Sudah dua minggu Izz menghilangkan diri. Mas tak tahu kemana Izz bersembunyi. Mas risau, takut Qistina menganggu Izz dan sembunyikan Izz.
"Safran aku risaulah. Sampai sekarang kita tak tahu khabar dari Izz."
"Dia ada mesej awak kan? Bagi tahu dia selamat?"
"Ada. Tapi, aku tetap risau." Kau nak tahu?
"Pagi tadi, uncle Zulfadli call. Dia bertanya tentang Izz." Mana aku tak tenang. Confirm lah, dia tak ada kat Penang.
"Aku cuma takut dia kena culik dengan Qistina je."
"Hish, kau ni... Doa lah baik-baik."
"Aku rasakan? Izz?" Teragak-agak Mas.
"Iya, apa dia?" Tak sabar Safran nak tahu.
"Dengan Izhad kot?"
"Entah aku tak tahu." Laju Safran menjawab.
"Kau kan tahu. Had tak ingat Izz lagi. Sejak Had keluar dari hospital. Dia tak masuk office lagi." Mas tak dengar apa yang Safran cakap. Fikiran dia melayang fikirkan Izz yang berbadan dua.
"Kau dah pergi ke rumah dia?" Soal Mas. Masih tak puas hati.
"Dah, sunyi je... "
"Izz, mana kau pergi? Aku baru ingat, nak bawa kau lari. Kenapa kau pergi tak bawa aku sekali." Safran hanya tersenyum melihat Mas mengomel sendiri.
Sudah berapa minggu Izz berada di rumah baru Izhad dan bersembunyi dari dunia luar. Izz tak tahu. Izhad ada rumah lain. Izz tak tahu. Rumah yang dia sembunyi itu hadiah untuk dirinya. Izhad tak kesempatan untuk buat kejutan. Izhad ingat nak bagi tahu lepas mereka balik dari rumah papa mamanya. Tapi, lain pulak yang terjadi.
Izz risau pasal kandungan dia. Sejak dia mengandung. Tubuh badannya mudah rasa letih dan lemah. Pemeriksan selanjutnya dia belum buat lagi. Dia sendiri tak tahu, macam mana dia nak bagi tahu Izhad? Segala keperluan sehariannya. Izhad sediakan cukup buat dirinya. Yang paling dia suka. Izhad sentiasa teman dia disisi. Sejak mereka pindah ke tempat lain. Izhad sentiasa disisinya. Dia berkerja dari rumah sahaja. Hilang rindu dia pada Izhad. Dapat lah dia tengok wajah Izhad hari-hari.
Bab makan, dia tak risau langsung. Sebab dalam peti ais, almari makan. Penuh segala makanan macam kedai runcit. Kalau dia teringin nak makan sesuatu. Cepat je makanan tu sampai di bawa Izzani atau Safran.
Izz sudah tahu. Abang Izzani dan Safran tahu keberadaan dia. Tapi, kenapa dia tak boleh bagi tahu Mas? Mungkin Safran ada bagi tahu Izhad? Mas pernah merancang nak bawa dia pergi menjauh daripada Izhad? Itu yang dia fikir.
Sudah berberapa minggu dia sembunyi bersama Izhad. Walaupun Izhad masih berkata dia tidak ingat siapa dirinya.Tapi, hatinya kuat menyatakan Izhad tidak lupa siapa dirinya. Cara panggilan dirinya. "Kejap awak, kejap sayang."
Tapi, kenapa dia harus pura-pura? Dia berdua je. Bukan ada orang lain pun. Izz mengeluh sendiri. Dia nak sangat berada dalam pelukan suaminya setiap kali dia tidur. Dia takut. Kalau dia terjaga Izhad tiada disisinya.
Sejak abang Izzani bagi tahu Izhad tentang ayah mentua dia. Merancang dengan Nizam, nak bawa lari Izz. Izhad hanya mampu diam sahaja. Dia tak tahu nak kata apa. Hatinya kecewa. Dia sudah terlajak kata dengan Izz.
Dalam fikiran Izhad. Izz mesti sangat membenci dirinya. Dan mesti rela hati. Ikutkan keputusan Zulfadli.
Tapi, bila Izz tiba-tiba ada di rumahnya. Dia bersyukur sangat. Izz berada di depan mata. Ikutkan hati dia masa itu. Nak je, tubuh wanita itu dipeluk erat. Lega hatinya, wanita dicintai masih di depan mata. Risau hatinya, bila memikirkan Izz akan pergi menjauh meninggalkan dirinya.
Izhad teringat, sewaktu dia masuk dalam bilik untuk ambil baju di rumah apartment dia. Terkejut tak terkata. Dari situ muncul idea gila dia. Dia ingin Izz, sentiasa tetap bersamanya. Walaupun dia terpaksa berpura-pura hilang ingatan.
"Awak simpan je, kunci rumah ni. Sampai habis iddah. Rumah saya ni, tak ada orang gaji. Bolehlah awak tolong kemaskan rumah saya tiap-tiap hari." Izz ingin bereda dan ingin pulang kembali kunci pada tangannya. Izz rasa sudah tiba masanya dia lepaskan gengaman tangan Izhad dan pergi jauh disisi Izhad.
"Kalau saya kata, tak nak?" Kata Izz dengan berani sambil memandang Izhad.
"Betul, awak tak nak?"
"Hmm..." Matanya tak berani menatap wajah Izhad.
"Betul?" Izhad ingin terpastian.
"Betul, saya tak nak!" Balas Izz tanpa ragu-ragu. Kalau ikutkan hatinya. Dia suka je hari-hari datang rumah Izhad. Tapi dia tak tahu kenapa dia ingin berbalah dan bertikam lidah dengan Izhad. Mungkin terlalu rindu di hatinya.
"Hish kau ni, Izz. Tolak tuah. Jual mahal la pulak! Bukan kau suka ke?" Terdengar bisikkan halus ditelinganya. Ditarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan-lahan.
Baru saja Izz nak capai tombol pintu. Tangan Izz disambar dan dipaut lembut.
"Please..." Rayu Izhad. Wajah yang pasrah. Tak sanggup dia lepaskan Izz pergi dari sisinya.
"Apa ni, pegang-pegang."
Dahi Izz berkerut-kerut dengan jeling maut ke arah Izhad. Rindunya dia dengan sentuhan Izhad.
"Walaupun awak bukan isteri saya lagi dan saya masih tidak ingat siapa awak? Tapi, awak masih dalam iddah. Kalau ikut hukum. Awak kena tinggal bersama saya sampai habis iddah. Izhad guna kuasa hukum."
"Betul tak?" Kening diangkat sikit. Berharap Izz tidak pergi.
Lama Izz membisu. Tapi, kata hatinya tersenyum bahagia. Dapatlah dia melihat wajah Izhad setiap hari. Tak perlu lagi baju Izhad dicium dan di peluk untuk hilangkan rindu. Biar pun tidak memiliki.
"Dia ajak aku tinggal sekali ke?" Izz masih ragu-ragu lagi.
Izhad berharap sangat. Izz tidak cuba, lari daripada dia. Tak sanggup dia nak lepaskan Izz lagi. Tak tertanggung dek hatinya melihat Izz lesu dan tidak bermaya. Dia nak jaga Izz. Walaupun Izz tak mengetahui niat baiknya.
Dia tak sanggup menanggung rindu membeban jiwa raganya. Bila berpisah dengan orang yang sangat dia cintai. Berminggu di hospital. Tidak melihat wanita yang dia cintai. Hampir hilang harapan, untuk dia bertahan hidup.
Izz masih lagi diamkan diri tanpa jawapan.
"Awak jangan risau. Awak boleh tidur dalam bilik. Saya tidur dekat sofa depan."
"Walaupun hanya sementara. Sekurang-kurangnya Izhad sentiasa berada disamping dia. Biar pun Izhad tak ingat lagi siapa dia. Itu sudah cukup, buat dia terasa bahagia." Akhirnya Izz setuju untuk tinggal bersama Izhad.
Segala keperluan dia minta, Izhad pasti akan beli tanpa banyak soal. Izhad tak bagi langsung. Izz gunakan duitnya sendiri. Semua Izhad tanggung. Dia dapat rasakan. Izhad yang hilang ingatan ni. Best sangat. Tapi, dia lagi suka. Kalau Izhad, ingat siapa diri dia?
"Awak kurung saya? Nak bagi saya gemuk ke apa?"
"Saya tak nak. Ada orang mati kelaparan pulak dalam rumah ni." Gurau Izhad kasar. Tapi dalam hatinya risau. Kalau Izz tak cukup makan bila bersamanya. Izhad tak kisah pun, kalau Izz bertambah berat badan. Sejak dia melihat Izz kurus dan lesu. Dia sentiasa salahkan dirinya. Penyebab Izz kurang sihat.
"Awak, saya nak bulan bintang boleh?"
"Boleh je, kalau awak nak saya petik..."
Sakit perut Izz menahan gelak. Nasib baik dia masih ingat ada nyawa lain dalam perutnya. Kalau tak terbahak-bahak dia ketawa.
Izzani sudah cerita tentang gambar fitnah dan memohon adiknya itu cepat-cepat rujuk kembali. Tapi, hati Izhad ragu. Dia takut, Izz tidak terima dia kembali dan pergi jauh dari hidupnya. Memang masa itu dia marah dan terluka. Tapi, bukan sebab itu dia lepas Izz. Dia risau Qistina apa-apa Izz. Waktu itu dia melihat tangan Qistina memeggang sesuatu yang tajam. Pada masa yang sama dia teringat kata Nizam. "Kalau nak nyawa Izz selamat. Lepaskan dia." Qistina nekad nak membunuh Izz. Demi Izz. Dia sanggup lepaskan Izz ketika itu.
Safran pada mulanya tak tahu, Izz bersama Izhad. Safran berusaha mencari di mana keberadaan Izz. Bila Mas mengadu kehilangan jejak Izz.
Tapi, Safran dapat agak. Dimana Izz berada. Kerana, setiap kali dia nak datang berjumpa Izhad. Macam-macam alasan Izhad bagi. Dari situ Safran sudah agak dan tahu dimana Izz berada. Saftan sudah berjanji akan menyimpan rahsia. Kalau-kalau Mas bertanya lagi tentang sahabat baiknya itu. Macam-macam Safran putar alam. Bila ditanya Mas. Terasa bersalah juga diri Safran, terpaksa berbohong. Tersepet antara sepupu dan orang yang dia sukai.
Kerana Izz terlalu merindui sahabat baiknya. Izhad izinkan Izz, seminggu sekali hantar mesej kepada Mas. Izz risau, kalau-kalau Mas mencarinya. Sampai buat laporan polis.
Sejak Izz bersama Izhad. Tidur Izz selalu terganggu. Dia selalu dapat mimpi buruk dan menakutkan tentang Izhad. Kerana takut Izhad menghilang dari pandangan matanya. Izz terus melangkah ke ruang tamu di mana Izhad tidur. Dibawa comforter, dijadikan alas untuk dia tidur. Dia sanggup tidur dilantai. Semata-mata ingin tidur disisi Izhad. Izz tak kisah tentang dirinya hamil. Asalkan dia berada dekat dengan Izhad.
"Anak mama. Kita tidur dekat papa yek." Kata Izz sendiri setiap kali dia senyap-senyap tidur di sisi Izhad.
Pada mulanya, Izhad tak menyedari lagi perbuatan Izz. Bila Izhad terjaga di awal pagi. Sayu hati Izhad. Terasa pedih dan terluka di hatinya. Bila melihat, bidadarinya sanggup tidur di lantai. Gara-gara lakonan dia.
"Sayang takut yek? Maafkan abang yek sayang..."
Tubuh Izz di angkat dan di letakkan di sofa. Izhad pulak, mengganti tempat tidur Izz dilantai. Hampir setiap malam Izz akan berlari ke depan. Sampai dia terpaksa membeli tilam bujang. Bukan dia tak nak teman Izz tidur di dalam bilik satu katil. Izhad risau dengan perasaan nafsunya yang sukar dikawal. Yang dia paling takut. "Izz, pergi meninggalkan dia."
Perasaan Izz kuat mengatakan. Izhad sudah sembuh dan sudah ingat kembali siapa dirinya. Mana taknya, setiap tingkah laku Izhad. Cara layanan Izhad, tak kekok. Izz dapat rasa, Izhad tetap sama seperti dulu. Mana taknya. Asyik tersasul je. Kejap awak? Kejap sayang?
"Panggil jelah sayang. Saya okay je."
Kata Izz, siap main kenyit mata. Sambil senyum menggoda. Saja Izz memberanikan diri menggoda Izhad, yang cuba berpura-pura hilang ingatan. Perlahan-lahan dia menggoda Izhad balik. Kadang-kadang saja, dia goda fizikal Izhad. Pakai cantik-cantik di dalam rumah. Buat nada suara menggoda setiap kali berbicara.
"Abang... Boleh picit bahu sayang?" Bila Izz buat suara menggoda. Dia pula rasa gelinya dan gediknya dia. Kerana nak tawan hati Izhad balik. Gedik pun. Gedik lah.
"Abang kaki Izz tak larat nak jalan. Nak dukung. Boleh!" Semua permintaan dia, Izhad pasti akan tunaikan. Bahagianya dia rasa masa tu.
Izz sudah lama perasan. Selama Izhad bersamanya. Banyak perkara, yang dia nampak sama seperti Izhad yang dulu. Tapi, Izz saja biarkan. Dia, tak nak Izhad berubah perwatakan dingin kepadanya. Jadi, Izz terus melayan lakonan Izhad. Buat-buat tak tahu. Dirinya sudah tahu. Sebab itu dia saja menyakat Izhad dengan membuat suara menggoda bila ada peluang. Izz berharap dia dapat meruntuhkan ego Izhad yang menggunung. Izz fikir, mungkin ada sebab kenapa Izhad lepaskan dia. Dia tak nak tahu. Yang dia tahu. Izhad sentiasa bersamanya.
Izz tengah mencari jalan. Macam mana dia nak bagi tahu Izhad. Perutnya semakin lama, semakin membesar. Izz pun, tak tahu. Macam mana dia nak bagi tahu Izhad.
"Anak mama... Sabar yek sayang... Mama tengah mengorat papa balik ni."
Jangan-jangan Izhad dah tahu? Dia hamil? "Izz ada syak? Izhad mungkin sudah tahu dia sedang hamil. Sebab, selepas beberapa hari dia berada di rumah Izhad. Dia tiba-tiba pengsan lagi. Bila dia terjaga. Doktor Kamarul ada di sisi Izhad. Izz tak tahu. Samaada Doktor Kamarul sudah bagi tahu Izhad atau tidak?
Geram betul Izhad dengan wanita yang amat dia cintai itu. Asyik tersenyum-senyum aje setiap kali berbicara dengan dirinya. Semakin hari dia tengok Izz. Semakin cantik. Betul-betul buat dia tergoda. Mulut dia pulak. Asyik tersasul aje. Nak panggilan "sayang." Izz pulak melayankan je. "Ke, Izz dah tahu! Aku sebenarnya tak hilang ingatan?"
"Kau dah mabuk cinta Izhad. Asal Izz berbicara penuh menggoda. Terus kau tak ingat dunia."
"Rujuk jelah balik. Bukan rugi pun. Izz pun sanggup bersembunyi dan tinggal bersama kau."
"Izz ni, pun satu. Suka buat dia hilang akal. Mesti dia dah lama tahu? Tapi, kenapa dia diam je?"
"Biarlah... Lagi bagus kalau dia dah tahu! Taklah aku asyik tersasul aje. Geram betul dia dengan Izz ni. Rasa nak terkam terus di buatnya."
Di sebabkan Izhad asyik terkantoi aje dan tak tahan godaan. Bila bersama Izz. Izhad terus rujuk mahkamah syariah. Dia terus rujuk kembali dengan Izz. Tak tertanggung dek hatinya membiar Izz tidur tak berteman.
Selama sebulan Izz asyik tidur di sofa demi dia. Hari-hari melihat Izz sakit belakang dan sakit badan. Izhad tak sanggup lagi.
Izhad tak sangka. Ada berita mengejutkan dari Izz.
Sejak Izz asyik muntah-muntah. Dia ingatkan Izz salah makan. Disebabkan badannya lesu tak bermaya. Izz pengsan tiba-tiba. Terus dia call kawannya baik itu datang memeriksa Izz. Tapi dia tak sangka. Izz betul-betul bagi dia kejutan.
'Rupa-rupanya, dia dah nak jadi ayah." Doktor Kamarul dipaksa rahsiakan daripada Izhad dengan arahan Safran. Tapi, disebabkan kandungan Izz masih baru dan masih lemah. Doktor Kamarul akhirnya cerita berita gembira dekat Izhad. Sebagai doktor. Dia tidak sepatutnya diam sahaja. Kalau melibatkan kesihatan pesakitnya. Walaupun mereka tak bersama lagi. Izhad tetap ayah kepada anak, yang Izz kandung. Itu yang difikirkan. Doktor Kamarul berharap Izhad akan kembali semula bersama Izz. Kamarul sudah tahu Izhad tak hilang ingatan. Dia lakukan semua itu, demi keselamatan Izz.
Mas mencari Safran kerana risau pasal Izz yang berbadan dua. Berita tentang Izz. Seminggu sekali dia dapat khabar berita. Safran tak sanggup lagi. Nak simpan rahsia lama dengan Mas. Kesian dia melihat Mas asyik menunggu khabar berita daripada Izz. Bernanah telinga dia mendengar bebelan Mas. Sebab risaukan Izz.
Safran sedaya upaya memujuk Izhad bagi pihak Mas. Mas teringin sangat nak berjumpa Izz. Safran berjanji akan bagi tahu Izhad berita gembira. Kalau Izhad bagi Mas, berjumpa dengan Izz. Lama jugak Izhad berfikir. Dekat dua bulan lebih. Dia berjaya simpan rahsia dari semua orang. Izz ada bersamanya selama ini.
"Sayang, malam ni. Safran nak kenal kita dengan bakal isteri dia."
"Safran dah, ada calon? Kecewalah Mas..."
"Sayang tak payah masak yek. Diorang yang akan bawa makanan. Hari ni, abang nak sayang rehat aje. Masih mual-mual lagi, ke?" Perut Izz di usap lembut. Sesekali dicium.
"Tak ada dah."
Tapi, asam masin sudah siap ditangannya. Sebagai ubat. Kalau-kalau tekaknya terasa loya. Terus Izhad melabuhkan kepalanya diatas riba Izz. Jari jemari Izz dipegang dan diramas lembut. Sambil melayan movie.
"Sayang ada teringin nak makan apa tak?" Sayang cakap je, nak makan apa? Safran nak belanja kita makan.
Izz masih membisu. Memikirkan apa yang dia teringin.
"Nak je, dia cakap? Dia teringin nak jumpa Mas." Tapi, mulutnya berat nak berkata-kata. Akhirnya... Pertanyaan itu berlalu pergi.
"Nak, makan kambing bakar dengan air mangga. Boleh?" Tapi, nak yang tempat kita pernah makan dulu. Dah, lama sayang teringin.
"Boleh sayang..." Untuk sayang semua boleh. Kata Izhad.
"Sorry sayang... Abang tak dapat tunaikan permintaan sayang makan dekat luar lagi."
"Tak pe... Sayang faham..."
"Sekejap abang mesej Safran. Ada teringin yang lain tak? Yang mahal-mahal sikit ke?"
"Hish, abang ni. Saja nak buli Safran lah tu."
"Abang memang nak denda dia pun." Hihihi... Tersenyum nipis... Bila lagi abang nak suruh dia belanja kita. Asyik abang aje belanja dia dulu.
"Tak baik ungkit..." Kata Izz sambil tergelak ketawa.
"Bukan ungkit, nak bagi denda je..."
"Kalau sayang? Ada denda tak?"
"Ada! Malam ni kan. Malam jumaat..."
"Abang!" Izz mencebik bibir. Tubuh Izhad dicubit manja.
"Sakitlah sayang..."
"Gatal lagi..." Izz saja buat mimik muka comel.
Izhad masih geram dengan Safran. Siap rahsia lagi Izz mengandung. Dulu mungkin dia takut Mas larikan Izz. Sekarang dia tak perlu takut lagi semua itu. Apa yang perlu dia fikirkan sekarang. Keselamatan Izz...
Kedengaran loceng berbunyi tanda Safran dan pasangan dia sudah sampai. Izz, masuk kebilik memakai tudung. Bila Izz baru nak melangkah keluar dari bilik. Ada ketukkan di biliknya. Dia ingat Izhad. Terus dia menyuruh masuk. Izz masih betul tudungnya di cermin. Sudah lama dia tak terima tetamu. Sejak dia mengandung dan terkurung dirumah. Izz pakai tudung agak perlahan. Sudah lama dia tak bersiap. Izz pelik, Izhad senyap sejak masuk.
"Kenapa... senyap je." Tiba-tiba datang risau di hatinya.
Perlahan-lahan langkah seseorang mendekati Izz. Lalu dipeluknya lembut dari belakang penuh erat. Nak gugur jantung dia sebab terkejut. Izz boleh bau aroma tubuh Izhad. Kalau Izhad yang memeluknya. Tapi, Izz dapat tangkap bau dia sangat rindui.
Bila dia memusingkan badannya dengan cepat. Izz terkejut sekali lagi. Mas sahabat baiknya, ada didepan matanya. Terus matanya berkaca-kaca. Tak tahan dia menahan. Akhirnya mengalir deras di pipinya.
"Mas aku rindu kau!"
"Aku pun rindu kau! Sampai hati kau Izz. Tak bagi tahu. Kau dekat mana." Masing-masing berpelukan melepaskan rindu.
Share this novel