Bab 36

Romance Completed 27497

Pelbagai usaha dia sudah cuba. Namun, nama Izz Zulaika yang dia cari? Masih tetap tidak berhasil ditemui dan semua itu sia-sia. Izhad hampir putus asa. Akhirnya dia pasrah dan menyerah. Izz Zulaika dalam mimpinya tidak wujud di dunia nyata. Tapi, itu hanya kata-kata bibirnya sahaja. Namun hati nalurinya masih lagi berharap. Wanita seakan isterinya dalam mimpinya itu wujud di dunia nyata. Walau sekalipun wanita itu tidak mengenali dirinya.

Masa berlalu begitu pantas. Megat Syah Izhad, sibukkan harinya dengan berkerja. Mana-mana wanita yang cuba mendekati dirinya. Akan ditolak mentah-mentah. Wajah dia sentiasa serius dan dingin. Untuk tersenyum, sukar sekali. Megat Syah Izhad saja penatkan dirinya hanya memikirkan pasal kerja sahaja. Itu sahaja cara dia tak terlalu tertekan memikirkan Izz Zulaika.

Di bilik office miliknya. Setelah seharian berkerja. Izhad melabuhkan tubuhnya bersandar dikerusi sambil termenung jauh. Tangan kanannya di letakkan di atas dahi. Fikirannya melayang.

Bila teringat bayangan wajah yang dia cari. Tiba-tiba muncul di kawasan office hampir setiap bulan. Tapi, apabila dia mencari susuk tubuh wanita itu. Namun tetap dia tidak temui wanita itu.

Izhad teringat perbualan dengan Safran di tasik seberapa bulan yang lalu.

"Kau, percaya pada aku. Safran?"

"Mestilah aku percaya... Aku ada baca tentang orang yang koma dan tidur dengan lama. Diorang akan pergi ke dunia lain. Sama ada dunia sejarah atau dunia masa hadapan. Tapi, cerita kau?

"Tak best langsung!" Perli Megat Safran.

"Kenapa kau tak pergi zaman moden ke depan? Boleh kau tahu, apa akan terjadi dunia kita masa akan datang. Atau masa lampau ke? Kan best... Dapat jumpa puteri gunung ledang ke? Tak pun, kau mimpi jadi superhero?" Sakat Megat Safran sambil gelak tawa kenakan Izhad. Seronok dia dapat kenakan sepupunya itu.

"Kau nampak ni!" Izhad menunjuk buku lima di hadapan Safran.

"Relax laa... Aku gurau je."

"Kau dah tanya ke, mama Sofia. Kot-kotlah, mama Sofia ada kawan baik bernama Syahkila macam kau ceritakan tu?"

"Aku tak berani nak tanya mama. Aku tak nak, mama sedih. Aku ada juga, tanya papa. Tapi semua itu, sia-sia."

"Izhad saja pergi ke taman layang-layang, dimana dalam mimpinya ada kenangan dia dan Izz Zulaika. Dia berharap sangat. Dia dapat berjumpa Izz di sana. Namun, tiada jejak kemunculan Izz Zulaika disitu.

Tok! Tok! Tok...

Tiba-tiba ada ketukkan di pintu biliknya. Menghentikan lamunannya.

"Wow, boleh tahan. Handsome nya dia." Puji Izz melambong.

Makin aku tengok. Makin aku rindu. Lama-lama aku renung wajah dia ni. Boleh tergugat iman aku. Apatah lagi wanita disekelilingnya." Membebel Izz. Sambil dia melihat dari jauh. Bibirnya mengukirkan senyuman bahagia. Bila melihat wajah yang dia rindui.

"Megat Syah Izhad?" Hmm... Sedap namanya hampir serupa. Tapi, dia bukan Izhad... Gumam Izz sambil mencebik bibir.

"Selamat tinggal wajah serupa, Syahid Izhad di dunia hayalan." Kau tetap menjadi kenangan terindah buat Izz Zulaika dalam mimpi.

"Sedihnya aku... Tiba-tiba je kan..." Gumam Izz sendiri. Dalam hatinya sudah bergelora menahan rasa sedih.

