Bab 19

Romance Completed 27497

Kedengaran pintu bilik office Syah Izhad di ketuk.

"Masuk!" Bila terdengar suara Izhad bagi kebenaran. Safran masuk dan terus melabuhkan punggungnya duduk dihadapan Izhad.

"Kau, okay?" Aku tengok, sejak kau masuk kerja hari tu. Kau banyak mendiamkan diri. Asyik, termenung aje. Kau gaduh dengan Izz ke? Sudah dua minggu aku tengok kau macam ni?

Izhad, masih mengadap laptopnya. Tanpa memandang Safran.

Safran cuba memancing bicara lagi. Dia melihat Izhad banyak mendiamkan diri sejak akhir-akhir ni.

"Had? Aku tanya ni? Kau dengar tak?" Soal Safran lagi nada tinggi. Bila melihat Izhad tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri lagi.

"Saf?" Aku? Izhad tak dapat nak meneruskan kata-katanya. Sukar bagi dirinya untuk berbicara tentang apa yang dia rasa. Kemunculan Qistina di majlis doa selamat. Menjadi tanda tanya? "Kenapa baru sekarang dia muncul kembali?"

"Iya, apa dia?" Soal Safran, tak sabar nak tahu? Sudah sekian lamanya Izhad tidak luah perasaan, kepada dia.

"Kau tahu? Qis, muncul kembali!"

"Apa dia?" Terkejut Safran.

"Kau jumpa dia dekat mana? Dia minta rujuk balik ke?" Balas Safran macam-macam soalan. Tak sempat sepupunya itu, nak menjawab.

"Rujuk? Kau ni, dah kenapa?" Marah Izhad. Dia tak suka gurauan Safran. Fikiran dia serabut sejak kemunculan Qistina.

"Jap? Jangan kau cakap, dia muncul masa majlis doa selamat kau hari tu?"

Izhad hanya mengangguk. Setuju apa yang dikatakan Safran tu benar belaka.

"Okay!"

"Aku, nak tanya kau ni? Tapi, kau jangan marah aku. Jawab dengan jujur."

"Apa dia?" Balas Izhad.

"Kau masih menyimpan rasa cinta lagi pada Qistina?" Izhad hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu, nak jawab apa? Hatinya keliru.

"Had?" Tegur Safran. Bila melihat Izhad masih membisu.

"Aku, tak tahu!"

"Aku, keliru? Dia pernah selamatkan aku Saf!"

"Lagi-lagi kau sebut pasal tu? Aku tak rasa dia orangnya?"

Izhad percaya yang derma darah pada dia, adalah "Qistina." Apa yang Dr. Kamarul bagi tahu. Orang derma tu, kecik-kecik molek. Safran geram jugak kawan Izhad ni. Bila di tunjuk gambar Qistina. Boleh pulak dia iyakan. Safran pun tak tahu macam mana pertemuan pertama Izhad dan Qistina?

Izhad teringat kembali sebelum majlis. Dia sangat-sangat keliru dengan hatinya. Sebelum majlis bermula, dia ada memarahi Izzati. Pasal adiknya itu. Tunjukkan gambar lama dia pada Izz tanpa kebenarannya. Sebab takut dimarahi oleh Izhad. Izzati membuka rahsia yang dia tahu pasal Izz. Izhad tak sangka?

"Budak yang dia disakat di kedai komik itu adalah Izz?"

Izhad terkejut dan tersenyum sendiri. Rupanya, dari dulu lagi dia sudah berjumpa dengan Izz?

"Had!" Kau okay, ke ni? Tiba-tiba je tersenyum? Tegur Safran. Mengejutkan lamunan Izhad sebentar tadi.

Tengah dia sibuk berbual dengan Safran. Tiba-tiba Izhad, berdiri mengejut dari tempat duduknya sambil melihat telefon.

"Had, nak pergi mana?" Belum sempat di tanya lagi. Terus bayang Izhad hilang sekelip mata disebalik pintu.

Awal dia nak balik, bukan ada bini pun dekat rumah? "Jangan-jangan? Dia dapat mesej mengejut daripada Qistina?" Mengumam Safran bersikap perangsangka dengan tingkah laku Izhad sebentar tadi.

Izhad sudah sampai tempat yang di tuju. Dia membaca sekali lagi, mesej yang di hantar kepadanya. Tapi, dia tak tahu. Apa yang dia lakukan itu betul atau tidak. Hatinya ragu-ragu dan bertambah risau.

Sambil menunggu, Izhad teringat kembali peristiwa di rumah Tan Sri Omar sebelum tidur. Dia boleh, berkecik hati dengan Izz pasal hadiah yang di beri oleh abang Izzani. Dia sendiri tak tahu? Kenapa dia mesti cemburu?

Bila terdengar tombol pintu dibuka. Izhad berpura-pura memejamkan mata. Izz melangkah masuk perlahan-lahan. Terus menuju ke bilik air. Setelah siap menukar baju tidur baju satin lengan panjang warna merah. Izz melangkah keluar dan berharap Izhad masih lagi tertidur. Tapi, sayang. Hilang harapnya ingin tidur di atas katil empuk. Bila melihat Izhad terjaga sambil melihat telefon.

Izz jadi serba tak kena. Tadi, dia harap Izhad terus di buai mimpi. Jadi, bolehlah dia tidur senyap-senyap di sebelah suaminya itu. Dia tak sanggup nak tidur atas lantai dengan suhu bilik yang sejuk. Walaupun ada karpet bulu saiz kecil. Muat-muat dengan saiz badannya. Dia tak sanggup. Dia lagi sanggup, tidur di sebelah Izhad walapun takut?

Izhad tak dapat nak lelapkan mata. Perasaan dia terganggu. Bila teringat kemesraan abangnya dan Izz. Bila terdengar Izz nak keluar dari bilik air. Cepat-cepat dia mencapai telefon buat-buat baca mesej.

Baru Izz nak melangkah kaki menuju ke katil.

"BAM!!"

Bantal dicampak kasar ke arah Izz. Tergamam Izz seketika. Hilang harapnya. Bila melihat sebiji bantal sudah mendarat di bawah. Sambil membawa bantal dengan perasaan hampa menuju ke karpet di tepi katil.

Tiba-tiba masing-masing terkejut.

Tok! Tok! Tok...

Asalamuaikum...

"Had! Izz! Dah tidur ke?" Jerit Mama Izlinda dari luar.

Bila Izz dan Izhad terdengar je, suara Puan Sri Izlinda. Secara automatik Izz melompat atas katil tanpa disuruh. Masing-masing, tiba-tiba berpelukkan macam pasangan bahagia.

"Belum mama!" Baru nak tidur nie... Kenapa mama? jawab Izhad. Sampai dia terlupa nak buka pintu bilik. Puan Sri Izlinda hanya nak berpesan. Supaya Izhad tidak lupa pergi ke kedai butik untuk hantar Izz make-up dan dengan dia sekali bersiap di sana. Setelah selesai menjawab. Mereka masing-masing tergamam dan pandang antara satu sama lain. Kerana malu dengan apa yang belaku. Cepat-cepat mereka leraikan pelukan. Izz terburu-buru, hendak turun kebawah. Tanpa di duga, tangan Izz sudah berada dalam gengaman tangannya. Tiba-tiba dia tak rela Izz tidur di lantai yang sejuk.

"Dah, awak tidur jelah kat sini!" Bila Izz dengar je, Izhad berkata begitu. Tanpa berfikir panjang. Terus Izz menarik selimut dengan senang hati.

"Amboi, sukanya dia aku ajak tidur sekali?" Aku terkam baru tahu!" Mengomel Izhad. Sambil melirik matanya melihat perbuatan Izz yang tak takut tidur dengan dia sekali. Izz buat-buat tak dengar dan terus memejam mata.

Sebelum tidur, Izhad bertanya pasal hadiah daripada abang Izzani. Izz membisu tanpa berbicara. Kerana takut Izhad berubah fikiran dan tendang dia tidur ke bawah. Jadi, Izz bangun dan ambil hadiah. Terus diberikan pada Izhad. Izhad terpinga-pinga. Apa yang diberikan Izz padanya. Seingat dia lah. Abang Zani berikan Izz sebuah kotak baldu?

"Abang Zani bagi hadiah ini, dekat awak?" Berkerut dahi Izhad.

"A, aha... Tadi, abang Izzani bagi set mutiara. Tapi, saya tolak. Sebab saya tak pakai. Lagipun bukan nampak pun kalau pakai. Saya suruh dia bagi hadiah tu dekat awek lain. Sebab tak nak kecewakan usaha abang Zani nak bagi saya buah tangan. Itu yang saya terima juga ukir perkataan "London" dan keychain bas.
Kalau huruf kota London tu, boleh buat hiasan. Keychain boleh gantung." Jawab Izz bersahaja. Tapi, dalam hati Izz. Terasa nak lompat-lompat. Bila dia dapat tidur atas katil. Sebelah suami hensem pulak tu. Tapi, Izz tetap buat penjarakkan sosial. Awal-awal, dia sudah letak bantal golek di tengah antara dia dan Izhad. "Saya boleh terima kan?" Hadiah abang Zani?

Lama Izhad terdiam sebelum sambung bicara. Hmm...

"Awak! Duit yang aku bagi tiap-tiap bulan tu. Awak guna lah. Itu hak awak. Jangan risau, selagi awak masih isteri kepada 'Syah Izhad.' Aku akan sentiasa jalan tanggungjawab aku bagi nafkah zahir. Tapi, kalau nak bagi nafkah batin aku okay je... Sakat Izhad penuh maksud tersirat. Tapi, tiada balas dari Izz.

"Awak? Dah tidur ke?" Izhad pelik tiada balas daripada Izz.

"Hmm... Patutlah senyap. Dah tidur rupanya...." Izz sebenarnya dengar apa yang Izhad bicarakan. Saja dia diamkan diri. Izz malas nak layan gurauan Izhad kepada dirinya. Dia takut, kalau dia menjawab atau berbalah. Tak pasal-pasal tidur di lantai malam itu.

Izhad tak sangka. Izz boleh tolak. Hadiah mahal dari abang Zani. Hatinya sedikit bahagia bila mendengar penjelasan Izz. "Kalau aku bagi? Dia tolak juga ke?"

"Pon!"

Bunyi hon tempat parking kereta menyedarkan Izhad.

"Asalamuaikum... Izz."

Terkejut Izz. Orang yang mengikutinya sejak tadi adalah Mikael. Tanpa minah celup sebelum ini.

"Waalaikummusalam..." Tiada senyuman, hanya pandangan tajam yang diberikan Izz kerana terkejut.

Tapi, kemunculan Mikael didepan Izz. Tiada kata-kata kesat atau maki hamun seperti sebelum ini.

Izz cuba, melarikan diri daripada Mikael. Setelah dia menjawab salam. Izz meminta izin untuk pergi dari situ. Tapi, perjalanan langkahnya dihalang oleh Mikael.

"Please! Izz. Bagi saya peluang untuk bercakap dengan awak?"

"Awak nak cakap apa?" Awak nak hina saya lagi, ke? Kata Izz nada sindir.

"Tak! Saya minta maaf. Please bagi saya peluang untuk saya terangkan semuanya."

Izz cepat-cepat menggeleng. Tapi, dihalang lagi.

Izz ambil keputusan untuk mendengar penjelasan daripada Mikael. Tapi, bersyarat.

Izz, yang menentukan tempat untuk mereka berbincang. Kalau ikutkan hatinya, dia nak berbincang dekat kawasan situ sahaja. Sebab ramai orang. Tapi, Mikael berkeras nak berbincang ditempat lain. Izz saja pergi tempat di mana dia parking. Izz rasa selamat, kalau disitu. Sebab pengunjung yang datang. Suka memilih parking paling atas dan ramai lalu lalang. Kalau Mikael buat hal. Pegawai keselamatan pun, dekat. Dia boleh minta pertolongan atau dia menjerit je sekuat hati. Itu yang dia fikirkan.

"Cepat lah!"

"Cakaplah, awak nak cakap apa?" Kata Izz nada kasar dan tegas.

"Saya nak minta maaf sekali lagi. Saya dah tahu, siapa yang cuba pisahkan kita Izz. Please Izz, maafkan saya dan terima saya balik!" Saya tahu! Awak kahwin sebab nak elak daripada berkahwin dengan Nizam kan? Saya tahu awak masih mencintai saya lagi.

Izz tersenyum sinis. "Wow..." Yakinnya awak? Boleh tahu isi hati saya?

"Please, maafkan saya. Izz..."

Izz tarik nafas dalam-dalam. "Macam inilah." Saya, maafkan awak. Tapi, bukan lahir dari hati Izz Zulaika laa.

"Maksud awak?"

"Izz Zulaika yang dulu. Yang awak suka dan benci. Sudah lama menghilang." Hilang bersama cinta awak yang awak hina dan khianati dia dulu. Cintanya sudah lama, terkubur bersama penghinaan yang awak berikan.

"Sorry!"

"Awak bukan cinta pertama saya."

"Cinta pertama saya, orang lain." Luahan berani daripada Izz. Tak sangka dia boleh cakap macam tu pada Mikael. Selesai sahaja Izz berbicara. Izz sudah berniat untuk beredar dari situ. Tiba-tiba tangannya di sambar Mikael dengan kasar. Terkejut Izz dengan reaksi selamba Mikael.

Mikael tak puas hati dengan kata-kata Izz. Dia tak percaya Izz tidak mencintainya lagi.

"Aku, tak percaya! Semudah itu kau lupakan aku! Kau tetap milik aku, Izz!" Kata Mikael. Dia tidak dapat terima kenyataan Izz Zulaika tidak mencintainya lagi.

"Apa, ni Mikael?"

"Lepaslah!" Jerit Izz tiba-tiba terasa terancam.

Izz cuba melepaskan diri daripada cengkaman tangan Mikael yang kemas. Nasib baik tangannya berlapik handsock semasa Mikael memegang lengan tangannya.

"Mikael cuba tarik Izz..." Menuju ke arah lain. Baru sahaja Izz nak menjerit dan melawan.

Tiba-tiba muncul seseorang. Datang dari entah arah mana dan menghayunkan buku lima hinggap di pipi Mikael. Barulah tangan Izz dilepaskan.

Mikael jatuh dan tersungkur. "Awak okay Izz?" Soal penyelamatnya tanda risau. Izz masih lagi terkejut dan tergamam dengan apa yang berlaku. Mikael hanya terdiam cuba melawan tapi dia pasrah dan beredar dari situ. Kerana lawannya mengancam akan menelefon polis kalau dia tidak pergi dari situ dengan kadar segera. Ramai saksi melihatnya perbuatan Mikael masa tu. Mikael tiada pilihan dan akur pergi dari situ.

Izz masih memandang pada penyelamatnya. Macam tak percaya apa yang dia lihat didepan mata...

"Izhad?"

Terkejut Izz macam tak percaya suaminya ada didepan. Pelbagai persoalan yang bermain dalam fikirannya. "Macam mana Izhad boleh muncul? Mas ke? Yang bagi tahu?"

Tapi, hatinya lega sangat. Izhad datang selamatkan dia. Beberapa hari dia tak melihat suaminya itu. Tahu sahaja, tiba-tiba muncul jadi hero malaya selamatkan dia. Izz tak tahu apa nasibnya selepas ni... Bila melihat muka Izhad berkerut-kerut dan begis memandang ke arah dia. Tapi, hati Izz bahagia. My hero yang di nanti, sudah menyelamatkan dia.

"Terima kasih... Awak. Okey saya balik dulu."

Lepas je, Izz ucap terima kasih. Terus Izz, pergi macam tu. Dia malas nak layan Izhad yang tengah angin dengan dirinya. Walaupun, perasaan dia ketika itu berbunga-bunga bahagia. Ingin saja dia memeluk tubuh Izhad tanda terima kasih. Tapi, melihat raut wajah pandangan suaminya yang menakutkan. Terus dia ingin cepat-cepat pergi dari tu.

"Dia pergi macam tu je?" Mengumam Izhad menahan amarahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience