Series
12737
TAUFIQ meletakkan beg kameranya di atas meja pejabat studio. Beberapa orang photographer yang sudah di latih mula berkerja pada hari ini. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi meja kerjanya. Kamera DSLR dicapai lalu butang on di tepi ditekan. Tunak matanya merenung satu-persatu gambar di dalam kamera sehinggalah jarinya berhenti dari menekan.
Matanya statik memandang gambar sebiji cupcake yang pernah di snap semasa di Cameron Highlands. Bibir melengkung senyum. Dan-danlah tekaknya menginginkan sebiji cupcake. Kamera diletakkan di atas meja semula.
“Cupcake…”
“Kat kafe depan tu agaknya ada tak? Nak suruh Cutie buat memang taklah. Sejak jadi model hot ni susah nak rasa masakan Cutie dah,” jarinya mengetuk perlahan dagu sendiri.
“Pergi ajelah.”
Tali kameranya digantung pada leher. Rambut yang terjuntai di dahi disebakkan ke belakang sebelum langkah di bawa keluar dari studio. Sempat dia menitip pesan kepada Husain agar memantau pekerja-pekerja yang lain.
Langkah di atur menuju ke kafe yang terletak berdepan dengan studio miliknya. Pintu kafe itu ditolak perlahan. Seketika, dia agak terpukau dengan susun atur kafe itu. Di satu kawasan tersedia tempat permainan kecil khas untuk keluarga yang membawa anak-anak mereka ke sini.
Gabungan warna pink pastel dan putih amat menarik perhatian. Di sisi lain, gabungan warna biru putih amat menenteramkan jiwa. Sungguh! Kafe yang amat elegent reka bentuknya. Di setiap sudut dinding, akan ada beberapa quotes yang amat indah antaranya adalah,
‘Mencintainya bukan kerana rupa. Tapi kerana hati. Semoga hubungan ini akan kekal suci sehingga ke jinjang pelamin. – D’love Kafe’
‘Hadirnya kamu didalam hidup ku membawa sejuta satu rasa yang tidak pernah aku alami. Wahai kekasih, aku bukanlah pasangan yang sempurna untuk mu. Namun aku mahu menjadi pasangan dunia akhirat hanya untuk kamu. – D’love Kafe’
‘Semoga hubungan kita akan kekal manis sehingga ke akhirnya. Sayang dan cinta kita akan kekal hingga ke Jannah. Insya-Allah. – D’love Kafe’
Taufiq liarkan mata ke sisi biru putih pula. Beberapa quotes cukup membuatkan dia tersenyum lebar. Sisi pink dan putih di khaskan untuk pasangan yang sedang bercinta manakala sisi biru putih pula amat sesuai untuk sesiapa yang ingin mencari ketenangan. Quotes yang tertampal juga amat bermakna untuk seseorang.
‘Senyumlah walaupun kamu lagi sedih. Sesungguhnya, pelangi takkan muncul tanpa hujan. Semoga ada pengakhiran bahagia untukmu. – D’love Kafe’
‘Menangislah sepuasmu agar kamu mampu lagi tersenyum di kemudian hari. Lepaskanlah kesedihan yang kamu pendam agar kamu dapat merasai semula manisnya hidup. – D’love Kafe’
‘May Allah help you. Keep smile! Insya-Allah – D’love Kafe.’
Sungguh! Dirinya amat jatuh hati dengan idea kreatif si pemilik kafe ini. Unik! Teramatlah unik! Belum pernah lagi dia datang ke kafe yang sebegini rupa. Tidak menyesal dia turut membawa kamera DSLR bersama.
“Selamat datang ke D’love Kafe. Silakan duduk.”
Seorang gadis menyapanya. Sempat dia mengerling ke arah name tag yang melekat di baju belah kiri gadis itu. Qistina. Dia ukirkan senyuman buat gadis itu. Dia segera mengambil tempat dibahagian biru putih lalu punggung dihenyakkan di kerusi.
Qistina meletakkan buku menu di atas meja. Buat seketika Taufiq diam melihat buku menu itu. Beberapa kali mata dikelipkan. Walaupun design kafe ini terlihat mahal, namun harga makanan di sini tak ubah seperti di kafe-kafe yang lainnya.
“Bagi saya, Iced Karamel Latte dan dua biji cupcake… Erm… Apa beza cupcake-cupcake ni?” soal Taufiq. Ada beberapa jenis cupcake di situ. Namun, nama yang diberi membuatkan dia terpinga-pinga. Sweet sangat nama cupcake tu.
Qistina tersenyum.
“Love cupcake adalah cupcake gabungan antara blueberry dan krim cheese. Baby cupcake pula adalah cupcake strawberry bersaiz kecil yang amat comel. Dan last sekali susuka cupcake. Cupcake berperisa susu vanilla. Sekali makan mesti jatuh suka. Sebab itu nama diberi susuka.”
Taufiq menganggukkan kepalanya. Sekali dengar dah macam Sizuka Doraemon aja.
“Baiklah. Saya nak susuka cupcake dua biji.”
Qistina menganggukkan kepalanya. Langkah terus dibawa ke dapur.
“Haa Qis. Ada pesanan ke?” soal Janna, pemilik kafe itu. Walaupun dia digelar ‘bos’ namun sedikit pun dia tidak hanya duduk dan jadi pemerhati. Pasti dia akan turut sama membantu.
Qis menoleh. Anggukan diberi.
“Pesan apa?”
“Iced Karamel Latte dengan susuka cupcake,” dulang diletak. Air yang sudah siap dibancuh oleh Amira diletakkan ke atasnya. Janna menganggukkan kepalanya.
“Biar Janna buat. Qis rehatlah. Dari tadi Janna tengok Qis asyik kehulur-kehilir. Mesti penatkan.” Dulang di tangan gadis itu di ambil. Qis tayang wajah serba-salah. Yelah, takkan dia mahu serahkan kerja kepada majikannya? Tak fasal-fasal dia dicop curi tulang pula.
Janna tersenyum. Faham sangat dengan wajah serba-salah pekerjanya. Dia sudah menganggap setiap pekerjanya itu seolah keluarganya sendiri. Mereka juga dilarang olehnya untuk memanggilnya dengan gelaran bos. Antara mereka tiada istilah perkerja dan majikan.
“Jangan risaulah. Pergilah rehat. Janna pergi hantar pesanan ni kat customer. Ni meja nombor berapa?” soal Janna.
“Erm… Meja nombor 8. Tapi… Serba-salahlah Qis dibuatnya… Tak apalah, biar Qis pergi hantar ya,” dulang di tangan Janna mahu di ambil semula namun dengan pantas Janna melarikan dulang tersebut.
“Qis, no. Biarlah Janna yang buat. Pergi rest. Join Syafiq kat atas.”
Qistina mengangguk. Segera anak tangga dibahagian dapur di daki. Ruangan atas dibuat untuk mereka yang berkerja di sini. Tempat ruangan ini diberi nama ‘rest port’. Ada rak buku dan sofa bagi kemudahan mereka untuk bersantai-santai.
Janna mengatur langkahnya menuju ke meja bernombor 8.
“Maaf menunggu, selamat menjamu selera.” Air dan cupcake dipindah ke atas meja.
Taufiq yang sedang asyik dengan kamera DSLR miliknya mendongakkan wajah. Mulutnya ternganga kecil. Hampir saja kamera ditangannya mahu terlepas tapi dek terfikirkan harga kamera DSLR yang bukan murah harganya, segera pegangan pada kemara dikemaskan.
Sisi wajah gadis bertudung unggu itu direnung bagai mahu terkeluar biji mata. Buat seketika, anak mata mereka bertembung. Janna ukirkan senyum untuk Taufiq.
“Saya pergi dulu,” baru saja dirinya mahu membuka langkah lelaki tadi cepat menyeru dirinya. Dia menoleh memandang Taufiq yang kini sudah berdiri di hadapannya. Wajah ala-ala korea milik lelaki itu dipandang.
“Sa-saya… Saya… Boleh tak sa-saya nak ta-tahu siapa pemilik kafe ni?” soal Taufiq tergagap-gagap.
Janna mengangukkan kepalanya beberapa kali.
“Ya saya. Saya pemilik kafe ni. Ada apa ya?” tanyanya hairan. Dulang dibawa peluk ke dada.
“Nama saya Achbar Muhammad Taufiq. Saya pemilik studio kat depan tu,” jari telunjuk naik menunding jari ke arah studionya. Janna ikut arah yang ditunjuk. Kepala diangguk.
“Saya tertarik dengan awak.”
Janna segera memaku pandang ke arah lelaki itu. Terkebil-kebil matanya.
“Huh?”
“Erk… Bukan… Maksud saya, saya tertarik dengan kafe awak.” Laju Taufiq memperbetulkan ayatnya.
“Jadi?”
“Kalau boleh saya nak shoot beberapa gambar dalam kafe ini untuk dibuat sebuah artikel. Itu pun kalau cik benarkan.” Wajah gadis itu direnung tak lepas. Rasa tidak mahu langsung dialihkan bebola matanya itu walaupun sesaat.
Gadis itu terdiam agak lama. Mungkin sedang menimbang tara tawarannya itu.
“Tak apa, kalau cik belum ada jawapan cik fikirkanlah dulu. Nanti kalau cik setuju, cik boleh terus contact saya ya.” Sekeping kad dari dalam wallet dikeluarkan lalu dihulur ke Janna.
Gadis itu menyambutnya dengan senyuman. Kepala diangguk tanda setuju. Memang dia perlukan masa untuk memikirkannya. Bukan dia mahu menolak tuah, tapi dia mahu menimbang baik buruknya.
“Baiklah. Saya akan hubungi Encik… Err… Nama apa tadi?”
“Taufiq.”
“Encik Taufiq.” Senyumnya manis membuatkan Taufiq terkaku.
“Saya minta diri dulu ya?” baru langkah mahu dibuka, lagi sekali dicantas bila lelaki itu memanggilnya.
“Apa nama cik?” soal Taufiq
“Janna,” ringkas gadis itu membalas. Taufiq ukir senyum. Kepala diangguk beberapa kali.
“Saya pergi dulu,” badan dibongkokkan sedikit dan terus langkah di atur ke dapur.
Taufiq duduk. Bibir tak lekang dengan senyuman. Cupcake dihadapannya dipandang.
“Kerana kau lah cupcake aku dapat berjumpa dengan dia. Janna…” sengihan diukir. Sepatah nama itu bagaikan terus menyelinap masuk ke dalam hatinya. Belum pernah lagi dia alami perasaan yang sebegini rupa. Hebat sungguh penangan seorang Janna ini.
Share this novel