Series
12737
KERETA diberhentikan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Rambut yang terjuntai di dahi disingkap ke belakang sebelum jam dipergelangan tangan kiri dikerling sekilas. Tidak sabar dia mahu bertemu dengan kekasih hatinya itu setelah 2 minggu tidak bersua muka dek kesibukan masing-masing dalam kerjaya.
TOK!
TOK!
TOK!
Kepala segera ditoleh ke kiri. Seorang gadis berbaju dress labuh tersenyum diluar tingkap. Segera jari menekan butang unlock di pintu. Gadis itu terus meloloskan tubuh ke dalam perut keretanya.
“Hai honey! How are you?” soal Sufian, tersenyum lebar.
“Hai sayang… Sihat je… How about you? Tak ada nakal-nakal ek kat sini masa I tak ada?” tanya Raysha diiringi dengan tawa. Sufian tertawa lalu menggelengkan kepalanya berulang kali.
“Of course tak… Tak beranilah I nak curang dengan you. Lagipun… You kan pasang spy. Haa… Cerita baik ke buruk yang si Taufiq tu sampaikan kat you?” mengingatkan kepala Taufiq yang ada kalanya tidak betul itu merisaukan dia kalau-kalau ada berita kurang enak sampai ke telinga kekasihnya itu.
Raysha menyambutnya dengan tawa. Bukan dia yang upah. Taufiq sendiri yang sukarela tawarkan diri. So, dia pun apa lagi?
“Tak adalah… Taufiq kata, sayang budak baik je kat sini… Dingin tu of course lah, katanya. Dengan staf bukan main. Harimau pun boleh tergolek. Dengan I, kucing pun boleh surrender!”
Mereka sama-sama tergelak. Kereta mula bergerak menyusuri jalan raya itu menuju ke Mega Mall untuk berdating dan meluangkan lebih masa bersama.
“HONEY.”
Raysha mendongakkan wajahnya merenung wajah si kekasih hati yang duduk bertentangan dengannya. Kening sebelah dijongketkan tinggi.
“Close your eyes.” Arah lelaki itu. Tanpa banyak soal terus saja permintaannya dituruti oleh gadis itu.
Sufian tersenyum sebelum kot yang tersarung di tubuhnya diselak sedikit. Kotak baldu berwarna merah itu dibawa keluar lalu diletakkan di atas meja berhadapan dengan gadis itu.
“Okey… Bukaklah mata.”
Perlahan-lahan Raysha membuka matanya semula. Anak matanya jatuh seketika pada item dihadapannya itu sebelum lensa mata perlahan naik memandang tepat ke wajah kekasihnya itu.
“Bukalah… Tunggu apa lagi…” arah lelaki itu bersama senyuman meleret.
Perlahan Raysha mencapai kotak tersebut lalu ikatan reben berwarna putih yang terikat kemas, dileraikan. Penutup kotak itu dibuka dengan debaran di dada. Seketika dia tergamam bersama mulut yang terbuka luas. Matanya yang sudah sedia bulat kian bertambah bulat.
“Do you like it?” soal Sufian.
Bebola mata Raysha naik tepat merenung dalam wajah kekasihnya. Kotak berisi sebentuk cincin permata biru itu diletakkan di atas permukaan meja semula.
“Untuk… Apa?” soalnya.
“Kita kan dah janji nak kahwin beberapa bulan lagi… Jadi I nak semua orang tahu, hati Raysha Adiliya sudah dimiliki. I love you with all my heart.”
Ucapan dari dua ulas bibir nipis itu membuatkan hati gadisnya dipagut sebak. Perlahan air matanya menitis membasahi pipi.
“Don’t cry… Your tears make me hurt…” ringan jari Sufian menyeka air mata yang mengalir di pipi gadis kesayangannya itu.
“I love you more Sufian… Please promise me… Don’t you ever leave me alone…”
“Ya… I janji… Selepas je kita kahwin nanti, I akan buat you bahagia. Dan insya-Allah,” dia berjeda seketika. Tangan gadis itu digenggam lalu anak matanya membalas tatapan mata Raysha.
“Kita akan jadi sebuah keluarga yang bahagia dengan kehadiran anak-anak kita nanti.” Janjinya.
Raysha tersenyum, genggaman tangan lelaki itu dibalas. “I love you…”
“I love you more, Raysha.”
Mereka sama-sama tersenyum sebelum makanan yang mereka pesan tiba. Mereka mulai menjamah makanan itu bersama kegembiraan yang menyelubungi hubungan mereka itu.
LOYANG berisi acuan kek dimasukkan ke dalam ketuhar. Masa dilaraskan sebelum butang start ditekan. Bahu si kawan dipeluk mesra.
“Lama kan kita tak buat kek sama-sama. Dulu selalu je kita buat kek sama-sama… Masak sama-sama…” kata Nuri mengimbau semula kenangan mereka bersama suatu ketika dahulu. Persahabatan antara dia dan Janna sudah terjalin sejak mereka kecil lagi. Semuanya dikongsi bagai adik beradik.
Janna tertawa. Tangan si kawan ditarik untuk duduk di kerusi island table yang terletak di ruangan dapur itu.
“Tulah… Rindu pulak nak jadi kecil macam dulu…”
“Ya… Tapi… Tak naklah… Aku nak kahwin… Kalau jadi budak kecik balik tak boleh kahwin,” selamba Nuri berkata. Tangannya laju menanggalkan pembalut kertas yang menyelimuti tubuh coklat KitKat itu.
“Eii… Gatal ek… Siapa boyfriend kau?” soalnya bersama kening yang terjongket tinggi.
Nuri tayang sengih. Dia berdiam seketika sambil menikmati manisan di tangannya tadi.
“Apa pendapat kau tentang Taufiq?” soal Nuri tiba-tiba. Soalan Janna dibiar bagai angin lalu.
“Apa bendalah? Tiba-tiba nama dia naik. Aku tanya lain kau jawab lain. Eiii… Malaslah nak jawab!” balas Janna lalu menyilangkan tangan ke dada. Tumpuan matanya dilarikan menatap ketuhar yang memancarkan cahaya oren.
“Alaa jawablah…” desak Nuri sambil menepuk-nepuk perlahan meja island rumah kawannya itu.
Ada dia kesah? Dia sudah biasa berada di rumah ini. Bermalam di sini juga tidak dapat dia kira dengan jari. Ami dan abi Janna juga sudah dianggap seolah orang tuanya sendiri.
“Tak nak.” Tegas Janna.
Apa ni paksa-paksa? Dah orang kata tak nak. No means no. Tang mana tak faham tu? Cer habaq mai sat!
“Janna…” tekan Nuri.
“Ish… Apa dia, Nuri? Hish… Janganlah paksa. Aku tak sukalah,” cemberut wajah Janna. Rimas.
“Pendapat je… Dia tu orangnya macam mana… Baik ke tak… Jawablah…” desaknya lagi. Janna menghela nafas berat. Anak matanya merenung tepat wajah Nuri yang jelas berharap agar dia menjawab soalan tadi.
“Dia baik.” Ringkas dia membalas. Dari didesak lagi, baik dia balas walaupun sepatah. Nuri tersenyum. Tubuh dibawa merapat ke meja.
“Dia handsome tak?” soal Nuri bersama senyuman nakal. Janna mengerutkan dahinya. Tubuh dibawa turun dari kerusi itu.
“Not at all!” nafinya lalu bergegas ke singki. Mangkuk-mangkuk yang telah digunakan dibasuh dan disusun di rak tepi singki.
“Alaaa tipu-tipu!”
“Nuri…” tegasnya.
“Handsome kan? Handsome kan? Handsome kan? Kan kan kan?” gesanya.
“Dia memanglah handsome tapi…”
“Yah!” Nuri menepuk tangannya.
Janna terkejut.
Dia terlepas kata!
“Hye! Ya-ya! Dia memanglah handsome. Tapi!” Janna berjeda. Cuba mencari alasan yang sesuai.
“Tapi?” soal Nuri sambil memandang tepat belakang tubuh kawannya itu.
“Tapi mesti playboy.” Balas Janna.
Nuri lepas keluh. Perlahan dia bangun dari duduknya dan langkah dibuka menghampiri kawan baiknya itu.
“Tak semua yang handsome, berperangai macam Aidan, Janna. Jangan label lelaki macam tu. Kalau kau terus label lelaki semua sama, sampai ke tua pun kau tu membujang. Umur kita ni dah 24 tahun tau. Bukan makin muda lagi.”
Janna berdiam diri. Benar apa yang dikatakan oleh Nuri. Usia mereka sudah semakin meninggkat.
Tapi hatinya masih berbekas dek kenangan lama. Kenangan pahit. Perit. Sakit. Bukan mudah untuk dia bangkit semula lepas seluruh kepercayaannya dihancurkan sebegitu rupa. Cintanya bagaikan sesuatu yang murah tidak bernilai dimata bekas kekasihnya itu.
Akhirnya dia hanya berdiam diri. Tidak lagi membalas omongan si kawan. Hatinya belum bersedia untuk dibuka lada mana-mana lelaki. Titik!
Share this novel