Sebelum tetamu istimewa yang di kata Puan Sri Izlinda sampai. Izz minta izin, untuk mandi dan bersiap. Izz tak sangka. Izhad juga mengikuti dia dari belakang.
"Awak, saya nak mandi laa..."
Yelah, mandi laa... Bukannya aku nak ikut kau mandi sekali. "Aku penat. Nak rehat..." Tapi? Kalau kau tak kisah? Aku okay je... Terbeliak mata Izz merenung tajam. Terasa panas kedua belah pipinya menahan malu.
"Awak?"
"Abang?" Sakat Izhad lagi. Riak wajah bersahaja. Mereka sudah sepakat. Untuk memanggil panggilan manja sewaktu di rumah Tan Sri Omar. Tapi, Izhad je, selalu buat-buat lupa dan Izhad lebih suka, aku kau dengan Izz.
Sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik. Izz tergesa-gesa menuju ke bilik air dan terus mengunci pintu. Berulang kali anak matanya menjeling ke arah pintu. Risau dia kalau-kalau Izhad masuk mengejut. Tanpa berfikir panjang, Izz mandi bersama baju yang dia pakai tanpa berkemban dahulu. "Alamak! Baju?" Kerana terlalu tergesa-gesa. Izz lupa bawa tuala atau baju gantian sekali.
Sambil menunggu Izz mandi. Izhad melabuhkan diri di atas katil. Dia tak sangka sudah setahun dia tinggal ruang bilik ini. Tiada perubahan kecuali cadar dan langsir sahaja bertukar warna. Perlahan-lahan matanya mula layu dan terlena sendiri.
Selesai mandi. Izz berperang dengan perasaannya sendiri. Samaada dia nak masuk dengan pakaian yang basah? Atau meminta bantuan Izhad? Nasib baik ada tuala disediakan di bilik air. Kalau tidak, kecut dia satu badan. Nak tak nak, terpaksa lah dia minta bantuan.
"Awak!" Panggil Izz. Seperti berbisik.
"Izhad!" Panggil Izz sekali lagi di sebalik pintu yang terbuka sedikit. Tapi, masih senyap sepi.
Izz berani keluarkan kepalanya mencari bayang Izhad. Tapi, sayang... Izhad sudah terbuai mimpi. Patutlah dia panggil Izhad berulang kali tidak menyahut dan senyap sepi je. Lama Izz berperang dengan perasaannya sendiri. Nak, dekat setengah jam dia berada dalam bilik air. Izz tengah berfikir, cara macam mana dia nak ambil baju dalam begnya. Beg dia betul-betul di sebelah tempat Izhad tidur.
"Hish, tak boleh jadi ni. Kalau aku duduk lama-lama dalam bilik air nie. Mahu kecut aku satu badan."
"Nak, kejut lagi ke? Tak nak?"
"Hmm... Masuk jelah Izz..."
"Bukan orang lain pun. Suami kau juga kan..."
"Jap!"
"Kalau aku masuk senyap-senyap. Dia, dengar tak?Bisik hatinya.
"Ya, Allah... Segannya aku..." Mengeletar kepala lutut Izz ketika itu.
Izz masih berperang dengan perasaannya lagi. Jantungnya berdenyut kencang tanpa henti. Rasa seperti nak gugur dibuatnya. Timbul rasa malu menyelubungi jiwanya ketika itu. Buat, pertama kali dalam hidupnya. Dia berkemban seperti itu didepan lelaki iaitu suaminya. Depan Mas pun, dia tak pernah berkemban. Sebelum Izz melangkah keluar dari bilik air. Izz melihat pada tuala yang berbalut ke tubuhnya berulang kali.
"Please, tuala. Jangan terlucut..." Doa Izz dalam hatinya. Izz melihat tualanya sekali lagi. Dia nak pastikan. Tuala dia kemas diselit. Sebelum dia masuk. Izz, baca macam-macam doa dalam hatinya. Pintu bilik air, di buka perlahan-lahan. Bila, terdengar bunyi je. Izz terus jadi gelabah. Boleh pulak dia berbicara dengan pintu, supaya di suruh diam. "Shhh... Jangan bising..." Setelah Izz dapat membuka pintunya sedikit demi sedikit. Kepalanya menjenguk disebalik pintu. Untuk melihat, Izhad sudah terjaga atau belum? Tapi, perasaannya hampa. Izhad masih lagi tertidur lena. Kalau Izhad terjaga? Tak payah lah dia nak masuk. Izz menjenguk kepalanya sekali lagi. Dia sudah bersedia untuk melangkah ke masuk. Bukan dia tak nak kejutkan Izhad lagi. Izz tak sampai hati, bila melihat Izhad seperti kepenatan.
