Bab 6

Romance Completed 27497

Flashback memori Izz. Sebelum mereka buat haluan masing-masing.

Selepas sahaja dia menyuruh budak juru gambar itu balik.

"Sya Izz Zulaika Binti Zulfadli!"

Jerit Izhad. Saja dia memanggil nama penuh isterinya.

"Ku, semangat!"

Terkejut Izz, bila nama penuh dia dipanggil. Hampir saja dia buka langkah, nak karate mamat yang sudah menjadi suaminya itu. Nasib baik, dia masih ingat. Yang dirinya masih berbaju nikah lagi. Kalau tidak... Sudah dapat gelaran isteri dehaka.

"Hish, dia ni..." Suka-suka hati. Main jerit macam tu. Cakap la elok-elok. Aku bukan pekak pun? Nasib baik la, tak ada orang yang melihat. Kalau tak? Tak tahu aku nak letak mana muka aku ni...

"Tak payah jerit-jerit. Boleh tak!" Saya dekat je, dengan awak. Bukan jauh sangat pun. Satu, dua langkah dah sampai. Perli Izz nada perlahan.

"Ini rancangan kau, sebenarnya kan!" Masih nada tinggi.

Izz hanya membalas pandangan bersahaja pada Izhad. Dia tak faham. Kenapa Izhad marah sangat pada dia. Masa akad nikah tadi okay je. Kalau ikutkan hati dia. Dia pun naik geram juga dekat Izhad. Kalau ia pun. Nak cakap dengan dia sekali pun, tak payah lah membazir nak upah ambil photoshoot outdoor. Lepas tu menyusahkan adik tu, yang semangat nak ambil gambar terbaik untuk pasangan pengantin. Tiba-tiba suruh balik. "Iya laa, duit dia kan."

"Kenapa mamat ni?" Dari semalam lagi. Dia buat hal. Gumam Izz dalam hati. Bila dia teringat kejadian semalam. Lepas sahaja majlis pertunangan dan makan malam keluarga. Izhad terus tarik tangannya dengan kasar untuk berbicara. Belum sempat Izhad lepaskan geram. Adik bongsunya sudah panggil balik ke hotel. Lega hatinya. Tapi hari ini, gunung berapi nak meletop agaknya.

"Rancangan?"

"Rancangan, apa nya?" Saya tak faham?

"Puas hati awak sekarang! Dapat kahwin dengan aku!"

"Amboi! Kau, aku sekarang..."

"Hish dia ni. Bukan dia ke, paksa aku kahwin!" Terkedu Izz seketika.

"Kau memang dah lama. Kenal mama dan papa aku, kan!" Terluah juga api kepanasan Izhad. Dari tadi meluak-luak.

"Dia ni, mabuk ketum ke apa?" Tiba-tiba je nak naik hantu!"

"Sabar Izz, sabar..." Ingat! Kau tu, dah jadi isteri dia... Istighfar Izz berulang kali.

"Manalah, saya tahu!" Saya, memang tak kenal? Siapa mama dan papa awak sebelum ini! Semalam, baru saya kenal keluarga awak...

"Jangan nak tipu, aku! Aku paling benci, orang yang penipu! Untuk kebahagian sendiri."

"Jangan, main tuduh-tuduh? Boleh tak!" Izz tak dapat sabar lagi dengan tuduhan melulu Izhad kepadanya.

"Awak, dah kenapa, aha?" Izz tak tahan sabar lagi. Melihat Izhad menuduh tanpa bukti.

"Awak minta saya, tolong. Saya dah tolong! Apa lagi yang awak nak daripada saya?"

"Awak, nak saya ganti tempat ex girlfriend awak tu! Saya dah lakukan."

"Apa, masalah awak Izhad!"

"Bila masa, saya tipu awak!" Izz cuba control emosinya yang bergelora. Menahan amarahnya. Tapi, hatinya sebak dengan tuduhan Izhad.

"Kenapa, aku tak tahu? Mama aku dan mama kau BFF?"

"Kau saja, kan. Nak perangkap aku! Buat aku tak jadi kahwin dengan Qistina. Dan kau pakat dengan mama dan papa aku. Supaya aku boleh terima kau, jadi isteri!"

"Betul tak!" Kata Izhad dengan nada membentaknya.

Membulat mata Izz Zulaika, macam nak terkeluar biji matanya. Bila mendengar tuduhan Izhad kepadanya. Panas telinganya. Dengan tuduhan Izhad. Hatinya terluka. Pengorbanannya tak di hargai.

"Ya, Allah!"

"Sampai, macam tu sekali! Pandangan mata awak pada saya, Izhad! Orang dah tolong awak!" Izz rasa macam nak menangis dengan tuduhan melulu Izhad.

"Manalah, saya tahu!"

"Kalau saya tahu? Tak ingin lah, saya nak kahwin dengan awak!"

"Iya, memang betul. Mereka tak sukakan Qistina? Dan kau ambil peluang ini. Untuk dekat dengan aku, kan? Supaya aku terima dan kahwin dengan kau, kan!"

"Hish! Mamat ni, memang dah melampau! Memang saja nak cari pasal dengan aku kan..." Gumam Izz dalam hatinya. Menahan sebak didada. Air matanya mula bertakung dan cuba di tahan sebaik mungkin daripada melimpah.

"Harap muka je, handsome? Tapi, tak mengenang budi!" Jerit batinnya.

"Kalau awak tak suka saya tolong awak. Baik! Sekarang juga kita bagi tahu, keluarga kita masing-masing. Habis cerita!" Kata Izz penuh amarah meluak. Walaupun hatinya belum bersedia nak bagi tahu papa mamanya lagi.

Kahwin dah tergesa-gesa. Tolak pula calon pilihan papa. Terpaksa pula pujuk terima pilihan hati. Apa nasib aku... "Baru nikah. Petang dah jadi janda."

Akhirnya mereka ambil keputusan berdiam diri seketika. Sebelum Izhad buat keputusan.

Selepas akad nikah dan photoshoot gambar kahwin. Izhad terus mengajak Izz pulang ke Kuala Lumpur hari itu juga.

"Izhad, janji dengan papa. Jaga anak papa mama di sana yek." Nanti rajin call papa mama. Kata Zulfadli pada menantunya. Walaupun bukan calon menantu.

"Baik, papa. Had akan jaga puteri papa. Seperti nyawa Had sendiri." Kata Izhad penuh keyakinan. Tak ada rasa serba salah langsung. Bila dia menjawab.

"Geram Izz mendengar dan melihat wajah Izhad ketika itu."

"Amboi! Pandainya dia berjanji. Lepas tu, mungkin janji!"

Geram Izz melihat lakonan Izhad yang A++ tu. Izz menjeling ke arah Izhad. Tapi, Izhad buat-buat tak faham dengan jelingan maut Izz.

Sampai sahaja mereka di Kuala Lumpur tepat pukul 9.30 malam. Izhad berhenti di suatu tempat.

"Awak, bangun!"

"Dah sampai!"

Izz masih lagi lena dibuai mimpi. Sampai tak sedar Izhad memanggilnya berulang kali.

"Amboi!"

"Aku yang penat memandu. Sedap pulak, dia tidur!"

Izhad melihat ke arah Izz. Masih tidak sedarkan diri. Bila dia memanggil berulang kali. Berkerut dahi Izz bila tidur dia di ganggu.

Sambil memanggil nama Izz. Siap nama penuh lagi. Sempat lagi matanya memandang sekeliling wajah keayuan isterinya itu. Iya hatinya terusik. Izz, memang cantik. Sejuk hatinya. Setiap kali memandang wajah Izz. Tersentuh hatinya. Ada sesuatu perasaan yang asing mengetuk pintu hatinya.

Baru aje, tangannya ingin menyentuh di pipi gebu isterinya. Tiba-tiba dia teringat amarahnya pada Izz tadi.

"Awak!"

"Bangun!"

"Bangun lah, aku cakap!"

"Sedap pulak dia tidur, siap berdengkur lagi."

"Bangun!" Badan Izz di goyang-goyang sekuat hati.

Izz masih lagi mamai, mengarukan kepalanya yang tak gatal. Siap lap bibirnya. Takut ada air liur basi meleleh. Izz melihat sekeliling.

Sebelum ini, dia balik ke Penang naik flight. Izz menyesal sangat. Tak dapat bawa kereta sendiri ke Kuala Lumpur. Tapi... Dia tak mahu papa dan mamanya syak wasangka tentang hubungan palsu dia. Dia pasrah. Dia terpaksa mengikut Izhad balik. Walaupun hati tak rela.

"Dekat mana ni?" Sambil membetulkan tudungnya.

"Tempat tuju kau, dah sampai!"

"Apa! Sesten bas TBS?" (Terminal Bersepadu Selatan)" Gumam Izz nada terkejut.

"Dah, tak ada tempat lain ke, dia nak turun aku? Dengan muka tak puas hati.

"Okay apa!" Daripada aku turunkan kau, tepi jalan? Gelap pulak tu, kau nak!"

"Dengar pulak mamat ni." Memcebik bibir.

Bila difikirkan balik. Orang disebelahnya. Adalah suaminya. "Uwek!" Nak muntah dibuatnya. Tak ada tempat lain ke? Kau nak tinggalkan aku? Berbicara Izz dalam hati. Geramnya dia. Orang bernama Izhad. Izz tahu, Izhad memang saja. Cari pasal nak kenakan dia.

"Aku tak tahu, mana rumah sewa kau?" Dan aku tak nak, tahu langsung! Buat apa, tercegat lagi...

"Cepatlah keluar!"

Izz membalas dengan pandangan tajam.

"Kenapa, tak puas hati?"

"Iya, saya nak keluar la ni."

Lepas je Izz tutup je bonet kereta.

Izhad memecut laju keretanya menuju ke hotel. Barang-barangnya untuk ke Dubai sudah berada di hotel. Dia sudah siap sedia segalanya sebelum ke Penang. Sampai saja di hotel. Izhad terus rebah badannya di sofa kerana kepenatan. Tiba-tiba Izhad melihat ke arah tangannya yang ada cincin kahwin dan kejadian sebentar tadi. Dia teringat kelakuan Izz yang selamba ambil tangannya untuk bersalam. Siap dengan cium lagi. Tiba-tiba hatinya berbunga. Tanpa disangka bibir miliknya mengukirkan senyuman. Dalam berapa saat.

Izhad tersedar dari lamunan. Cepat-cepat Izhad tinggikan egonya kembali. Saja Izhad maki hamun Izz dan saja cari kesalahan Izz.

"Nak jadi isteri mithali, la konon. Mata duitan!"

"Kahwin, nak duit aku aje!"

"Padan muka kau, Izz Zulaika. Berlagak lagi dengan aku. Tinggallah kau dekat situ di malam pertama kita yek. Jangan harap aku nak bagi muka dekat kau."

Sebelum dia memecut laju meninggal Izz seorang diri. Sempat lagi, dia melihat Izz dengan cermin sisi keretanya. Walaupun dia, tak sampai hati. Tapi, Izhad tetap tak nak berlembut hati dengan Izz. Dia takut dengan bayangan dia sendiri. Setiap kali menatap wajah Izz. Membuatkan hatinya bergelora.

Alasan dia membenci Izz. Bukan sebab mamanya Bff dengan mama Izz. Tapi, semua kerana Qistina. Dia anggap semua wanita di dunia ni sama je seperti Qistina. Sebab duit sanggup buat apa saja. Dan sanggup tinggalkan dia.

Disudut pandangan Izz Zulaika. Dia merasa bebannya makin bertambah. Tapi, dia tetap tenang mengatur langkah perjalanan hidupnya bergelar isteri tanpa suami.

"Kau, mesti ingat. Aku menangiskan. Bila kena tinggal?" Apa pun... Aku tetap berterima kasih. Sekurangnya aku tak jadi kahwin dengan pilihan papa.

Izz, tak nak balik ke rumah Mas. Dia tak nak Mas bertambah risau. Izz nak tenangkan mindanya dahulu. Lepas tu, baru dia merancang masa depan dia selepas ini.

Selepas kahwin, dia nak ubah imej. Dari free hair kepada bertudung. Itu niatnya selepas menjadi isteri orang. Mungkin salah satu lagi niatnya. Supaya tiada yang mengenali dirinya selama setahun.

Tiba-tiba perutnya, keroncong minta di isi. Mana taknya? Makan beradab. Bukannya dia lalu makan pun.

"Kenapa lah dia tak bawa aku sekali?" Bukannya aku kacau dia pun. Kalau tak, dah lama aku dapat merasa pergi ke Dubai.

"Kau, tak tanya?" Memang tak lah aku nak tanya! Mood macam datang bulan."

Dia memang dah pasang niat, nak tinggalkan aku sorang-sorang dekat Malaysia ni. Tengok tadi. Dah nampak jelas niat dia. Tak risau langsung. Kalau rahsia mereka terbongkar. Memang dia saja, nak aku hadap masalah ni sorang-sorang. Sementara dia bahagia dekat sana. Pandai betul dia plan... Dia ingat. Aku, tak pandai main sembunyi-sembunyi? Izz melepaskan geram membebel seorang diri.

"Kenapa laa, tak tinggalkan aku dekat mall atau dekat Hotel ke?"

"Hish, Kau ni Izz! Tak ingat ke? Masa sarung cincin tadi." Siap berbisik ugut lagi. Orang tengok, macam pasangan bahagia. Tapi... Ehmm...

"Nasib kau lah Izz... Ini yang kalau nak kan..."

Tamat Flashback.
. .
.

"Assalamuaikum..."

"Had!"

Terhenti lamunan Izhad seketika. Bila terdengar namanya di panggil.

"Ohh... Papa..."

"Mama kamu tanya. Bila nak balik rumah. Ini kamu dan Izz tinggal dekat mana? Kenapa tak terus balik rumah papa."

Terkedu seketika...

"Dekat hotel lagi papa. Sambung bulan madu. Ini kan ulang tahun pertama kami. Bagi peluang lah papa..." Lega hati Izhad. Nasib baik dia dapat jawab. Hampir saja rahsia dia terbongkar.

"Okay... Jangan lupa, sabtu ni wajib datang. Mama kamu dah bising. Asyik tanya, bila kamu dan Izz nak balik.

"Okay papa... Nanti Had dan Izz balik." Usai perbincangan anak beranak.

Lagu yang dipilih. Tapi, bukan lagu kesukaan dia. Setiap kali dia terjaga secara mengejut. Dengan pantas tangannya mencari bunyi tersebut dan mengeser ke atas. Ternyata bunyi menyakitkan telinganya itu, dari telefon miliknya. Membuat Izz terjaga dari lena tidurnya.

"Apa?"

"Dia tinggalkan aku dekat TBS!" (Terminal Bersepadu Selatan) Memori Izz kembali sedikit demi sedikit. Walaupun tak pasti. Betul ke? Atau mainan tidur sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience