cutie?”
“Dia mandi, mama. Lama betul. Ray tunggu jugak tadi. Tapi lambat sangat. Dia suruh Ray turun dulu,” balas Rayyan. Hampir sejam juga dia menunggu isterinya itu.
Puan Maryam hanya menganggukkan kepalanya.
“Aaaaa! Biy!”
Jeritan Thaniha mengejutkan semua yang berada di meja makan. Serentak enam pasang mata terarah pada Thaniha yang tercungap-cungap.
“Ya Allah. Kenapa kamu ni?” tanya Encik Aznil, hairan.
“Ya, sayang. You kenapa ni?” Rayyan bingkas bangun mendapatkan isterinya itu. Ditarik lengan si isteri untuk duduk.
“Kenapa?”
“I'm pregnant!” Teruja Thaniha. Alat penguji kehamilan yang sudah dimasukkan ke dalam zip lock bag ditunjukkan pada Rayyan.
Bulat mata Rayyan mendengar berita itu. Dengan laju alat itu diambil kemudian dibelek-belek. “Ya Allah… alhamdulillah.”
“Alhamdulillah. Tahniah, cutie,” ucap Taufiq turut bergembira dengan berita yang diterima.
“Tahniah, anak mama. Lepas ni, pastikan kamu jaga diri. Makan kena jaga. Stop dulu modeling tu kalau boleh. Kandungan masih awal tu. Boleh effect baby nanti,” pesanan Puan Maryam disambut anggukan dari Thaniha.
“Thank you, oppa. Actually, oppa yang suggest suruh buat pregnancy test ni. Sebab semalam cutie muntah-muntah. Tak sangka pregnant,” ujar Thaniha, tersenyum. Tubuhnya sudah berada di dalam pelukan si suami. Nampak benar Rayyan amat gembira dengan berita itu.
“Small matter. Lepas ni, pastikan buat check up. Makan vitamin. Jangan buat kerja lasak-lasak. Sekarang cutie tengah berbadan dua,” pesan Taliq.
“Don't worry. I will make sure, dia ni akan dapat layanan first class dari abang. Abang akan jaga dia elok-elok.” Janji Rayyan. Bahagia menusuk jiwa.
Masing-masing tersenyum dan mengucap syukur. Berharap agar kandungan Thaniha membesar dan segalanya berjalan dengan lancar.
PINTU rumah dua tingkat itu ditolak perlahan sebelum memberi ruang pada Janna untuk melangkah masuk.
Buat seketika, Janna terkesima. Dekorasi dalaman rumah itu amat memukau pandangan matanya. Dia melompat gembira sebelum tubuh Taufiq dipeluk.
“Cantiknya, abang! Ya Allah…”
Taufiq tersenyum. “Sayang suka?”
“Sangat suka. Terima kasih, abang.” Senyuman manis meniti di bibir. Rasa bahagia menghuni segenap ruang hatinya.
“Sama-sama, sayang. Sayang rehat dulu. Tengah hari nanti kita pergi tengok kafe dengan studio. Ada photoshoot untuk sayang.”
“Huh? Again, abang?” soal Janna. Sudah seminggu Taufiq menjadikannya bagai seorang 'model'. Yang jadi tukang ambil gambar sudah pastinya Taufiq. Katanya untuk kenang-kenangan di masa hadapan.
Taufiq tersengih. Kepala dijatuhkan sekali. “Hari ni last. Janji, last.”
“Okey. Lepas tu, abang belanja aiskrim tau. Nak upah.”
Taufiq lepas tawa. Bahu si isteri dipeluk mesra. “Boleh, sayang. No problem.”
Janna melingkarkan sebelah tangannya di pinggang si suami. Dalam setiap doanya, dia berharap hubungan mereka suami isteri akan kekal sehingga ke akhir hayat. Dan Semoga mereka mampu mengharungi setiap ujian yang Allah beri bersama-sama.
JANNA sudah muncung sedepa. Sudah masuk lima helai gaun disarungkan ke tubuhnya. Rasa letih.
“Sayang… jangan muncung macam tu,” kata Taufiq yang sedang duduk di atas kerusi. Tahu yang isterinya itu sudah letih untuk bergambar lagi. Sufiyya yang menjadi tukang makeup isteri majikannya itu tersengih kecil. Dari tadi Janna bertanya padanya bila semua mahu habis.
“Abang tak penat ke tangkap gambar?” soal Janna.
Taufiq geleng. “Tak. Seronok. Dah siap belum? Nak mula dah ni.”
Sufiyya angguk. Segera dia melangkah mendekati suaminya, Husaini. Ainin dan Khairul memerhatikan bos mereka dan Janna.
“Senyumlah, sayang. Abang nak mula kira ni.”
“Kiralah.” Sengaja Janna menayang wajah masam mencuka. Kecil besar kecil besar je dia lihat suaminya ini.
“Ya. Abang mula, ya. 1… 2… I love you, sayang.”
Janna tersengih malu. Serentak itu juga, cahaya dari kamera DSLR milik suaminya itu menerpanya.
“Kan comel tu…”
“Ish, abang ni…” malu Janna. Naik segan apabila adegan tadi dipandang oleh pekerja-pekerja suaminya. Masing-masing tersengih.
“Sweetnya bos kita…” kata Ainin. Kepala disengetkan. Mahu dilentukkan pada bahu Khairul di sebelahnya.
Kedebuk!
Taufiq dan Janna terkejut. Kepala ditoleh memandang ke arah mereka begitu juga dengan Sufiyya dan Husaini.
“Ya Allah, Ainin…” Segera Sufiyya membantu Ainin yang sudah terbaring di atas lantai. Khairul pula sudah ketawa mengekek.
“Aduh… kepala aku. Kau ni kan….”
“Jangan nak gaduh!” Taufiq segera memintas ayat Ainin membuatkan bicara gadis itu terus mati. Ainin menjeling Khairul sebelum mendirikan kembali kerusinya dan duduk semula.
Taufiq dan Janna menggelengkan kepala mereka.
“Dah siap, sayang. Boleh tukar baju. Kita pergi makan aiskrim.”
Bibir Janna terus melengkung senyum. “Sebelum tu, nak pergi kafe kejap, boleh?”
Taufiq angguk kepala lalu tersenyum. Janna segera masuk ke dalam bilik untuk menukar bajunya semula. Sling bag dicapai dan digantung pada bahu kanannya.
“Jom, abang.” Lengan Taufiq dipeluk sambil bibir mengukir senyuman manis.
Taufiq senyum seraya menganggukkan kepalanya. “Husaini, macam biasa tutup studio pastikan semua suis mati.”
“Baik, bos!”
“JANNA!” Qistina berlari anak mendekati Janna apabila Janna dan Taufiq melangkah masuk ke dalam kafe.
Amira, Syafiq dan Qayyum yang mendengar suara Qistina itu segera memalingkan kepala. Masing-masing tersenyum gembira melihat kehadiran Janna di situ.
“Hai semua. Semua sihat?” Senyum ramah Janna ukir. Rindu sangat dengan kafe dan juga keletah pekerja-pekerjanya itu.
“Sihat, alhamdulillah. Janna macam mana? Makin berseri-seri lepas kahwin ni,” usik Syafiq disambut tawa dari semua.
“Ish. Ada-ada je kau orang semua ni, kan. Macam mana kafe? Ada masalah?” tanya Janna, mengalih topik perbualan.
Qayyum gelengkan kepalanya. “Semua okey. Pelanggan pun makin hari, makin ramai. Tapi alhamdulillah. Kita orang kat sini boleh handle.”
“Alhamdulillah, baguslah. Janna datang singgah je. Esok, Janna masuk kerja okey? Nanti boleh borak panjang-panjang.”
“Boleh! Rindu nak borak-borak dengan Janna,” kata Amira lalu tersengih. Janna melepaskan tawa kecil sebelum kepala dijatuhkan sekali.
“Okey. Janna pergi dulu. Kerja yang rajin semua.” Tangannya naik melambai mereka. Taufiq tersenyum dan mengikut langkah Janna.
“Lepas ni, kita jalan-jalan nak?” soal Taufiq apabila mereka sudah pun berada di dalam perut kereta BMW milik Taufiq.
“Nak! Kita singgah taman tasik, boleh tak? Makan aiskrim dekat sana.”
Taufiq hanya angguk akur dengan cadangan isterinya. Kereta mula meluncur menuju ke destinasi.
PEMANDANGAN di taman tasik itu sungguh menenangkan. Mereka mengambil tempat di sebuah bangku berhadapan dengan tasik.
“Sedap?”
Janna angguk. Aiskrim vanilla campur strawberry itu sungguh enak rasanya. Ditambah lagi dengan suasana taman yang tenang walaupun kedengaran riuh suara kanak-kanak bermain.
“Comotlah sayang ni…” tegur Taufiq lalu ibu jarinya menyeka lembut hujung bibir si isteri. Janna tersentak. Kepala terus ditoleh memandang Taufiq di sisinya. Anak mata mereka saling bertaut pandang.
“I love you.” Taufiq kenyit mata sambil tersenyum.
Janna tunduk sedikit.
“I love you more…” perlahan saja nada suaranya.
“Apa dia, sayang?”
Janna ketawa. Aiskrim segera di habiskan. Dia tidak menjawab soalan suaminya itu sebaliknya dia bangun. Tangan Taufiq ditarik.
“Jom, abang! Jom!”
“Ke mana?” tanya Taufiq namun langkah tetap mengikuti si isteri.
Janna hanya senyum. Dia mendekati satu pondok kecil yang menjual makanan, minuman, makanan ringan dan lain-lain.
“Mak cik, tiket paddle boat ada?” soal Janna.
“Ada. Satu boat Rm30. 1 jam. ”
Janna angguk. “Saya nak satu boat.”
Wanita itu menganggukkan kepala. Lalu menghulurkan tiket. Janna segera membayar jumlah harga sebelum kaki melangkah mendekati Taufiq yang sedang menunggunya tidak jauh dari situ.
“Abang, tada!”
“Tiket apa tu?” soal Taufiq, berkerut dahi.
Janna tersenyum. Lengan Taufiq ditarik mendekati meja yang dipenuhi dengan jaket-jaket keselamatan berwarna oren. Sehelai jaket diambil dan disarungkan pada tubuhnya.
“Sinilah abang. Dah kenapa tercegat situ?”
Taufiq mendekati isterinya. Janna segera menyarungkan jaket oren itu ke tubuh si suami.
“Kita nak naik bot ke, sayang?”
Janna angguk seraya tersenyum. “Tapi kita tak naik bot besar yang ada pemandu tu.”
“Dah tu?”
“Kita naik ni, tada!” Janna tepuk tangannya beberapa kali. Sudah lama dia ingin menaiki bot itik itu namun tidak berkesempatan. Bot itu harus di kayuh sendiri untuk menggerakkannya.
Taufiq terkebil-kebil. Bot itik berwarna kuning itu dipandang lama.
“Haaa, dah sedia?” tanya seorang lelaki yang merupakan petugas di situ. Senyuman diukir buat Janna dan Taufiq.
“Dah!” jawab Janna, teruja. Taufiq hanya angguk saja. Yakin tidak yakin. Tak tenggelam ke nanti?
Lelaki itu menarik bot tadi dan memegang bumbung bot. Dia menyuruh Taufiq dan Janna untuk masuk dan duduk di dalam bot.
Dengan Perlahan-lahan Janna turun dan duduk diikuti oleh Taufiq.
“Okey. Kayuh, ya. Yang kat tengah-tengah tempat duduk tu stereng. Untuk kawal bot. Enjoy!” kata lelaki itu sebelum berlalu pergi untuk membantu pengunjung yang lain pula.
Janna memegang stereng di tengah antara dia dan Taufiq. Kakinya cuba untuk mengayuh tapi berkali-kali meleset.
Taufiq yang memerhati tergelak kecil. Kepala di geleng-geleng.
“Abang! Janganlah gelak. Kaki Janna tak sampai ni….” Muncung bibirnya. Kenapalah pendek sangat kakinya ni? Nak kayuh pun tak boleh.
“Tak apa lah. Abang kayuh. Sayang kawal stereng tu je, boleh?”
Janna tersengih. Kepala dianggukkan beberapa kali. Taufiq mula mengayuh perlahan sebelum kayuhannya menjadi laju.
“Yeayyy. Wah… ada ikan.”
“Sayang, stereng kawal sayang! Ada bot kat depan tu. Nanti terlanggar!”
Janna segera mengawal. Hampir-hampir saja bot itik comel milik mereka itu bertembung dengan bot naga milik pengunjung yang lain. Janna tertawa diikuti Taufiq. Juga kedengaran tawa dari pemilik bot tadi.
Sepanjang perjalanan, Janna tidak ke tinggalkan untuk merakam video dan juga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Gambar di dalam telefonnya itu di belek-belek.
“Penat, abang?” soal Janna. Sapu tangan dikeluarkan dari dalam begnya lalu peluh yang merenik di dahi si suami diseka. Rasa kasihan pula. Sudahlah dia tidak dapat bantu mengayuh.
“Sikit je. Boleh lagi ni,” jawab Taufiq. Kakinya mula mengayuh selaju yang mungkin dengan sisa tenaga yang tinggal. Bersungguh-sungguh mengayuh.
Janna ketawa. Terasa lucu melihat wajah suaminya itu. “Go, abang! Go! Fighting! Dah nak sampai dah.”
Taufiq angguk. Dia mengayuh dengan laju sehinggalah bot tiba di tempat asal.
“Macam mana? Okey?” soal lelaki tadi. Dia membantu Taufiq keluar dari bot kemudian Taufiq menarik tangan Janna pula untuk keluar dari bot.
“Okey sangat! Terima kasih. Seronok. Lain kali, kami datang lagi. Kan, abang?”
Taufiq terpinga-pinga seketika sebelum kepala diangguk beberapa kali seraya tersengih. Lelaki tadi ketawa kecil melihat reaksi wajah Taufiq yang jelas nampak keletihan.
“Abang okey tak ni?” soal Janna. Lengan suaminya dipegang lalu dipimpin ke sebuah bangku kayu tidak jauh dari situ.
“Kaki abang macam nak tercabut, sayang.”
Janna tersengih. “Nanti Janna urutkan, ya? Terima kasih abang. I love you.”
Taufiq senyum. Bahu isterinya dipeluk rapat.
“I love you more, sayang. Forever and ever.”
Happy reading awak-awak semua! ^^
Share this novel