Izz tak sangka. Ada, rupanya wajah seiras Izhad. Dia dapat tahu pun? Selepas beberapa bulan dia terjaga dari koma. Itu pun, sebab dia melihat media sosial. Berderau juga dia masa tu. Mati-mati ingatkan Izhad?

Dia tak tahu? Samaada dia nak gembira atau nak sedih. Apabila dia melihat orang yang dia cari, terpapar di setiap majalah dan media sosial. Begitu banyak, seperti cendawan selepas hujan. Berita tentang ahli perniagaan yang berjaya dalam usia muda sudah kembali. Tidak lain, tidak bukan orang yang sama seperti dalam mimpinya. Cuma nama dia je lain. "Megat Syah Izhad anak Tan Sri Iskandar." Wow! Namanya, seperti orangnya jugak. Handsome lagi bergaya.

Buat pertama kali, aku mengendap anak teruna orang dari jauh. Kerana terlalu teruja. Ingin melihat orang yang sama seperti Izhad. Sanggup dia pergi, ke tempat Megat Syah Izhad berkerja, semata-mata untuk melihat. Betul ke? Orang itu sama dengan wajah orang yang dia cari?

Sebab kerana terlalu rindu. Hampir setiap bulan, dia akan ke sana. Jauh pun, jauh lah. Janji hilang rindu dia pada Izhad. Tanpa pengetahuan Mas.

Dia hanya melihat dari jauh. Sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Terubat rindunya, untuk seseorang tak pernah dia jumpa. Tapi rindu.

Dia tak berani nak melihat dengan jarak dekat. Dia takut. Dia tak dapat kawal emosi dan perasaan dia. Bila melihat wajah seakan Izhad dengan jarak dekat. Pada mulanya dia tak percaya. Tapi, setelah melihat. Tiada yang mustahil. Dalam dunia ni, banyak pelanduk serupa. Mungkin takdir? Mungkin tidak? Itu yang dia fikir.

Megat Syah Izhad terlihat sangat bergaya dan berjaya. Berbeza sangat daripada alam mimpinya. Wajahnya lagi menyerlah dengan ketampanan sebagai orang yang berpengaruh dan seorang usahawan berjaya.

"Aku?"

"Macam langit dengan bumi je..."

Kalau dalam memori mimpinya. Izhad hanya berkerja dengan papanya. Tetapi di dunia realiti, apa yang dia baca. Wow! Memiliki syarikat itu sendiri. Orang yang memeggang saham terbesar dalam usia muda. Lagi pula, dia keturunan kerabat dan berpengaruh.

Bila melihat dirinya. Jauh berbeza sekali. Dia tiada apa-apa. Dalam mimpi sahaja, dia terlihat wanita bekerjaya. Tapi... Di dunia nyata? Dia baru nak merangkak untuk mengejar impian dan cita-cita.

Sebelum dia berangkat ke korea. Berjumpa ahli keluarga dia dan menetap di sana. Izz nak tengok wajah seakan Izhad buat kali terakhir.

"Kalau aku tegur mesti dia? Agak-agak, apa jadi yek? Mesti dia ingat aku gilakan. Iyalah, tiba-tiba aku muncul. Lepastu aku mengaku. Aku cakap. Aku isteri dia dalam dunia hayalan."

"Tak pasal-pasal. Aku kena sumbat dalam wad gila."

"Hahaha... Ini baru betul-betul mimpi Izz."

"Tak pasal-pasal aku dilabelkan orang gila. Tak pun? 'Peminat fanatik.' Tak pun? Aku kena ganyang dengan girlfriend atau bakal tunang dia? Baru betul-betul tersedar dari mimpi." Tergelak terbahak-bahak Izz dalam hatinya. Tersenyum Izz sendiri. Bila dia buat andaian tentang apa akan terjadi. Kalau dia berdepan dengan Megat Syah Izhad.

"Tak nak lah aku!"

Cepat-cepat Izz geleng kepalanya dan terus beredar dari situ. Dia takut... Dirinya tak boleh kawal perasaan dia. Kalau dia terus memandang wajah Megat Syah Izhad lebih lama.

Izz takut, dia tak sanggup melepaskan Izhad pergi dalam hidupnya. Izz batalkan niat hatinya untuk pergi melihat dengan lebih dekat. Dia hanya melihat dari jauh. Itu, sudah cukup buat dirinya. Walaupun dia tak rela lagi lepas wajah seiras Izhad.

"Aku kena pasrah. Dia bukan Izhad..."

Kalau ikutkan kata hatinya. Memang dia amat merindui Izhad sangat-sangat. Dia tak tahu. Kenapa, dia boleh rindu dan mencintai orang yang hanya dalam mimpi? Padahal dia tak pernah berjumpa langsung.

"Aku kena belajar terima hakikat. Dia hanya mimpi. Bukan realiti."

Sebelum Izz melangkah pergi. Ada sepasang mata merenung dia dari jauh.

"Izz ke tu?"

Bergumam Megat Syah Izhad tergamam. Berhenti langkahnya sebelum masuk ke dalam bangunan dan berniat untuk mengejar bayangan Izz lagi. Izhad seakan tak percaya apa yang dia lihat. Dia yakin itu mesti Izz. Sebab hampir setiap bulan wajah itu pasti muncul di kawasan area syarikatnya.

Baru Megat Syah Izhad hendak mula langkahnya mengejar susuk tubuh yang dia kenali.

Satu tepukkan hinggap di bahunya. Membuatkan Megat Syah Izhad menoleh seketika. Dan apabila dia memandang kembali dan tercari-cari kelibat wajah susuk tubuh yang amat dia rindui. Tapi sayang... Bayangan itu sudah menghilang dari pandangan dia.

"Syah, kau kenapa? Kau nak pergi mana tu?" Soal Megat Safran naikkan keningnya. Berkerut dahinya melihat perbuatan Izhad. Mereka baru sahaja sampai ke Syarikat Permata Holding. Pagi itu mereka ada mesyuarat penting.

"Kau, nampak dia lagi ke?" Soal Megat Safran. Dapat tangkap apa yang ada difikiran sepupunya itu. Selama setahun, hampir setiap bulan. Sepupunya itu akan nampak bayangan Izz yang disangkakan isterinya itu. Pernah sekali, projek jutaan ringgit terlepas begitu sahaja. Gara-gara Izhad nak mengejar sesuatu, hanya bayangan dia sahaja.

"Sudah Syah... Setahun sudah berlalu..." Itu hanya bayangan kau sahaja. Mungkin kau terlalu rindukan orang tak pernah wujud. Sampai kau gila bayang macam ni sekali.

"Sudah Syah!" Sudah tiba masanya kau lepaskan perasaan keliru kau itu, Syah.

"Dia tak wujud! Kalau tidak? Sudah lama dia cari kau."

"Jom... Laa. Nanti, lambat pula kita mula meeting." Megat Syah Izhad malas nak berbalah kata-kata dengan Megat Safran. Biarlah dia tentukan. Apa yang dia rasa. Apa yang dia fikir.

"Izz..."

"Sayang... ke tadi?"

Bisik hatinya tapi sempat lagi dia menoleh ke belakang. Untuk kepastian apa yang dia lihat tadi. Izhad masih belum menyerah. Dia dapat rasakan. Yang dia lihat setiap bulan itu, adalah Izz. Tapi, dia tak tahu? Kenapa Izz, tak nak berjumpa dengan dirinya.

Pertunangan Megat Syah Izhad tersebar luas di seluruh negara. Ramai gadis yang patah hati. Izhad saja, setuju cadangan Puan Sri Raja Sofia. Dia tak tahu. Mamanya pandang serius dan sudah siap sedia. Menyusun calon pilihan. Tinggal nak pilih sahaja. Mana yang terbaik, untuk dijadikan menantu untuk anak lelakinya itu.

Izhad fikir dengan cara itu, dia dapat melihat Izz lagi. Tapi, sayang... Bayang dan batang hidung Izz, tetap tidak muncul?

Selesai kerjanya seharian. Izz melabuhkan kepalanya di atas sofa. Sambil membuka akaun instagram dan fac milik Megat Syah Izhad. Baru dua hari lepas dia melihat Megat Syah Izhad. Tapi, tetap juga dia belum move on lagi. Nak juga, tengok wajah seakan Izhad di media sosial.

Izz akan melihat, tanpa follow instagram Megat Syah Izhad. Izz saja buat begitu. Dia nak lepaskan kerinduan yang menggunung didadanya. Walaupun sudah setahun berlalu. Rasa cintanya pada Izhad. Sukar pudar di dalam hatinya. Itu yang dia pelik. Tak pernah bercinta atau berjumpa. Tapi, kenapa susah dia nak lupakan wajah Izhad.

Izz, ada je. Akaun instagram atau fac. Tapi, semua itu. Akaun samaran sahaja. Dia tak suka guna nama sendiri. Dia akan guna nama bukan-bukan. Macam nama "My frozen." Izz juga tak suka letak gambar profile muka dia sendiri. Dari dulu lagi, dia suka menyembunyikan identitinya. Disebabkan itu, sukar bagi sesiapa nak tahu siapa dirinya. Termasuk Izhad yang banyak kabel pun. Susah nak cari di mana Izz berada.

Pertunangan Megat Syah Izhad. Sudah sampai ketahuan dia. Hatinya tidak terluka. Cuma dia terasa sedih. Dia tak sangka, orang yang seakan wajah Izhad. Akan berkahwin. Tetapi, dirinya... Hmm... Masih lagi tiada tujuan hidup dan asyik mengeluh memanjang. Selama setahun, Izz berkerja dari rumah sahaja. Dia kelulusan bidang pereka interior designer. Izz kerja dari rumah. Dia akan ambil job yang simple sahaja. Disebabkan dia koma selama setahun. Banyak dia sudah lupa. Dalam masa setahun. Dia kena belajar semula dan berusaha untuk ingat kembali. Dia juga berusaha mencari pengalaman baru dalam semua bidang. Dalam masa yang sama, dia belajar berniaga online seperti dalam mimpinya. Izz tak sangka. Duduk rumah boleh buat duit.

Wajahnya diraut kebelakang. Getah ikatan rambutnya yang ikal mayang dilepaskan. Terasa ringan dikepalanya. Dia ambil telefonnya yang terpapar gambar seiras wajah Izhad. Diletakkan ke dadanya. Sambil melabuhkan badannya pula di katil bujang dia. Mata hitamnya, memandang siling rumah. Lama dia merenung. Lama kelamaan matanya menjadi layu. Akhirnya matanya terpejam dan tertidur bersama gambar wajah serupa Izhad.

Dia berharap sangat akan bertemu lagi Izhad dalam mimpinya. Tapi, semua itu sia-sia... Sejak dia terjaga dari dunia realiti. Dia tak lagi bermimpi insan yang dia rindui.

Baru sahaja matanya nak terlena. Tiba-tiba Izz terjaga dari tidurnya. Disebabkan dia terkejut bunyi mesej masuk. Terus dia ambil pen dan kertas. Lalu terus dia melakar sesuatu.

"Yes! Siap jugak akhirnya."

Gambaran "Loket love," rekaan nama dia dan Izhad. Hadiah yang pernah dia miliki dalam mimpi.

"Apa kata, aku buat gelang?" Macam gelang Pandora. Boleh letak loket macam ni.

"Walaupun murah. Tapi, okay lah. Dapat dijadikan kenangan."

"Sekurangnya bila aku rindu... Hari-hari aku boleh tengok loket ni, kan. Loket ni, akan menjadi pengganti. Kalau aku rindukan dia." Gumam Izz.

Lama Izz menatap gambar yang dia lukis. Tiba-tiba dia terdiam seketika. Memori lama dia tiba-tiba muncul.

"Sekejap..."

"Yang perasan handsome tu?"

"Megat Syah Izhad, ke?" Tergamam Izz.

"Patutlah aku rasa macam pernah tengok je, dia ni." Aku ingat. Aku pernah jumpa dia dekat airport. Tak salah aku, masa tu. Aku dan Mas pergi airport. Teman dia hantar adiknya nak sambung belajar di Turkey." Sedikit demi sedikit ingatan Izz kembali.

"Mimpi atau realiti?" Izz mengarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi, kenapa baru sekarang aku ingat?."

"Mamat ini lah. Langgar bahu aku dulu. Habis satu badan. Aku bau kopi..." Dahlah sejuk. Nasib baik bukan air panas. Lepas tu. Bukan nak minta maaf pun. Boleh pula dia blaa je macam tu. Hmm... Mungkin sebab itu kot? Dia muncul dalam mimpi aku?"

"Patutlah?"

Sudah, tiba masanya. Aku lepaskan kau pergi dari ingatan aku 'Izhad.' Mungkin susah untuk aku melepaskan kau pergi. Tapi, cukup lah dunia hayalan aku. Aku tak nak terus bermimpi.

Gelang ini. Aku akan simpan dan jadikan kenangan. Banyak aku belajar dari mimpi zaman masa depan. Kau tetap menjadi kenangan terindah buat diri aku. "Syahid Izhad." Aku bahagia setiap pertemuan antara kita. Biarpun hanya sekadar mimpi...

Terima kasih 'Syahid Izhad'. Pernah jadi hero dalam mimpi, terindah Izz Zulaika...

"Syah, kenapa kau terus buat pengumuman yang kau akan bertunang dan akan berkahwin." Bukan kau bagi tahu aku. Mama Sofia baru bertanyakan je, dekat kau, kan?" Safran mengayunkan lengan dan membuat pukulan bola golf sekuat hatinya.

"Tak sangka aku. Kau setuju? Dengan cadangan Mama Sofia?" Kata Megat Safran lagi tak puas hati. Bila Izhad dari tadi. Hanya diamkan diri aje.

Megat Syah Izhad masih lagi, diam dan membisu.

"Aku tahu? Ni, mesti kau nak buat gadis mimpi kau. Cari kau kan?"

"Please... Lah! Kalau dia wujud sekali pun. Dia tak akan cari kau."

"Apa, maksud kau? Kenapa, kau cakap macam tu?"

"Mana tahu dia dah kahwin..." Megat Safran buat muka, nak kena sepak.

"Muka kau dekat media sosial, bersepah gila kot. Naik muntah aku tengok. Alih-alih muka kau je." Kata Megat Safran gurau kasar.

"Kenapa sampai sekarang, dia tak cari-cari kau lagi? Kalau aku cakap dia tak wujud, kau marah!"

"Sebelum kemalangan, muka Izhad sejuk mata memandang dan ramah mesra. Selepas terjaga dari koma, macam orang angau. Muka serius macam nak telan orang hidup- hidup.

Dulu tak percaya tentang cinta. Baru jatuh cinta dalam mimpi je. Dah jadi, haru biru dibuatnya. Tambah pulak, kau suka seseorang yang tak tahu? Siapa asal usulnya. Wujud atau tidak?"

"Aku rasalah..."

"Dia dah beranak pinak. Tak pun, dia memang tak nak jumpa kau kot?"

Sakat Megat Safran, saja dia kenakan Megat Syah Izhad lagi. Diselitkan gelak tawa besar terbahak-bahak.

"Kau nampak tak! Kayu golf ni! Tak pasal-pasal... Tepat aku pukul bola ni. Masuk dalam mulut kau nanti! Dari tadi, asyik buat aku panas hati aje." Kata Izhad nada kasar.

"Wooo... Jangan, marah bro!"

"Aku gurau je... Janganlah ambil hati."

"Dah lah, aku ada temujanji. Daripada Layan kau ni. Buat aku sakit jiwa aje!"

"Okay... Nak aku temankan, tak?" Kata Megat Safran masih gelakkan Megat Syah Izhad lagi.

"Tak payah!" Terus Izhad berlalu pergi. Menahan rasa geram dan marah pada Megat Safran.

Megat Safran masih lagi berbaki gelak dan geleng kepalanya. Bila melihat Izhad berlalu pergi menahan amarahnya.

Selepas dia membersihkan dirinya. Lengkap memakai baju t-shirt berkolar dan seluar jean. Rambut disikat kemas. Di sembur sedikit pewangi kegemaranya. Sama citarasa dia dalam mimpi. Membuatkan dia sentiasa bersemangat dengan penuh keyakinan. Dengan paras rupa yang membuat semua hati wanita cair bila melihatnya.

Izhad bersiap sedia untuk temui wanita yang pernah dia selamatkan. Dan juga selamatkan dia.

Akhirnya, dia sampai tempat tujuannya. Izhad baru sahaja sampai di tempat parking. Tempat temujanji, dekat taman layang-layang. Sudah, lama dia tidak datang ke sana.

Mula-mula dia rasa berat hati ingin pergi. Tapi, bila Safran nasihat kepadanya. Dia patut berjumpa dan sama-sama berterima kasih. Baru dia ada niat nak jumpa. Kalau ikutkan hati dia. Dia tak ada mood nak jumpa wanita lain. Meskinpun wantia itu juga selamatkan dia.

Selepas pesanan ringkas dihantar. Menyatakan dia sudah sampai. Izhad sahaja menunggu di dalam kereta.

Tiba-tiba dia rasa gugup dan berdebar-debar...

Akhirnya Izz sampai juga tempat di tuju. Izz melangkah penuh berhati- hati dan penuh debaran. Menuju ke tempat yang sudah dijanjikan.

Bagi Izz. Ini kali pertama dia pergi ke taman layang- layang di dunia sebenarnya. Kalau bukan disebabkan temujanji nak jumpa penyelamatnya. Mesti dia tak akan sampai ke taman itu.

"Hish, kenapa dengan aku ni. Gugup dan seram sejuk semacam ni." Gumam Izz. Mengempalkan tangannya sambil memeggang telefon bimbitnya.

Dalam pesanan ringkas di hantar Megat Syah Izhad. Memperkenalkan dirinya sebagai Syah. Izz pula perkenalkan sebagai Qisya. Nama depan dia. Tiba-tiba dia rasa macam was-was je nak jumpa penyelamat dia. Perasaan segan dan malu. Membuatkan jantungnya berdenyut kencang. Untuk pertama kali dia berjumpa orang yang pernah selamatkan dia. Biasa Mas akan temankan dia. Kebetulan pula hari itu, Mas ada urusan.

Izhad memang saja tetapkan tempat pertemuan di taman layang-layang. Dia masih berharap, akan berjumpa wanita yang dia nantikan. Baru sahaja Izhad nak hampiri wanita itu. Tiba-tiba Izhad dapat panggilan kecemasan daripada adiknya. Putri Sya Iz Liyana. Adiknya bagi tahu. Raja Sofia menyuruhnya pulang ke rumah dengan kadar segera. Tapi, panggilan adiknya betul-betul buat dia cemas. Tanpa menunggu lagi, terus dia berpatah balik ke arah parking kereta. Dengan pantas dia menghantar pesan ringkas pada wanita itu, untuk berjumpa di lain hari.

Izz sudah bersedia menunggu kemunculan penyelamatnya. Tapi, Izz juga dapat panggilan kecemasan daripada Mas. Mama Mas masuk hospital. Cepat-cepat Izz bergegas untuk ke hospital. Nasib baik, penyelamatnya juga batalkan perjumpaan mereka.

Mas dan keluarga banyak menjaga dia, sewaktu dia terlantar di hospital. Dia tak sampai hati nak tinggalkan Mas dalam kesedihan.

Sebelum dia melangkah pergi ke korea berjumpa keluarganya di sana. Izz nak balas budi keluarga Mas yang sudah banyak membantu dia.

Dalam perjalanan mereka masing-masing berpatah balik. Tanpa mereka sedari. Izz dan Izhad berselisih di jalan, tidak jauh antara satu sama lain. Masing-masing berhenti sambil melihat skrin handphone. Bila terdengar bunyi pesanan masuk. Akhirnya mereka pergi tanpa mengenali antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience