Bab 15

Romance Completed 27497

Sambil beratur dan menunggu giliran di kuanter. Fikiran Izhad terganggu. Tanpa sedari, bibirnya mengukirkan senyuman. Membuatkan Izhad teringat sesuatu seakan serupa dengan masa lalunya. Kenangan indah dan juga penyesalan dalam hidupnya. Waktu itu dia berada di kedai buku komik. Matanya tertarik sesuatu. Disebalik jendela di luar kedai.

"Comelnya?" Bisik hatinya.

Pertama kali matanya tertarik dan terpukau. Melihat gadis di sebalik jendela. Dengan rambutnya yang rapi dan diselit di belakang celah topi . Sambil terjengket-jengket membetulkan topi dan tersenyum sendiri. Pertama kali juga hatinya berpaut pada pandang pertama. Waktu itu dia baru berusia 16 tahun.

"Siapa dia?" Tak pernah nampak pun sebelum ini? Bisik dia sendiri sambil tersenyum.

Sebaik sahaja gadis tersebut memasuki kedai. Izhad mengikuti dan memerhati gerak geri gadis tersebut dari jauh. Kebetulan Izhad melihat gadis itu terjengket- jengket untuk mengambil sesuatu di rak paling atas. Dengan perasaan bebelah bagi. Ringan tangannya menghulurkan bantuan.

"Terima kasih." Kata gadis itu, sambil tersenyum manis. Melihat senyuman manis sang pemilik. Membuatkan Izhad menjadi gugup dan tersalah bicara.

"Siapa ambil untuk awak?"

"Awak?"

"Ni, saya punya. Saya jumpa dulu." Balas gadis comel, lingkungan muda 2 tahun darinya. Nada tegas tetapi mencuit hatinya.

Izhad tak sangka. Gadis itu rupanya, menyukai komik doraemon. Niat hati Izhad ingin menolong. Tapi, dirinya tersalah langkah. Dengan tak sengaja dia tersalah bicara. Sebab terlalu gugup, dia terus berlalu pergi bersama komik yang sepatutnya jadi miliki gadis tersebut.

Di kuanter pembayaran Izhad tak sabar nak hadiahkan buku komik itu, dekat gadis tersebut. Tapi, sayang... Gadis comel itu hilang dari bayangan dia. Sewaktu dia membuat pembayaran di kuanter.

"Macam Izz... Comel..." Kalau dia sebaya dengan Izz, mesti lebih kurang sama cantik dan comel macam Izz kan?

"Hish, apa aku fikir ni." Izhad tidak menyangka. Dia boleh mengingati kisah lama. Dulu dia pernah berniat ingin mencari gadis tersebut. Tapi, setelah dia berjumpa dengan Qistina. Izhad sudah lupa, kisah cinta pandang pertamanya.

"Dimana dia sekarang? Mesti sudah kahwin?"

"Encik?" terhenti lamunan Izhad. Sebaik sahaja budak kuanter menegurnya.

Sebaik sahaja Izz bagi salam. Puan Sri Izlinda sudah menunggu di depan pintu.

"Banyak beli barang Izz?"

"Hihi, boleh tahan juga lah mama." Tapi, Izz minta maaf awal-awal.

"Kenapa nak minta maaf?"

"Izz takut. Tak sedap." Kata Izz jujur.

"Insyallah, sedap..." Mama percaya kebolehan menantu mama ni. Senyum Puan Sri Izlinda sambil menepuk lembut dibahu Izz. Membuatkan Izz bertambah berdebar. Buat pertama kali dia memasak untuk keluarga mentuanya.

Sebaik sahaja Izz meletakkan barang-barang di dapur. Terus Izz memulakan persiapan bahan-bahan untuk memasak. Izz masih menunggu bahan lain daripada Izhad. Tak muncul lagi. Tadi, dia hanya angkat sedikit sahaja. Sambil menunggu. Izz teringat kejadian dalam kereta sebentar tadi. Membuatkan Izz tersenyum sendiri.

"Ingatkan nak bagi apa tadi. Ada ke? Dia pujuk aku dengan "Super Ring." Punya lah, banyak. Sampai 10 bungkus dia bagi. Marah ke, apa? Mana laa dia dapat semua tu. Padahal, tadi tinggal satu je. Yelah, aku merajuk, super ring. Memang, dapat "Super Ring" lah. Takkan dapat bunga dan coklat kut. "Jangan mimpi yek Izz." Nasib baik dia ada hati nak bagi.

Dia ingat, Izhad akan buat tak tahu lagi. Macam, kes dia kena halau tempoh hari. Izz tak sangka. Pandai juga Izhad cuba pujuk hati dia. "Mesti takut aku merajuk, tak masakan?" Tersenyum-senyum Izz sendiri bila teringat kejadian dalam kereta sebelum mereka balik.

"Kak Izz, tersenyum apa tu? Sergah Izzati. Terhenti lamunan Izz yang tengah bahagia.

"Hish mana ada?" Izz jadi malu bila di tegur begitu dengan Izzati.

"Izzati makan aiskrim?" Tanya Izz nak hilang perasaan malunya.

"Makan-makan. Kak Izz ada beli ke?"

"Akak Izz ada beli. Nanti makan lah."

"Okay Kak Izz. Nanti kita makan sama-sama yek." Terus Izzati berlalu pergi. Selepas menuangkan air sejuk di mug. Izhad dan Izzani datang bersama barang kering dan basah. Baru Izhad, nak curi tulang.

"Had tak tolong Izz ke?" Soal Izzani .

"Amboi nak larikan diri yek." Geleng kepala Izz perlahan.

"Kalau Had penat. Abang tolong Izz, boleh?" Izz dan Izhad saling memandang antara satu sama lain. Berderau jantung Izz dan Izhad terkejut. Bila Izzani tawarkan diri ingin menolong dia.

"Abang Izzani pandai masak ke?" Izz saja memulakan perbualan.

"Boleh lah sikit-sikit." Jawab Izzani.

"Abang rehat lah. Abang Izzani boleh tolong." Kata Izz dengan berani. Izz tahu Izhad mesti tercabar. Dia nak tengok juga. Izhad bagi ke? Kalau abang Izzani berdua-duaan dengan dirinya. Tapi, Izz dapat tangkap sikap Izhad yang mudah sentap dan tercabar. Dia berharap Izhad tak tinggal dia bersama abangnya. Izz pun tak selesa kalau abang Izzani memasak dengan dia.

"Hish perempuan ni? Saja nak ambil kesempatan lah tu. Nak bermanja-manja dengan abang aku pulak?"

Izhad tak tahu, kenapa? Hatinya tiba-tiba, membara dan cemburu?

"Siapa cakap Had tak nak tolong! Had nak tengok dekat bonet. Kalau ada barang lagi."

Abang Izzani terus berlalu meninggalkan Izhad dengan Izz di dapur. Bila Izhad berkata begitu. Izz terus memulakan tugasan dia. Malas dia nak layan Izhad dari tadi memandangnya dengan renungan tajam. Macam nak telan dia hidup-hidup.

Mula-mula Izz membasuh kepak ayam dan selawat. Terus di toskan airnya. Sebelum di saluti sos tiram.

"Awak, ada apa-apa boleh aku tolong?" Tanya Izhad. Izhad baru sedar. Dia kena tolong Izz memasak sekali. Mana taknya, dari tadi anak matanya asyik perhatikan gerak geri Izz. Sampai dia terlupa. Dia perlu bantu Izz.

"Sorry-sorry... Saya terlupa, abang ada dekat dapur."

"Aku okay je. Kalau kau nak buat semua."

"Hmm... Sempat lagi tu, nak perli." Bisik hati Izz.

"Betul ni, nak tolong? Tak menyesal?"

"Cepat lah bagi. Nanti lambat pula, awak nak masak!"

"Nah, abang potong bawang. Sikit je ni. Berapa ulas je."

"Ni, je? Kacang je nie!"

"Ohh, Kacang? Bukan bawang ke?" Perli Izz.

"Nak aku tolong ke tak?"

"Hmm... Nak-nak. Cepatlah potong?" Ada kerja lain lagi nak bagi ni? Kata Izz tersenyum nipis.

Izhad pun ambil pisau dan memulakan kerja pertama kali, dia mengupas bawang. Sebenarnya dia tak tahu langsung macam mana nak kupas bawang. Sesekali kali matanya melirik kearah Izz yang sibuk kehulu dan kehilir.

"Wah... Ada gaya chef laa."

"Macam dah biasa ke dapur je?"

"Jap?"

"Aha, lah"

"Aku lupa?" Dia ada cakap pagi tadi. 'Jualan nasi.' Okay lah tu, dia tahu masak. Taklah aku takut sangat. Kalau dapur ni, jadi huru hara. Kalau dia tak pandai masak.

Izhad merenung Izz, sangat lama. Sampai tak perasan, dia tengah memegang pisau.

"Argh!!!"

"Aduh!"

"Pedih - pedih..."

Izhad mengerang kesakitan.

Bila Izz mendengar je, suara Izhad jerit kesakitan. Terus dia menoleh ke arah Izhad.

"Abang!"

"Kenapa ni?"

Kata Izz nada cemas. Terpancar kerisauan di wajahnya. Bila melihat jari Izhad sudah berdarah.

Terus Izz memegang tangan Izhad dan marahi Izhad kerana terkejut.

"Awak! Jangan isap darah! Kotor lah!"

"Awak nak jadi raja bersiong ke apa? Ataupun awak nak jadi dracula?"

Terkejut Izhad. Tiba-tiba aje kena marah dengan Izz. Bukan sedih, dia kena pisau. Kena marah ada lah.

Izz marah sebab susah hati. Bila melihat suaminya terluka.

"Abang tekan jari berdarah ni dulu, supaya darah berhenti mengalir. Izz selalu kena macam ni..." Sebaik saja Izhad tekan jarinya dikapet dengan satu lagi jari. Cepat-cepat Izz basuhkan jari Izhad yang berbaki darah.

"Abang tekan je macam ni. Jangan buka tau..."

"Jap tau. Abang tunggu Izz. Nanti Izz datang balik."

Cepat-cepat Izz berlari ke ruang tamu. Mencari plaster dan ubat di dalam beg tangannya.

Izhad hanya perhatikan gerak geri Izz.

"Risau betul dia. Padahal luka kecik je." Mengumam Izhad. Tersentuh hatinya melihat reaksi cemas Izz.

Mama dan Izzani di ruang tamu. Terkejut melihat Izz. Tiba-tiba masuk ke ruang tamu dalam keadaan cemas.

"Izz, kenapa ni?" Tegur Puan Sri Izlinda.

"Had?" Mama...

"Terkena pisau." Kata Izz, buat Puan Sri Izlinda pula yang cemas.

"Apa?"

Terus Puan Sri Izlinda menuju ke dapur bersama Izzani.

"Had! Okay ke?"

"Had, okay mama. Izz tu, yang gelabah semacam."

Izz sudah datang bawa plaster dan minyak gamat. Terus dia membalut jari Izhad yang terluka.

"Dah lah Had. Pergilah masuk!"

"Mama suruh tolong Izz. Bukan suruh potong jari Had?" Perli Puan Sri Izlinda.

"Biar bibik Yam yang tolong." Kata mamanya lagi. Kamu pergi masuk... Tak boleh harap. Lain di suruh. Lain pulak yang dibuat.

"Had masuklah. Biar abang je tolong Izz." kata Izzani buat hati Izhad tak senang duduk.

Cepat-cepat Izhad membalas.

"Tak pe, mama... Biar Had, temankan Izz." Taklah Izz sunyi. Lagi pun tak manis kalau abang Zani berdua-duaan dengan Izz. Saja Izhad bersuara.

"Sayang boleh masak sorang-sorangkan." Tapi, abang temankan sayang lah? Sambil matanya melirik kearah Izz. Berharap Izz tidak menghalaunya.

"Aha mama."

"Izz, boleh masak sorang-sorang. Nanti, Izz bagi abang buat kerja yang mudah je... Tak pun, biar abang Had temankan Izz. Tak lah Izz sunyi, sorang-sorang dekat dapur ni." Kata Izz melegakan hati Izhad.

"Aduh, boleh pulak. Aku cakap macam tu?" Tak senang aku nak memasak ni. Kalau dia asyik nak tenung aku aje.

"Nanti Izz nak apa-apa. Izz minta tolong dekat bibik Yam, yek mama. Mama masuk lah."

"Okay lah... Kalau Izz cakap macam tu."

"Mama dan Zani masuk dulu yek. Masak mana yang boleh je Izz. Jangan paksa diri tau."

Sebaik mama dan abang Izzani masuk. Terus Izz pandang Izhad macam nak telan pulak.

"Kenapa, kau pandang aku macam tu?" Macam nak telan aku je. Tak cukup ke, "Super Ring" aku beli tadi. Kata Izhad siap sekali dengan perli.

Mengeluh Izz panjang...

"Abang, jangan buat Izz takut lagi. Izz takut sangat. Macam nak gugur jantung Izz tadi. Bila Izz tengok jari abang penuh darah..." Tiba-tiba terdengar nada sedih Izz.

"Izz betul-betul risaukan abang?" tanya Izhad nak kepastian.

"Dah, lah. Izz nak memasak." Nanti lambat pulak siap. "Nah," abang ambil sawi ni. Leraikan satu persatu. Buat macam Izz tunjuk ni. Izz sembunyikan perasaannya yang takut dan sedih tadi.

"Abang kan, masih sakit?" Izhad buat nada manja.

"Kan, dah balut? Bukan, guna pisau pun." Nak tolong ke, tak nak? Karang, Izz panggil abang Izzani minta tolong? Nada perli.

"Amboi, dah pandai ugut-ugut yek..."

"Sorry," Izz tak nak abang bosan. Tengok Izz memasak. Kata Izz sambil tangannya tangkas membuat kerja lain.

"Macam laa Izz tak tahu. Abang kena pisau tu? Sebab asyik tenung Izz kan?" Kata Izz buat Izhad malu.

"Mana ada? Cepat lah masak! Kata nak cepat." Balas Izhad menahan rasa malunya.

Sebaik saja kepak ayam sos tiram di masuk ke dalam oven. Izz beralih arah. Memasak ayam masak lemak cili api pulak.

Mula-mula Izz masukkan ayam ke dalam kuali. Izz, suka guna kuali. Nikmat dia lain. Lepas itu dimasukkan bahan belenda seperti "kunyit hidup, cili api sedikit halia dan sedikit bawang kuning nak bagi manis bawang. Dicampakkan pula serai di ketuk. Izz masukkan ubi kentang dipotong 4 untuk pekatkan kuah. Izz masuk 4 biji untuk 2 ekor ayam bersaiz kecik.

Semua Izz, masak main campak bahan-bahan tadi bersama ayam dan hidupkan api. Izz saja masakkan ayam sekali dengan bahan-bahan kisar tadi bersama ubi kentang. Bila dah naik bau, sebati ayam dan ubi kentang pun dah lembut. Baru masukkan santan, asam keping, daun kunyit dihiris halus dan ada yang di carik-carik. Akhir sekali, baru Izz masukkan garam kasar dan secukup rasa.

"Tada dah siap..."

Mengumam Izz sendiri. Berbicara dalam hatinya. Macam bercakap di depan tv.
Izhad hanya perhatikan tingkah laku Izz dari tadi dan menangkap bau yang sedap di hidungnya."

"Sedapnya bau, Izz masak apa tu?" Izhad dari tadi memang tak tahu apa menu Izz nak masak. Bulat-bulat dia serahkan pada Izz.

"Abang nak rasa? Boleh tolong komen. Apa yang kurang?" Kata Izz keriangan. Menu utama sudah siap.

"Boleh ke? Tak, sakit perut ke, kalau makan nanti?"

Tergelak Izz. "Insyallah, Okay. Kalau abang sakit perut, Izz bawa lah abang pergi hospital." Geleng Izz, melihat lakinya. Masih tak yakin lagi dia boleh memasak.

Izhad mengambil piring di tangan Izz berisi seketul ayam dan kuah gulai. Dengan perasaan ragu-ragu. Izhad merasa masakan daripada Izz. Mula-mula dia ambil bau je. Aromanya betul-betul mengoda jiwanya. Maklumlah ayam masak lemak cili memang kegemarannya. Terus Izhad makan masak lemak yang sudah ada di tangannya. Tanpa banyak bicara dan sampai licin dia makan. Izhad masih lagi membisu. Izz masih lagi menunggu respon dari Izhad, penuh sabar. Risau dia melihat Izhad makan sampai tak terkata.

"Abang, macam mana?"

"Sedap tak?"

"Kalau ada yang kurang? Izz nak perbaiki."

Terkejut Izhad, dia tak sangka Izz pandai masak. "Sedap sangat," sampai tak terkata. Betul-betul kena dengan cita rasa tekaknya. Sudah lama dia tak makan masak lemak cili api. Sejak balik dari Dubai.

"Abang!"

"Izz tanya ni? Okay tak?"

"Hmm... Okay lah... Boleh makan." Jawab Izhad dengan reaksi mukanya yang bersahaja. Saja dia tak nak kata jujur pada Izz.

"Hmm..., tak sedap lah tu..." Izz mengeluh panjang...

"Izz tak nak hidang lah." Kata Izz serba salah. Biasa okay je. Menu yang sama biasa dia masak. Takkan dah lari rasa kot. Mengeluh Izz lagi.

Tiba-tiba, Puan Sri Izlinda masuk ke dapur.

"Kenapa Izz?"

"Mama, tolong rasa? Ada yang terkurang rasa tak? Abang Had cakap. Bolehlah makan. Tapi Izz risau kalau ada yang kurang.

"Meh, mama rasa". Mama Izlinda pula mengambil alih piring dan merasa.

"Hmm... Sedapnya, Izz." Semua cukup bahan dan rasa. Lagi sedap dari mama masak. Tak sabar mama nak makan. Puji Puan Sri Izlinda.

"Betul ni mama?" Tapi... Abang Had cakap?

"Betul. Sedap sangat-sangat Izz."

"Lidah Had ni, dah tak dapat beza." Makan melayu dengan makanan arab. Jangan kamu dengar kata-kata dia Izz." Kena Izhad setepek dengan Puan Sri Izlinda.

"Dah siap masak ke, Izz?"

"Belum lagi mama. Baru satu menu. Nak goreng sayur, ikan dan ikan masin je."

"Okay. Dah siap nanti Izz bagi tahu mama. Boleh terus hidang dekat meja depan."

Okay, mama.

Dengan tangkas. Izz mengoreng ikan. Lepas tu Izz masak sawi pak choy sos tiram. Siap je semua. Izz belenda sambal belacan. Akhirnya sekali, baru dia mengoreng ikan masin.

Berasap satu dapur bau ikan masin. Dalam masa 1 jam 45. Siap semua menu sambil di perhati oleh Izhad, yang dari tadi asyik meratah gulai masak lemak.

"Awak habis lah gulai masak lemak nie. Awak sorang je yang makan. Kata tak sedap!"

"Bila masa aku cakap tak sedap! Aku cakap, boleh makan kan."

"Nak lagi..." Sambil hulurkan piring. Izz buat-buat tak dengar permintaan Izhad. Lega hatinya bila melihat Izhad suka masak lemak air tangannya. Tersenyum Izz sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience