Buat pertama kalinya. Megat Syah Izhad melihat orang yang dia cari selama ini. Secara dekat depan mata. Macam mimpi, tetapi nyata. Orang yang dia rindui dan cintai dalam mimpi selama ini. Ternyata wujud. Bukan hayalan dia semata-mata selama ini.
Megat Syah Izhad sudah beberapa hari di Korea. Mengikuti jejak langkah Izz. Kemana sahaja Izz pergi. Untuk mengubat rindunya yang menggunung.
Di hari semua ahli keluarga ambil angin. Megat Syah Izhad memang saja mengikuti langkah Izz dari jauh. Dia hanya ingin melihat dari jauh sahaja. Tanpa mendekati Izz. Izhad takut. Kalau Izz akan menjauhkan diri darinya. Tapi, yang paling dia takut. Dia tak dapat kawal emosinya bila bersemuka dengan Izz.
Izhad tahu, beberapa hari lagi Izz akan bergelar isteri orang. Sebab itu dia tak berani nak mendekati Izz. Dia hanya melihat dari jauh sahaja. Megat Syah Izhad tiada kekuatan nak menyapa Izz lagi. Ikutkan hatinya. Ingin saja dia berlari ke arah Izz. Memeluk tubuh itu dalam dakapannya. Namun... Niatnya terbantut. Dia sedar, Izz bukan isterinya di dunia nyata.
Selepas dia melihat teman baik Izz, 'Mas' sudah pergi ke arah lain. Megat Syah Izhad perlahan-lahan mengikuti jejak langkah Izz. Dia tak sangka. Langkah kakinya, tiba-tiba mendekati Izz secara dekat. Dia juga tak menyangka akan menyambut wanita itu terus dalam pelukan dia daripada jatuh. Perasaan hatinya berombak dan berdebar-debar. Bila dapat melihat wajah Izz secara dekat.
Terasa air matanya berkaca-kaca. Cuba di tahan daripada mengalir. Bergetar jiwa raganya. Bila matanya dan mata Izz bersatu. Seperti mimpi. Wanita itu berada berapa saat dalam pelukan dia.
Izhad tak sangka. Wanita yang dia cari selama ini. Betul-betul berada didepan matanya. Sangat cantik dan ayu. Tapi, dia tak sangka perasaan itu. Masih tetap sama dan tak pernah berubah. Tak tertanggung dek hatinya menahan rindunya menggunung.
"Sorry... "
"Terima kasih." Gugup kata- kata dari Izz.
Cepat-cepat Izz leraikan pelukan Megat Syah Izhad. Dan membetulkan posisi badannya berdiri tegak dibantu oleh Megat Syah Izhad.
"Awak, Qisya kan?"
Terkejut Izz. Terus memandang tepat ke arah Megat Syah Izhad.
"Ish, macam mana dia boleh kenal aku nie? Aku pakai mask kut hari tu?" Izz tak sangka Megat Syah Izhad boleh mengenali siapa dirinya?
"Betul ke, Megat Syah Izhad sudah tahu dari awal siapa dirinya." Tertanya-tanya Izz dalam fikirannya.
Kalau betul Megat Syah Izhad sudah tahu siapa dirinya. Itu bermakna... "Megat Syah Izhad bukan orang yang dia cari dan bukan orang yang dia rindui."
Izz menganggukkan laju. Dia iyakan namanya Qisya.
"Encik, kenal siapa saya?" Soal Izz kembali sambil membetulkan tudungnya yang senget. Saja Izz buat-buat tak kenal.
Megat Syah Izhad hanya tersenyum dan berlagak tenang depan Izz. Dia takut nak berbicara jujur dengan Izz dan tak berani menyatakan perkara sebenar.
"Dia orang yang sama, pernah berjumpa Izz dalam mimpi..."
Tanda loket tu menguatkan lagi hatinya. Izz, mengalami mimpi yang sama seperti dirinya. Kerana rekaan loket bentuk hati "I love I". Lambang cintanya pada Izz. Tiada siapa yang tahu. Kecuali, Izz dalam mimpinya sahaja yang tahu. Tapi... Dia tak tahu. "Kenapa?" Izz mendiamkan diri dan tidak mencari dirinya.
"Mestilah saya kenal? Dari mata awak yang cantik tu."
Berkerut dahi Izz, memandang wajah Megat Syah Izhad. Macam tak percaya Izz. Bila Megat Syah Izhad berkata begitu. Terakhir pertemuan dia dan Megat Syah Izhad bukan mesra alam pun. Berhati dingin ada laa... Geram pun ada. Tapi, wajah itu juga. Dia nantikan. Untuk melihat buat kali terakhir. Sebelum dia bergelar isteri orang.
Megat Syah Izhad pada mulanya, memang tak cam langsung. Izz malam itu. Memang salah dirinya. Kerana melihat wanita itu, acuh tak acuh ketika itu. Kalau dia tahu? Siapa Izz? Dari awal lagi. Dia tak akan, lepaskan Izz pergi ke Korean. Dan tidak biarkan Izz menerima pinangan orang lain. Seribu penyesalan di hatinya. Membiarkan wanita itu terluka lagi dengan sikapnya pada malam itu. Dia dapat agak, kenapa Izz tidak mencari dan mendekati dirinya terlebih dahulu.
"Maafkan abang, Izz..."
Sambil menikmat pemandangan indah di sekeliling. Megat Syah Izhad tak sabar, nak tanya macam-macam soalan dekat Izz.
"Awak tak ingat, saya siapa?" Soal Megat Syah Izhad lagi. Tak sabar nak tahu jawapan Izz.
"Anak Tan Sri Iskandar kan!" Balas Izz buat-buat terkejut.
"Panggil Had je..."
Terkejut Izz. Panggilan yang sama. Orang yang sangat dia rindui.
"Boleh kita berjalan sambil berbual?"
Izz hanya mengangguk dan tersenyum. Membuatkan jantung Izhad berdeyut kencang.
"Boleh saya tanya?"
"Hmm..., tanyalah..." Jawab Izz lembut. Senang hatinya dapat berbual-bual dengan Izhad. Sebelum dia bergelar isteri orang. Tanpa dia sedari bibirnya mengukirkan senyuman sangat manis. Sudah lama dia tidak merasa suasana hati bahagia. Perbualan Megat Syah Izhad dengan dirinya tidak dingin seperti sebelum ini.
"Dia, tersenyum lagi!"
Geramnya Megat Syah Izhad. Bila melihat senyuman menggoda Izz yang dia rindui. Sama sekali seperti mimpinya. Bila melihat, di depan mata. 'Lagi cantik.' Terpukau dia melihat kecantikan sebenar Izz Zulaika.
"Kenapa, Qisya? Bukan Izz?"
"Ke, awak sembunyikan sesuatu." Saja Megat Syah Izhad bersikap serkap jarang.
Izz menoleh laju memandang ke arah Izhad dengan pandangan tajam tetapi jelingan menawan. Cepat-cepat Izhad beralih soalan lain. Sebelum Izz menjauhkan diri darinya.
"Adik saya. Terdengar teman baik awak, memanggil nama awak Izz. Bukan Qisya?"
"Ohh..."
Terkejut Izz. Dia ingat kan Megat Syah Izhad mengenali dirinya.
"Sebelum saya koma. Keluarga terdekat saya panggil Qisya. Sebab tu papa mama awak, panggil saya Qisya. Kawan-kawan tempat belajar panggil Izz. Katanya mudah ingat."
"Kalau saya panggil Izz. Boleh?"
"Nama Izz, buat saya teringatkan seorang?" Tanpa ragu-ragu Izhad berkata begitu.
Izz terdiam, jantungnya kembali berdenyut kencang sekali lagi. Terus dia memandang wajah Izhad. Mencari jawapan...
Tapi... Bila Izz memandang wajah Megat Syah Izhad. Izz sedikit gugup dan membuatkan dia merindui. Seseorang di balik wajah Megat Syah Izhad.
Terus dia menoleh matanya kearah lain. Dia tak sanggup melihat wajah Megat Syah Izhad seakan wajah yang dia rindui. Dia ingin lupakannya. Tapi, wajah itu...
Megat Syah Izhad perasan, wajah Izz berubah dan kelihatan sedih. Terus dia menarik lengan Izz beralaskan handsock. Mengikuti langkahnya. Izz sedikit terkejut dengan perbuatan Megat Syah Izhad. Tapi dia tetap menurut dan dengan rela hati mengikuti langkah Megat Syah Izhad.
Penat dan terasa tercungap-cungap setelah mendaki tangga sambil berlari. Sampai sahaja di puncak. Izz tersenyum bahagia. Dapat melihat pemandangan yang sangat cantik dari N seoul tower.
"Cantiknya..." Kata Izz tersenyum bahagia.
"Senyuman awak, lagi cantik." Tak berkelip mata Izhad memandang wajah Izz kelihatan bahagia.
Izz buat-buat tak dengar pujian daripada Megat Syah Izhad. Jantung dia berdeyut kencang. Tak tahu bila nak berhenti.
"Tapi, kalau berhenti berdeyut. Mati pulak dia." Sempat lagi Izz buat lawak untuk redakan perasaan dia yang bergelora.
Izz menyedari Megat Syah Izhad asyik memandang kearahnya dari tadi. Membuatkan pipinya meronta-ronta kepanasan dan kemerahan.
"Kenapa, awak pandang saya macam tu?"
Megat Syah Izhad hanya tersenyum tanpa berkata-kata apa. "Sebab? Abang rindu sayang."
"Izz, kalau saya tanya lagi... Awak marah, tak?"
"Tanya lah dulu? Kalau nak tengok. Saya marah ke, tak?" Gurau Izz.
"Kenapa, awak terus terima pinangan orang? Tanpa melihat siapa orangnya terlebih dahulu?"
Izz tak menjawab. Sebaliknya. Izz berpatah balik tanya soalan yang sama. Pada Megat Syah Izhad.
"Awak pulak? Saya dengar awak sudah bertunang?"
"Saya tanya dulu lah..." Izhad tak puas hati. Bila Izz soal dia kembali tanpa jawapan.
"Awak jawab dulu. Baru saya jawab." Saja Izz bersikap keras hati.
"Saya ikut je, pilih mama papa."
"Hmm..." Izz menarik nafas panjang.
"Saya rasa... Saya tak perlu jawab."
"Kenapa pula?"
"Sebab jawapan kita sama."
"Apa pula? Kes kita tak sama."
Membuatkan Megat Syah Izhad geram. Jawapan acuh tak acuh Izz. Nak aje, dia cium wajah Izz dekat situ. Geram punya pasal. Nasib baik dia masih kuat iman lagi.
"Awak ni kan!"
"Saya campak awak dekat bawah ni. Baru tahu!" Kata Megat Syah Izhad nada geram.
"Sampai hati awak campak saya..." Balas Izz nada buat-buat sedih dan mencebik bibir.
Tiba-tiba Izz dan Izhad terdiam... Kata-kata mereka tadi. Seakan pernah mereka dengari. Terus Izhad beralih bicara soalan lain.
"Mana bakal suami? Tak ikut sekali?"
"Awak pulak, mana bakal isteri? Dia tak ikut sekali?"
"Ada je, dia ikut sekali! Masa awak nikah nanti, saya kenal kan!" Balas Megat Syah Izhad nada geram.
"Dah lah! Duduk jauh sikit!" Izz menolak tubuh badan Megat Syah Izhad dengan kasar.
"Kenapa awak tolak saya?" Izhad buat mimik muka, kedut seribu di wajahnya.
"Takut, kena ganyang!" Jawab Izz selamba.
Membuatkan Megat Syah Izhad tergelak besar. Dia tak nak rosakan suasana dia dengan Izz. Cepat-cepat dia berfikir cara nak bersama Izz dengan lebih lama.
"Jom... Kita pergi arah sana pula?" Ajak Megat Syah Izhad takut Izz berubah hati.
"Tak, nak!"
"Jomlah..." Pergelangan Izz ditarik lagi mengikuti langkah Izhad. Izz merasa bahagia dapat berjalan berdua dengan Izhad. Terasa bahagia seperti mereka sudah lama kenal.
"Bukan aku sahaja akan menjadi milik orang lain. Megat Syah Izhad pun sama. Kisah aku dan dia bukan nyata. Cukuplah aku sudah melihat wajah Megat Syah Izhad. Itu sudah cukup buat diriku."
Sebelum turun dari tower.
"Nah... Ini milik awakkan?"
Izz sikit terkejut. Gelang dia cari selama ini. Ada pada Megat Syah Izhad. Dia ingat dah hilang.
Terus Izz memandang kearah dia. Dengan pandangan tajam.
"Gelang awak terjatuh dalam kereta saya. Ke, awak saja. Nak, saya cari awak?" Sakat Megat Syah Izhad.
Terkedu Izz. Tak faham, apa maksud Megat Syah Izhad.
Tak payah buat muka berkerut macam tu... Tahulah comel. "Jom, dating. Sebelum awak jadi bini orang dan saya jadi laki orang."
"Tak, nak!" Terus Izz meninggalkan Megat Syah Izhad.
"Izz!"
"Tunggu laa..."
"Ramai tau, orang nak dating dengan saya! Semua saya tolak... Saya nak dating dengan cik adik manis ni je." Kata Megat Syah Izhad nada bangga. Dapat bergurau senda dengan Izz.
"Tak nak!"
Jawab Izz acuh tak acuh. Dengan nada menggoda. Sambil dikejar oleh Megat Syah Izhad...
Izz ingat? Megat Syah Izhad akan ingat siapa dirinya. Setelah melihat loket yang ada pada gelangnya. Tapi, ternyata orang di depannya. Bukan Izhad yang dia tunggu dan rindui.
Izhad tahu, Izz saja menahan perasaan dia. Tapi, hati dia pula meronta-ronta menahan seksa. Rindu yang menggunung pada Izz. Teramat seksa. Dia tak tahu nak luahkan perasaannya macam mana. Dia harus sabar dan menunggu hari itu akan tiba.
Selepas balik, dari berjumpa Izz di N seoul tower. Megat Syah Izhad tersenyum sendiri di atas sofa hotel. Terasa sangat bahagia, dapat berjumpa permata hati. Dia tak sangka perasaan itu masih sama. Tak sabar hatinya ingin memiliki wanita itu lagi, menjadi suri hidupnya. Di dunia nyata.
"Rindunya, abang pada sayang..."
Sambil di bayangi wajah Izz berlegar-legar dalam ingatannya. Izhad teringat waktu dia menyatakan pada keluarganya ingin melamar Izz menjadi suri hidupnya.
"Papa, mama..."
"Had, dah nekad!"
"Had nak kahwin dengan Izz!"
"Izz?"
"Siapa Izz?"
Tan Sri Iskandar saling pandang memandang Puan Sri Raja Sofia antara satu sama lain. Siapa wanita yang buat anaknya itu nekad untuk berkahwin?
"Qisya Izz Zulaika!"
"Qisya!"
"Anak kenalan papa!"
"Qisya!" Terkejut Tan Sri Iskandar dan isterinya.
"Please..."
"Mama. Papa."
"Had, nak jadikan Izz. Isteri Had!"
"Had tak akan kahwin. Selain Izz!"
"Papa tak izinkan!" Balas Tan Sri Iskandar nada tegas.
Megat Syah Izhad tahu. Bukan mudah bagi dirinya memiliki Izz kembali. Dia sendiri pun tak pasti, sama ada? Orang yang dia cari itu, adalah "Izz." Orang yang sama dalam mimpinya? Tapi, dia yakin dengan kata hati nalurinya.
"Qisya lah, orang yang dia cari selama ini."
Tan Sri Iskandar kurang yakin kesungguhan Megat Syah Izhad. Tan Sri Iskandar saja menguji Megat Syah Izhad. Menyatakan Qisya, pergi ke korean. Akan melangsungkan pernikahan disana.
Selepas Tan Sri Iskandar berkata begitu. Megat Syah Izhad terus terduduk. Berlutut dan pasrah di hadapan Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Raja Sofia.
Sayu hati seorang ayah melihat raut wajah anaknya. Yang terlalu sedih dan kecewa.
Melihat kesungguhan Megat Syah Izhad memujuk, merayu dirinya dan isteri. Tersentuh hati Tan Sri Iskandar. Dia tidak tahu? Kenapa anaknya itu. Begitu bersungguh-sungguh menyuruhnya dan isteri meminang Qisya. Padahal mereka baru sahaja kenal dan berjumpa. Tertanya di lubuk hati seorang ayah?
Kenapa? Tiba-tiba anaknya seperti itu? Kenapa, Izhad begitu kecewa bila mendengar Qisya akan berkahwin.
Tan Sri Iskandar merasa hairan melihat sikap Izhad. Beria-ria menyuruh dia meminang Qisya? Padahal, masa perjumpaan tempoh hari. Anaknya itu, begitu membantah dan menolak permintaan dia mentah-mentah untuk berjumpa pertemuan keluarga.
"Syah, kenal ke? Siapa, Qisya sebelum ini?"
"Kenapa, sikap Syah seperti itu?" Detik hati Tan Sri Iskandar.
Akhirnya Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Raja Sofia. Setuju, untuk meminang Qisya. Tetapi Tan Sri Iskandar meletakkan syarat kepada Megat Syah Izhad.
"Papa setuju, untuk meminang Qisya untuk kamu. Asalkan, kamu berjanji. Tidak akan sia-siakan hidup Qisya."
"Baik, papa... Syah janji. Syah tak akan sia-siakan hidup Izz papa. Biar ajal sahaja memisahkan kami."
Terpinga-pinga Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Raja Sofia. Bila Megat Syah Izhad dari tadi berbahasakan Qisya. "Izz."
"Syah pernah bercinta dengan Qisya ke, sebelum ini?"
"Macam pernah dengar je, panggilan Izz sebelum ini?" Bisik hati kedua orang tua Megat Syah Izhad.
Walaupun, Izhad tidak melihat lagi wajah Izz. Megat Syah Izhad nekad dengan keputusannya. Dia yakin dengan naluri firasat dia kali ini tepat. Terbayang wajah teman baik Izz, masa pertemuan keluarga tempoh hari.
"Mas!"
"Orang sama?"
Megat Syah Izhad teringat kembali. Mas, orang yang sama dalam mimpinya.
Selepas Izhad dapat sahaja persetujuan papa, mamanya. Dia nekad nak kenali Izz terlebih dahulu. Dan ingin melihat orang yang dirindui dengan lebih dekat dengan bantuan daripada Mas.
"Izhad dan Izz tidak mengetahui. Sebenarnya mereka telah pun dijodohkan. Sejak papa Izz masih hidup lagi. Mereka juga pernah berjumpa. Waktu usia mereka masih kecil. Cuma masing-masing tidak ingat antara satu sama lain."
Setelah Tan Sri Iskandar bertemu kembali mama Izz di korean. Tan Sri Iskandar menyatakan hasratnya. Dia ingin tunaikan janjinya dengan arwah Zulfadli, papa Izz. Ingin menjodohkan anak-anak masing-masing. Bila mereka berjumpa lagi. Tapi, sayang... Papa Izz sudah tiada. Sebelum melihat anak masing-masing disatukan.
Tan Sri Iskandar tak sangka. Izz setuju dan menerima lamaran tanpa membantah.
Izhad pula, tak menyangka. Orang yang dia cari selama ini. Memang jodoh dan takdir buat dirinya. Izhad juga tak menyangka.
"Izz Zulaika yang dia cari selama ini."
Orang yang sama, pernah menyelamatkan syarikatnya daripada kerugian. Sebelum mereka berdua terlibat dalam kemalangan.
"Megat Syah Izhad pernah terlanggar bahu dengan Izz di airport. Menyebabkan dokumen penting tercicir. Izz tak sempat berjumpa tuan punya dokumen. Dia hanya meninggalkan di kuanter pertanyaan depan berdasarkan alamat di dokumen."
"Sebelum kejadian menimpa mereka. Mereka berjanji untuk berjumpa. Atas nasihat Megat Safran. Megat Syah Izhad ingin berterima kasih pada Izz. Yang dia sendiri tak kenal siapa empunya badan. Tapi, malang tidak berbau. Kedua-duanya ditimpa musibah sebelum berjumpa."
Selepas Izhad dapat persetujuan daripada papanya. Tanpa membuang waktu. Terus dia mencari Mas, sahabat baik Izz. Sebab itu, kenapa Mas boleh datang sekali dengan keluarga Tan Sri Iskandar. Siap dapat duduk 'Business Class' ditempah oleh Megat Syah Izhad. Supaya rancangnya berjaya dengan bantuan Mas.
Izhad ada bertanya pada Mas. Pasal loket bentuk hati. Mas terus buka cerita. Rekaan loket itu, hasil dari mimpi Izz. Dan Izhad juga, sudah melihat gambar Izz dengan jelas ditunjukkan oleh Mas. Izhad tersenyum bahagia. Orang yang dia cari selama ini. Benar-benar wujud. Bukan hayalan dia semata-mata. Mas ada bagi tahu kisah Izz yang pernah koma selama setahun. Sama seperti dirinya.
Izz tersedar dari lamunan. Bila terdengar ketuk dipintu biliknya.
Tok!
Tok!
"Assalamuaikum..."
"Walaikumussalam." Jawab Izz dalam hati. Kedengaran pintu di buka perlahan-lahan. Membuatkan jantung Izz berdenyut kencang. Sambil mata dipejam. Muka di tunduk kebawah. Tanganya digenggam kemas. Bagai nak gugur jantungnya ketika itu.
Izz duduk di tepi katil mengadap pintu. Izz masih menundukkan wajahnya. Tak menunjukkan pergerakkan dan masih lagi kaku menunggu suaminya mendekatinya.
Jejaka yang sudah bergelar suami. Melabuhkan punggungnya di sebelah wanita yang sudah menjadi isterinya.
Bahu Izz dipegang lembut. Disuruh mengikut pergerakkan tangan kasar lelaki itu. Untuk memandangnya. Dagunya Izz diangkat lembut. Dia ingin sekali melihat wajah isterinya yang sudah dinikahi. Mata Izz masih lagi dipejam.
Bersyukur dan tak terkata... Orang yang dia rindui selama ini. Betul-betul berada dihadapannya. Berkelip-kelip matanya memandang wajah wanita yang dia cintai selama ini. Sudah menjadi isterinya yang sah. Walaupun baru semalam dia berjumpa.
"Cantiknya bidadari abang..." Gumam Megat Syah Izhad nada perlahan.
Izz masih lagi tak berani membuka mata memandang wajah suaminya. Tetapi, suara itu. Sangat, dia kenali.
"Sayang... Buka lah mata." Kata-kata dari suaminya. Membuatkan Izz terasa menggigil satu badan.
Satu kucupan hinggap di dahinya.
Terkejut Izz. Secara automatik, matanya terus di buka.
Alangkah terkejutnya dan tak terkata Izz. Bila melihat dihadapannya adalah Megat Syah Izhad anak Tan Sri Iskandar. Hampir saja dia nak menjerit. Nasib baik Izhad sempat menutup mulut Izz.
"Apa, ni pegang-pegang!" Tubuh Izhad ditolak kasar.
"Haramlah!" Marah Izz. Dengan nada kasar tetapi perlahan.
"Syhhh!"
Jarinya di angkat ke bibir buat isyarat supaya menyuruh Izz diam.
"Jangan, bising... Nanti orang dengar." Kata Izhad dengan nada berbisik. Dia tahu. Izz mungkin terkejut. Bila melihat dia.
"Awak dah gila ke, apa?!"
"Awak buat apa dekat sini?"
Izz tak sangka. Megat Syah Izhad begitu berani masuk ke dalam bilik pengantin. Hanya dia berdua sahaja di dalam bilik tu. Izz menjadi cemas. Dia takut suami dia yang baru saja jadi suaminya, kecewa dengan dirinya. Kalau melihat ada lelaki lain, dalam satu bilik dengannya.
"Baik awak keluar, sekarang!"
Kata Izz. Membuat isyarat jari telunjuk. Menyuruh Megat Syah Izhad keluar.
"Saya, dah jadi isteri oranglah! Awak buat apa dekat sini? "
Dengan nada tegas dan sedikit perlahan Izz cuba menghalau Megat Syah Izhad.
"Sampai hati awak... Halau suami awak sendiri..." Kata Megat Syah Izhad nada sedih. Membuat Izz bertambah terkejut.
"Suami?"
"Awak?"
Sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah Izhad dan melihat Izhad berpakaian baju melayu terlihat handsome bergaya. Sama warna dengan baju nikah dia.
Terkejut dan terkedu Izz. Bila dapat tahu siapa suaminya. Seakan tak percaya. Betul ke? Apa yang baru dia dengar. Terkelip-kelip matanya memandang wajah Megat Syah Izhad. Masih lagi tergaman dan tidak percaya. Apa yang dikatakan Megat Syah Izhad.
"Mustahil!" Kepalanya digeleng perlahan-lahan.
"Awak, jangan main-main. Tak kelakar, yek!" Reaksi wajah Izz serius memandang wajah Megat Syah Izhad.
"Kenapa, awak tak suka ke? Saya jadi suami awak?" Kata Izhad bila melihat Izz seakan tidak percaya.
Izz masih lagi tergamam. Tak tahu nak kata apa? Nak menangis ataupun gembira. Jejaka tampan kegilaan ramai wanita menjadi milik dia. Lelaki yang sangat dia rindu selama ini.
Izhad memeggang tangan Izz dengan lembut. Berderau darah Izz ketika itu. Untuk kali pertama di sentuh Megah Syah Izhad sudah menjadi suaminya.
Sebuah kotak baldu merah dikeluarkan. Cincin emas dikeluarkan dan sarungkan dijari manis Izz. Izz yang masih tergamam dan terkejut. Dia hanya melihat sahaja perbuatan Izhad. Selepas selesai cincin di sarung. Rantai pula di pasang di pakai leher Izz. Bentuk rekaan yang sama seperti dalam mimpinya. Dengan lembut dahi Izz di cium lembut. Membuatkan Izz menjadi tergamam lagi dengan perbuatan Megat Syah Izhad.
Izhad tahu. Izz masih lagi terkejut dan terkedu. Tangan Izz di genggam lembut. Kakinya sudah melutut mengadap Izz. Membulat mata Izz memandang Izhad seakan tak percaya.
"Sayang masih ingat lagi rantai loket ni?"
Lama Izz membeku. Baru kepalanya diangguk perlahan.
"Loket ini, tiada siapa yang tahu. Kecuali Izz Zulaika. Suami dia dalam mimpi hadiahkan. Loket bentuk hati. Huruf dalamnya "I love I."
"Izhad love Izz."
Mata Izz mula berkaca-kaca. Menahan sebak di dada. Air matanya yang bertakung. Terasa hangat dipipinya. Tiada kata untuk dia luahkan.
"Kenapa, sayang menangis..."
Kata Izhad lembut. Sambil mengelap lembut air mata dipipi isterinya itu. Terasa serba salah, membuat isterinya mengalirkan air mata.
"Sayang terlalu rindukan abang! Sayang ingat..."
"Sayang sahaja, merasainya. Sayang minta maaf. Sayang tak berani berdepan dengan abang. Ketika sayang mengetahui siapa abang. Sayang hanya lihat, abang dari jauh je."
"Sayang... "
Izz tak berdaya meneruskan kata-kata. Bahasa panggil sayang yang lahir dari bicara Izhad. Tak kekok Izz ucapkan. Ungkapan panggil manja dari bibir Izhad. Sentiasa dia nanti dan rindui.
Jadi apa yang abang nampak selama ini. "Sayang lah!" Tersenyum bahagia Megat Syah Izhad. Bayangan Izz selama ini. Bukan bayangan semata-mata.
Izz hanya mengangguk kepala.
"Sayang.... Jangan, menangis... Abang kan. Sudah berada depan mata sayang sekarang." Terus Megat Syah Izhad memeluk wanita sudah menjadi isterinya itu tanpa ragu-ragu lagi. Diusap lembut di belakang Izz. Meredakan hati wanita yang dicintai.
Sudah lama dia menahan diri. Ingin memeluk Izz dalam dakapannya lagi. Wajah Izz dikucup dengan penuh kasih sayang. Terubat rasa rindunya pada Izz sekian lama.
Izz jugak membalas pelukan Izhad. Terasa bagaikan mimpi sahaja. Izhad, menjadi miliknya lagi.
"Adakah ini juga mimpi?" Detik hati Izz.
"Sayang, tak mimpi kan?" Izz memandang wajah Izhad penuh rasa rindu yang mendalam.
"Tak sayang... Sayang tak bermimpi."
Wajah Megat Syah Izhad dipandang. Mereka masih lagi berada di dalam bilik adiknya solehlah. Selepas pelukan dileraikan. Masing-masing menatap antara satu sama lain.
"Abang tak percaya. Sayang sudah menjadi milik abang kembali. Abang terlalu, rindukan sayang."
"Sayang juga rindukan abang." Mengalir deras air mata Izz lagi.
Dahi wanita dicintai itu di kucup lembut lagi. Bibir seksi miliknya turun perlahan di kedua belah mata dan hidung. Kiri kanan pipi gebu Izz tidak kecuali. Terasa hangat, Izz rasai bibir lelaki buat kali pertama.
Megat Syah Izhad bersyukur tak terkata. Wanita dalam mimpinya menjadi sudah menjadi isterinya.
"Sayang, jangan lah nagis lagi. Masin..." Pujuk Izhad. Membuatkan Izz menangis sambil tersenyum.
Share this novel