"Okay, line clear."
"Bismillahirrahmanirrahim..."
Izz memulakan langkahnya dengan penuh berhati- hati. Dia berjalan, terjengket-jengket. Supaya Izhad tak dengar dan sedari dia sedang melangkah masuk dalam keadaan berkemban. Sambil melangkah, anak matanya tak lepas memandang kearah susuk badan Izhad yang masih dibuai mimpi.
Akhirnya, beg luggage dia dalam genggaman. Tapi, matanya tidak lepas dari memandang kearah Izhad. Izz betul-betul takut. Kalau Izhad tiba-tiba terjaga dari tidur lena dia.
Ikutkan hati Izz. Nak je dia heret beg tu lari ke dalam bilik air. Tapi Izz risau, semasa dia menarik beg. Membuatkan Izhad terjaga. Tambah pula dia berkemban. Jadi, dia ambil keputusan untuk membuka beg dekat situ sahaja. Nak diangkat begnya, dia tak berdaya dalam keadaan dia memakai tuala. Takut aje, tualanya terlucut dari tubuhnya.
"Baik aku cepat-cepat ambil baju! Lepastu pecut masuk ke bilik air. Okay!" Gumam Izz sendiri.
Percubaan pertama gagal. Izz cuba buka begnya lagi. Tapi, tetap tidak berjaya. Berkali-kali dia cuba. Sekali sekala matanya menjeling kearah Izhad lagi. Berharap suaminya masih tidur.
"Hish beg nie? Masa ni lah dia nk buat hal!" Gumam Izz bersama perasaan yang gementar.
"Janganlah dia bangun lagi. Tidur lama sikit yek, suamiku..." Doa Izz dalam hati. Izz masih lagi mencuba membuka. Tapi tetap juga kunci locked tak nak terbuka.
"Hish, beg ni! Kenapa, susah pula nak buka? Selalu senang je... Bila masa aku letak padlock code? Geram Izz. Rasa nak maki hamun, dia dengan begnya sendiri.
Bila sudah letih mencangkung. Izz melututkan kakinya pula. Dia takut, kalau tuala dia terlucut. Bila dia banyak bergerak. Nasib baiklah tuala dalam bilik air bersaiz besar. Sesuai sangat dengan tubuh dia yang kecik. Disebabkan Izz terlalu fokus, tanpa disedari orang di sebelahnya hampir terjaga.
Gegendang telinga Izhad merasa terganggu. Bila dia terdengar sesuatu mengganggu tidurnya. Nak tak nak. Matanya yang masih berat. Cuba dicelik dalam keadaan masih lagi mamai. "Apa tu?" Bisik hatinya. Tiba-tiba Izhad melihat sesuatu dibelah tepi tingkap. Kelihatan ada susuk tubuh berbalut dengan kain putih dengan rambutnya yang terurai. Terkejut tak terkata. Izhad ketika itu. Izhad sudah terbayang ada ponti di sebelah dia. Digosok-gosok kedua belah matanya.
"Aku bermimpi ke, ni?"
"Ada ke, ponti seksi macam ni?" Sempat lagi dia mengumam dalam hatinya. Izhad masih lagi keadaan terbaring dan mengiring. Di memandang sekali lagi, untuk kepastian apa yang dia lihat.
"Glup!" Izhad menelan air liur.
"Ya, Allah..."
"Izz, ke tu?"
Gumam hatinya. Betul ke, apa yang aku nampak? "Itu Izz?" Terus tubuh badannya menjadi seram sejuk tiba-tiba. Buat pertama kali dia melihat Izz seperti itu. Izhad macam tak percaya apa yang dia lihat?
"Hish, biar betul dia ni?" Boleh pula, dia berkemban dalam bilik? Semasa ada aku?
"Gila! Berani betul, dia ni? Nak goda aku ke, apa ni?"
"Sabar Had!" Sabar...
Hampir saja imamnya tergugat. Bila melihat gadis seksi itu, adalah bininya. Buat kali pertama.
"Apa, dia buat dekat beg aku tu? Bukan beg dia sebelah sini ke?" Gumam Izhad dalam hatinya. Terpinga-pinga bila melihat tingkah laku Izz yang selamba. Izz masih lagi tak sedar lagi, dirinya diperhatikan oleh Izhad. Izz masih lagi usaha membuka begnya tapi tidak berjaya.
"Aduh! Kenapa susah sangat beg nie nak buka?" Gumam Izz perlahan.
"Had, beranikan diri untuk bersuara."
"Awak, salah beg tu?"
"Itu, beg saya!"
Terkejut Izz tiba-tiba... Berderau jantung dia ketika itu. Terasa darah naik sampai kepala. Terus seram sejuk Izz rasa.
"Beg awak, sebelah sini?" kata Izhad sambil menunjuk kearah beg Izz.
"Glup!"
Terasa tersekat air liurnya di kerongkong. Bila terdengar suara Izhad yang sudah terjaga. Membuatkan Izz terkaku seketika.
"Izz tak tahu nak lari kemana?" Nak sahaja, dia berlari ke bilik air. Tapi, bajunya belum di ambil.
Tubuhnya dipusing perlahan-lahan sebelah Izhad. Sambil memeggang simpulan tuala. Izz bangun dan matanya terus menjeling kearah yang di maksud Izhad. Tanpa, memandang Izhad yang dari tadi asyik memerhatinya.
"Alamak!" Malunya aku... Patutlah aku cuba buka tak boleh-boleh?
"Gila kau Izz!" Masa genting macam ni lah. Boleh kau tersalah beg! Menjerit batinnya.
"Dah lah malu sebab tersalah beg. Tambah malu lagi, dengan keadaan dirinya yang berkemban..." Izz merasa pipinya bahang kemerahan menahan malu.
Tanpa berkata apa-apa. Izz beranikan diri. Berjalan perlahan-lahan menuju kearah begnya. Sambil tangannya cuba menutup badannya, yang sememangnya sudah terdedah. Cepat-cepat Izz mencapai beg tariknya. Dia tak nak tunggu lama-lama. Terasa panas, walaupun baru saja lepas mandi. Tangan satu lagi, dia pegang tuala. Rambutnya saja dia mehala kedepan supaya menutupi dadanya yang terdedah. Izz sudah siap sedia memikul begnya ke bilik air. Dia tak kisah. Kalau baju dan begnya basah.
Izz dapat rasakan. Izhad asyik memandang kearahnya dari tadi. Izz tak berani nak tenung mata hitam milik Izhad. Izz tak selesa dan merasa Izhad asyik merenung memandang dirinya. Itu yang dia rasa, walaupun tidak melihat. Pandangan maut Izhad, bagaikan ingin menelannya hidup-hidup ketika itu.
Izhad memandang tidak berkelip mata. Mata miliknya sukar melepaskan pandangannya ke arah Izz. Izhad tidak nafikan. Izz sangat cantik di matanya. Membuatkan jantung berdeyut kencang dan bergelora. Baru saja Izz nak melangkah kaki membawa begnya.
"Dengan tiba-tiba..."
Tangan milik Izz dicengkam oleh Izhad.
Tersentak Izz dengan reaksi yang di lakukan oleh Izhad. Berderau jantungnya, lagi laju dari tadi. Terus dia memalingkan mukanya memandang Izhad. Dengan renungan tajam dan tergamam.
"Awak, nak ke mana dengan beg ni?" Soal Izhad lembut?
"Hmm..." Terkelu lidah Izz ketika itu.
"Sa...saya. Nak pakai baju dalam bilik air." Kata Izz tergetar-getar untuk menjawab.
Izz masih terkejut dengan perbuatan Izhad mencengkam tangannya. Izz cuba menarik kembali pergelangan tangannya. Tapi, sayang. Izhad lagi bersedia daripada dia. Disebabkan badan dia tidak seimbang. Sekali sentap. Izz sudah mendarat ke atas bidang dada milik Izhad.
Disebabkan kaki Izz yang masih basah lagi. Izz, tak sengaja terjatuh dalam memeluk Izhad. Dada lembutnya bertemu, dengan dada bidang milik Izhad. Bukan dada miliknya saja bersentuhan. Bibirnya juga turut berpaut mendarat di bibir milik Izhad. Untuk berapa saat.
Tanpa menunggu kejadian yang tidak diduga lagi. Cepat-cepat Izz mengangkat kepala dan kedua belah tangannya menyentuh bidang dada Izhad untuk membolehkan dia bangun. Berkelip-kelip mata masing-masing memandang antara satu sama lain. Rambutnya terurai menutupi muka Izhad masih dapat dilihat. Masing-masing terkejut dan tergamam apa yang terjadi.
Tersedar sahaja Izz. Dengan apa terjadi. Membuatkan dia tiba-tiba, menjerit.
"Argh!"
"Baru sahaja Izz nak menjerit?"
Secara spontan dan tak sengaja Izhad beraksi. Terus memusingkan badan Izz dan tangannya terus menutup mulut Izz, supaya tidak menjerit. Izhad takut didengari keluarganya. Dengan sekali pusing itu Izz sudah terbaring di tilam. Dan Izhad pula berada dia atas mengadap Izz. Dalam keadaan Izz yang terbaring, nampakkan lagi seksi Izz dicelah lurah bukit dadanya. Tambah pula, tuala dia jugak terselak sedikit di pahanya. Membuatkan Izz redha dan pasrah. Nak, jerit tak boleh. Nak lepas diri pun, sudah terkunci rapat oleh tubuh Izhad. Walaupun bukan keadaan menindih. Izz tetap jugak tak dapat lawan kekuatan Izhad.
Mata milik masing-masing saling berpaut berapa saat tanpa berkelip. Jantung Izz dan Izhad berdenyut kencang sekali. Membuatkan perasaan masing-masing menembusi ke dasar hati. Izz cuba menolak menggunakan kedua belah tangannya sekuat hati. Tapi tidak berdaya. Izhad lagi cepat bertindak. Membawa kedua tangannya keatas dan mengunci pergerakkan dirinya.
Izz cuba nak jerit lagi. Tapi, Izhad terus berbisik bagi amaran ditelinganya.
"Jeritlah?" Kalau awak tak kisah? Satu rumah tahu keadaan awak seperti ini? Ugut Izhad tersenyum sinis.
Izz terdiam dan menggeleng-gelengkan kepala. Izhad cuba melirik matanya kearah lain. Sedaya upaya dia tidak memandang tubuh Izz yang terdedah. Tapi, apakan daya. Matanya sukar melepaskan pandangannya pada tubuh Izz. Tangannya makin berani bermain rambut Izz. Yang menutup wajah Izz dan dialihkan ketepi. Terus Izz memejamkan matanya rapat-rapat. Izz tak sanggup memandang mata hitam milik Izhad dan wajah suaminya sangat handsome. Bila melihat dari dekat dan menggoda imannya pula.
Galak jari jemari Izhad bermain rambut Izz. Dan perlahan-lahan jarinya turun pulak ke bibir Izz. Bibir yang sangat menggoda bila tersenyum. Hatinya bertambah bergelora. Bila melihat bibir Izz yang seksi secara dekat.
"Cantiknya..." Gumam Izhad seperti terpukau dan membuatkan batinnya membara. Tapi, bagi Izz. Dia sudah menggigil satu badan. Izhad tak sabar nak bersatu bibirnya dengan bibir milik Izz. Jiwanya bergelora dan membara. Tak sabar dia nak menyentuh lagi bibir milik Izz. Syarat perjanjian hilang terus dari fikirannya. Bila melihat keindahan halal didepan mata. Baru sahaja Izhad ingin meneruskan niatnya ingin mencium bibir seksi milik Izz. Dan ingin memiliki Izz sepenuhnya. Tiba-tiba...
Tok!
Tok!
Tok...
Kedengaran di luar pintu biliknya. Berulang kali.
"Aduh! Siapa pula yang ganggu ni." Marah Izhad. Terbantut terus niat hatinya. Bila terdengar ketukkan dipintunya. Tak, berhenti-henti.
