EPILOG

Romance Series 12737

JANNA tersenyum melihat kafe yang meriah dengan kehadiran pelanggan serta tetamu jemputan. Hari ini dia mengadakan sedikit jamuan sempena menyambut ulang tahun pembukaan kafenya yang keenam tahun.

Dirinya cantik mengenakan gaun labuh berwarna biru lembut dan dihiasi lace dibahagian pinggang serta hujung lengan bajunya. Dipadankan juga dengan selendang berwarna putih krim. Wajahnya dihias dengan makeup nipis sebagai penambah seri. Jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kirinya dikerling. Dari tadi lagi dia menanti kemunculan suaminya.

Pandangan dilemparkan ke sudut kafe. Kelihatan Kair dan Kasyaf yang comel mengenakan tuksedo hitam dan seluar hitam sakan bermain bersama kanak-kanak yang lain dipantau oleh Amira sementara Qayyum, Syafiq dan Qistina pula melayan tetamu yang datang.

Tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Kepala terus ditoleh ke kiri. Dan-danlah bibir mengoyak senyum manis.

“Sorry, sayang. Abang lambat sikit,” ujar Taufiq, tersengih. Dia segak mengenakan tuksedo hitam dan seluar hitam. Tergantung kaca mata biru di batang hidung menambahkan lagi ketampanannya.

“Tak apa, abang. Janna faham.”

“This is for you.” Sejambak bunga mawar merah dan putih dihulurkan pada isterinya. Senyuman manis meniti di bibir.

“Auch, thank you. Cantik,” balas Janna. Kelopak bunga mawar itu diusap lembut.

“Janna, maaf kacau. Artis jemputan kita dah habis buat persembahan. Giliran kau orang pulak. Dah ready?” soal Qayyum sambil tersenyum.

Janna memandang ke arah Taufiq. Taufiq anggukkan kepalanya sekali.

“Tolong letak atas meja Janna, ya. And lagi satu, tengok-tengokkan jugak Kair dengan Kasyaf tu.” Bunga tadi dihulurkan pada Qayyum.

Segera Qayyum menyambut huluran Janna itu sambil tersenyum. “No problem!”

“Are you ready, sayang?” soal Taufiq seraya menghulurkan tangan ala-ala putera raja. Tubuh sedikit dibongkokkan.

Janna ketawa kecil. Tangan Taufiq digenggam. Taufiq mengusap lembut tangan isterinya yang terasa sejuk. Tahu yang isterinya itu sedang nervous.

Langkah diatur bersama naik ke atas pentas kecil yang sudah disediakan. Janna mengukirkan senyuman apabila semua mata tertumpu kepada mereka yang berdiri di atas pentas. Dia menyambut dua mikrofon yang dihulurkan oleh Syafiq.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ribuan terima kasih saya ucapkan pada semua yang sudi hadir ke majlis ulang tahun D'love Cafe yang keenam. Terima kasih juga pada artis jemputan kita yang turut hadir bagi memeriahkan majlis hari ini. Tak ketinggalan juga, suami saya yang selalu menyokong dan memberi idea bagi mengembangkan lagi kafe ini serta anak kembar saya yang selalu menjadi penyeri dalam hidup saya. Oh ya, tidak lupa juga pada pekerja merangkap sahabat-sahabat saya yang sudah berkhidmat dari mula kafe ini dibuka. Thank you, semua. Baiklah, tanpa membuang masa, berdirinya saya di sini bersama suami saya adalah untuk membuat persembahan ringkas. Harapan saya agar kafe ini dapat terus berkembang maju pada masa-masa akan datang. Silakan makan dan minum jangan malu-malu. Sekian, assalamualaikum.” Panjang lebar ucapan Janna berikan.

Taufiq tersenyum. Genggaman di tangan si isteri masih belum dilepaskan. Alunan lagu Goodbye Hello nyanyian Ernie Zakri dan Syamel mulai kedengaran. Semua mata-mata tertumpu pada mereka.

Ini bukan mimpi, katanya,
Tapi satu rasa yang nyata,
Bukan juga rasa biasa, biasa.

Takkan boleh terus begini,
Ku tak mahu terus bermimpi,
Hanya mahu menjadikanmu milikku.

Setiap saat yang kau berikan,
Bagai memetik bintang di langit,
Setiap saat kau berikan padaku.

Setiap kali kau pergi, separuhku mati,
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati,
Kerna Tuhan saja tahu,
Apa yang baik 'tuk kau dan aku.
'Cause everytime I say, "Goodbye",
You say, "Hello".

Ini bukan lagi, bukan lagi mimpi, kini berbeza…

Dugaan yang kita lalui,
Banyak lagi yang kan menanti,
Genggam erat tanganku kini, isteri.

Setiap saat yang kau berikan,
Bagai memetik bintang di langit,
Setiap saat kau berikan padaku.

Setiap kali kau pergi, separuhku mati.
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati.

Oh, kerna Tuhan saja tahu,
Apa yang baik 'tuk kau dan aku,
'Cause everytime I say, "Goodbye",
You say, "Hello", oh-yeah.

Kau saja yang selalu aku nantikan, kudoakan.

Kau yang selalu aku ceritakan pada Tuhan,
Saat dua menjadi satu,
Moga Tuhan mencurah restu, hu-uh, oh-oh.

Setiap kali kau pergi, separuhku mati,
Namun sungguh cinta ini takkan pernah mati.
Kerna Tuhan saja tahu,
Apa yang baik 'tuk kau dan aku,
'Cause everytime I say, "Goodbye",
You say, "Hello".

Taufiq merenung anak mata Janna yang turut memandang ke arahnya. Sebaik saja lagu habis dinyanyikan, bunyi tepukan kuat kedengaran. Janna tertunduk sikit dek malu manakala Taufiq ketawa kecil. Suara pujian dari tetamu yang hadir kedengaran.

“Terima kasih,” ucap mereka berdua serentak sebelum melangkah turun dari pentas.

“Sayang okey?” soal Taufiq.

Janna angguk lalu senyum. “Okey, abang. Lega sikit. Sebelum nyanyi tadi nervous jugak.”

Taufiq sengih. Dia pun sama seperti isterinya tadi. Idea ini adalah cadangan darinya. Pada awalnya Janna menolak tapi lama-kelamaan isterinya hanya akur.

“Assalamualaikum…”

Janna dan Taufiq serentak menoleh. Masing-masing terkejut dengan kemunculan gadis bertudung litup itu.

“Azirah?” perlahan nada suara Janna. Anak matanya turun naik memandang Azirah. Sejak Azirah dimasukkan ke hospital sakit jiwa, dia langsung tidak dapat bersemuka dengan gadis itu.

“Janna… maafkan aku…” Tubuh itu terus dipeluk erat. Dia menangis teresak-esak. Bertahun dia memendam perasaan serba-salahnya. Terasa diri sangat berdosa.

Janna terdiam. Pelukan Azirah itu dibalas perlahan. Belakang tubuh Azirah diusap lembut. Dalam hati bersyukur melihat perubahan Azirah itu.

“Maafkan aku, Janna. Ampunkan aku. Aku berdosa dengan kau. Aku tak patut buat kau macam tu. Maafkan aku…” rayu Azirah.

“Sudahlah, Azirah. Aku maafkan. Benda dah bertahun berlalu. Kau pun nampak dah berubah sekarang. Kau jangan nangis macam ni. Kau dah sihat?” soal Janna. Pelukan dilerai. Senyuman diukir di bibirnya.

Azirah angguk kecil. Air matanya diseka perlahan. “Not 100%. Still kena makan ubat dan buat rawatan.”

Janna angguk tanda faham.

Anak mata Azirah beralih pula pada Taufiq yang hanya diam di sebelah Janna. Bibir dikemam perlahan. Rasa malu dengan sikap dirinya yang dulu.

“I'm sorry, Taufiq.”

Taufiq tersenyum nipis. “It's okay, Azirah. Aku harap kau dapat berubah. Kekalkan diri kau yang sekarang. Jangan terlalu mengikut hati. Jangan berhenti berdoa pada Allah.”

Azirah angguk kepala kecil.

“Ni siapa?” soal Janna, merujuk pada lelaki yang hanya diam di belakang Azirah.

“Zain Shahmi. Doktor yang merawat aku dulu merangkap tunang aku sekarang. Kita orang dah tunang dua hari lepas.”

Taufiq berjabat tangan dengan Shahmi sambil tersenyum.

“Alhamdulillah. Baguslah. Kau orang berdua nampak sepadan. Bila nak langsungkan pernikahan?” tanya Taufiq.

“In Syaa Allah, dua minggu lagi,” balas Shahmi.

Janna angguk kepala. “Jangan lupa jemput kita orang tau.”

Azirah ketawa kecil. “In Syaa Allah.”

“Mama, papa!” jerit Kair dan Kasyaf serentak. Mereka berlari anak mendekati Taufiq dan Janna. Kaki mama dan papanya itu dipeluk.

“Comelnya… siapa ni?” soal Azirah seraya mengusap lembut pipi Kasyaf.

“Kenalkan, ni Achbar Kair Nafis dan ni Achbar Kasyaf Naufal, adik kembar dia.” Janna tersenyum. Kair dan Kasyaf terus menyalami tangan Azirah dan Shahmi. Salah satu adab yang diajar oleh Taufiq dan Janna.

Azirah angguk kepala. Rambut kedua-dua si kecil itu diusap lembut.

“Eh, jemputlah makan. Duduk-duduk dulu,” pelawa Taufiq. Azirah dan Shahmi tersenyum dan menganggukkan kepala mereka. Mereka mulai mengambil tempat di sebuah meja yang kosong. Kair dan Kasyaf sudah kembali bermain indoor playground yang sudah disediakan di sudut kafe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience