Bab 20

Romance Completed 27497

Izz cuba larikan diri, bila melihat raut wajah Izhad yang masam cuka seperti ingin menelan dia hidup-hidup. Izhad kesal dengan reaksi Izz yang cuba larikan diri daripadanya.

"Aku dah selamatkan dia. Boleh pergi macam tu je?"

Dengan perasaan yang membara. Tangan Izz digenggam kasar dan menarik Izz ke dalam kereta miliknya secara paksa.

"Kenapa awak jumpa dia, tak bagi tahu aku!"

Terkedu Izz, tak terkata. Seram sejuk seluruh tubuhnya. Bila melihat Izhad begitu marah kepadanya. Sampai terkelu lidah untuk dia berbicara.

"Lagi satu? Siapa izinkan awak keluar!" Tengking Izhad.

Belum Izz sempat menjawab. Soalan lain pulak ditanya. Terkejut Izz lagi. Tiba-tiba rasa sukar untuk dia bernafas.

"Habislah kau Izz..." Bisik hatinya. Izz cuba membuka pintu tapi tangannya digenggam kemas. Nak jerit? Karang dapat malu pulak. Akhirnya dia ambil keputusan mendiamkan diri sahaja.

"Awak tahukan dosa. Bila seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami!" Marah Izhad meluak-luak. Bila soalan ditanya, masih belum di jawab. Tapi, air mata Izz sudah mula bertakung.

"Aku tanya ni. Jawab lah!" Jerkah Izhad. Bila dia teringat kembali. Pergelangan tangan Izz di pegang Mikael.

Terkejut Izz. Menggigil satu badan. Air matanya bertakung tadi akhirnya gugur mengalir deras tanpa bunyi. Biasanya Izz tak mudah ambil hati dengan kemarahan Izhad. Tapi, hari itu betul-betul menyentuh hatinya. Terus sebak tak terkata.

"Sa... Sa... Saya keluar, bukan nak jumpa dia? Saya pun, tak tahu. Macam mana dia boleh jumpa saya? Bukan, awak dah izinkan saya keluar ker? Awak mesej hari tu, saya tak perlu, minta izin. Setiap kali nak keluar?" Jawab Izz nada tersedu-sedu. Sedih tak terkata. Rasa nak melalak-lalak dekat situ juga pun ada. Tapi, ditahan. Hanya air matanya mengalir laju. Mencurah-curah ke pipi tanpa henti. Untuk pertama kali.

Izhad pulak tergamam, buat pertama kali dia melihat Izz menangis sambil teresak-esak. Terasa pedih dihulu hatinya terasa sakit. Melihat air mata Izz mengalir deras, habis basah tudung di pakai.

Itu bukan niat dia pada mulanya. Izhad sendiri tak tahu. Kenapa dia berbicara kasar dan marah dengan Izz. Padahal, tujuan dia datang. Disebabkan mesej Izz yang tersalah hantar kepada dia. Membuatkan hatinya risau, tentang keselamatan Izz. Izhad terdiam dan cuba ingat kembali mesej dia balas dekat Izz sebelum ini. Marahnya pada Mikael yang cuba memaksa isterinya. Membuat jiwanya membara. Dan melepaskan amarah membara pada Izz.

"Kenapa aku juga turut sedih?"

"Tak boleh jadi ni." Izhad serba salah. Membuat Izhad terfikir satu idea gila. Terus Izhad menarik wajah Izz yang suram mengadap mukanya. Habis lencun muka Izz basah dengan air mata. Izz terkejut tak terkata. Membulat mata tepat ke arah mata hitam milik Izhad tanpa berkelip.

Tanpa diduga. Izhad ragut bibir seksi milik Izz dan bersatu dengan bibir miliknya. Buat pertama kali dia melakukan aksi secara spontan. Tak pernah terlintas difikirannya sebelum ini. Terkedu dan tergamam Izz begitu juga dengan Izhad. Berkelip-kelip mata Izz memandang wajah Izhad. Terasa kaku dan tak terkata.

"Masin!"

Terkebil-kebil Izz. Melepaskan ciuman. Memandang Izhad.

"Air mata awak."

Disebabkan kata-kata Izhad. Izz tak dapat tahan bibirnya mengukirkan senyuman dan tertunduk malu. Lega hati Izhad. Melihat Izz tersenyum kembali. Tangisannya mulai berhenti.

"Sorry..."

Air mata Izz dikesat lembut. Tangan Izz digenggam dan di bawa ke bibirnya. Terus tubuh Izz di bawa dalam dakapannya dan dipeluk erat wanita yang telah buatkan hatinya goyah. Izz betul-betul buat dia, jadi orang hilang akal.

Dia tahu, wanita disebelahnya mesti terluka dengan sikapnya sebelum ini. Izhad nekad tak akan lepaskan tangan yang dia genggaman ini, menjadi hak milik orang lain. Tapi, itu bukan bererti dia mencintai wanita itu. Izhad masih keliru dengan kata hatinya.

"Izz tak faham, perasaan apa? Yang cuba Izhad sampaikan pada dirinya. Kenapa Izhad bertindak seperti itu dengan dirinya. Bagi cium yang belum pernah Izhad mulai sendiri. Disebabkan, Izz malu dengan apa yang terjadi. Terus Izz keluar dari perut kereta dan meninggalkan Izhad.

Sebelum pintu ditutup. Izz berpaling semula memandang kearah suaminya. Dan, bagi lampu hijau dekat Izhad.

"Awak, tak nak keluar dating dengan saya ke? "

"Kalau, awak nak lah?"

"Kalau, tak nak? Tak pe, awak balik lah dulu." Okay... Bye...

Melambai-lambai, Izz tinggalkan Izhad. Pergerakkan langkah kakinya saja di perlahan. Izz berharap sangat, Izhad sudi keluar berdua dengan dirinya. Walaupun aksi panas tadi, buat pipinya kepanasan dan malu.

Cepat-cepat Izhad keluar tanpa berfikir panjang. Izhad takut Mikael mengganggu Izz lagi. Tapi, dalam masa yang sama. Hatinya bahagia dan tenang. Bila bersama Izz.

Mana tidak nya, sudah berminggu hatinya resah dan keliru. Semua kerja tertangguh disebabkan kemunculan Qistina.

Izz menoleh ke belakang. Berbunga-bunga hatinya. Melihat Izhad melangkah keluar mengikuti langkah dirinya. Akhirnya...

"Yes." Dapat juga aku dating hari ni.

Selepas solat maghrib, Izz terus ajak Izhad membeli tiket... Masa memilih tajuk cerita. Boleh lagi, masing-masing bergaduh manja. Macam Tom and Jerry.

"Saya nak tengok cerita tu? Bukan cerita awak pilih?" Kata Izz mencebik bibir.

"Saya yang belanja. Jadi, saya yang pilih." Nak tengok ke, tak nak? Kalau tak nak? Kita balik! Izhad guna kuasa big bos. Kuasa ugut- mengugut...

"Okay, tak pe? Dinner saya pilih?" Kata Izz buat muka tak puas hati.

"Hmm... Okay. No hal..." Kata Izhad membalas, buat memek muka puas hati.

"Ada ke? Dia ajak aku tengok cerita kartun? Memang tak lah? Hmm..." Geleng-geleng Izhad. Melirik kearah Izz masih tak puas hati. Lepas selesai membeli tiket. Mereka mencari tempat untuk menjamu selera. Izhad tanya pada Izz, nak makan apa? Bila di tanya? Izz jawab tak tahu pulak? Perut masing-masing sudah kelaparan. Tapi, Izz masih lagi teragak-agak nak pilih menu makanan, nak makan apa?

Izhad pelik dengan orang bernama kaum hawa ni. Tadi, beria-ria sangat nak pilih menu makanan. Tapi, bila di tanya, nak makan apa? Tak tahu, pulak? Bila kaum adam yang pilih. Dia buat muka, tak setuju. "Dah tu, macam mana? Nak makan pun susah!" Mengeluh Izhad panjang. Bila melihat Izz melilau, melihat sekeliling menu dekat food court. Izz cakap tak kena citarasa tekak dia. Last-last minute, KFC juga menjadi pilih. "Kalau cakap awal-awal tadi kan senang." Mengomel Izhad sendiri.

Walaupun masing-masing berbalah. Tangan Izz masih digenggam erat oleh Izhad. Dia tak nak Izz lari dari padangannya. Izhad menggunakan kesempatan sebaik mungkin. Menunjukkan sayang dia dengan perbuatan. Sesekali tangan Izz ditarik. Bila, gadis kecik molek ni. Melangkah sesuka hati dia aje. Masuk satu persatu kedai dan melangkah laju daripadanya macam budak-budak.

Izz saja, buat macam tu. Izz nak buat banyak kenangan manis bersama Izhad. Bermanja-manja dengan Izhad. Walaupun kenangan pahit, lagi banyak dia rasa.

"Syok juga berjalan dengan dia ni. Bahagianya aku rasa. Macam betul-betul keluar dengan buah hati." Baik aku ambil peluang. Bila mood dia tengah okay ni. Tiba-tiba datang mood dia luar jangka. Habis aku! Dah lah 2 minggu tak jumpa. Tak pasal-pasal, tahun depan. Baru aku dapat jumpa dia lagi. Mengeluh dan mengomel Izz dalam hati.

Flashback sewaktu umur Izz 20 an.

Sewaktu itu Izz dan papa bergegas ke hospital. Bila dapat panggilan Puan Syahkila di masukkan ke hospital secara mengejut.

Izz datang melihat mamanya di hospital. Mamanya tiba-tiba pengsan. Waktu yang sama, Izz terdengar sekelompok nurse bersembang. Mereka kekurangan darah yang sukar di dapati. Mereka risau pesakit yang memerlukan darah itu. Tidak dapat bertahan lama. Kebetulan darah Izz sama jenis apa yang dikatakan nurse itu. Izz ambil keputusan tanpa berfikir panjang. Disebabkan Izz belum pernah menderma darah. Sebaik sahaja dia selesai membantu orang memerlukan bantuannya. Kepalanya tiba-tiba pusing. Matanya menjadi kelabu. Telinganya berdesing. Akhirnya tubuh badannya rebah ke lantai.
Waktu yang sama, ada seseorang muncul melawat mamanya tanpa pengetahuan Izz.

*
* *

Tepat pukul 11 malam. Sebaik saja mereka habis menonton movie. Izz mengeluh, bila perutnya berbunyi meminta isi. Izz terasa lapar lagi. Badan kecik tetapi kuat makan. Izz menyuruh Izhad balik dahulu. Dia, nak singgah ke kedai mamak sekejap. Dia nak beli milo ais dan mee goreng mamak. Tapi, Izhad melarang. Izhad tahu, Mikael mesti datang mecari Izz lagi. Menunggu peluang bila Izz berseorangan. Dalam menuju ke tempat kereta. Izhad masih lagi berkelakuan seperti tadi. Masih memeggang tangannya ketika berjalan. Macam pasangan kekasih Izz rasa. Padahal Izz dah fikir. Bukan-bukan pasal suaminya. Mungkin takut dia lari, atau takut Mikael muncul kembali.

"Awak balik lah dulu. Awak nampak penat sangat."

"Mana ada?" Saya okay je.

"Iya, lah tu."

"Syok, saya tengok movie. Awak pulak? Syok... Tidur sebelah saya. Siap lentok dekat bahu saya lagi. Sampai habis movie, pulak tu? Kalau saya tahu. Baik saya pilih, movie saya nak tengok tadi. Dahlah, saya tak faham jalan cerita dia." Mengomel Izz nada manja.

"Mana ada saya tidur? Saya nak manja-manja dengan awak je." Jawab Izhad menafikan kebenaran.

"Awak tu, tak takut ke? Kalau Mikael culik awak, malam-malam buta ni?" Berani sangat nak balik sorang-sorang. Dah lewat ni. Saja Izhad menakut-nakutkan Izz.

"Hish, awak ni."

"Ada ke, doa tak baik pada bini awak ni? Tahulah saya... Awak bukannya sayang, saya pun? Sebab tu, doakan saya macam tu kan?" Izz buat-buat merajuk.

"Kalau tak sayang. Dah lama, saya balik." Bila Izz dengar aje kata-kata daripada Izhad. Dia akur dan rela kan, Izhad mengikutinya. Lagipun dia rasa selamat. Bila suami sendiri temankan.

"Dia cakap. Dia sayang aku? Betul ke? Ke, aku salah dengar?" Tersenyum-senyum bahagia Izz didalam keretanya.

Sepanjang perjalanan, Izhad follow Izz dari belakang. Siap berpesan lagi. Lepas beli, terus balik. Sampailah mereka tepat pukul 12.30 minit pagi di parking rumah. Izhad punya risau dengan dirinya. Sampai tempat parking pun, Izhad menyuruhnya parking disebelahnya. Padahal dia ada je, parking sendiri.

Satu rumah akan dapat dua petak parking. Jadi, parking Izhad satu lagi sentiasa kosong. Izhad juga mengajak Izz tidur dirumahnya. Izhad tahu. Izz keseorangan dirumah.

Izhad tiada pilihan, demi keselamatan isterinya dan keinginan dia juga. Izhad gunakan kuasa big bos. Paksa Izz, samada tidur di rumahnya atau dia tidur di rumah sewa Izz.

Tapi, niat hati dia. Nak Izz sentiasa berada didepan matanya. Dia mengajak Izz tinggal bersama malam tu. Alasan terbaik, untuk dia memujuk Izz tinggal bersama dengan dirinya. Kalau terus dia nyatakan hasratnya pada Izz untuk tinggal bersama. Dia tahu. Mesti Izz tolak mentah-mentah permintaan dia. Walaupun dia ada hak buat demikian.

Pada awalnya memang Izz menolak bulat-bulat ajakkan Izhad. Bila Izhad menakutkan Izz lagi. Membuatkan dia pasrah dan menerima ajakkan Izhad. Izz dah perasan, dia tersalah send ke nombor Izhad. Patutlah Mas tak balas mesej dia dari tadi.

"Sudah lah, Mas tak ada. Mulalah Izz merasa seram sejuk."

"Awak, teman saya ambil baju, boleh?"

"Ingat, tak takut tadi." Sakat Izhad. Buat Izz panas telinga.

Buat pertama kali. Izhad melangkah masuk ke dalam rumah sewa Izz dan Mas.

"Ohhh... Nombor rumah aku dan dia sama. Cuma tingkat sahaja berbeza?" Detik hatinya.

"Hmm... Macam ni, tempat tinggal isteri aku selama setahun ni." Boleh tahan...

Selepas mengambil baju, terus mereka menuju ke rumah Izhad. Malam tu, Izz tidur di bilik Izhad dengan lena dan selesa sekali. Maklumlah, Izz dapat tidur atas katil milik laki dia. Izz terasa selamat. Bila Izhad berada di sisinya. Izhad pula, tidur di ruang tamu. Pada mulanya Izz tawarkan diri untuk tidur di sofa sahaja.

Tapi, Izhad berkeras. Menyuruh Izz tidur di dalam bilik. Izhad nak bagi Izz tenang dan selesa bila bersama dia. Mula-mula dia kena ambil hati Izz dahulu. Izhad nak, Izz percaya keikhlasan yang tunjukkan. Walaupun bukan kerana cinta. Tapi, rasa tanggungjawab buat Izhad bertindak demikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience