Bab 34

Romance Completed 27497

Denyutan mesin jantung defibrilator tiba-tiba berbunyi kencang sekali. Mengejutkan Mas yang baru tiba, disisi Izz. Mas terkejut dan ketakutan. Membuatkan jantung Mas berdenyut kencang. Biasanya bacaan jantung Izz normal. Dengan tiba-tiba sahaja, bacaan jantung Izz turun naik dan tidak menentu.

"Izz?"

"Kau kenapa?" Air mata Mas mula bertakung.

"Doktor!" Jerit Mas sekuat hati.

Kelam kabut Mas, nak panggil doktor.
Baru Mas hendak melangkah pergi memanggil doktor atau nurse. Kedengaran suara Izz sayup-sayup seperti mengigau. Cepat-cepat Mas berlari semula ke arah Izz dan cuba mengejutkan Izz. Mas gelabah tak tahu nak buat apa. Mas tak ingat langsung tentang loceng kecemasan di tepi katil.

"Izz, bangun Izz... Bangun!"

Perlahan-lahan kelopak mata Izz terbuka sedikit demi sedikit. Tapi, keadaan Izz masih mamai, lemah dan tak bermaya. Sebaik sahaja mata Izz terbuka luas. Terus Izz menjerit memanggil nama seseorang dengan tiba-tiba. Membuat Mas terkejut dan takut.

"Abang!"

Jerit Izz. Terasa seperti dihidupkan kembali. Sambil mencari wajah yang dia rindui.

"Izz!"

"Aku ni, Mas. Kau ingat aku tak?" Air mata Mas sudah mengalir deras di pipi. Dapat melihat anggukan Izz tanda tindak balas.

"Alhamdulilah..."

"Akhirnya, kau bangun juga Izz." Kata Mas tersenyum bahagia bersama air mata.

Sebaik sahaja doktor tiba dan check keadaan Izz. Mas tetap setia disis Izz. Tidak sabar dia nak tahu perkembangan Izz. Kerana sudah lama sahabatnya itu terlantar di hospital.

Setiap hari sebelum pergi kerja dan balik kerja. Mas pasti akan singgah dan melihat keadaan Izz dahulu. Mas telah di amanahkan oleh kedua orang tua Izz. Untuk melihat keadaan Izz, sekali sekala. Tapi bagi Mas. Izz seperti saudara rapatnya. Tanpa rasa penat dan lelah. Mas pasti akan melawat Izz tanpa jemu setiap hari. Mas terlalu rindukan gelak tawa sahabat baiknya itu dan berharap sahabatnya itu terjaga.

"Doktor, macam mana keadaan pesakit? Dia okay ke, doktor?"

"Alhamdulillah, kawan cik sudah sedar dari tidurnya yang panjang. Walaupun pesakit sudah sedarkan diri. Tapi, keadaan dia masih lemah dan perlu banyak rehat lagi. Mungkin mengambil masa untuk dia kembali pulih seperti sediakala." Kata balas daripada doktor yang merawat Izz.

"Alhamdulillah, Izz...."

"Akhirnya, kau sedar juga? Kenapa, kau tidur lama sangat?" Mas dengan drama air matanya lagi.

"Aku, dekat mana ni?" Soal Izz, masih keliru. Kali terakhir yang dia ingat. Dia bersama Izhad yang berlumuran darah.

"Kau dekat hospital lah. Hampir setahun kau check in dekat hospital ni. Keluarga kau, risau sangat keadaan kau. Hari-hari akan bertanya kahbar kau.

Terkelip-kelip Izz, dia tak percaya apa yang baru dia dengar. "Setahun?" Gumam Izz.

"Kau tunggu jap. Aku panggil doktor yek." Baru sahaja Mas ingin melangkah pergi.

"Mas."

"Had mana? Dia selamat ke? Mana dia? Aku rindukan dia, Mas?" Terkedu Mas. Belum sempat Mas menjawab persoalan Izz. Tak berhenti Izz bertanya.

"Lagi satu, Mas? Kandungan aku macam mana?" Soal Izz nada risau. Sambil mengusap dibahagian perutnya.

"Jap-jap!"

"Aku tak faham?"

"Kau cari siapa ni?" Soal Mas nada terkejut.

"Had?"

"Suami aku!"

"Had?" Soal Mas lagi.

"Suami?" Gumam Mas perlahan.

"Kau cakap apa ni? Aku tak faham laa? Siapa, orang tu?" Berkerut dahi Mas. Sambil memandang ke arah Izz.

"Izhad!"

"Suami aku!"

"Takkan, kau tak ingat? Aku mengandung. Masa tu, kita nak pergi check up. Dan lepas tu..." Izz terdiam dan tak sanggup terus bicara. Bila dia difikiran, yang Izhad sudah tiada?

"Izz! Kau jangan buat aku takut. Bila masa, kau mengandung?" Mas dah rasa seram sejuk.

"Aku betul-betul tak tahu? Apa yang kau maksudkan?"

Mas gelengkan kepalanya. Terkejut dengan reaksi dan kelakuan Izz selepas terjaga. 'Had?, 'Izhad?.' Siapa diorang? Siapa pulak, yang dah buntingkan kawan aku ni? Gumam Mastura dalam hatinya.

"Kau masih sakit lagi ni. Kau rehat yek. Aku panggil doktor jap." Mas cuba memujuk dan tenangkan emosi Izz. Mas berfikir. Mungkin Izz koma terlalu lama. Membuatkan Izz keliru siapa dirinya.

"Aku tanya ni, Mas! Mana, suami aku! Kandungan aku pulak, macam mana?" Nada Izz bertukar emosi.

"Kau, jangan buat aku takut Izz..."

"Doktor!" Jerit Mas dan terus berlari keluar dari bilik rawatan Izz.

Mastura di beritahu doktor yang merawat Izz. Keadaan Izz masih tak stabil dan perlukan perhatian. Doktor ada bagi tahu, Izz semasa koma seperti berada alam mimpi. Tapi, bagi orang yang tidur sangat lama. Dia menganggap itu, dunia kehidupan sebenar bagi dirinya. Setiap orang yang dia jumpa di dalam dunia realiti. Dia akan campur adukkan menjadi sebuah cerita. Tetapi orang yang alami. Dia sendiri tidak tahu, dia sebenarnya berada di dalam fantasi minda sahaja. 'Di dunia hayalan mimpi. Di sangkaan dunia realiti.'

"Cik orang yang terdekat dengan pesakit. Cuba, terangkan kepada dia. Dunia realiti sebenar dan siapa diri dia sebenarnya." Panjang lebar Mas mendengar penjelasan daripada doktor yang merawat Izz selama ini.

"Tapikan, doktor?"

"Dia ada cakap tentang suami? Dan anak?"

"Ke, kawan saya ni? Pergi ke alam dunia bunian, Doktor?" Tanya Mas lagi, tak puas hati dengan penjelasan dari doktor.

Doktor tergelak dengan kata-kata Mas yang sudah fikir yang bukan-bukan. Jauh sekali fakta dia sebagai doktor. Dia sebagai doktor hanya percaya pada sains dan dunia perubatan sahaja. Sukar nak taksif sesuatu perkara diluar bidangnya. Bukan dia tak percaya benda ghaib. Tapi, sebagai doktor. Dia tak nak membuat persakit dan keluarga bertambah keliru. Fikiran sesuatu yang bukan-bukan.

"Kawan cik, mungkin sudah mencipta sesuatu watak utama yang dia suka. Dia lah penulis dan dia juga pengarah. Selama setahun dia tidak sedarkan diri."

"Ada setengah pesakit, akan alami hilang memori. Dan ada juga pesakit tidak mengalami apa-apa perubahan dalam dirinya. Semua itu bergantung pada pesakit itu sendiri.

"Itu sahaja yang dapat saya terangkan. Yang selebihnya cik kena banyak membantu dia. Buat dia terima kenyataan siapa diri dia sebenarnya. Bantu dia melihat dunia realiti sebenar."

"Terima kasih doktor."

"Tapi?"

"Kawan saya tak pergi ke alam lain kan? "

Sekali lagi Mas bertanya. Dia tak puas hati, apa yang bermain difikirannya.

Geleng kepala doktor dengan laju dihadapan Mas sambil tersenyum. Doktor wanita yang separuh usia sangat memahami kebimbangan ahli keluarga pesakit. Sebagai seorang doktor yang cukup berpengalaman. Ini bukan kes pertama kali. Bila di tanya dan soalan seperti itu.

Sebelum Mas melangkah keluar dari ruangan doktor. Mas tetap tidak puas hati. Mas tetap merasa Izz pergi ke alam lain. 'Alam bunian.'

"Mama! Abang long dah sedar!" Kata Putri Sya Iz Liyana. Adik bongsu Izhad.

"Aku masih hidup?" Terpinga-pinga Izhad. Kepalanya masih terasa berat. Di pandang sekeliling ruangan yang kelihatan asing bagi dirinya.

Setelah sekian lamanya Izhad koma. Akhirnya dia terjaga dari tidurnya yang panjang. Matanya melilau melihat sekeliling. Mencari-cari wajah wanita yang dia rindui. Namun harapannya hampa. Yang ada di dalam ruang itu, hanyalah wajah yang asing bagi dirinya. Izhad cuba, untuk mengingati kembali? Siapa mereka yang berada disisinya?

"Abang, anak kita dah sedar!" Kata Puan Sri Raja Sofia gembira sambil memandang Tan Sri Iskandar Ibrahim.

"Syah! Ini mama, sayang... Syukur alhamdulilah anak mama. Sedar jua akhirnya."

Jari jemarinya dipaut dan digenggam lembut. Oleh wanita sedikit berusia dan berbahasa dirinya sebagai mama. Melihat perwatakan wanita disisnya. Seperti wanita terhormat berkerjaya dan nampak awet muda dari usianya. Air mata wanita itu mula berkaca-kaca. Mungkin terlalu gembira. Bila melihat dirinya sudah sedarkan diri.

"Mama, papa?"

Izhad cuba memanggil untuk kepastian. Walaupun dia masih, tertanya-tanya dalam hatinya. Betul ke? Mereka yang disisinya itu, kedua orang tuanya?

Izhad cuba untuk ingat kembali kisah hidupnya. Tapi... Terasa sakit, berdenyut-denyut di kepalanya. Bila dia cuba memaksa diri untuk ingat kembali siapa mereka. Matanya berkelip-kelip melihat sekeliling. Mencari seseorang yang dia sangat rindui dan dia cintai.

"Alhamdulillah... Anak mama dah sedar. Lama mama tunggu Syah.. Mama ingat? Mama tak dapat jumpa Syah lagi." Mengalir lagi air mata Raja Sofia sebak. Bila teringat kembali setahun yang lepas. Tan Sri Iskandar, berusaha memujuk dan menenangkan isterinya dengan pelukan kasih sayang.

"Sudah setahun, anak mama tak sedarkan diri. Mama percaya, anak mama pasti akan bangun." Kata Raja Sofia. Mama kepada Megat Syah Izhad. Setia menanti anaknya, bangun jugak akhirnya. Tapi, bagi diri Izhad? Dia masih keliru. Siapa dirinya.

"Setahun aku terlantar?" Bisik hatinya... Dikuatkan dirinya untuk berbicara.

"Mana Izz?"

"Isteri Had?" Izhad cuba bertanya. Tak sabar dia nak jumpa isterinya tercinta.

Kata-kata Megat Syah Izhad. Mengejutkan semua orang disekelilingnya. Bukan saja terkejut mencari 'isteri?.' Malah mereka terkejut dengan bahasa panggilan manja Megat Syah Izhad. Biasanya orang sekeliling memanggilnya 'Syah.' Bila masa Had?

Izhad tak sabar nak tahu, di mana isterinya berada. Dari tadi dia mencari kelibat wanita yang dia sangat rindui. Kalau sudah setahun dia tak sedar diri. Mungkin isterinya sudah melahirkan zuriat pertamanya.

"Isteri?" Soal Raja Sofia kembali. Terkedu dan terkejut. Sambil memandang wajah suaminya Tan Sri Iskandar.

"Apa yang kau merepek ni Izz?"

"Aku, betul-betul tak faham? Kenapa kau kata, kau nak cari suami kau? Pasal kandungan kau? Aku betul-betul tak tahu? Selama kau dengan aku. Memang tak ada. Orang yang kau maksudkan itu."

"Izz, aku tak tahu apa sebenarnya kau alami semasa kau koma? Cuba, kau cerita dekat aku." Mas cuba nak faham dan percaya apa yang Izz alami.

Izz mula bercerita kisah antara dia dan Izhad. Dari mula hingga ke akhir tamatnya kisah. Mas sanggup bermalam di hospital. Semata-mata nak tahu kisah Izz alami. Sanggup dia ambil cuti.

"Kalau kau nak tahu Mas. Pertemuaan aku dan dia tak di sangka-sangka dan akhirnya kami bersama. Macam-macam dugaan demi dugaan. Kami hadapi bersama. Terakhir kali yang aku ingat. Dia kena tembak disebabkan nak selamat aku. Aku masa itu, tiba-tiba sakit perut dan pengsan. Tahu-tahu, aku sudah berada di rumah sakit ini."

"Kau pun, ada Mas?"

"Apa? Aku pun ada?" Terkejut Mas.

"Selain kau?."

"Mikael. Ex boyfriend aku. Nizam pula, senior kita masa di Korea dan Safran sepupu Izhad."

Mas menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia bertambah pening bila Izz cerita. Nama orang lain, yang dia sendiri tak tahu siapa diorang itu?

"Betul, kau tak kenal siapa mereka? Sebelum aku kemalangan?"

Mas hanya mengangguk kepala.

Mas, tak tahu nak cakap apa? Dia sendiri pun tak tahu? Nak percaya atau tidak cerita Izz. Dia layankan saja, apa yang diceritakan Izz. Seronok pulak, bila dia mendengar semua yang diceritakan oleh Izz. Macam dalam novel Mas rasa.

Mas tak sangka. Dirinya juga ada dalam cerita Izz. Dalam seronok Izz bercerita. Izz pulak, fikirkan Mas yang hilang ingatan. Sebab dia pulak yang ceritakan siapa dia sebenarnya. Lepas sahaja Mas mendengar cerita dari Izz. Giliran Mas pula, nak terangkan siapa diri Izz selama ini.

"Untuk pengetahuan kau, Izz?"

"Kau, masih bujang lagi lah. Sebelum kau kemalangan. Setahu aku lah. Kau mana ada boyfriend pun! Peminat ramai lah. Tu aku tak nafikan. Tapi, tak ada satu pun yang kau terima diorang jadi boyfriend."

"Tunang pun belum. Kahwin apatah lagi."

"Kalau kau nak tahu. Sebelum kau kemalangan. Ada orang nampak, kau? Kau duduk ditengah jalan raya, selepas selamatkan anak kucing."

"Masa itu kita baru sahaja tamat belajar. Kau cakap dengan aku. Kau nak jumpa seseorang dulu, sebelum kau berangkat ke korea. Masa itulah. Kau terlibat dalam kemalangan." Ada nada sedih dari suara Mas. Kerana dia tak ada bersama Izz ketika itu.

"Waktu itu, kau tak sabar sangat. Nak jumpa ahli keluarga kau di sana. Daddy kau sudah siapkan tiket untuk kau ke sana. Masa tu, kau happy sangat-sangat. Maklum lah pertama kali nak ke Korea. Kalau kau nak tahu. Hari kejadian itu. Kita memang ada janji nak sambut ulang tahun kau awal sehari."

"Kau terselamat. Tak ada terluka teruk pun."

"Tapi... Kau koma. Tidur macam orang mati. Puas aku dan family kau, cuba kejutkan kau. Itu yang kitaorang semua pelik. Kau tak sakit. Kau tak terluka teruk. Cuma kesan calar sahaja. Tapi, kau boleh koma. Sangat lama?"

"Adalah sekali tu, kau terbangun tiba-tiba. Hmm... Tapi, sekejap ajelah. Kau sempat bertanya, pada aku. Kau dekat mana? Lepas tu, kau sambung tidur balik."

"Alhamdulillah... Akhirnya kau bangun juga, dari tidur yang panjang."

"Hari-hari aku datang melawat kau. Mana tahu ada harapan kau bangun. Semua orang pelik. Macam mana kau boleh koma begitu lama. Doktor cakap mungkin sebab gegaran pada kepala kau. Bila doktor buat permeriksaan dan scan x- ray. Kau sihat je. Kau, tak sakit pun. Cuma, doktor cakap? Kau je, yang tak nak bangun. Mama kau, sedih tau. Mama kau amanahkan dekat aku. Tengok-tengokkan kau. Kalau kau tiba-tiba terjaga."

"Sorry Mas... Tapi, kenapa aku tak nak bangun yek?"

"Entah mana lah aku tahu? Aku bukan doktor." Gurau Mas. "Kau ingat tak dulu. Kau pernah jatuh tangga? Mungkin salah satu kesan sampingan. Bila kau terhantuk sekali lagi semasa kemalangan? Sebab itu kau koma tak nak bangun terus." Mas buat andaian sendiri. Supaya dia dapat yakinkan Izz, siapa dirinya.

"Mas, kau tahu siapa yang selamatkan aku masa tu?" Soal Izz tak sabar nak tahu penyelamatnya.

Mas, mengeluh panjang...

"Orang yang selamatkan kau tu, cedera teruk hampir sahaja dia kehilangan nyawanya. Apa, yang aku dengar. Dia jugak turut koma macam kau. Tapi, aku tak pastilah. Dia dah sedar atau belum. Dia kehilangan banyak darah tau. Tapi, kau sudah selamatkan nyawa dia juga.

"Maksud kau, Mas?"

"Kau, ingat tak? Kau pernah derma darah. Sehari sebelum kau kemalangan?" Darah kau kan lain dari yang lain.

"Apa yang aku dengar? Nurse tu cakap. Pemuda tu, kekurangan darah. Kebetulan pulak, darah yang dimaksudkan nurse tu. Sama jenis dengan darah yang kau derma dengan banyak itu. Aku syak, itu darah kau lah. Masa kita derma darah tu. Kau sorang je yang sumbang darah paling banyak. Kau ada cakap, darah kau susah nak dapat." Sembang Mas panjang lebar.

"Iya lah kot?." Tiba-tiba Mas rasa kurang yakin pulak. Mas cuba nak ingat kembali. Apa yang pernah dia dengar dari perbualan nurse ketika itu. Maklumlah perkara itu sudah lama. Mas ingat-ingat lupa.

"Tapi, aku bersyukur sangat Izz. Dia selamat. Tapi, koma sama seperti kau."

"Mas bawa aku jumpa dia?"

"Aku tak tahu dia dekat mana Izz."

"Setahu aku, selepas sebulan dia di hospital. Family dia, sudah pindahkan dia ke hospital lain. Jadi, aku tak tahu dan pasti keadaan dia macam mana sekarang?"

"Izz bertambah keliru? Samaada dia masih bermimpi lagi atau bukan?" Bisik hatinya keliru mana satu realiti hidupnya.

"Mas, tampar aku!"

Terkejut Mas mendengar permintaan Izz. Berkerut-kerut dahi Mas masa tu.

"Kau dah kenapa? Suruh aku tampar kau?"

"Tampar yelah!"

"Kau tak menyesal? Jangan marah aku tau!" Kedua belah tangannya digosok-gosok tak sabar nak tunaikan permintaan Izz

"Satu... Dua... Ti..."

Baru je Mas nak mula tampar dia. Izz teringat sesuatu.

"Mas. Sekejap!"

"Tiba-tiba Izz teringat sesuatu..."

"Tak jadi lah. Kau, tampar sakit." Kata Izz buat Mas tergamam.

"Kau pernah rasa ke? Aku tampar? Bila masa, aku pernah tampar kau? Inilah, kali pertama. Kau suruh aku tampar. Tak sabar aku nak tampar tadi... Tau." Gurau Mas serta gelak ketawa.

"Mas!" Geram Izz melihat kawannya itu. Tak pernah berubah. Dalam mimpi atau realiti sama sahaja perangainya.

Izz terdiam seketika dan masih tak puas hati. Last yang dia ingat. Dia pergi pemeriksaan kandungan dia dengan Mas. Lepas tu... Semuanya hilang sekelip mata dalam hidupnya.

Izz tak puas hati. Dia check kelenda dalam phone Mas. Izz masih tak percaya. Apa sebenarnya terjadi pada diri.

"Mas, tolong aku cari. Siapa orang itu? Aku nak sangat berterima kasih. Dan nak minta maaf dekat keluarga penyelamat aku. Sebab, aku anak dia terluka."

"Aku betul-betul tak tahu Izz. Aku tak tahu, sama ada dia masih hidup atau sudah tiada. Kalau nak minta maklumat dekat hospital ni. Kau taulah. Susah diorang nak bagi maklumat pesakit. Yang aku tahu orang tu, dari keluarga 'berada' dan berpengaruh. Bilik wad dia, sentiasa dikawal ketat. Aku, cuba nak pergi melawat. Tapi, tak berani. Bila melihat bodyguard kiri kanan dekat bilik VIP."

"Ohhhh yeke? Hmmm..." Izz pasrah.

"Okay, nanti aku cuba tanya. Mana tahu. Dapat maklumat yang kau nak tu." Mas cuba memujuk. Dia tahu Izz mesti rasa serba salah.

"Mana mama dan papa aku? Diorang, tak jaga aku ke? Mesti diorang tak sayangkan aku kan."

"Hish kau ni... Tak baik kau cakap macam tu..."

"Diorang dah jaga kau. Masa mula-mula kau masuk hospital dan setiap hujung bulan mereka akan balik malaysia jenguk kau Izz. Adik-beradik kau pun datang sekali. Mereka kan tinggal dekat korea. Sama mama dan daddy kau di sana. Diorang mana boleh cuti lama-lama."

"Jap?"

"Aku, ada adik?"

"Yelah, Izz. Kau ada adik beradik kembar. Soleh dan solehlah. Takkan kau tak ingat? Mak sama ayah lain. Mereka duduk dengan mama dan daddy kau dekat korean. Daddy kau kan wakil ke dutakan Malaysia dekat sana.

"Kau pulak, duduk nenek sebelum ni. Sampailah nenek kau meninggal. Kau duduk dengan aku. Susah senang bersama. Takkan kau tak ingat langsung? Siapa diri kau sebenarnya? Daddy, ayah tiri kau baik sangat. Sanggup ulang alik dari korea ke Malaysia. Semata-mata, nak jenguk kau. "

"Kau selalu cakap mereka tak sayangkan kau. Tapi, bila kau koma. Mereka sentiasa ambil berat dan selalu tanya keadaan kau dengan aku. Yang banyak tanya, daddy tiri kaulah."

Izz bertambah keliru. Setiap kali Mas bercerita tentang dirinya.

"Aku tak faham. Kenapa kau panggilan Daddy? Aku tak faham lah. Mana papa aku?"

Mas tahu Izz masih keliru lagi. Siapa dirinya. Waktu itulah. Mas cerita semuanya. Apa sahaja yang Izz ingin tahu. Tentang dirinya, mama papa dia dan daddy. 'Ayah tiri Izz.'

"Kau ada cerita, dalam mimpi kau. Kita belajar di korea kan?"

"Itu, memang aku nak tergelak. Weii..." Bila masa...

"Kita belajar Uitm jelah. Hahaha... Nasib baik lulus tau. Dan lagi satu. Selama aku dengan kau. Kau mana ada boyfriend. Apatah lagi ex boyfriend?" Terbahak-bahak Mas gelakan Izz lagi. Bila dia teringat cerita Izz.

"Mas..." Gumam Izz.

"Aku tahu, kau cantik dan comel. Tapi,"

"Aku tak tahu kenapa? Kau tak nak ada boyfriend."

"Lelaki nak je. Dekat dengan kau. Tapi, bila diorang baru nak berkenalan. Kau terus lari menjauh. Sampai orang ingat kita ni pasangan sejenis tau. Asyik berkepit aje."

"Tapi kan, Izz... Aku baru teringat. Memang ada lah, orang bernama Mikael dan Nizam dekat Uitm tempat kita belajar. Tapi, aku tak pastilah? Diorang ke, yang kau maksudkan?"

"Mereka abang senior kita. Kita, mana ada rapat dengan diorang pun. Memanglah diorang handsome. Ramai peminat. 'Salah satunya kau lah.' Dalam jual mahal tu. Ada hati juga kau nak bermain cinta dengan abang senior." Sakat Mas. Bersama gelak ketawa.

"Aku?"

"Bila masa? Mentang-mentanglah aku tak ingat. Kau saja nak buli aku kan?" Tergelak besar Mas dapat kenakan Izz.

Sudah seminggu Izz di dunia nyata. Izz termenung jauh di jendela. Dia masih lagi tidak percaya. Betul ke, semua itu mimpi? Hatinya sedikit kecewa dan pasrah. Tapi, dalam hatinya. Dia sangat merindui suami dia dalam mimpinya itu.

"Izz, rindu abang!" Mengalir juga akhirnya air matanya buat kali pertama sejak dia terjaga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience