Di taman milik Tan Sri Omar. Izzani melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan Puan Sri Izlinda. Sudah lama dia tidak melihat wajah mamanya yang dirindui secara dekat. Sejak dia sambung belajar dan menetap terus di sana. Inilah, pertama kali dia balik kembali ke Malaysia. Setelah sekian lamanya dia menetap di luar negara.
"Mama," Zani nak tanya sikit boleh?
"Tanyalah." Jawab Puan Sri Izlinda. Teh o panas di hirup perlahan-lahan.
"Kenapa mama, bagi tugasan dekat Izz dan Had?" soal Izzani ingin tahu.
"Mama tak yakin ke? Izz, boleh memasak?" Ke, mama saja nak uji kebolehan menantu mama?
"Hmm..." Mengeluh Puan Sri Izlinda. Cawan di tangan. Diletakkan ke piring kembali. Kamu tahukan, adik kamu tu. Siapa dia bercinta sebelum ni?
"Aha... Zani tahu." Sambil angguk. Mama ada bagi tahu Zani sebelum ni. Nama dia, Qistina kan? Tapi, bila mama bagi gambar nikah Had. Zani terkejut jugak. Nak tanya? Tapi, Zani tak berani.
"Kenapa mama?"
"Had, buat hal ke?" Atau ada tak kena dengan pernikahan mereka?
"Entahlah Zani?" Masa adik kamu bagi tahu kami. Rombongan bukan di melaka? Huru hara jugak masa tu. Mama papa sudah agak. Mesti Qistina buat hal lagi. Seperti sebelum ini. Kamu tahukan berapa kali Qistina batalkan majlis pernikahan mereka." Izzani hanya mengangguk kepala dan sentiasa mendengar.
"Mana mama tak geram dengan adik kamu tu?" Seminggu lagi nak kahwin, tup-tup bukan Qistina tapi orang lain. Mama cuma tak cerita je dekat Zani. Tapi, mama bersyukur sangat. Sambil tersenyum. "Izz yang ganti tempat Qistina."
Mama berharap sangat Zani. Izz dapat buat Had jatuh cinta dan lupakan Qistina. Mama tahu, Had tu susah nak lupakan cinta pertama dia. Had pernah bagi tahu mama. Qistina sudah selamatkan nyawa dia. Mama tak rasa orang tu, Qistina? Perasaan mama. Kuat mengatakan, orang lain yang selamatkan adik kamu tu.
Izzani, setia mendengar... Keluhan mamanya.
"Mama betul-betul suka Izz jadi menantu ?" Soal Izzani penuh tanda tanya.
"Mestilah, menantu pilihan mama." Mama pernah berjanji. Kalau mama berjumpa kembali kawan mama itu. Memang mama nak buat calon menantu tak kira anak dia lelaki atau perempuan. Dulu, mama nak calonkan dengan kamu. Tapi, kamukan dah kahwin masa tu. Dan masa yang sama, mama tak jumpa lagi kawan mama tu. Mama tak sangka. Perkahwinan Izz dan Izhad, adalah pertemuan kawan mama yang lama menghilang.
Memang, Izzani tak nafikan. Izz, ayu dan cantik bila tersenyum. Betul-betul buat orang sekeliling senang hati. Kenapalah bukan dia yang jumpa Izz dahulu. Tak perlu dia berkahwin dengan Miranda yang hipokit. Dia sendiri pun tak tahu, kenapa dia boleh berkahwin dengan Miranda.
"Mama..."
"Kalau Zani, tolong mama. Boleh?" Soal Izzani ada maksud tersirat.
"Kau nak tolong apa?" Kalau kamu, nak rosakkan rumahtangga adik kamu. "Mama tak setuju!" Walaupun Had tak cinta Izz sekali pun. Selagi Izz masih isteri Had. Jangan sesekali kamu nak buat hal! Bukan kamu tak tahu Had tu, dia macam mana? Hak dia, jangan sesekali di kacau. Suka atau tak? Kamu jangan cari pasal, nak gaduh lagi dengan adik kamu tu. Bukan mama tak tahu. Sebab apa kamu pergi ke London tu, bukan sebab belajar kan?
Izzani terdiam. Betul apa kata mamanya. Dia pernah perselisihan faham dengan Izhad . Sebab itu dia bawa diri jauh-jauh.
Kalau kamu nak tolong sangat. Tolong, buatkan Izz dan Had saling cinta mencintai. Insyallah, mama percaya kamu akan dapat jodoh yang terbaik. Itu doa, mama buat kamu.
"Sebab apa mama bagi tugasan dekat mereka. Saja je mama buat macam tu." Tersenyum Puan Sri Izlinda sambil menghirup lagi air teh o.
Puan Sri Izlinda memang saja bagi tugasan memasak bersama. Dia dapat rasakan anaknya itu seperti sembunyikan sesuatu daripadanya. Mana tidaknya setiap kali di nak bercakap dengan Izz. Pasti anaknya itu bagi seribu alasan. Selama setahun hanya mesej sahaja dia dapat berkomunikasi dengan menantunya. Puan Sri Izlinda tak tahu macam mana kehidupan mereka selama setahun.
Sambil menunggu Mas balik dari kerja. Izz tak tahu nak buat apa lagi. Semenjak dia balik dari rumah Tan Sri Omar dan Puan Sri Izlinda. Kerja dia, asyik makan, tengok movie dan tidur aje. Fikiran dia asyik terganggu dan memikirkan orang bernama Izhad.
"Dia marahkan aku ke?" Berkerut dahinya bila terlintas memikirkan Izhad.
Sambil memikirkan Izhad, langkah kakinya sudah sampai menuju ke arah sofa bersama snacks 'super Ring' dan milo ais. Izz menarik nafas lega sebaik sahaja melabuhkan dirinya di "L shape sofa" milik Mas. Sambil bersilang kaki, menonton movie Netflix dan menikmati super ring dan milo ais yang di buatnya. Terasa sunyi sepi, Izz keseorangan dirumah sewa. Maklumlah, dia berkerja dari rumah sahaja. Tapi, jiwanya tidak tenang. Bila memikirkan masalah dia dengan Izhad. Sudah hampir dua minggu lebih. Izhad seperti menjauhkan diri dari dirinya. Tiada tanpa kahbar atau mesej dari Izhad. Ikutkan hati dia, nak je kakinya melangkah naik ke tingkat atas. Tapi, tak tahu kenapa? Berat hatinya.
"Aku ada buat salah ke?" Tertanya Izz pada dirinya.
Izz teringat. Kejadian dia merajuk tempoh hari di pasar raya. Tak sangka, dia dapat banyak Super Ring daripada Izhad. Dia nampak kesungguhan Izhad memujuk hatinya. Hadiah yang cukup bermakna bagi Izz. Walaupun hanya super ring je.
"Aku ada buat salah ke?" Aku hantar mesej. Sekejap balas, kejap tak?
"Aku mintak izin nak keluar? Balas pun, macam nak tak nak balas je?" Mengeluh Izz bila teringat kembali.
Last dia mesej dengan Izhad, 4 hari lepas. Tapi... Izhad balas mesej dia pun, bunyi macam nak cari gaduh aje. Betul-betul menyakitkan hati. Bila Izz fikirkan orang bernama Izhad ni. Dia betul-betul tak faham! Emosi tak menentu... Sekejap okay? Sekejap Tak?
Flashback... Mesej antara dia dan Izhad berapa hari yang lalu.
"Awak, saya minta izin. Nak keluar beli barang dapur, boleh?" Ke, awak nak temankan saya? -Izz- Niat hati Izz ingin berjumpa dengan Izhad. Tiba-tiba hatinya rindu ingin melihat wajah Izhad.
Setengah jam menunggu dengan penuh sabar. Baru dia dapat balas daripada Izhad.
"Lepas ni, kalau awak nak keluar. Aku izinkan. Tak payah. Awak mesej atau nak bagi tahu aku, setiap kali nak keluar." -Izhad-
Terkedu dan tak terkata, bila Izz membaca.
"Kenapa? Tiba-tiba aku rasa sedih? Padahal aku tak kisah pun, sebelum ini?"
"Sentap jiwa wei... Bila dapat mesej macam tu. Sedih pun ada." Kalau ikutkan hati Izz. Nak je dia, hempuk-hempuk telefonnya disebabkan Izhad. Nasib baik, dia masih sayang lagi telefon dia. Geram punya pasal. Hampir saja, telefon dia jadi mangsa keadaan.
"Pelik betul, aku dengan dia ni? Bukan ke sebelum ini, dia juga yang pesan? Suruh aku mesej dia dahulu, sebelum nak keluar. Siap bagi amaran lagi. Wajib bagi tahu dia dahulu. Kalau nak pergi mana-mana? Dan dia boleh, hantar dan temankan. Takkan dia dah lupa kot?" Mengeluh Izz lagi. Sambil berfikir kesalahan apa, yang sudah dia lakukan? Sampai Izhad bersikap dingin dengan dirinya.
Semasa di rumah Tan Sri Omar. Biasalah, kalau gaduh baik semula. Tak ada pula dia dan Izhad bermasam muka sebelum dan tamat majlis doa selamat. "Takkan sebab aku tidur lasak dan terpeluk dia? Aku tidur mampus, mana aku tahu tidur macam mana?" Syok betul masa tu. Boleh pulak, dia jadikan Izhad bantal peluk. Takkan sebab itu kot. Dia marahkan aku? Hish takkan kot?" Gumam Izz. Tapi, tangannya tak berhenti. Mengambil super ring dan disuapkan ke mulut.
Tiba-tiba, Izz terfikir sesuatu, terlintas dalam fikirannya.
"Abang Izzani? Kot?"
"Hish, takkan kot? Cemburu dekat abang sendiri?" Rasanya, dia dah terangkan semuanya pada Izhad sebelum tidur. Hmm... lzz cuba nak ingat balik. Samaada dia sudah bagi tahu atau belum?
Flashback. Sehari sebelum majlis.
Disebabkan, Izhad sudah salah faham pasal gambar. Dia menunggu Izz didepan pintu bilik air. Dia sanggup menunggu sehinggalah Izz keluar. Dekat setengah jam juga lah Izhad terpacak tepi pintu. Selepas Izz selesai mandi dan melangkah keluar dari bilik air. Sekali lagi, Izz terkejut. Bila Izhad tercegat tepi depan pintu macam patung menunggu dia. Seperti kejadian sebelum ni. Sikap terkejut Izz, tak dapat dipisahkan. Izz terus melatah. Dan secara automatik. Tangannya laju memukul manja di tangan Izhad.
"Awak!" Kata Izz nada geram.
Disebabkan terbatal secara tak sengaja. Terus bibir Izz muncung kedepan. Izhad macam biasa, buat muka tak bersalah. Tetapi, itu tidak membuat mereka bergaduh atau bermusuh. Izhad siap mengajak Izz solat berjemaah sekali. Solat maghrib dan solat Isyak.
Selesai makan malam bersama keluarga. Izzati mengajak kakak iparnya bersantai di gazebo milik Tan Sri Omar di taman mini. Berapa minit kemudiannya datang Izzani ingin lepak sekali. Izhad sahaja tiada, kerana dia ditahan oleh Puan Sri Izlinda untuk berbicara. Sambil berbual, Izzati berkata pada abangnya dan Izz.
"Abang Zani dan Kak Izz nak aiskrim tak? Adik nak ambil aiskrim."
Masing-masing mengangguk tanda setuju. Tanpa menunggu, terus Izzati berlari menuju ke dapur. Tinggallah Izz, berdua dengan Izzani.
Izz merasa kurang selesa. Sesekali dia melihat kiri kanan dan mencari kelibat Izhad. Izz takut, kalau-kalau Izhad salah faham lagi dengan dirinya. Dia kalau boleh tak nak cari pasal lagi dengan Izhad. Walaupun Izz duduk dan Izzani berdiri berdekatan dengan Izz. Jarak 1 meter setengah. Izz tetap tidak selesa. Mana tidaknya, mempunyai abang ipar yang handsome. Siapa tak seram sejuk? Tambah pula, memiliki suami yang mudah salah faham. Lagi dia bertambah seram. Jauh fikiran Izz melayang.
"Abang Zani, Izz minta izin masuk dahulu yek. Nak cari Had jap." Dia tak nak menunggu lama. Cepat-cepat dia minta izin pergi dari situ.
Izzani tahu, Izz kurang selesa. Bila berduaan dengan dirinya. Izzani terus keluarkan buah tangan yang dia di beli di kota London dan diberikan pada Izz.
"Nah, untuk Izz..."
"Apa, ni. Abang Zani?"
"Hadiah buat Izz." Balas Izzani sambil tersenyum.Terpinga-pinga Izz. Sebelum dia menyambut pemberian Izzani. Kotak baldu berwarna hitam dan di buka perlahan-lahan oleh Izz. Terpukau dan tak terkata Izz. Bila melihat isi kandungan dalam kotak.
"Cantiknya?"
"Untuk siapa ni, abang Zani?" Izz buat-buat tanya. Walaupun dia tahu. Hadiah itu, buat dirinya.
"Untuk Izz lah..." Untuk siapa lagi? Jawab Izzani mengukirkan senyuman manis. Nampakkan lagi lesung pipit di wajahnya. Izz cepat-cepat mengalihkan pandangan kearah lain. Tak sanggup dia melihat wajah Izzani. Penuh menggoda jiwanya.
Abang tak tahu, nak beli apa? Itu yang abang beli... "Set rantai dan gelang mutiara." Harap Izz suka.
Izz hanya membalas senyuman. Dia tak sangka. Ada juga, orang ingatkan dia. Tak dapat hadiah dari Dubai. Dapat hadiah dari London pun. Dia teruja sangat. Tanpa mereka sedari. Ada sepasang mata sedang memerhati mereka dari jauh. Penuh rasa iris hati dan rasa cemburu. Melihat kemesraan Izzani dan Izz.
"Satu je? Untuk Had?" Saja Izz bertanya...
"Had, dah biasa pergi sana. Dia bukan nak pun, kalau abang bagi. "
"Faham-faham..." Jawab Izz. Tersenyum nipis.
Tapi, bagi Izz. Dia tak patut, terima hadiah semahal itu daripada Izzani. Izz, kalau boleh. Tak nak timbulkan pergaduhan, salah faham antara dia dan Izhad. Walaupun, dia hanya isteri sementara buat Izhad. Izz cuba, untuk menjaga hati dan perasaan Izhad supaya tidak terasa hati lagi terhadap dirinya. "Sayang, hadiah yang sangat cantik terpaksa di tolak."
"Maaf, abang Zani." Izz tak dapat terima hadiah semahal ini? Kebetulan Izzati datang bersama cawan dan aiskrim.
"Kenapa, akak tolak. Hadiah daripada abang Zani?" Adik pun, dapat juga hadiah. Akak ambil je. Bukan selalu tau dapat hadiah daripada abang Zani. Dari London gitu.
Izz hanya membalas senyuman...
"Akak tolak, sebab akak tak pakai..." Tapi, kalau abang Zani ada beli keychain atau baju ada nama kota London ataupun beli coklat ke? Akak sukalah. Kalau coklat boleh makan. Keychain boleh gantung dekat beg. Baju boleh akak pakai. Lagipun, akak memang dah lama, tak pakai perhiasan. Tambah lagi akak kan, pakai tudung. Bukan nampak pun.
"Patutlah Izzati tengok akak hanya pakai cincin kahwin je."
Izz hanya membalas senyuman. Bila Izzati berbicara tentang dirinya. Padahal, nak pergi rumah mak mentua. Baru dia pakai. Itu pun, Izhad yang ingatkan. Kalau tak? Memang dia lupa, nak pakai.
"Bertuah abang Had dapat kak Izz. Abang Zani nak tahu? Kalau Kak Qistina, semua nak barang berjenama dan mahal... Kalau tak?"
"Shhhh..." Abang Zani berhentikan kata-kata adiknya daripada membawang.
"Bukan abang Had dengar pun..." Kata Izzati nada berbisik.
Tergelak Izz. Bila melihat gelagat Izzati cuba membawang. Izz tertanya-tanya juga. Mana Izhad? Tak nak join sekali ke? Atau masih berbual dengan mama dan papa?
"Izz..."
"Tunggu sekejap yek?" Abang pergi ambil. Hadiah ini. Izz mesti tak tolak punya.
Izz dan Izzati memandang sesama sendiri sambil menikmat aiskrim dibeli Izz tadi.
"Abang Izzani memang macam tu. Selagi hadiah dia bagi tak terima. Dia akan cuba cara lain. Ini, kalau abang Had tengok mesti jeles gila." Kata Izzati siap buat gaya. Membuatkan Izz terdiam. Apa, yang dikatakan Izzati memang betul pasal Izhad. Terus dia jadi tidak selesa. Izz rasa pelik. Kenapa Izhad tak datang lagi? Tak kan Izhad, tak perasan dia pergi luar dengan Izzati? Detik hatinya resah.
Sebenarnya Izhad, sudah lama berhenti berborak dengan mamanya. Baru sahaja Izhad, nak melangkah ke arah gazebo? Niatnya terbantut. Bila melihat, Izz berdua dengan Izzani. Izhad sempat melihat. Izz menerima sesuatu daripada Izzani. Hatinya terasa sakit. Tapi, malas nak cari pasal dengan Izzani. Izhad ambil keputusan terus masuk ke bilik. Dengan hati yang terluka.
Dia tak faham? Kenapa, sejak akhir-akhir ni. Dia jadi sangat sensitive dan cemburu? Mustahil, dia sudah mencintai dan menyayangi Izz sepenuhnya.
Izhad keliru dengan kata hati dan perasaannya. Mungkin sebab Qistina yang tidak setia dengan dirinya sebelum ni. Izhad pandang Izz, seakan serupa seperti Qistina? Atau naluri hatinya betul-betul sudah mulai mencintai Izz Zulaika?
"Bila lama tak gaduh, rindulah pula?" Bisik hati Izz. Terhenti lamunan dia bila pesan mesej masuk daripada Mas.
"Hmm..." Dia ni, kalau tak puas hati. Bagilah tahu aku. Kalau aku ada buat salah ke? Ini senyap aje. Karang, kalau aku buka mulut bertanya? Tak pasal-pasal, ada puting beliung pulak? Sambil mengaru kepalanya tiba-tiba terasa gatal.
"Dahlah... Malaslah aku nak layan, jiwa sentap dia ni. Biarlah dia layan perasaan. Nanti, kalau dia rindu dekat aku. Tahulah dia, nak cari aku dekat mana? Bukan jauh pun. Tingkat bawah je, kan." Mengeluh Izz lagi dan lagi. Bila dia memikirkan pasal suaminya itu.
Lama Izz melayan perasaannya. Izz terasa bosan. Bila Mas tiada dan balik ke rumah mamanya. Hari jumaat yang membosankan bagi Izz. Walaupun dia sudah biasa tinggal sorang diri. Tapi... Tiba-tiba dia terasa amat sunyi. Tambah lagi suasana hatinya tak tenteram. Dia merasa stress sangat-sangat. Izz ambil keputusan, untuk keluar ambil angin berjalan- jalan di mall berdekatan dengan rumahnya.
"Baik aku pergi tengok wayang atau shopping lagi bagus. Daripada melayan perasaan teringatkan dia. Baik aku menghiburkan hati dengan cuci mata. Lagi bagus." Dengan pantas Izz membalas pesanan dekat Mas.
Mas aku keluar tengok wayang dekat mall depan ni. Mungkin balik lambat. Saja nak ambil angin. Sunyilah pula, bila kau tak ada. Kau jangan risau. Aku okay... Kalau ada apa-apa? Aku cepat-cepat mesej kau. Kirim salam dekat mama papa yek. Sorry tak dapat join sekali. -Izz-
Tanpa melihat nombor. Terus Izz tekan send.
Mas sudah pesan dia banyak kali. Kalau nak keluar pergi mana-mana. Jangan lupa mesej dia dulu. Sudah menjadi kebiasaan Izz. Mesti wajib bagi tahu Mas dahulu.
Izz sudah sampai ke mall berdekatan dengan rumahnya tak sampai 5 minit. Izz berjalan tanpa tujuan. Walaupun Izz sudah plan nak lepak sampai malam dekat mall. "Dia nak lepak tengok wayang, makan malam dan berjalan-jalan dekat taman depan mall. Izz, tak nak stress duduk dirumah sahaja.
"Alhamdulilah, parking masih kosong."
Izz saja parking tingkat atas sekali. Dekat dengan wayang. Dia melihat tajuk dan waktu tayangan. Tapi, dia tak jadi beli lagi. Izz terus beredar dari situ. Izz merasa, ada yang memerhati dirinya dan mengikuti langkah dia dari tadi. Izz saja berjalan memasuki butik dan di setiap kedai tanpa membeli. Izz tahu, selagi dia dalam mall. Dia masih lagi selamat dan masih ada peluang meminta pertolongan jika dia merasa tidak selamat. Sempat juga dia mesej Mas bagi tahu ada yang mengikutinya. "Nak mesej Izhad, laki dia?" Izz tak rasa Izhad ambil peduli tentang dirinya.
Izz percepatkan langkahnya. Beberapa kali dia menoleh ke belakang. Namun tiada sesiapa. Tapi, perasaanya tetap menyatakan ada yang mengikuti dirinya dari tadi. Tiba-tiba sahaja, ada seseorang muncul mengejut di hadapannya? Dan menegurnya... Terperanjat Izz. Hampir saja dia menjerit. Izz terkedu dan tergamam melihat gerangan yang menegurnya. Dia cuba melarikan diri, tapi pergerakkan langkah kakinya dihalang. Masa itulah. Fikirannya memikirkan Izhad datang selamatkan dia.
"Had! Tolong..." Bisik hatinya.
Share this novel