"Abang Had! Kak Izz!" Mama panggil. Tetamu sudah nak sampai.
"Cepatlah keluar!"
"Tidur ke? Apa, diorang ni. Senyap je." Terdengar suara Izzati mengomel di luar pintu.
Terkejut Izhad dan Izz.
Terus Izz, membuka mata dan menolak tubuh Izhad ke sebelah sekuat hati.
Tergamam Izhad bila di tolak ketepi.
Tanpa tak diduga tualanya hampir terlucut. Cepat-cepat Izz memegang tuala. Hampir saja, Izhad melihat badannya tanpa seurat benang. Kelam kabut Izz memegang tualanya dan terus bawa begnya menuju ke bilik air.
Izhad yang masih tergamam dan terdiam seketika.
"Apa, yang aku cuba lakukan pada Izz tadi?"
Gumam Izhad dalam hatinya. Dia tak tahu apa yang menghasutnya tadi. Izhad raup rambut ke belakang dengan kedua belah tangan. Dia masih lagi, menunggu Izz keluar dari bilik air.
"Hish, Izzati ni! Kacau daun betullah..." Terdengar suara nakalnya. Mengumam Izhad dan tersenyum nipis bila teringat kejadian yang tidak diduga tadi.
"Izz, kau betul-betul cantik dan menawan." Kau, betul-betul buat aku hampir gila tadi. Hampir saja kau menjadi milik aku sepenuhnya.
"Hish, apa aku fikirkan nie?" Kenapa jantung aku berdenyut sangat kencang. Aromanya, dari sabun yang di pakai Izz. Betul-betul buat dia hilang akal tadi. Izz betul-betul menggoda dan menggugat iman dia. Hampir saja dia ingin menyentuh Izz.
Tapi,
"Tak salahkan?"
"Dia isteri aku! Aku suaminya."
"Had! Janji tetap janji..." Iya, aku tak boleh mungkin janji. Tapi, Izz macam redho je... Tak pula dia sebut pasal janji? Ini membuatkan, Izhad betul-betul keliru.
"Aku dah jatuh hati dengan bini aku sendiri ke?"
"Oh... No, no, no!" Ni, hanya godaan nafsu aku sahaja.
"Iya... Betul? Ini bukan cinta?" Ni, hanya hawa nafsu aku sahaja.
"Aku tak percaya? Aku sudah jatuh cinta dengan Izz?"
Izhad cuba nak nafikan kata-kata lahir dari hatinya.
"Parah dah, kau Had! Kau sudah tergoda dengan bini kau sendiri." Bisikkan halus mengusik jiwanya.
Ini, buat dia pula terasa panas tiba-tiba dalam bilik yang ada aircond. Di kibas-kibas hujung t-shirt di kolar lehernya.
Selang 10 minit. Izz keluar dengan lengkap berpakaian dan berhijab. Izhad pula berganti masuk ke bilik air. Izhad perasaan. Izz, tidak memandang kearahnya langsung. Tapi, sempat lagi dia mendengar kata-kata Izz.
"Awak, saya turun dulu."
"Awak, tunggu... Saa...saya?"
Belum sempat Izhad habiskan ayatnya... Terus Izz melangkah keluar dari bilik tidur. Izz tak mahu berada dalam bilik lama-lama. Dia merasa dirinya bertambah panas. Bila, dia mengingati kejadian tadi.
"Huhuhu panas-panas." Dah, mandi pun. Dia masih terasa panas. Bila teringat agenda panas xxl dia dan Izhad tadi.
"Hish, Gila! Hampir saja tadi." Izz tak senang duduk.
"Manalah aku nak tidur malam ni?"
"Aduh!"
"Aku goda dia ke, tadi?"
"Mana tak tergoda. Tambah pula, aku pakai seperti tu. Takkan nak tengok je, kan. Tambah-tambah dah halal."
"Gila!" Hampir saja, aku berbulan madu tadi. Di katil dihias oleh mamanya. Huhu... "Panas-panas." Mengomel Izz dalam hatinya.
"Nasib Izzati, kau datang. Kalau tidak, aku dah honeymoon tadi.
"Ohh tidak!"
"Mana aku nak tidur malam ni..." Jerit batinnya. Sambil tersenyum nakal.
Share this novel