BAB 22 MC

Romance Series 12737

TAUFIQ merebahkan tubuhnya di atas hamparan rumput di halaman rumahnya. Bulan terang pada malam itu menerangi langit yang gelap. Bintang-bintang kecil turut sama bercahaya menambahkan keindahan langit malam. 

Bibirnya menguntum senyum. Tangan kiri dilipat lalu dijadikan alas kepalanya. Mindanya terbang mengingati masa lalu. 

18 tahun yang lalu…

SEORANG kanak-kanak perempuan berjalan sambil berpusing-pusing. Meliar matanya mencari kelibat si kawan. 

“Topiq! Awak kat ne! Teluar lah!” jerit kanak-kanak itu dalam bahasa pelatnya. 

Taufiq menahan tawa. Dirinya yang menyorok di bawah papan gelongsor itu hanya memandang gadis kecil itu yang sudah duduk di atas rumput. Kepenatan mencarinya. 

“Topiq… Caye tak nak main corok-corok agi dah… Penat ah… Kaki caye dah takit ni…” Muncung bibirnya ke arah kaki yang tersarung kasut berwarna merah jambu itu. 

Taufiq masih begitu. Sepi tanpa bicara. Hanya anak mata setia melekat pada si empunya tubuh kecil itu. 

“Topiq!” jerit si kecil itu lagi. Meligas anak matanya memandang sekeliling. Suasana taman itu sunyi. Hanya ada beberapa pengunjung saja di situ.

“Topiq…” Mendatar suara si kecil itu. Serta merta air matanya mengalir deras membasahi pipinya yang gebu. Dadanya berombak-ombak menahan sedu. 

Taufiq tergamam. Lekas-lekas dia berjalan menghampiri kawannya itu lalu tubuh kecil itu dipeluk dengan erat. Rambut toncang gadis itu dibelai penuh kasih. 

“Corry… Jangan nanesh dah… Cayang dia… Corry ya…” pujuk Taufiq, lembut. Tangisan si kecil itu perlahan-lahan reda. Air mata yang mengalir di pipi diseka lembut. 

“Topiq… Jangan tinggalkan caye…” 

Taufiq senyum. Pipi gadis itu diusap seraya kepala diangguk sekali. “Caye janji, caye tetap akan ada dengan awak. Kalau kite terpicah, caye akan cari awak satu hari nanti,” tuturnya.

“Betul ni? Awak tak tipu, kan?”

Taufiq angguk. Jari kelingking disua ke gadis itu. 

Kanak-kanak perempuan itu tersenyum lebar. Laju jari itu dikaut. 

“Pinky pomice!” jerit mereka serentak lalu tertawa bersama.

“Topiq, caye kene balik ni. Ami caye dah panggil tu,” ujar si kecil itu sambil menujukkan ke satu arah di mana seorang wanita sedang berdiri melambai ke arah mereka berdua.

Taufiq pandang. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sayu. Tangan gadis itu digenggam erat seolah-olah enggan mahu dilepaskan. 

“Topiq…”

Taufiq diam.

“Hye, Topiq encem… Awak jangan cedih… Esok kita boleh jumpe agi kat tadika kan? Awak jangan nanesh… Mayu oyang tengok. Tak encem,” pujuknya seraya tersenyum. 

“Betul ya. Esok awak datang tadika tau. Caye tunggu.”

“Caye janji. Caye balik dulu tau. Caye cayang awak sampai syurga!” ucap gadis itu sebelum membuka langkah berlari anak mendekati si ami yang sudah sedia menanti. Sempat dia melambai ke arah Taufiq yang masih berdiri memandangnya.

Taufiq balas lambai perlahan. 

“Caye pun cayang awak… Sampai bila-bila…” 

“Baby.”

Taufiq toleh. Senyuman nipis diukir. 

“Ye mama,” jawabnya. Langkah terus diatur mendekati Puan Maryam. Tangan wanita itu dipegang.

“Jom kita balik ye sayang. Dah nak senja ni. Cutie dengan Oppa dah tunggu kita kat rumah.”

Taufiq angguk tanpa sebarang bantahan. Langkahnya terus dibuka mengikuti langkah si mama. 

“BABY!”

Taufiq tersentak. Pecah berderai lamunannya yang sempat datang bertandang seketika tadi. Anak mata laju mencari si empunya suara. 

“Hmm… Cutie,” balasnya bernada malas. 

Thaniha melabuhkan duduk di sebelah si adik. Wajah Taufiq yang kembali merenung langit malam dipandang. 

“Ada masalah? Jauh termenung?” soal Thaniha.

“Tak ada apa lah. Termenung sebab teringat kawan masa zaman tadika dulu,” balas Taufiq tanpa mengalihkan pandangannya.

“Oh… Ni mesti budak perempuan berambut toncang dua tu kan?” tebak Thaniha.

Taufiq laju mengalihkan perhatiannya. Dari baring, dia lekas duduk. “Cutie ingat?”

“Mestilah. Baby kan selalu balik-balik tadika je mesti cerita tentang budak tu. Apa buat masa kat tadika. Semua Baby cerita kat kitorang.”

Taufiq duduk bersila. Mungkin dari kakaknya itu, dia akan dapat secebis info tentang gadis itu. Dia perlu mencari kawan lamanya itu semula. 

Dia sudah janji. Namun malangnya, sebaris nama gadis itu langsung tidak melekat dimindanya. Gadis itu pula pindah secara mengejut. 

Pertemuan terakhir mereka di taman itu. Patutlah gerak hatinya terlalu berat mahu melepaskan gadis itu pergi. Rupanya itulah kali terakhir mereka dapat berjumpa sebelum akhirnya mereka terpisah. 

18 tahun telah berlalu. Dia ingin mencari semula kawannya itu. Rindunya terhadap gadis itu membuak sekian lama. Sihatkah dia? Bagaimana keadaannya? Ingatkah gadis itu pada dirinya?

“Cutie… Cutie ingat tak nama perempuan tu?” soal Taufiq. Penuh berharap.

Thaniha diam sejenak. Beberapa minit kemudian, dia menggeleng. 

“Dah lama sangat. Mana Cutie ingat dah,” balas Thaniha.

Taufiq lepas keluh. Hampa.

“Kenapa?” tanya Thaniha. 

“I have promise her. Baby akan cari dia kalau kitorang terpisah one day nanti.”

Thaniha angguk faham. “Tak ada ke gambar dia dalam album? Kalau ada, boleh upah penyiasat.”

Taufiq geleng. 

“Tak ada. Kitorang kenal pun tak lama. Rapat. Tapi dia pindah macam tu je. Tak bagitau Baby pun dia nak ke mana. Last kitorang jumpa kat taman tu lah,” cerita Taufiq. 

“Hurm… Macam ni lah. Baby tak payah paksa diri untuk ingat nama dia. Maybe one day nanti, Baby akan ingat dia balik. Time tu, Baby carilah dia. Cutie tahu, mesti dia pun rindukan Baby,” kata Thaniha menyalurkan kata-kata semangat kepada si adik. 

Taufiq senyum. Kepala diangguk.

“Okey Cutie. I will,” jawab Taufiq.

“Wah… Adakah kedua-dua beradik ini sudah saling bermaaf-maafan?”

Mereka terkejut. Segera kepala dipalingkan ke belakang. Taliq menghampiri mereka bersama dengan senyuman. 

“Terkejutkan orang aje. Cubalah bagi salam.” Thaniha mencebik. 

Taliq koyak sengih. “Assalammualaikum wahai Cutie dan Baby…”

“Waalaikumussalam…” balas Taufiq dan Thaniha serentak. 

Taliq melepaskan tawa kecil sebelum duduk di sebelah si kakak. Wajah kakak dan adiknya itu direnung bersama senyuman. “Jarang sungguh nak tengok korang berdua ni berborak baik-baik. Selalu asyik bertengkar je. Borak apa ni?” Kening dijongketkan tinggi. 

“Cis… Kitorang berbaik, Oppa soal. Kitorang bergaduh, Oppa marah. Nak yang mana sekarang ni?” soal Thaniha, mencebirkan bibirnya. 

“Nak yang macam ni lah. Asyik gaduh je. Silap hari bulan, boleh runtuh rumah dibuatnya,” seloroh Taliq.

Taufiq jeling sekilas manakala Thaniha sudah menjegilkan bebola matanya besar-besar. 

“Jangan nak timbulkan perang. Sehari tak gaduh tak sah ek. Kerjanya gaduh je. Macam tak ada benda lain nak buat,” ujar Taliq.

Taufiq bangun dari duduknya. Dia tersenyum lebar. “Gaduh-gaduh manja. Tak gitu, Cutie?” Rambut si kakak yang kemas terikat ditarik sehingga getahnya terlepas. Laju dia membuka langkah melarikan diri.

“Baby!” jerit Thaniha, nyaring. 

Taliq menggelengkan kepalanya. Tak sampai 10 minit yang lepas dia menasihati mereka berdua. Namun semuanya bertukar sekelip mata. 

Memang kalau tak gaduh sehari tak aman dunia mereka berdua ni agaknya. 

Taufiq yang sudah jauh dari Thaniha  melepaskan tawa kuatnya di dalam bilik yang menempatkan alat-alat muzik seperti, gitar, violin, piano dan drum. 

Perlahan dia menghampiri mic holder yang terletak kemas. Dibelek buat seketika. Sudah lama dia tidak menggunakan bilik yang satu ini untuk mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian. 

Perlahan bibirnya mengulum senyum. Speaker microfon itu dihidupkan. 

“Aku baca kat google, nyanyikan lagu sweet pun boleh digunakan dalam misi memikat hati seseorang,” kata Taufiq sendirian. Telefon diletakkan pada pemegang telefon yang telah disediakan. Butang rakaman ditekan lalu punggung dilabuhkan di atas sebuah bangku. Gitar dicapai lalu diposisikan. 

You're just too good to be true,
Can't take my eyes off of you,
You'd be like Heaven to touch,
I wanna hold you so much…

At long last love has arrived,
And I thank God I'm alive,
You're just too good to be true,
Can't take my eyes off you.

Pardon the way that I stare,
There's nothing else to compare,
The sight of you leaves me weak,
There are no words left to speak,
But if you feel like I feel,
Please let me know that it's real,
You're just too good to be true,
Can't take my eyes off you.

I need you, baby, and if it's quite alright,
I need you, baby, to warm a lonely night,
I love you, baby, trust in me when I say…

Oh, pretty baby, don't bring me down, I pray,
Oh, pretty baby, now that I found you, stay,
And let me love you, baby, let me love you…

You're just too good to be true,
Can't take my eyes off of you,
You'd be like Heaven to touch,
I wanna hold you so much…

At long last love has arrived,
And I thank God I'm alive,
You're just too good to be true,
Can't take my eyes off you.

I need you, baby, and if it's quite alright,
I need you, baby, to warm a lonely night,
I love you, baby, trust in me when I say…

Oh, pretty baby, don't let me down, I pray,
Oh, pretty baby, now that I found you, stay,
And let me love you, baby, let me love...

Lagu bertajuk Can't Take My Eyes Off You, itu dinyanyikan merdu olehnya. Jarinya juga ligat memetik tali gitar. 

Usai menghabiskan nyayiannya, telefon dicapai lalu rakaman tadi diulang tayang. Taufiq tersenyum sendiri. 

Sesudah berpuas hati dengan rakaman itu, video tadi dihantar pada gadis idamannya. Debaran hati cuba ditutup dengan memetik kembali tali gitar miliknya itu.

JANNA menyandarkan tubuhnya pada palang balkoni. Bulan yang dipagari bintang kecil, mengindahkan suasana malam. Perlahan bibirnya menguntum senyuman. 

TING!

Kepalanya tertunduk apabila telefon yang berada di dalam genggamannya itu menghasilkan nada pendek. 

Jari dileret-leretkan pada dada skrin. Berkerut seketika dahinya. 

“Apa benda ni?” soalnya. Video yang dihantar oleh Taufiq itu ditekan. 

Untuk beberapa minit dia terkedu. Bebola matanya langsung tidak lepas dari menatap kaca skrin yang memaparkan wajah Taufiq yang leka menyanyi sambil memetik gitar tong.

Sungguh merdu! 

Merdu yang buatkan dirinya terkaku!

Merdu yang membuatkan lidahnya kelu!

Dan!

Merdu yang buat jantungnya berdegup laju entah mengapa!

Taufiq
Saya nyanyi khas untuk awak. Harap awak sukalah. 

Janna tersenyum sendiri. Dia diam tanpa membalas. Tanpa sedar, berulang kali rakaman itu diulang-ulang tanpa henti. 

TAUFIQ mengerling telefonnya buat entah kali ke berapa. Tidak senang duduk dia dibuatnya. Si dia di sana masih lagi diam tanpa sebarang balasan. Namun, kiriman yang dihantarnya sudah bertanda biru. 

“Ish… Mana dia ni. Tak senang duduk aku macam ni. Apa dia buat agaknya? Kenapa diam lama sangat?” soalnya sendirian. 

“Tak boleh jadi ni.” Jarinya berlari-lari seketika pada papan kekunci. Butang ‘send’ ditekan dengan harapan si dia di sana akan memberi balasan. 

Typing…

Jeda. 

Typing…

Sepi. 

Typing…

Hening. 

Taufiq mengerutkan dahinya kehairanan. Sudah 5 minit ‘Typing’ itu menjelmakan diri namun, tiada sebarang balasan pun diperolehnya. 

“Dia ni mengarang ke apa?” 

TING!

Laju telefon dipandang. Sepatah ayat itu dibaca. 

Janna
Nice. 

Taufiq terkebil-kebil. Jarinya bergerak di skrin. 

Taufiq
Nice je? 

TING!

Janna
Merdu… 

Taufiq melukis senyum pada bibir. 

Taufiq
Awak suka? 

Krik… 

Krik… 

Typing… 

TING!

Janna
Kalau awak bagi kat perempuan lain pun, dorang akan suka. Suara awak tip-top. Maybe awak boleh tukar kerjaya jadi penyanyi pulak lepas ni. 

Taufiq tertawa kecil. 

Taufiq
Eh awak ni. Tak ada lah sampai ke situ. Suara saya biasa je ni. Lagipun, saya sayangkan dunia fotografi saya ni. Tak pernah terlintas pun nak tukar lain. 

Janna
Tak pun, awak tangkap gambar sambil menyanyi. Mesti customer awak semua suka. 

Taufiq
Awak ni… Melebih pulak. Awak suka tak saya nyanyi tu? Jujur. 

Sepi. 

TING!

Janna
Kalau tak suka, saya tak balas. Eh, dahlah ek, awak. Dah lewat ni. Saya penat. Esok nak kena bukak kafe. Saya tidur dulu lah ya. Bye awak! Tata! Assalammualaikum. 

Taufiq tertawa kecil. Usai membalas salam dari gadis itu. Telefon diletakkan di meja kecil tepinya. Gitar diambil lalu di petik-petik kembali. Bibirnya tak henti-henti mengulum senyum. 

Hatinya dijentik kegembiraan yang sukar dibendung jauh sekali disimpan!

JANNA merenung langit-langit kamarnya. Bibirnya tersenyum. Terbayang kembali rakaman video yang dihantar oleh Taufiq tadi. 

I need you, baby, and if it's quite alright,
I need you, baby, to warm a lonely night,
I love you, baby, trust in me when I say…

Oh, pretty baby, don't bring me down, I pray,
Oh, pretty baby, now that I found you, stay,
And let me love you, baby, let me love you…

“Ya Allah, Janna… Sudah! Jangan diingat lagi.” Tangannya naik mengetuk kedua-dua sisi kepalanya. Cuba menyingkirkan lirik lagu serta suara Taufiq yang tak henti-henti berlari dalam kotak ingatannya. 

“Bahaya ni… Takkan aku dah mulai suka dia? Jatuh cinta? Jatuh cinta hanya kerana nyanyiannya?” 

“Oh tidak… Apa kau mengarut ni, Janna. Tak mungkin. Sudah. Marilah tidur! Lupakan dia. Lupakan dia. Lupakan dia. Lupakan dia…” Banyak kali dia mengulang perkataan yang sama sehinggalah dirinya terlena dan hanyut dibawa mimpi. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience