BAB 32 MC

Romance Series 12737

LOCENG rumah kondominium itu berbunyi berkali-kali menandakan si tetamu yang datang mahu segera si penghuni rumah membuka pintu itu. Azirah yang baru saja selesai membersihkan dirinya bergegas keluar dari kamarnya menuju ke pintu utama.

“Wait! Ish… siapalah yang datang rumah orang malam-malam macam ni?” marah Azirah lalu mengintai di sebalik lubang kecil yang melekat di pintu. Bibirnya melorek senyum bila melihat wajah lelaki itu. Dengan laju, daun pintu dibuka.

“Hye… tak pernah-pernah you datang rumah I kalau tak hari Ahad.” Pintu gril ditolak dan mempersilakan lelaki itu untuk masuk.

Aidan menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk. Tubuh dihempaskan ke atas sofa. Wajahnya tegang. Azirah melabuhkan punggung di sebelah Aidan. Bahu lelaki itu diusap lembut.

“Are you okay, Aidan? Ada masalah?”

“Janna. Dia dah terima Taufiq,” balas Aidan.

Azirah terdiam buat beberapa saat. “You jangan cakap, Achbar Muhammad Taufiq.” Bulat matanya memandang wajah Aidan tatkala lelaki itu menganggukkan kepalanya mengeyakan.

Suasana di ruang tamu kembali hening. Masing-masing hanyut dalam gelora hati yang membara. Aidan bangun dari tempat duduknya lalu menepis sebuah pasu bunga kecil yang diletakkan di atas meja bersebelahan dengan sofa.

Prechhh!

Azirah tersentak. Dia lekas bangun dan menarik lengan Aidan untuk duduk namun lelaki itu laju menepis tangannya.

“Tak guna! Dia orang memang tak guna! Aku sayang Janna tu! Kenapa Janna tu pilih jugak Si Taufiq tu?” amuk Aidan. Habis kusyen sofa ditarik lalu dicampak merata. Hampir saja mengena Azirah tetapi sempat dielak oleh gadis itu.

“Aidan! Enough. Calm down. Jangan macam ni,” pujuk Azirah. Lengan Aidan diusap lembut.

Aidan diam. Hanya dadanya masih berombak laju.

“Tenang okey? I pun marah jugak dengan Si Taufiq ni. Sebal hati I, you tahu? Memang taklah I akan biarkan dia orang berdua tu hidup bahagia.”

“Jadi, kita nak buat apa sekarang ni? Takkan kita nak tengok je?” soal Aidan lalu melabuhkan punggungnya kembali ke atas sofa.

Azirah tersenyum senget.

Taufiq… Taufiq… Kau tak akan pernah bahagia. Hadirnya aku akan memusnahkan semuanya. Desus hati kecil Azirah.

JANNA melangkah menuruni anak tangga. Senyuman manis diukir pada bibirnya. Di tubuhnya tersarung baju kurung moden berwarna biru lembut dan dipadankan dengan selendang berwarna putih susu.

“Selamat pagi abi, ami,” ucap Janna sebelum dia melabuhkan duduknya di kerusi meja makan.

“Good morning, sayang. Amboi... lawa-lawa ni nak ke mana?” soal Puan Jamilah. Suaminya di sisi turut tersenyum memandang ke arah anak tunggal mereka itu.

“Taufiq ajak pergi majlis kahwin kawan-kawan dia, ami.”

“Kamu dengan Taufiq ni ada apa-apa ke?” soal Encik Norman. Cawan yang masih berbaki air kopi hangat itu dihirup perlahan sehingga perlahan. Sebiji karipap dicapai dan disuap ke mulutnya.

“Errr.... Insya-Allah. Kalau menjadilah,” jawab Janna, malu-malu. Segan pula dia mahu mengaku hubungannya dengan Taufiq yang kini sudah mencecah dua minggu. Milo panas yang dituang oleh aminya itu diambil seraya tersenyum.

“Alhamdulillah. Baguslah. Apa yang Nuri ceritakan kat ami dengan abi, ami tahu Taufiq tu baik orangnya. Ami yakin, dia mampu jaga Janna nanti. Tak gitu, abang?” kata Puan Jamilah sambil tersenyum manis. Berita itu amat mengembirakan hati tuanya.

Encik Norman menganggukkan kepalanya.

“Insya-Allah ami, abi. Sebenarnya, Taufiq dengan Janna dah pernah kenal masa kita orang tadika lagi. Sebelum abi pindahkan Janna kat sekolah lain. Dulu kita orang rapat. Kawan baik.” Mengingatkan hal lama membuatkan dia rasa hendak tertawa. Dia langsung tidak menyangka Taufiq yang dulu berwajah comel-comel, rambut selalu kena ikat gaya pokok kelapa itu kini mampu menarik perhatian semua gadis dan juga digelar ‘oppa’ Malaysia.

Puan Jamilah dan Encik Norman saling berpandangan. Kedua-dua mereka menayang wajah terkejut.

“Jodoh memang tak pernah salah alamat,” kata Encik Norman disambut anggukan dari Puan Jamilah.

“Ami harap, ada lah jodoh kamu dengan Taufiq nanti. Ami pun harap semoga saja ami dapat tengok kamu bernikah nanti.”

“Ish, Insya-Allah ami. Ami tak perlulah kata macam tu. Janna nangis kang. Haaa.…” Janna memuncungkan bibirnya. Hatinya bagai dilanggar sekejap apabila mendengar ayat yang lahir dari ami kesayangannya itu.

Puan Jamilah menghamburkan tawanya. Kepala digeleng sekali. “Dah-dah. Nak makan tak? Ami buat nasi goreng. Kalau nak, ami cedokkan.”

Janna mengerling sebentar jam tangan yang terbelit pada pergelangan tangan kirinya. “Tak apalah ami. Janna nak pergi dulu. Taufiq dah nak sampai tu.”

Puan Jamilah menganggukkan kepalanya.

“Hati-hati pergi tu. Jangan balik lewat pulak.”

“Baik ami. Janna pergi dulu ya.” Tangan kedua-dua orang tuanya itu disalam dan dikucup lembut sebelum dia melangkah ke pintu utama. Flat shoes diambil dari dalam rak kasut sebelum disarungkan pada kakinya. Dia melangkah ke pagar hadapan dan menanti kemunculan Taufiq yang akan mengambilnya hari ini.

Beberapa minit berlalu, sebuah kereta berhenti tepat di hadapan Janna. Bibir Janna melakarkan senyuman manis. Tubuh terus diboloskan masuk ke dalam perut kereta.

“Assalamualaikum.” Salam diberi pada Taufiq. Matanya tunak memandang lelaki itu yang segak mengenakan baju melayu sama warna dengannya.

“Waalaikumussalam. Wah, sedondon kita ya,” usik Taufiq lalu mengeyitkan matanya.

Janna lepas tawa. “Saya teringat majlis perkahwinan kakak awak dulu. Kita pun pakai baju yang sama. Memang kebetulan ke?”

“Ya, maybe. Kali ni pun, kita sama baju lagi.”

Janna anggukkan kepalanya. Kereta mula bergerak meluncur laju membelah jalan raya menuju ke sebuah dewan besar. Hari ini, Sufian, Raysha, Hakimi dan Arianna bakal disatukan dalam satu majlis. Mereka sendiri yang bersetuju untuk mengadakan majlis serentak.

JANNA melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi. Matanya melingas memandang sekeliling dewan yang besar itu. Tetamu yang hadir juga ramai. Siapa saja yang tidak kenal dengan usahawan, pereka fesyen dan juga selebriti terkenal itu?

Anak matanya kembali memandang ke atas pentas yang menempatkan dua buah pelamin yang terhias indah dengan bunga-bungaan segar berwarna putih. Bibirnya tersungging senyuman. Sama cantik, sama padan kedua-dua pasangan itu.

“Hai Janna.”

Janna panggung kepala. Berkerut sekejap dahinya memandang kedua-dua orang gadis itu.

“Erm… Shaza? Alia?” soalnya.

Shaza dan Alia serentak menganggukkan kepala mereka.

“Tak sangka awak ingat lagi,” kata Shaza sebelum dia dan Alia menghenyakkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Janna.

“Mestilah saya ingat.”

“Akak seorang je ke?” soal Alia.

Janna geleng. “Taufiq ada tu hah. Tengah borak dengan kawan-kawan dia. Korang berdua?”

“Alia datang seorang je. Akak Shaza je yang datang dengan Abang Taliq. Abang Taliq kat sana dengan famili dia.” Laju saja mulut Alia membalas membuatkan Shaza menggelengkan kepalanya. Untung saja adik. Kalau member, mahu dia cubit-cubit pipi itu.

Janna tertawa kecil. Tak lama itu, kedua-dua pasangan tadi turun dari atas pelamin bersama dengan Taufiq. Mereka melangkah mendekati meja itu dengan senyuman manis yang terlakar pada dua ulas bibir masing-masing.

“Terima kasih sebab sudi datang majlis kami,” kata Hakimi. Di sisinya, Arianna sedang memeluk lengannya. Gadis itu anggun berbusana pengantin berwarna navy blue sedondon dengan suaminya. Baju itu mendapat sentuhan tangan khas dari Raysha sendiri.

“Sama-sama. Selamat pengantin baru korang. Semoga hubungan korang kekal sampai akhir hayat,” ucap Janna.

“Aamiin. Kau dengan Taufiq pulak bila nak kahwinnya? Shaza pun dah couple dengan Taliq, kan?”

Janna dan Shaza saling terdiam manakala Taufiq sudah tersengih bila mendengar usikan dari sahabatnya itu. Taliq yang kebetulan baru saja sampai di situ segera mendekati mereka.

“Kenapa ni?” soal Taliq.

“Abang bila nak kahwin dengan kakak? Abang ni tanya tadi,” jawab Alia seraya menuding jari ke arah Hakimi.

Taliq tertawa. Patutlah dari jauh lagi dia sudah nampak wajah merah Shaza. Rupanya sebab ini. “Insya-Allah. Kalau ada jodoh tak ke mana. Kan, baby?” Bahu si adik dipeluk.

Semua yang ada di situ mengerutkan dahi mereka kecuali Sufian dan Hakimi yang memang sudah mengetahui nama panggilan itu. Masing-masing saling berpandangan. Taufiq pula sudah tertunduk menekur lantai. Belum pernah lagi abangnya itu memanggilnya dengan nama gelaran itu di luar rumah. Haihlah…

“Baby?” soal Janna.

“Baby siapa tercicir?” tanya Arianna sambil memandang sekelilingnya.

“Mana baby tu?” Suara Alia pula kedengaran. Tertoleh kiri kanan kepalanya mencari ‘baby’ yang dimaksudkan.

Taliq yang baru tersedar akan kesilapannya itu, terus menolehkan kepalanya memandang si adik di sebelah. Dia langsung tidak sedar yang dia sudah menggunakan nama panggilan itu. Hadeh. Kesian pula pada adiknya itu.

“Sorry. Tak sengaja,” kata Taliq. Tersengih.

Taufiq mendongakkan wajahnya lalu menggelengkan kepala beberapa kali. “Tak apa. Jangan risau. I’m okay. By the way, tu nama gelaran saya kat rumah. Kami adik-beradik ada nama gelaran sendiri. Macam Thaniha, kita orang panggil cutie. Taliq, oppa. Saya, baby. Mama kita orang yang bagi nama gelaran macam ni. Katanya nak lain dari yang lain,” jelas Taufiq.

Semua menganggukkan kepala tanda faham.

“Comel apa panggilan macam tu. Rare,” kata Alia. Shaza dan Janna menganggukkan kepala mereka tanda setuju.

Taliq dan Taufiq hanya tayang sengih lebar.

“Jemputlah makan dulu ya. Kita orang nak jumpa yang tetamu yang lain sekejap,” kata Sufian sambil tersenyum. Dia dan Raysha berlalu mendekati tetamu VVIP yang duduk tidak jauh dari meja tadi. Begitu juga dengan Hakimi dan Arianna yang turut beramah mesra dengan rakan artis dan team mereka.

“Oh ya Taufiq, Nuri tak dapat datang. Tiba-tiba je dia demam,” kata Janna.

Taufiq jatuhkan kepalanya beberapa kali. “Tak apa lah kalau macam tu. Balik nanti awak nak jumpa dia? Saya hantarkan.”

“Tak menyusahkan awak ke?” soal Janna. Bimbang akan menyusahkan lelaki itu.

“Tak ada lah. Nanti kita pergi melawat dia, okey?”

Janna angguk. Senyuman manis terlukis di bibirnya.

“Jom kita pergi makan dulu.” Hujung lengan baju kurung Janna ditarik supaya gadis itu mengikuti langkahnya. Janna tunduk memandang tangan Taufiq yang sedang menarik hujung lengan baju kurungnya. Dia tertawa kecil sebelum langkah turut disusun mengikuti langkah lelaki itu.

Happy reading awak semua ^~^ Maaf lambat update :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience